--- generasi (umum #1) --- sebagaimana yang kita sedia maklum.. fasa yang paling 'crucial' atau terpenting, juga disebut sebagai "the golden phase" adalah sewaktu kecil.. di mana pada peringkat inilah mereka akan menyerap segala perkara yang mereka dengar dan lihat dengan cepat.. dan seterusnya akan membentuk pemikiran, keperibadian, emosi dan kepercayaan mereka.. seiring dengan waktu semakin mereka meningkat dewasa. oleh demikian.. amat pentinglah untuk kita mengambil tahu akan setiap apa yang mereka lalui(dengar dan lihat) dalam kehidupan mereka. dan itulah salah satu cabaran terbesar bagi ibu bapa, terutama pada zaman ini.. zaman dunia tanpa sempadan.. segala di hujung jari dan di depan mata.. tidak lagi perlu ke luar negara untuk mengetahui sedikit sebanyak budaya serta cara hidup negara orang.. cukup dengan sekadar menaip di skrin untuk ke mana sahaja hendak pergi. dan sudah menjadi kebiasaan untuk para ibu bapa pada zaman ini dengan mendedahkan kepada anak-anak dengan gajet.. sebagaimana seiring mengikuti perkembangan teknologi dan gaya hidup peredaran zaman masa kini. walau bagaimanapun, tanpa pemantauan yang berterusan dan teliti.. ianya mungkin akan memberikan kesan di masa akan datang.. kerana dari situ jugalah segala bentuk pengaruh dari luar akan disalurkan dengan sangat mudah dan cepat tanpa kita sedari.. dan akan terlepas pandang dari segi baik buruknya.. di samping risiko yang mungkin dihadapi apabila anak-anak yang masih terlalu kecil dan cetek pemahamannya dalam menilaikan sendiri baik dan buruknya akan sesuatu perkara. pelbagai usaha dan cara dilakukan sehingga ke saat ini oleh golongan yang ingin merosakkan minda dan moral manusia.. menyalurkan dan menyemai pengaruh-pengaruh dan agenda kepada setiap individu di muka bumi ini.. terutama kepada individu yang di peringkat kanak-kanak dan remaja. salah satu medium yang digunakan untuk menyalurkan agenda tersebut, adalah melalui 'penyalahgunaan' terhadap medium animasi@kartun atau rancangan kanak-kanak.. kerana ia merupakan medium yang paling hampir dengan jiwa individu yang bergelar kanak-kanak mahupun remaja.. dan yang paling utama.. melalui medium itulah ia mampu mengaburi mata ibu bapa.. kerana secara umumnya apabila apa yang dilihat dan ditonton oleh anak kita itu berbentuk animasi atau kartun, ianya sering dianggap selamat dan mesra untuk mereka.. oleh itu, melalui penyalahgunaan medium animasi dan kartunlah merupakan cara yang paling berkesan untuk menyalurkan dan menyemai sesuatu agenda dan tujuan di peringkat awal seseorang individu.. dan amat malanglah sekiranya ia merupakan perkara yang tidak baik(negatif).. seperti unsur-unsur keganasan, perilaku melampaui batas, tidak beradab, api kebencian, buli, vandalism, gangsterism, membuka kecenderungan naluri seksual(sexual instinct triggered) seawal di usia kanak-kanak, psychopaths instinct, budaya hedonism, pengaruh lgbt(lesbian-gay-bisexual-transgender), suatu bentuk konspirasi bertujuan menyemai propaganda atau kepercayaan yang menyimpang dan sebagainya.. ianya agak sukar untuk kita sedari sekiranya tidak diamati dengan teliti.. kerana unsur-unsur tersebut dimasukkan dengan cara yang sangat halus, tersirat dan berperingkat.. seterusnya secara perlahan-lahan merangsang naluri dan pemikiran kepada perkara yang tidak baik. apabila membicarakan tentang medium animasi atau kartun.. ianya termasuk juga berlaku dan terkait rapat dengan permainan-permainan video(video games), online gaming dan seumpamanya.. sesuatu yang sangat dekat dengan jiwa kanak-kanak dan remaja. contohnya unsur-unsur keganasan dan salah laku yang diadaptasikan di dalam permainan video atau 'video games' yang berkonsepkan gangsterism@mafia, senjata api(tembak-tembak), 'brutality', 'horror' dan seumpamanya.. serta sering jelas memperlihatkan watak-watak di dalamnya diilustrasikan secara 'sensual'.. seperti salah satunya dari pemakaian busana atau 'costume' yang "keterlaluan", yang jika diterjemahkan di dalam dunia nyata ianya pasti dengan jelas sangat bertentangan dengan prinsip masyarakat bermoral.. namun hakikatnya itulah antara unsur-unsur yang secara sedar atau tidak, sering dihidangkan