Laksa Utara Popular di Bandar Baru Bangi dan Laksa Kelantan

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 сен 2024
  • Apa beza Laksa Utara dan Laksa Kelantan? Ada berapa jenis laksa di Malaysia?
    Di tepian Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi, terdapat satu gerai popular iaitu Gerai Redup Rimba. Terkenal dengan menu Laksa Utara dan Cendol. Saya bersama member opis ke sini untuk menikmati kelazatan laksa dan juga cendol yang ramai memperkatakan ini. Lokasinya memang mendamaikan, saya datang awal sebelum jam 1pm. Sebab lunch time nanti kesemua meja ini akan penuh. Dan yang pasti, tempat parking pun akan penuh. Kat sini style “Layan Diri”, sudah semestinya saya akan memilih menu Laksa Utara dan Cendol yang legend ni. Bagi saya sekiranya laksa itu rasa masam, saya akan panggil laksa utara. Laksa ini dihidang didalam bekas claypot dan memang cukup sifatnya hehe..
    .
    Manakala cendolnya pula, bagi saya mungkin antara yang paling sedap di area Bandar Baru Bangi. Gabungan kacang merah, jagung, sagu, cendol dan santan yang pekat memang terbaik. Tidak terlalu manis, tapi secukup rasa gula merahnya. Memang sesuai Laksa dan Cendol di pakejkan menjadi satu menu hebat. Suasana disini yang redup seakan-akan berada di kampung, betul-betul menenangkan jiwa.
    .
    Selain laksa utara, saya juga mencari laksa Kelantan. Di Bandar Baru Bangi ini terdapat beberapa restoran Kelantan. Taman Cempaka ini sebenarnya bercantum dengan Bandar Baru Bangi. Saya meredah taman ini untuk mencari Laksa Kelantan yang berdekatan di sini. Anda mungkin tertanya, apa beza Laksa Kelantan dari Laksa Utara. Sebenarnya ada beberapa jenis laksa di Malaysia ini. Kalau saya search di google, ada sampai 10 kategori laksa. Tapi bila saya teliti satu persatu, sebenarnya ada 6 atau 7 sahaja.
    .
    Pertama: Laksa Utara, ini termasuk Laksa Kedah, Penang dan Perlis. Laksa 3 negeri ini rasanya hampir sama. Kedua: Laksa Kelantan & Laksam dimana kuahnya menggunakan santan. Ketiga: Laksa Johor. Laksa ini menggunakan spaghetti dan kuahnya agak pekat. Keempat: Laksa Sarawak. Laksa ini mempunyai ramuan yang tersendiri dan menggunakan mee halus. Kelima: Laksa Nyonya Melaka. Ia dipengaruhi resepi kari Peranakan Melaka. Keenam: Laksa Belut. Laksa Belut ini saya asingkan sebab bukan semua orang boleh makan. Ketujuh: Laksa Terengganu. Laksa ini ada dua jenis iaitu kuah mentah dan kuah masak.
    .
    Jom kita makan Laksa Kelantan dan laksam tidak jauh dari sini. Restoran Stesen Kota Baru di area Balakong. (Bandar Tun Hussein Onn). Laksa & Laksam Kelantan ini berbeza dengan laksa dari negeri lain. Kuahnya dimasak menggunakkan santan. Laksam dibuat daripada tepung beras yang digulung kemudian dipotong kecil. Kalau tabur serbuk belacan bakar diatas dikedua-dua laksa ini..pasti tidur asyik mengigau aje.. Inilah laksa favourite saya kini.
    1) Laksa Utara (Laksa Penang, Kedah, Perlis)
    Lokasi video Laksa Redup Rimba:
    Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
    goo.gl/maps/HH...
    2) Laksa Kelantan & Laksam
    Lokasi video restoran Stesen Kota Bharu,
    Balakong, Batu 9 Cheras.
    goo.gl/maps/gp...
    👇 Akan Datang
    3) Laksa Johor
    4) Laksa Sarawak
    5) Laksa Nyonya Melaka
    6) Laksa Belut
    7) Laksa Terengganu (laksa putih & laksa merah)
    #Laksapenang
    #laksamkelantan
    #laksautara
    #laksakelantan
    #resepilaksasedap
    #laksamsedap
    ======================================
    Credit Song -
    ➞ Artist: Ron Gelinas➞ Track Title: All in a Day (original mix)➞ Link to Track: • Ron Gelinas - All in a... ➞ FREE DOWNLOAD: theartistunion...
    Download for free on The Artist Union: theartistunion...
    =======================================
    * Jom bersama-sama melihat peluang bisnes yang ada. Mungkin pengalaman ini berguna untuk kita menceburi bidang perniagaan suatu hari nanti..
    ✔ Jom "LIKE" video ni
    ✔ Jom " SUBSCRIBE" channel ini
    Apa kata anda? Jom "COMMENT"
    Cheers..

