Ghulam Al Dakwah : Tadabbur Surah Al-Ikhlas oleh Ust Abd Muein

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024

Комментарии • 53

  • @najwasalleh87
    @najwasalleh87 7 месяцев назад +3

    Sifat² Allah dalam Surah Al Ikhlas ;
    1. Sifat Pertama - Allah itu Esa, tidak perlukan sesiapa.
    2. Sifat Kedua - Allah itu Maha Sempurna, tempat bergantung segala makhluq.
    3. Sifat Ketiga - Allah tidak beranak.
    *Menjawab dakwaan 3 golongan manusia ketika itu ;
    - Nasrani (Isa anak Allah)
    - Yahudi (Uzair anak Allah)
    - Musyrikin (Malaikat anak perempuan Allah)
    *Allah TAK perlukan zuriat
    *Manusia di dunia perlukan zuriat, sebab ;
    i) Bila dah tua, perlukan khidmat anak
    ii) Bila mati, perlukan penyambung keturunan
    *Manusia di Syurga tak perlukan zuriat sebab ;
    i) tengah seronok menikmati nikmat syurga
    - usia 33 tahun
    - ada pelayan (Wildan)
    - tak perlukan rehat
    ii) takde sebab lagi perlukan zuriat
    - tak tua, tak mati
    4. Sifat Keempat - Allah tidak diberanakkan
    *Allah tidak ada permulaan, tidak ada pengakhiran
    5. Sifat Kelima - Tidak ada satupun (apa² sahaja jenis makhluq) yang setanding dengan Allah

  • @raimdiah7181
    @raimdiah7181 2 года назад +13

    Alhamdulillah
    Semua siri2 tadabbur al quran uataz best sangat ...mesti ada dalil2 dan hadis2 sahih...terima kasih ustaz Muein...terbaik

    • @amnahahmad1012
      @amnahahmad1012 10 месяцев назад

      Sgt setuju terbaik ustaz Abd Raman Muen

  • @kbllet
    @kbllet Месяц назад

    Alhamdulillah terima kasih jzkk ustaz dan team.. Saya dengar pada 26 july 2024. Moga kita semua ikhlas hanya kepadaNya

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад +6

    Surah ni bnyk kelebihan sebab surah al ikhlas menceritakan semuanya tentang Allah dan sifat2 nya. Bila kita faham dan menghayati dan sangat besar manfaatnya

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад +1

    Allah hidup adalah azali (tiada permulaan) dan abadi (tiada penghujung).

  • @isamrosdi4015
    @isamrosdi4015 2 года назад +5

    Yaa salam..
    The best lectures from the best.
    Ustaz asking, later on ustaz himself give the answers..
    So
    Wonderfull..

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад +1

    La ila ha illah=tauhid=ikhlas=cari redha Allah

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад +1

    Btul2 mentauhidkan Allah bermakna kita mengikhlaskan diri

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад +1

    Baca sebelum tidur
    as sajadah
    al mulk
    2 ayat terakhir surah al baqarah
    ayat kursi
    3 qul
    al kafirun
    zikir subhanallah 33kali alhdamdulillah 33 kali dan allahuakbar 34 kali

  • @user-ti6jq5zx5s
    @user-ti6jq5zx5s 3 года назад +9

    Jazakumullah khoyran Ustaz Muein n Team GAD.. Semoga d kurniakan keafiatan d dunia dan akhirat utk terus menyampaikan ilmu dan berdakwah.

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад +1

    Dalam syurga tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengar telinga, xpernah terlintas dikepala

  • @najwasalleh87
    @najwasalleh87 7 месяцев назад +1

    Quran terbahagi kepada 3 bahagian ;
    1. Hukum Hakam
    2. Janji baik (nikmat) / amaran keras (azab) - (Syurga dan Neraka)
    3. Nama² dan Sifat Allah (Surah Al Al-Ikhlas) - menyamai pahala ⅓ Quran

    • @najwasalleh87
      @najwasalleh87 7 месяцев назад

      Cinta kepada Surah Al Ikhlas adalah penyebab untuk masuk Syurga - HR Tirmidzi

    • @najwasalleh87
      @najwasalleh87 7 месяцев назад

      Baca Surah Al Ikhlas sebanyak 10-11x, dibina untuknya sebuah istana di syurga - HR Sahih
      *Syarat bukan baca sahaja, kena faham.

