Bacaan Tahlil & Doa Arwah Ibu Bapa تهليل دان دعا ارواح

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 16 сен 2024
  • ✔Terdapat beberapa nashush fiqhiyyah dari beberapa mazhab, tentang mengadakan Tahlil Arwah:
    ✔Ulama berbeza pendapat dalam bab menghadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada arwah , Ada yang mengharuskan dan ada pula yang tidak mengharuskan.
    1) Golongan yang mengharuskannya adalah terdiri dari kalangan Ulama mazhab Hanafi dan Hanbali.Mereka berpendapat bahawa sebarang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt , pahala amalan tersebut boleh dsedekah/dihadiahkan kepada orang lain yang telah mati. [Al-Mughni , jilid 2 ms 567]
    Dikalangan ulama masa kini yang berpegang kepada pendapat bahawa pahala dari amalan membaca al-quran boleh disedekah / disampaikan kepada si mati ialah As-Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf , Asy-Syaikh Mutawalli Asy-Sya’rawi , Prof Dr Wahbah Al-Zuhaily , Asy-Syaikh Abu bakar AL-Jazairi , Asy-Syaikh Sayyid Sabiq , As-Syaikh Muhammad Abdullah Al-Khatib dan ramai lagi.
    MAZHAB HANAFI
    Usman bin Ali Az-Zaila’i dalam kitabnya ‘Kanzu Daqaiq’ menjelaskan dalam bab alhajju ‘an ghairihi: "Pada dasarnya, manusia memiliki hak untuk memindahkan pahala perbuatannya kepada orang lain. Sebagaimana diakui oleh penganut ahli sunnah wal jama’ah, samada ianya solat, puasa, haji, sedekah, bacaan Al-Quran, zikir dan sebagainya. Pendeknya, semua bentuk amal kebajikan. Dan seluruh pahalanya akan sampai kepada si mati bahkan dapat memberi manafaat kepada si mati".
    Pendapat ini juga telah dipersetujui oleh Imam Al-Marginani pada awal bab al-hajju ‘anilghair (menghajikan orang lain).
    MAZHAB HANBALI
    Imam Ibnu Qudamah telah berkata: "Segala bentuk perbuatan yang dapat mendatangkan pahala dan diniatkan untuk mayat muslim, insya Allah dapat ia merasai hasilnya. Apalagi doa, istighfar, sedekah dan hal-hal wajib yang memang harus ditunaikan. Para ulamak bersepakat bahawa manfaatnya akan diperolehi oleh si mati"
    Pendapat ini juga telah dikukuhkan oleh Syaikhul Islam Taqiyuddin Muhammad bin Ahmad Al-Fatuhi dan Syaikh Mansur Al-Bahuti
    2) Bagi golongan yang tidak mengharuskannya pula ialah terdiri dari kalangan Ulama2 Mazhab As-Syafie dan Maliki. Golongan ini meletakkan perbezaan diantara ibadah yang boleh digantikan dengan orang lain yang mana pahalanya boleh dihadiahkan kepada simati dan ibadah yang tidak boleh digantikan dengan orang lain yang pahalanya tidak boleh dihadiahkan kepada si mati. [Al-Azkar , Imam Nawawi , Hasiyah Ad-Dusuki] (pendapat yang dipegang).
    MAZHAB SYAFI'I
    Imam Nawawi berkata: "Disunnahkan bagi orang yang menziarahi kubur untuk menyalami penduduk kubur yang diziarahi dan mendoakan mereka. Lebih afdhal lagi bila doa yang dibaca sesuai dengan yang pernah dibaca Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. Demikian juga, disunahkan membaca Al-Quran untuk penghuni kubur, lalu disambung langsung dengan bacaan doa bagi keselamatan mereka."
    MAZHAB MALIKI
    Al-Qadhi ‘Iyadh ketika menjelaskan hadits riwayat Imam Muslim yang berbunyi: "Mudah-mudahan kedua pelepah Tamar ini dapat meringankan azab orang yang baru saja dikubur selama pelepah Tamar ini masih basah".
    Daripada hadist ini, para ulama telah membuat kesimpulan bahawa bacaan Al-Quran yang diniatkan untuk si mati hukumnya Sunnah. Kerana apabila pelepah tamar sahaja dapat meringankan azab si mati, apatah lagi bacaan ayat Al-Quran? Tentulah ianya lebih utama dari pelepah tamar. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Al-Qarafi dan Syekh Ibnul Haj.
    ✔Perbezaan pandangan dalam hal itu pula bukanlah pada benar atau tidak, sebaliknya cara yang terbaik supaya pahala amalan yang dilakukan sampai kepada arwah. Dalam 'khilaf' ini umpamanya, Hal ia perlu dikembalikan (dirujuk) kepada ulama mazhab yang memiliki autoriti ilmu diiktiraf dalam tradisi mazhabnya. Isu ini sebenarnya sudah pun diselesaikan oleh ulama silam sekiranya kita mengikut tradisi ilmu yang sebenar, malah diulang tulis oleh ilmuwan semasa untuk pembacaan masyarakat umum.Maka Jauhilah dari perbalahan yang tidak mendatangkan faedah. Semoga Allah merahmati kita semua.
    والله أعلم

