Bihun Sup Ayam bersama Sambal Cili Kicap! 😋 | Malay Kitchen
HTML-код
- Опубликовано: 5 фев 2025
- Resepi: Bihun Sup Ayam
Bila dah bosan nasi, bihun sup ni menjadi pengganti. Menyelerakan bila hirup sup panas-panas 🥰
** Bihun Sup Ayam**
Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam
Tulang ayam
*1/2 biji bawang merah
*1/2 biji bawang besar
*1 ulas bawang putih
*sedikit halia
*bunga lawang
*kulit kayu manis
*cengkih
*pelaga
Akar daun sup
Lobak merah
1 Kiub Ayam
Garam
Lada sulah
Air secukupnya
1 paket bihun (dicelue dengan air panas)
Bahan sampingan:
Isi dada ayam dicarik
Daun sup
Bawang goreng
Hirisan fish cake yang digoreng
Sambal cili kicap:
Cili padi
Bawang putih
Kicap manis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * hingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan tulang ayam.
3. Masukkan akar daun sup dan lobak.
4. Didihkan air rebusan ayam selama 1 jam.
5. Masukkan dada ayam kedalam air rebusan.
6. Bila dada ayam sudah masak, angkat dan ketepikan.
7. Bila dada ayam sudah sejuk, carik isi ayam halus.
8. Guna periuk lain, letakkan penapis dan tuang air rebusan ayam kedalam.
9. Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
10. Didihkan sebentar kuah sup ayam.
11. Kuah sup ayam sudah siap
12. Untuk sambal cili kicap: kisar cili padi, bawang putih dan kicap manis hingga halus.
13. Letakkan bihun kedalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan sampingan.
14. Tuangkan kuah sup ayam kedalam mangkuk.
15. Siap! Bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba! 🥰
Jangan lupa Like dan Share ya! 💕
FB Page : Malay Kitchen
RUclips : Malay Kitchen
wow tahniah video ni 159K lebih views. terbaiklah dapur melayu. ramai yang suka ingin buat bihun sup ayam. moga terus maju ya. moga semua yang membaca komen ini juga dijauhi dari wabak covid-19 dan semoga cepat kita jalani kehidupan seperti dahulu.
Terima kasih..stay safe ya! 😘
@@malaykitchen-dapurmelayu5579 sama2 stay safe juga
Aamiin
Aruah ibu celor cili merah buboh kicapp mkan dgn bihon sopp jug00 nyamannn😅😅😅😅
Sedap Mantapppp 👍👍👍👍👍
Hi Puan. Terima kasih for your amazing recipe. I try semalam memang best and serupa macam makan kat kedai. Im so happy. Tq and God bless ur hand..
Your most welcome! 😘
Ini pasti sedap dimakan
Bahan² yg mudah dan cara masak yg senang.. terima kasih buat video nie.. standby tgk resepi utk pkp esk.. 😅
Hahaha aktiviti PKP bermula 😂
Dah try menjadi..serupa macam kedai..terima kasih share resepi 🥰
Alhamdulillah.. terharu saya baca 🥰
Like 158! Thanks for sharing and happy to support you
Thank you for your support! 💕
Bagi ku yg x makan fishcake/fish ball aku suruh biniku letak kerang, taugeh dan tahu biasa.. kicap cili wajib
I've tried this resepi. Alhamdulillah sedap sangat. Thank you sebab share resepi.
Sy dh try resipi nak banya kali.. Memang family akan bertambah.. Tq share resipi. Mcm makan kat kedai..
Nk try....
Sedap ni bihun sup .boleh Cuba nanti
Selamat mencuba! 😉
Alhamdulillah tq resepi sis 😘
Most welcomee 🥰
Ikut nyimak bunda,makasih dengan resepnya bun?
Sama2.. :)
tnk you…sedap😋suami mkn
bertambah😅
So sedap lah wakkkk!
Terima kasihhh ☺️
Terime kasih ats perkongisan..😊
sy tgh buat nii hehe in shaa allah nanti dh rasa kita feedback lagi 👍🏻😍
Hehehe hrp2 sedap hendaknya 😬
@@malaykitchen-dapurmelayu5579 sedap!!! 🥰🥰🥰 terima kasihhhhh
terima kasih resipi
Tq kongsi
Sedapnya bihun sup..resepi terbaik la
Cubalah! 💓
Dah masak tadi...sedap..tq for the recipe
Alhamdulillah 🥰
Nampak sedap.
Cubalah! ☺️
Saya dah cuba. Sedap sangat! Saya orang turki. Suami (malayu) cakap ohh orang turki boleh masak macam maleyu juga🤣🤣 my secret is your recipe. Thanks for sharing.
Mengiurkan, kena sop2 ni besh.. great sharing!