dan 'dipromosikan' melalui medium animasi permainan video.. yang secara tidak langsung menjadi tatapan bagi golongan seawal di usia kanak-kanak dan remaja. selain itu, perihal mengenai aspek pengaruh pemikiran ini juga dirumitkan dengan kepenggunaan tanpa kawalan dan batasan aplikasi-aplikasi medium media sosial.. ditambah pula dengan peningkatan keupayaan aplikasi ini melalui sistem teknologi terkini iaitu 'artificial intelligence(AI)'. aplikasi medium media sosial secara amnya distruktur dengan program 'algorithm', yang mana fungsinya berperanan untuk terarah pada keinginan dan kecenderungan seseorang individu secara terus-menerus dan tiada hadnya. ini boleh memberi kesan yang tidak elok kepada psikologi seseorang sekiranya dikendali secara tidak berhati-hati, berlebihan dan terarah pada perkara yang tidak baik.. di mana ia berkemungkinan tidak hanya akan membuatkan seseorang itu terhenti di situ.. tetapi juga akan menjadi 'turning point' atau penyebab seseorang itu terdorong untuk beralih pada tahap yang lebih ekstrim dan menjurus.. yang akhirnya membawa pada masalah-masalah sosial dan keruntuhan moral serta sahsiah.. .. seperti pornografi, pelacuran, jenayah, jenayah seksual, sumbang mahram, pedofil, berleluasanya bermacam gejala seks bebas sehingga di tahap sudah menjadi suatu norma atau perkara biasa dalam kehidupan, tindakan atau tingkah laku yang melampaui batas kewarasan kemanusiaan, keruntuhan institusi kekeluargaan dan sebagainya.. yang secara tidak langsung juga menjadi salah satu faktor menyumbang kepada masalah-masalah kesihatan mental yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat kini. selain daripada pemantauan dan kawalan.. .. salah satu cara yang ampuh untuk mengekang masalah ini adalah dengan mendidik dan sering menerapkan nilai-nilai murni.. berkasih sayang, nilai kekeluargaan, saling menghormati, toleransi, rasa empati, sifat ihsan, kemanusiaan ke dalam diri anak-anak.. memberi perhatian kepada mereka dengan rasa penuh tanggungjawab, amanah dan kesabaran.. meng'equip'kan dan melengkapkan pengetahuan anak-anak tentang ilmu Akidah, akhlak, adab, konsep taqwa dan batasan-batasan yang ditetapkan dalam agama dengan mendalam dan teguh.. serta kefahaman tentang tujuan hidup ini yang sebenar-benarnya.. dengan ini dapat membentuk jati diri yang tinggi bersama matlamat hidup yang jelas di dalam diri mereka.. yang seterusnya dapat menilai akan baik buruknya sesuatu yang mereka terima tidak kira dari sudut mana atau medium apa pun ia datang. kerana di akhirnya.. pilihan terletak di tangan mereka untuk menentukan apa yang mereka inginkan dalam hidup ini dan selepasnya.. namun sebelum itu, sebagai ibu bapa.. persiapkan dan lorongkanlah mereka dengan ilmu-ilmu yang dinyatakan di atas sebagai asas dan persediaan bagi menempuh hidup yang penuh dengan liku-liku yang mungkin akan menjerumuskan diri ke dalam kemaksiatan, kesesatan dan kebinasaan. bersama-sama kita berusaha demi mencapai masa hadapan yang sejahtera dan dirahmati.. In shaa Allah. _____________________ _____________________ _____________________ setiap anak di dalam kandungan ibu dibentuk mengikut ketentuan-Nya.. dianjurkan supaya ibu bapa banyakkan berdoa.. selepas dilahirkan, anak tidak tahu apa-apa lagi.. tetapi anak itu dibekalkan dengan pendengaran, penglihatan dan kefahaman(hati).. semua kemampuan ini perlu diasuh dan dididik untuk mensyukuri kurniaan dan rahmat-Nya. _____________________ _____________________ _____________________ hari demi hari.. kemajuan teknologi berkembang dan berevolusi dengan sangat cepat dan pesat.. sehingga tidak lagi terduga bagaimana keupayaannya pada masa akan datang.. namun, walau apapun keupayaan dan kemampuannya kelak.. selagi mana ia digunakan pada jalan kebaikan dan berlandaskan batasan di dalam agama.. selagi itu ia akan bermanfaat.. .. dan juga sebaliknya. _____________________ _____________________ _____________________ "a strong nation comes from many strong families.. many strong families come from strong individuals.. and strong individuals are individuals with clean hearts and minds.. a clean heart and mind comes from the rejection of any immoral conduct."