Комментарии • 79

  • @nuramirah6563
    @nuramirah6563 3 года назад +8

    semoga arwah ayah saya Sulaiman Bin Md yasin ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan diberi ganjaran syurga tertinggi, Amin yba . . meninggal akibat kerosakkan paru-paru kesan virus covid19, telah pergi menghadapi ilahi pada tarikh 23/6/(rabu) iaitu tarikh saya dilahirkan di dunia :( (adik rindu ayah)

  • @fauzilahkamaruddin4519
    @fauzilahkamaruddin4519 2 года назад +3

    Semoga arwah ma dn arwah abah ditempatkan golongan orng2 yg beriman.

  • @halusothman6500
    @halusothman6500 5 месяцев назад +2

    Ya allah ampuni dosa keduaibubapaku..rahmati kedua ibubapaku ya allah

  • @dulldull4228
    @dulldull4228 2 года назад +3

    yaalloh semoga arwah bapak ibuku sllu dlm lindungan alloh swt amin ..semoga usnulkhotimah

  • @ahchip6689
    @ahchip6689 2 года назад +4

    Ya Allah semoga arwah ibu ku di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman di terima segala amal ibadahnya dan di ampunkan segala dosanya 🤲,amin😔

  • @norlizahmohd5962
    @norlizahmohd5962 2 года назад +1

    Ya Allah Kau jauhkan kedua ibu bapaku dari azab kubur dan azab api neraka dan kau ampunkan segala dosa dosa mereka Amin amin amin ya Rabbal Alamin.

  • @AAG5774
    @AAG5774 3 года назад +4

    Semoga arwah ayah abdul ghani b.rejab di tempatn brsma org² berimn...alfatihah buat semua yg kembali ke alam abadi🤲🤲😔😔

  • @mhmmadabiputra6891
    @mhmmadabiputra6891 Год назад +1

    Ya allah ampunilah dosa" kedua orang tuaku , terangkan kubur mereka , lapangkan kubur mereka , tempatkan di tempat surganya firdaus 🤲🤲🤲

  • @citrawati6019
    @citrawati6019 Год назад +1

    Semoga arwah ibuk katonah bpk munjiyat Kang mulyono Dan nenek kakek Di terima Di Di sisi Allah Di tempat kan Di surga Di ampun kan dosa"nya semua...alfatikah

  • @nurhaini7446
    @nurhaini7446 2 года назад +1

    Untuk ke dua orang tua ku
    Al-Fatihah.

  • @norlizahmohd5962
    @norlizahmohd5962 2 года назад +2

    Ya Allah kau ampunkan segala dosa yang telah aku lakukan terhadap kedua ibu bapaku dan berilah pahala bacaan tahlil dan doa tahlil kepada arwah ibuku Saliha dan ayahku muhammad.Ya Allah kau ampunkan segala dosa mereka dan tempatkan mereka ke dalam syurga Firdaus tanpa hisab .Amin amin amin ya Rabbal alamin

  • @indahdalila5921
    @indahdalila5921 Год назад +1

    Ya Allah.. Ampuni la segala dosa kedua ibu bapa ku, kau cucuri lah rahmat mu ke atas roh mereka. Beri kan lah cahaya yang terang di sana. Luas kan la kubur mereka. Lindungi mereka dari siksaan kubur. Tempat kan la mereka di sisi org2 yg beriman dan solehah. Terima lah amal kebaikan mereka, terima la solat mereka. Masukkan lah kedua ibu bapa ku ke syurga mu tanpa hissab. Ya Allah. Kasihi la kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihi ku sejak kecil. Rabbighfirli wali wali dayya. Warhamhuma kama rabbayani soghirau.