    • @najwasalleh87
      @najwasalleh87 7 месяцев назад

      Nak istana di Syurga, kena masuk Syurga dulu. Syarat kena beriman betul².
      1. Jaga solat fardhu awal waktu + jaga khusyu'
      2. Solat sunat 14 rakaat bersama Solat Fardhu
      - 2 rakaat Qobliah Subuh
      - 4 rakaat Qobliah dan 2 rakaat Ba'diah Zohor
      - 2 rakaat Ba'diah Maghrib
      - 2 rakaat Ba'diah Isya'

  • @MakkahRecipe
    @MakkahRecipe 8 лет назад

    ­
    رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
    ­
    Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
    ­
    ( Surah Al-A'raf : 23 )
    ­­­­­­­­­­­­­
    Amin....
    ­

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Allah tak perlukan anak, xperlukan isteri. Allah tak lemah. Allah esa

  • @azlinahlamat6436
    @azlinahlamat6436 Год назад +1

    Alhamdulillah Terima kasih ustaz dan team..

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Makna Allah : nama tuhan yang paling besar. Nama Allah semuanya 99 campur 1 jadi 100

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Sifat Allah yang esa hebat. Xperlu pada sesiapa. Sifat as somad sempurna maka kita yang lemah perlu bergantung pada Allah

  • @quranictutor6241
    @quranictutor6241 7 лет назад +5

    terimah kasih ustaz dan admin

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Tidur bukan nikmat kerana tidur adalah saudara kepada mati. Bila tidur macam kita mati. Bukan nikmat.

  • @bagusnurrohman8125
    @bagusnurrohman8125 4 года назад +4

    Masyaallah

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Assomad-Allah yang sempurna dan tempat bergantung segala makhluk.

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Allah menafikan lam yalid(Allah tidak beranak). Tak perlu pada zuriat kerana Allah sempurna. Kita perlukan anak sebab kita mati kita nak orang sambung zuriat kita. Allah tak perlu anak untuk bantu Allah sebab Allah tak tua. Allah tak perlu penyambung zuriat kerana Allah tak mati. Dalam syurga tak perlu anak. Kita tak mati dan tak tua.

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад

    jika syirik kepada Allah, tiada tauhid kepada Allah swt.
    Az-Zumar Ayat 65
    لَئِنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ
    Sungguh, jika engkau mempersekutukan (Allah), niscaya akan sia-sia lah amalmu

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Somad-sempurna pada sifatnya, ilmunya dan segalanya. Ilmu sempurna iaitu tahu segalanya, yg besar yg kecil, yg zahir yg batil, yg dulu yg sedang yg akan dtg. Penglihatan Allah sempurna, Allah boleh tengok yg zahie yg batin. Termasuk kuasa Allah yg sempurna. Bila semuanya sempurna hanya pada Allah natijahnya yg lain semua sempurna. Yg lain tak sempurna semua berhajat pada Allah
    . Sempurna Allah lengkap dulu kini dan selamanya. Semua makhluk lemah berhajat kepada Allah.

  • @muhammadsaffiqahmad1218
    @muhammadsaffiqahmad1218 Год назад

    Al Fatihah. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbilalamin Arrahmanirrahim Malikiyaumiddin Iyyakanabuduwaiyyakanastain Ihdinassiratalmustaqim Siratallazinaanamtaalaihim Gairilmagdubialaihim WaladdallinAmin. Al Ikhlas. Bismillahirrahmanirrahim Qulhuwallahhuahad Allahhussomad Lamyalidwalamyuulad WalamyakullahuukufuwanAhad.

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Mati tak tau bila dan mcm mana kena bersedia sebab kita bukan abadi

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Yg mendakwa Allah punyai anak iaitu nasrani (isa anak Allah), yahudi(uzair anak Allah), musyrikin (malaikat anak perempuan Allah)

  • @sabaruddinisa9915
    @sabaruddinisa9915 3 года назад

    Holy Quran 112:1
    ------------------
    قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
    Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
    Holy Quran 112:2
    ------------------
    اللَّهُ الصَّمَدُ
    "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
    Holy Quran 112:3
    ------------------
    لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
    "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
    Holy Quran 112:4
    ------------------
    وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
    "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

  • @sulianatahir4890
    @sulianatahir4890 3 года назад +1

    Jzkk ustaz..

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    kalau nak sebuah istana baca 10 atau 11 kali surah al ikhlas

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Sifat Allah
    1. Ahad
    2. Somad
    3. Lam yalid
    4. Wa lam yulad
    5. Wa yaku lahu kufuan ahad
    Sekufu dalam islam ialah sama2 beriman
    Menantu khalifah umar al khatab ialah anak penjual susu

  • @MrHamdan50
    @MrHamdan50 3 года назад

    جزاكم الله خيرا

  • @masimjazz
    @masimjazz 3 года назад

    الحمدلله
    جزاكم الله خيراً
    17/7/21

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Syurga takda waktu malam tak perlu tidur kerana syurga bukan tempat ujian

  • @iskamillahtahwilidris416
    @iskamillahtahwilidris416 Год назад

    🌹💙🌹

  • @MrHamdan50
    @MrHamdan50 3 года назад

    S39:45 Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

  • @sueriati6603
    @sueriati6603 3 года назад +2

    Baca 1 kali surah الاخلاص pahala spt 1/3 Al Quran tapi tetap tidak sama dgn keseluruhan Al Quran

  • @najwasalleh87
    @najwasalleh87 7 месяцев назад

    42:42

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Disyurga umur kita umur 33. Walaupon mati umur 60.