Kita makan beras yg meragukan status halal toyiban.beras tempatan bertukar jadi beras import.1 malaysia makan beras yang meragukan.Harap2 Allah masih nampak doa2 rakyat malaysia
Bila munculnya ad dajjal al masikh setelah tanah palestine ditindas habis habisan. Begitu akan terjadinya di seluruh pelosok dunia dan negara islam. Negara Orang islam akan merasai bagaimana peritnya yang dilalui rakyat palestine.
--- generasi (umum #1) ---
sebagaimana yang kita sedia maklum.. fasa yang paling 'crucial' atau terpenting, juga disebut sebagai "the golden phase" adalah sewaktu kecil..
di mana pada peringkat inilah mereka akan menyerap segala perkara yang mereka dengar dan lihat dengan cepat.. dan seterusnya akan membentuk pemikiran, keperibadian, emosi dan kepercayaan mereka.. seiring dengan waktu semakin mereka meningkat dewasa.
oleh demikian.. amat pentinglah untuk kita mengambil tahu akan setiap apa yang mereka lalui(dengar dan lihat) dalam kehidupan mereka.
dan itulah salah satu cabaran terbesar bagi ibu bapa, terutama pada zaman ini.. zaman dunia tanpa sempadan.. segala di hujung jari dan di depan mata..
tidak lagi perlu ke luar negara untuk mengetahui sedikit sebanyak budaya serta cara hidup negara orang.. cukup dengan sekadar menaip di skrin untuk ke mana sahaja hendak pergi.
dan sudah menjadi kebiasaan untuk para ibu bapa pada zaman ini dengan mendedahkan kepada anak-anak dengan gajet.. sebagaimana seiring mengikuti perkembangan teknologi dan gaya hidup peredaran zaman masa kini.
walau bagaimanapun, tanpa pemantauan yang berterusan dan teliti.. ianya mungkin akan memberikan kesan di masa akan datang.. kerana dari situ jugalah segala bentuk pengaruh dari luar akan disalurkan dengan sangat mudah dan cepat tanpa kita sedari.. dan akan terlepas pandang dari segi baik buruknya..
di samping risiko yang mungkin dihadapi apabila anak-anak yang masih terlalu kecil dan cetek pemahamannya dalam menilaikan sendiri baik dan buruknya akan sesuatu perkara.
pelbagai usaha dan cara dilakukan sehingga ke saat ini oleh golongan yang ingin merosakkan minda dan moral manusia.. menyalurkan dan menyemai pengaruh-pengaruh dan agenda kepada setiap individu di muka bumi ini.. terutama kepada individu yang di peringkat kanak-kanak dan remaja.
salah satu medium yang digunakan untuk menyalurkan agenda tersebut, adalah melalui 'penyalahgunaan' terhadap medium animasi@kartun atau rancangan kanak-kanak.. kerana ia merupakan medium yang paling hampir dengan jiwa individu yang bergelar kanak-kanak mahupun remaja..