  • @JalilCamming
    @JalilCamming Год назад

    Wsslm ya allah berilah surgamu kedua orang tuaku ibu dn bapakku. Ampunilah segala dosa dan kesalahannya di masah hidupnya di dunia nyata ini.. Alfatiha.. Buat kedua orang tuaku amiin🤲🤷‍♂️

  • @citrawati6019
    @citrawati6019 Год назад

    Semoga arwah mu ling Di terima kusnul khotimah ,Di ampun kan dosa2 nya,Di jauh kan api neraka,Di masuk kan surga ling...ada salah minta maaf ling...Amin Amin Amin

  • @Nabsiatin
    @Nabsiatin Год назад

    Ya allah ampunilah srgala dosa kedua orang tuaku terimahlah segala amal ibadahnya tempatkanlah du surga firdausmu yaallah.

  • @haslindachanhaslindachan1165
    @haslindachanhaslindachan1165 Год назад

    YaAllahampuni lah dosa2 kedua ibubapa kedua dosa ibubapa mentua kami.Aallah kau ampuni kelurga kami.Aamiin

  • @wanisa5741
    @wanisa5741 3 года назад +2

    Amin..🤲

  • @iwanrauf7305
    @iwanrauf7305 9 месяцев назад

    Semoga arwahnya ibu bapak serta saudara kandung ku diterima oleh Allah SWT serta diperluaska n kuburnya serta diampuni dosanya amiiin yrarabal alamiin

  • @ibelart8707
    @ibelart8707 5 лет назад +8

    Bacaan tahlil dan doa Masyaallah🙏🙏🙏

  • @halusothman6500
    @halusothman6500 Год назад +1

    Tujukan kpd arwah mak teh bt aboo dan bapa othman bin hj said

  • @sumirahcik5639
    @sumirahcik5639 3 года назад +3

    ,semoga dg doa ini sampai di ayah ibuku jg udah almarhum Amiiiin

  • @citrawati6019
    @citrawati6019 Год назад

    Semoga kedai org tua Saya Di AMPUN kan dosa2 nya Di lapang kan kubur nya,Di beri tempat Di surga...Amin

  • @zainonhassan172
    @zainonhassan172 3 года назад +1

    Teri A. Kasih pak ustaz kerana kMudahan untuk menyamek2tahalilan Dan yasinan Dan doa zikir an setiap hari dipermudah segala ustaz Dan saya amin yaroball alamin

  • @sriwarni9373
    @sriwarni9373 3 года назад

    Ya alloh ampunilah dosa2nya arwah bpk ibuku terimalah di sisihmu dn berilah tempat surgamu dn haramkanlah siksaan neraka ya alloh😭😭😭😭😭🤲🤲🤲🙏🙏🙏

  • @citrawati6019
    @citrawati6019 Год назад +1

    Alfatikah untuk suami Mohammad said Abdullah ,ibuk katonah,bpk munjiyat,kakak mulyono,anak lakek nenek,semoga Di jauhkan dgn api neraka,diterima Amal ibadah nya,kusnul khotimah masuk surga..Amin Amin Amin

    • @naullaemmer9939
      @naullaemmer9939 Год назад

      Dan itu membuat Kam Hong yang kakimu tahu bagaimanapun bagaimanpun bagaimanapun PIN yang yang akan akan tetapi tidak ada ada yang mau jadi presiden tapi juga untuk bau badan byang tanggapan terhadap suatu suatu hal itu itu itu tidak tidak proporsional proporsional proporsional dalam dalam bentuk dan warna warga di di dunia dan juga pada masa kehamilan merupakan merupakan merupakan bagian penting penting penting bagi bagi kado kado untuk untuk itu usaha CV yang yang akan kita tidak rasanya gagal

    • @naullaemmer9939
      @naullaemmer9939 Год назад

      Dan itu membuat aku menjadi semakin berat yang yang akan kita kita kita bisa belum bisa bisa membuat orang kegagalan itu itu belajar dari

    • @naullaemmer9939
      @naullaemmer9939 Год назад

      Dan Dan cara alami mengobati mengobati sakit gigi tampillebihberlubang agar bisa

    • @naullaemmer9939
      @naullaemmer9939 Год назад

      Dan itu membuat aku menjadi semakin semakin disarankan bagi bagi kado lama lama kemudian

  • @tamfaizal8108
    @tamfaizal8108 3 года назад +2

    Genap hari ini 2.2.2021 3 tahun arwah ayah pergi meninggalkan kami...