  • @sabaruddinisa9915
    @sabaruddinisa9915 3 года назад +1

    Surah Al-Ikhlas Menyamai Sepertiga Al-Quran
    عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ
    Dari Abu Sa'id Al Khudri RA, ia berkata; Nabi SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Apakah salah seorang dari kalian tidak mampu bila ia membaca sepertiga dari Al-Quran pada setiap malamnya?" dan ternyata para sahabat merasa kesulitan seraya berkata, "Siapakah di antara kami yang mampu melakukan hal itu wahai Rasulullah?" maka baginda pun bersabda: "ALLAHUL WAAHID ASH SHAMAD (maksudnya surat al-ikhlas) nilainya adalah sepertiga Al-Quran." (HR Bukhari No: 4628) Status: Hadis Sahih
    1. Membaca al-Quran adalah dituntut kepada setiap Mukmin.
    2. Membaca surah al-Ikhlas sekali nilainya menyamai sepertiga al-Quran.
    3. Mengikut Ibnu Hajar, “Nilai sepertiga al-Quran” bermaksud surah al-Ikhlas nilainya sama dengan sepertiga apabila dilihat dari kandungan makna al-Quran. Kerana isi Quran terdiri daripada perkara yang berkaitan hukum, kisah, dan akidah. Surah al-Ikhlas mencakup pembahasan akidah, sehingga dinilai sepertiga berdasarkan tinjauan ini (Fathul Bari, 9/61).
    4. Membaca surat al-Ikhlas mendapat nilai seperti membaca 1/3 al-Quran maknanya adalah senilai dalam pahala (al-Jaza’). Bukan senilai dalam amal (al-Ijza’). Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan bererti pahala yang diperolehi sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan boleh jadi dia memerlukan bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran dimana surat al-Ikhlas tidak boleh menggantikan semua itu. (Majmu’ al-Fatawa, 17/138).
    Usahakanlah membaca al-Quran paling kurang surah al-Ikhlas sebelum tidur.

  • @ahmadnadzrimohdshafie3586
    @ahmadnadzrimohdshafie3586 Год назад +1

    Sebab APA Di namakan Ikhlas???
    وَاللّٰهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُوۡنَ
    وَاِلٰهُكُمۡ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ  ۚ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الرَّحۡمٰنُ الرَّحِيۡمُ

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    kena betul2 mengikhlaskan diri pada Allah SWT

  • @sabaruddinisa9915
    @sabaruddinisa9915 3 года назад +1

    Holy Quran 39:65
    ------------------
    وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
    Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Kuffuan ahad- tidak ada bagiNya setanding satu pon
    Kita rasa kebesaran dan keesaan Allah sebab dia menceritakan keesaan Allah dan kesomadiah Allah dan tidak kufuan Allah.
    Baca kena menghayati.
    Kenapa surah ni dinamakan al ikhlas?
    Tiada perkataan ikhlas, xda cerita pasal ikhlas dalam surah ini. Apa kaitan?
    Ikhlas makna buat sesuatu hanya kerana Allah. Ayat ni cite tentang tauhid. Allah xda tuhan melainkan Allah la ila ha illah. Kaitan? Solat betul2 kerana Allah semata2 Allah yang satu.
    Contoh dtg kelas ikhlas kerana Allah.

  • @najwasalleh87
    @najwasalleh87 7 месяцев назад

    Setiap nama surah dinamakan sempena perkataan yang ada dalam surah tu.
    Tapi kenapa dalam surah Al-Ikhlas tiada perkataan IKHLAS?
    *Allah itu ESA
    *Allah itu SOMAD (tempat bergantung setiap makhluq)
    Apa kaitan IKHLAS & TAUHID (La Ilaaha Illallah)
    *Buat semua perkara KERANA ALLAH (ikhlas) = Tauhid yang benar

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Allah tidak dilahirkan kerana Allah tidak ada permulaan, al hayyu al qayyum. Allah hidup azali. Dan abadi. Azali maksud tidak ada permulaan. Hidup Allah abadi tidak ada pengakhiran. Kita ada penghujung tp tak tau. Sepatutnya kena siap sedia.

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Surah attaubah ayat sekiranya kamu mensyirikan Allah ada sikit je syirik pastilah sia2 amalan sebab dia menyekutukan Allah

  • @norizzanmaharuddin7120
    @norizzanmaharuddin7120 2 года назад

    Wildan maknanya remaja