dan yang paling utama.. melalui medium itulah ia mampu mengaburi mata ibu bapa.. kerana secara umumnya apabila apa yang dilihat dan ditonton oleh anak kita itu berbentuk animasi atau kartun, ianya sering dianggap selamat dan mesra untuk mereka..
oleh itu, melalui penyalahgunaan medium animasi dan kartunlah merupakan cara yang paling berkesan untuk menyalurkan dan menyemai sesuatu agenda dan tujuan di peringkat awal seseorang individu..
dan amat malanglah sekiranya ia merupakan perkara yang tidak baik(negatif).. seperti unsur-unsur keganasan, perilaku melampaui batas, tidak beradab, api kebencian, buli, vandalism, gangsterism, membuka kecenderungan naluri seksual(sexual instinct triggered) seawal di usia kanak-kanak, psychopaths instinct, budaya hedonism, pengaruh lgbt(lesbian-gay-bisexual-transgender), suatu bentuk konspirasi bertujuan menyemai propaganda atau kepercayaan yang menyimpang dan sebagainya..
ianya agak sukar untuk kita sedari sekiranya tidak diamati dengan teliti.. kerana unsur-unsur tersebut dimasukkan dengan cara yang sangat halus, tersirat dan berperingkat..
seterusnya secara perlahan-lahan merangsang naluri dan pemikiran kepada perkara yang tidak baik.
apabila membicarakan tentang medium animasi atau kartun.. ianya termasuk juga berlaku dan terkait rapat dengan permainan-permainan video(video games), online gaming dan seumpamanya.. sesuatu yang sangat dekat dengan jiwa kanak-kanak dan remaja.
contohnya unsur-unsur keganasan dan salah laku yang diadaptasikan di dalam permainan video atau 'video games' yang berkonsepkan gangsterism@mafia, senjata api(tembak-tembak), 'brutality', 'horror' dan seumpamanya..
serta sering jelas memperlihatkan watak-watak di dalamnya diilustrasikan secara 'sensual'.. seperti salah satunya dari pemakaian busana atau 'costume' yang "keterlaluan", yang jika diterjemahkan di dalam dunia nyata ianya pasti dengan jelas sangat bertentangan dengan prinsip masyarakat bermoral..
namun hakikatnya itulah antara unsur-unsur yang secara sedar atau tidak, sering dihidangkan dan 'dipromosikan' melalui medium animasi permainan video.. yang secara tidak langsung menjadi tatapan bagi golongan seawal di usia kanak-kanak dan remaja.
selain itu, perihal mengenai aspek pengaruh pemikiran ini juga dirumitkan dengan kepenggunaan tanpa kawalan dan batasan aplikasi-aplikasi medium media sosial.. ditambah pula dengan peningkatan keupayaan aplikasi ini melalui sistem teknologi terkini iaitu 'artificial intelligence(AI)'.
aplikasi medium media sosial secara amnya distruktur dengan program 'algorithm', yang mana fungsinya berperanan untuk terarah pada keinginan dan kecenderungan seseorang individu secara terus-menerus dan tiada hadnya.
ini boleh memberi kesan yang tidak elok kepada psikologi seseorang sekiranya dikendali secara tidak berhati-hati, berlebihan dan terarah pada perkara yang tidak baik..
di mana ia berkemungkinan tidak hanya akan membuatkan seseorang itu terhenti di situ.. tetapi juga akan menjadi 'turning point' atau penyebab seseorang itu terdorong untuk beralih pada tahap yang lebih ekstrim dan menjurus..
yang akhirnya membawa pada masalah-masalah sosial dan keruntuhan moral serta sahsiah..
.. seperti pornografi, pelacuran, jenayah, jenayah seksual, sumbang mahram, pedofil, berleluasanya bermacam gejala seks bebas sehingga di tahap sudah menjadi suatu norma atau perkara biasa dalam kehidupan, tindakan atau tingkah laku yang melampaui batas kewarasan kemanusiaan, keruntuhan institusi kekeluargaan dan sebagainya..
yang secara tidak langsung juga menjadi salah satu faktor menyumbang kepada masalah-masalah kesihatan mental yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat kini.
selain daripada pemantauan dan kawalan..