  • @kangparmin2033
    @kangparmin2033 4 года назад +2

    Baarokalloh ..Baarokalloh ..syukron ustadz jazakalloh

  • @sritantiti6399
    @sritantiti6399 4 года назад +1

    trima.kasih.doa.arwh. ibu.dan.bapak.trima kasih.lagi

  • @saimyatim9093
    @saimyatim9093 2 года назад

    doakan kepada arwah yatim bin adol...arwah hjh sulimah binti hj ali@kaliman

  • @noorainimasri7634
    @noorainimasri7634 2 года назад

    Asallamualaikum,semoga àrwah anak mama abang tenang di Sana mama DOA kàn. Amin2.

  • @dewihendrawati5034
    @dewihendrawati5034 4 года назад +2

    Aamiin YRA trima ksh.... Semga. Doa2 yg d bawakn/dbacakn & saya dengarkn nyimak pahalanya sampai utk jedua orang tua Saya almrhjum/almarumah

  • @samjohor502
    @samjohor502 Год назад

    tahlil untuk arwah bapa saya yatim bin adol...arwah ibu saya hjh sulimah binti hj ali@kaliman

  • @ksaind4342
    @ksaind4342 4 года назад +2

    Sukron sgt bermnfa at

  • @sallehmohamad8271
    @sallehmohamad8271 4 года назад +3

    😷 💁‍♂️ Syukur ALHAMDULiLLAH!.. Doa Yang DiBacakan Pak Ustad.. Saya "Aamiinkan" Dan "Sedekahkan" Buat Arahyarham iBunda Mentua Telah Kembali Dijemput ALLAH SWT. 17 Ramadan.. Semoga Roh Beliau BerHimpunan BerSama Para Suhada Dan Orang BeriMan... 🤲 Aamiin Ya Rabbal A'alamiin... Salam RAMADAN Dan DiDOAkan
    Pak Ustad Dan Semua Kerabat Keluarga Sihat WalAfiat.. RejekiLimpahRuah.. Hingga Jannah.

  • @BelajarNgaji234
    @BelajarNgaji234 5 лет назад +3

    Masya Allah

  • @sahabatduniaakhirat8454
    @sahabatduniaakhirat8454 4 года назад +2

    Allahumma Aamiin Ya Allah

  • @yayahlaela4311
    @yayahlaela4311 4 года назад +2

    Terima Kasih Pak Ustadz ini Doa Untuk Ibu ku Untuk Bpk Ku,,,,,Sayh sangat teringat Di wkt Ibu bpa Di Madih Ada Sayg Sllu Nangis sambil Berdoa Untuk ibu bpa Tercinta👐👐👐👐👐👐👐

  • @suhanamussidi8921
    @suhanamussidi8921 Год назад

    ❤🤲

  • @vavaali7257
    @vavaali7257 4 года назад

    saya khususkan do'a ini untuk ALMARHUMAH IBUNDA saya. semoga do'a nya sampai.. Amiin

  • @rhcpnex9797
    @rhcpnex9797 4 года назад +5

    Ini baru bro mantuuuul
    Jelas n akurat
    Soalnya baru hafal dah 1 Minggu menghafal

  • @NuratiqahRoselanTiqa
    @NuratiqahRoselanTiqa Год назад

    👍👉Assalammualaikum,Semoga Arwah Mama dn kak datuk dn nenek dn Saudara Maraku yg Islam,
    Ditempatkan dikalangan dn tergolong org Islam yg beriman dn dijauhi seksaqn kubur dan ditempatkan Arwahyahham almarhum di tmn Syurga Syurgawi Firdausi Di Alam Bazzar dan
    Ya Allah Ku Mohon Diriku jgk trgologan dlm doa ni jua,...🤲🌹
    °AamiinnnYraBBalAllamiinnn3x°•👂🤲
    😮🤲👈🙏❤🌹🌄❤🍁👳🧕🧕🏻🧕🏼🧕🏽♥️💦🫂👥👤🗣️🙏😭😅😢💥🥵😪😰👂♥️🤲👈

  • @suhendra3880
    @suhendra3880 3 года назад

    Semoga almarhumah istriku di terima Allah SWT amiiin yra
    Wafat 14 Desember 2020 .
    Alfatihah . . . .

