[CLIP] MHI (3 Oct 2024): Masjid Jamek Cina Muslim, Klang | Tonton

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 28 дек 2024

Комментарии • 2

  • @sultrys2291
    @sultrys2291 24 дня назад +1

    Sebuah masjid yang cantik.
    Senibina Islam yang ketara ialah berunsurkan geometri dan flora tanpa unsur-unsur idolatry dan sesuai dengan senibina Cina tanpa unsur haiwan atau idolatry kerana unsur senibina Cina juga banyak bermotifkan geometri.
    Utk makluman, kubah bukan rekabentuk Islam. Kubah adalah rekabentuk yang dimulakan di zaman Mesopotamia tetapi dipopularkan oleh Kerajaan Byzantine.
    Pantheon di Rome pun ada kubah, malah banyak gereja yang mempunyai kubah seperti St Paul's Cathedral, St Peter's Basilica, Hagia Sophia - yang telah diubah kepada masjid apabila Kerajaan Ottoman menakluk Constantinople.
    Dalam senibina Islam, kubah hanya dipopularkan oleh kerajaan Umayyah di hujung abad ke-7 Masihi, selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.
    Untuk makluman juga, masjid tertua di Negara China ialah Masjid Huaisheng, di GuangZhou, dibina pada tahun 627M, zaman para sahabat lagi. Ia juga menonjolkan rekabentuk seperti ini.
    Islam adalah satu ugama yang tidak berteraskan untuk satu kaum sahaja. Ia adalah ugama untuk seluruh manusia seluruh dunia.
    Untuk konteks Malaysia, saya rasa amat penting supaya orang tahu bahawa Islam bukan bererti Melayu.
    Ramai orang bukan Melayu yang berugama Islam di negara Malaysia dan tetap kekal bangga dengan keturunan dan budaya masing-masing asalkan ia tidak berlawanan dengan prinsip ugama Islam.
    Itu yang menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya dan ugama Islam sebagai satu ugama untuk seluruh umat manusia.

  • @RokiahJr
    @RokiahJr 2 месяца назад +1

    Moga negeri negeri di Malaysia mencontohi membina masjid cina muslim utk memprkukuhkan hubungan masyrakt majuk negri di Malaysia.