.. salah satu cara yang ampuh untuk mengekang masalah ini adalah dengan mendidik dan sering menerapkan nilai-nilai murni.. berkasih sayang, nilai kekeluargaan, saling menghormati, toleransi, rasa empati, sifat ihsan, kemanusiaan ke dalam diri anak-anak.. memberi perhatian kepada mereka dengan rasa penuh tanggungjawab, amanah dan kesabaran..
meng'equip'kan dan melengkapkan pengetahuan anak-anak tentang ilmu Akidah, akhlak, adab, konsep taqwa dan batasan-batasan yang ditetapkan dalam agama dengan mendalam dan teguh.. serta kefahaman tentang tujuan hidup ini yang sebenar-benarnya..
dengan ini dapat membentuk jati diri yang tinggi bersama matlamat hidup yang jelas di dalam diri mereka.. yang seterusnya dapat menilai akan baik buruknya sesuatu yang mereka terima tidak kira dari sudut mana atau medium apa pun ia datang.
kerana di akhirnya.. pilihan terletak di tangan mereka untuk menentukan apa yang mereka inginkan dalam hidup ini dan selepasnya..
namun sebelum itu, sebagai ibu bapa.. persiapkan dan lorongkanlah mereka dengan ilmu-ilmu yang dinyatakan di atas sebagai asas dan persediaan bagi menempuh hidup yang penuh dengan liku-liku yang mungkin akan menjerumuskan diri ke dalam kemaksiatan, kesesatan dan kebinasaan.
bersama-sama kita berusaha demi mencapai masa hadapan yang sejahtera dan dirahmati.. In shaa Allah.
_____________________
_____________________
_____________________
setiap anak di dalam kandungan ibu dibentuk mengikut ketentuan-Nya..
dianjurkan supaya ibu bapa banyakkan berdoa..
selepas dilahirkan, anak tidak tahu apa-apa lagi..
tetapi anak itu dibekalkan dengan pendengaran, penglihatan dan kefahaman(hati)..
semua kemampuan ini perlu diasuh dan dididik untuk mensyukuri kurniaan dan rahmat-Nya.
_____________________
_____________________
_____________________
hari demi hari.. kemajuan teknologi berkembang dan berevolusi dengan sangat cepat dan pesat.. sehingga tidak lagi terduga bagaimana keupayaannya pada masa akan datang..
namun, walau apapun keupayaan dan kemampuannya kelak.. selagi mana ia digunakan pada jalan kebaikan dan berlandaskan batasan di dalam agama.. selagi itu ia akan bermanfaat..
.. dan juga sebaliknya.
_____________________
_____________________
_____________________
"a strong nation comes from many strong families..
many strong families come from strong individuals..
and strong individuals are individuals with clean hearts and minds..
a clean heart and mind comes from the rejection of any immoral conduct."
padu
Bagus. Baik baik.
Waalaikumussalam wbt ustaz... Alhamdulillah..tq ustaz
Aamiin Ya Robbal Aalamiin 🤲❤️
Kita makan beras yg meragukan status halal toyiban.beras tempatan bertukar jadi beras import.1 malaysia makan beras yang meragukan.Harap2 Allah masih nampak doa2 rakyat malaysia
Doa ramai 2 teraniaya di permainkan bab beras semoga doa kita rakyat 🇲🇾🇲🇾 ALLAH tunaikan🤲
Rasulullah bersabda mohon pertolongan dari Allah berdoa dan berusaha,,,turun ke Medan perang juga,,, bukan doa takpa usaha itu munafiq
Bila munculnya ad dajjal al masikh setelah tanah palestine ditindas habis habisan. Begitu akan terjadinya di seluruh pelosok dunia dan negara islam. Negara Orang islam akan merasai bagaimana peritnya yang dilalui rakyat palestine.
@@PuteriYazmeen-um9ew setuju. Mohon negara kita dilindungi Allah SWT
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته استاذ عاوني
موده دفهامي لاكي دهدم
بوات عقل ثردس لاكي فندي... تريما كاسيه داتس سكالا فنراعن علمو... سابع سموا كران الله تعالى...
Waalaikumussalam wrwb
和。。。
对不起,先生,我听不懂阿拉伯语😩