Комментарии • 15

  • @jeffscorpio2564
    @jeffscorpio2564 4 года назад +2

    Assalamualaikum
    SelAmat ptg
    Aduhh menyelerakan tgk content nye..
    Tak perlu dibezakan. Janji kenyang 😁😁😁
    Pape pun Tq bikin saya lpar
    Moga maju channel nye GEREK

    • @YaniInTheHouse
      @YaniInTheHouse  4 года назад +2

      @Jeff Scorpio Waalaikumusalam 👍🏻

    • @jeffscorpio2564
      @jeffscorpio2564 4 года назад +2

      @@YaniInTheHouse
      Lanjutkan perkongsian nye
      Moga sukses channel nye

    • @YaniInTheHouse
      @YaniInTheHouse  4 года назад +2

      @Jeff Scorpio Terima kasih byk2 yea... 😉

    • @jeffscorpio2564
      @jeffscorpio2564 4 года назад +1

      @@YaniInTheHouse ...
      SamA2.....🤗🤗🤗

  • @crewmdc12
    @crewmdc12 4 года назад +1

    laksa kelantan memang susah nak cari di restoran. tapi laksam banyak juga di pasar malam, terutama di gerai yg menjual nasi kerabu. biasanya dah di pek siap2 dan harga tak mahal. mungkin sebab bersantan mudah basi jadi peniaga tak nak fokus pada menu ini. masyarakat malaysia sebenarnya tak tahu lagi kesedapan laksam dan laksa kelantan. kalau ada brand laksam/laksa yg power dibawa dari kelantan resipi original dan di niagakan secara sungguh2.. (dgn serbuk belacan bakar yg dibuat mcm dlm bekas pepper :-) saya rasa boleh meletop.

    • @YaniInTheHouse
      @YaniInTheHouse  4 года назад +1

      @Crew Mdc Setuju sangat.. kebanyakkan ramai yg suka laksa dan laksam original dari negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya ada satu restoran di Gombak telah mengimport menu dari Kelantan ini setiap hari dgn menaiki kapal terbang.
      Bagus strategic marketing ni, dimana mereka menghimpunkan menu yg sedap dari Kelantan utk dijual. 🤤

  • @marsiatimohamed4718
    @marsiatimohamed4718 4 года назад

    Menarik tmpt makan..dan nampak sedap..boleh cuba nanti..nanti kita bawa family datang sini ya..

    • @YaniInTheHouse
      @YaniInTheHouse  4 года назад +1

      @Marsiati memang sedap laksa kt sini.... tempat pun nyaman...

  • @jayacipanel
    @jayacipanel 4 года назад

    very rarely go to bangi.dont remember when the last time. rasanya ada beberapa sushi / japanese restaurant there, quite nice but packed w people. butnot too expensive. will try this laksa.anyway bangi look very different.lots of beautiful building & lake garden.

    • @crewmdc12
      @crewmdc12 4 года назад

      sebenrnya 2-3 tahun dulu bandar baru bangi punya city centre masih lagi berhutan terutama bahagian tengah2... lepas tu bila siap evo mall, siap condo sunway gandaria dan siap boulevard (laluan riadah jalan kaki tengah2 bandar), tempat ini skrg antara yg tercantik di KL/selangor.

  • @Majalahcom-ul3iw
    @Majalahcom-ul3iw 4 года назад

    Sebelah restoran mok su nab dalam video akak ni ada restoran omar sharif penang. Ada pasemboq, laksa penang dan cendol. Sedap gak cuma parking susah sikit waktu kerja.

    • @YaniInTheHouse
      @YaniInTheHouse  4 года назад

      @Majalah.com iya betul.. dekat jea tapi ari tu saya tak sempat nak singgah.. insya Allah next time saya terjah 😉

  • @lulumiaw2741
    @lulumiaw2741 4 года назад

    Kak cer try Laksa Kak Pah tepi jalan dekat kilang Sony dan Denso .dkat area tu gak. Kuah cedok sendiri.. dah byk taun saya tak kesana.. ada lagi ke cuba try check 😋

    • @YaniInTheHouse
      @YaniInTheHouse  4 года назад

      @Lulu Miaw Ada dengar juga warung kak pah ni.. masih jual lagi.
      Nanti saya nak try juga. Ramai yg bgtahu laksa & cendol kt sini sedap. Siap blh cedok kuah sendiri.. wow!