Seminar, Bengkel dan Mesyuarat Majlis Dekan-Dekan ICT (MaDICT) Bil. 2/2024

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • SEMINAR MADICT 2024 PLATFORM KERJASAMA BENTUK MASA DEPAN ICT
    KOTA BHARU 8 Mei 2024 I Seminar, Bengkel dan Mesyuarat Majlis Dekan-Dekan ICT (MaDICT) Bil. 2/2024 telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.
    UMK buat julung kalinya menjadi tuan rumah MaDICT 2024 sebagai satu platform untuk berkongsi pengetahuan, idea dan memupuk kerjasama bagi membentuk masa depan industri ICT.
    Turut hadir, Pengerusi, Majlis Dekan ICT (MaDICT), Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir, Timbalan Pengerusi, Majlis Dekan ICT (MaDICT), Prof. Madya Dr. Nurhizam Safie bin Mohd Satar dan Dekan, Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK), Prof. Madya Ts. Dr. Hasyiya Karimah binti Adli.
    Dalam ucapan perasmian, Prof. Dato’ Dr. Razli
    memaklumkan bahawa penubuhan Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) pada November 2022 adalah komitmen UMK untuk memenuhi keperluan yang berkembang dalam era digital khususnya Bidang Keusahawanan Digital dalam memupuk penghasilan bakat negara sebagai Technopreneur atau Datapreneur.
    Jelas beliau, FSDK merupakan Fakulti paling muda iaitu Fakulti yang ke-10 di UMK yang merupakan sokongan atau enabler kepada Fakulti yang ada di UMK.
    “Dalam era digital, keusahawanan telah melangkaui sempadan tradisional, membuka jalan kepada model perniagaan yang inovatif, teknologi yang bersifat distruptif dan peluang untuk berjaya yang belum pernah ada sebelumnya.
    “Keusahawanan digital memanfaatkan kuasa teknologi, jaringan dan inovasi untuk mencipta nilai, menyelesaikan masalah dan memacu perubahan positif.
    “Dalam industri ini membolehkan usahawan mencapai pasaran global dan menyesuaikan diri dengan cepat kepada perubahan tren dan pilihan pelanggan. Daripada platform e-dagang dan aplikasi mudah alih kepada penyelesaian SaaS (Software as a service) dan pasaran digital,” katanya.
    #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #malaysiamadani
    Kita #BinaLegasiUMK Bersama
    #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream
    *Like Facebook Rasmi UMKTV :
    / umktv.umk
    *Subscribe RUclips Chanel UMKTV:
    / umktvumk

Комментарии •