Jemu makan nasi, dapat sup ni mmg best ☺️
Macm sedap nmpk nk trai buat la untuk berbuka nnti
Selamat mencuba 💕
Looks good 😍 suka gila dgn bihun sup well than mee 😄
Kann, saya pun suka makanan berkuah nii 😋
Salam Kenal SIS Wow sedapnya sup ini
Wasalam.. salam perkenalan juga 😊
Menu menarik...nk try jugak...done subs
Terima kasih ;)
Saya dah masak. Sumpah sedap👍🏽
Alhamdulillah 😍
Kan.. sy pon dah try.. bg kat adik.. adik diap minta resepi lg..
Tq. Mudh dn nmpk sedap
Welcome.. selamat mencuba! 💕
@@malaykitchen-dapurmelayu5579 dah cuba. Tenkiu ya. Adik² suka. Siap tmbh.
Nak buat esok..makan Masa raya
Cubalah! hehehe
Alahai meliur pulak nengoknya
Heheh lagi2 makan bersama cili kicap..
Sedap ni..
❤ ❤ ❤
Bila bosan mkn nasi, mmg sedap dpt bihun sup ☺️
Assalam.maaf bertnya. Bunjut sup mmg x masukkan ke? Klau dimasukkan rasa ok tak?
Tried this recipe already and it’s good !!
Thank you so much! 💖
Mohon share ye.. terima kasih
Teliuqqq bak hangggg
Macam soto kaedahnya☺
g-hard Yuli makan dgn nasi impit pun sedap jugaa 😋
Saya buat semalam...tq ye resepinya
Smoga murah rezeki
Sedap niii😋😋😋😋
cubalah! heheh
Tq atas ilmu yg diberi. Esk sy nk msak utk tetamu dtg beraya di rumah. .
Sama2.. selamat mencuba! 💕
nak tanya ayam yang dah dicait tu boleh tahan berapa lama ye? saya selalu buat ayam tu tak boleh tahan lama
Tk👍😋💕
Welcomee ☺️
👍👍👍
🥰
Boleh support video ibu
memang kne rebus satu jam ke ?
Kalau xada akar daun sup xapa ke? Sedap ke xsedap kalau xada? Cari kt kedai xada pulak daun sup. 😩
Nk tanya ye kenapa kenapa kuah rebusan kena letak tulang aym?
Untuk tambah sedap dlm sup ayam 😊
X guna tulang ayam pon x pe kan
Hai nk tnya, kalau xda akar daun sup jadi x?
Bagi saya Rasa sup nnt kurang sbb xde daun/akar daun sup.. 😬
kalau daun sup xda boleh ke?sbb pasar kena tutup pulak....adeshh
Boleh2.. xde pun xpe.. atau ganti dgn saderi pun boleh 😉
Salam boleh bekerjasama
Klau letak serai bole ke
Rasa x sesuai letak serai dalam sup.. 😊
Kalau ayam tu tukar ke daging boleh ke sis?
Boleh2.. jadi sup daging 😄
Kalau xde pati ayam sedap ke kuah 😭😭 malam2 kempunan pulak
Sedap jgk tanpa kiub ayam.. ttulang kena banyakkan lagi.. heheh ☺️
Sup ni tahan brpa hari ye 😬
Tahan dalam 1 hari jika letak diluar.. kalau dalam peti ais bahagian chiller boleh tahan 1 minggu :)
Bihun tu kita rendam dg air sejuk biasa pun da ok eh. Atau kita nak kena celur air panas tak..
Kalau untuk berkuah,bihun elok celur dlm air panas..
Kalau utk bihun goreng, rendam air sejuk 😊
Saya dah buat..bukak pose semlm. Menjadi.. Suka kuah sup tu ringan saja.. 😘
Alhamdulillah seronok dengar.. aaahhhh teringin la pula nak bihun sup 😂
thank you,amat mudah
Askm
Waalaikumussalam ;)
yg bahan-bahan bekas rebusan macam lobak dengan akar daun sup tu nak buat ape?
Sy dah buat.. bahan tu utk datangkan rasanya.. nak makan pon boleh
Pisau tk ada ke
Potong batang sup tu
🥺
Lama satu jam tu mak cik
boleh tanya apa tu akar daun sup?
Kalau beli daun sup, dapat 1 pokok dari daun, batang hingga akar.. so utk resepi ni guna akar daun sup.. 😀
Knp carrot ikut rebus skli dg aym?
Apa fungtion dy?
Saje tambah sayur untuk tambah khasiat sup.. 😊
tapi carrot tu kat mana
Carrot kena tapis.. 😉
Ratu apa itu ya yang di sana iya ba si abdulham dia contact dari mana dia dapat no hp suami saya tidak pernah suami saya bagi ahhh itu hari saya bangkit di uitm jhr. Saya dah bagi dah di lapor juga.
Ooo itu abdulham sama abdulwahub makan sama sama
Terima kasihh :)
j?