  • @samsungkosterad.subhannlla6444
    @samsungkosterad.subhannlla6444 5 лет назад +4

    ALLAH HUAKBAR

  • @fatimahrumoroi2734
    @fatimahrumoroi2734 4 года назад +5

    Assalamualaikum

  • @yoandjmantapaan.kamupastib4931
    @yoandjmantapaan.kamupastib4931 5 лет назад +3

    Subahanallah

  • @mohdsuhaimi2759
    @mohdsuhaimi2759 3 года назад

    Untuk ibu Dan bapa yg telah meninggal

  • @AhmadJuwainy
    @AhmadJuwainy 2 года назад

    Qobiltu ijazahnya gus

  • @abdullahhusien9017
    @abdullahhusien9017 3 года назад +2

    Untuk rumah

  • @muhammadmufrodin5599
    @muhammadmufrodin5599 3 года назад +3

    Maaf pk ustadz...mau tanya namanya...saya mau cari bacaan Alquran nya...saya suka suaranya merdu dan enak bgt kalo di dengar di saat2 sepi...mohon jawab

  • @hamidsarhad3456
    @hamidsarhad3456 4 года назад

    🤲👍👍

  • @wanisa-ds4mq
    @wanisa-ds4mq Год назад

    😚

  • @olivvia2793
    @olivvia2793 3 года назад +2

    Pak ustad tiap malm Jumat sy mutar bacan thil ini itu sama doa almarhum kedua orang tua sy ap tidak pak ustad

  • @ryanmotor6805
    @ryanmotor6805 4 года назад +2

    Terima kasih pak ustad apakah kita harus sebut nama pak ustad almarhumnya

  • @soang9819
    @soang9819 5 лет назад +7

    Ana pengen ada bacaan yasin nya....please

  • @arief5749
    @arief5749 5 лет назад +2

    Saya pengen ada bacaan do'a arwah

  • @majidbukangovkadir4923
    @majidbukangovkadir4923 4 года назад +1

    ulang 25:58

  • @hamidsarhad3456
    @hamidsarhad3456 4 года назад

    🤡👍👍👍

  • @emzakey
    @emzakey 2 года назад

    Assalam...mohon belajar. Di baris ke enam kaifiat tahlil kenapa bacaan nya ada tambahan ayat dari tulisan ayatnya ya? 🙏🙏 Maaf. Ingin belajar.

  • @ctchanel10
    @ctchanel10 4 года назад +1

    Apakah harus di sebutkan /di khususkan dg menyebut nama almarhum..tolong pencerahanya

  • @mohdnazri2204
    @mohdnazri2204 8 месяцев назад

    ada satu silap.

  • @clan9875
    @clan9875 5 лет назад +3

    Ada kesalahan bacaan ..surah baqarah 286, wa' fu (dipanjangkan fu') sedangkan tidak ada huruf mad pada bacaan tersebut..

    • @ayeikfernando3830
      @ayeikfernando3830 5 лет назад

      dia karna kebanyaan cengkok lagu dilarikan ke hidung ...

  • @yayahlaela4311
    @yayahlaela4311 4 года назад +1

    Pak Ustadz Maaf ya boleh sayh Pengen ada kumplit bacasnya suart Yasin,,;Tetima Kasih,,,

  • @ayeikfernando3830
    @ayeikfernando3830 5 лет назад +3

    suaranya lari ke hidung ,kebanyaan cengkok ..

  • @ifahswet8805
    @ifahswet8805 4 года назад

    tolong krim ustad

  • @leesonnestyleicon555
    @leesonnestyleicon555 3 года назад

    Fd

  • @guspaasep
    @guspaasep 4 года назад +3

    Untuk khusus Doa, boleh minta terjemahnya ustadz.... Tolong kirim via email... guspa.asep@gmail.com
    Syukron jaziilan

  • @suhanahsuhanahzain1839
    @suhanahsuhanahzain1839 5 лет назад

    Kurang besarr tulisan nya mksh

    • @ahmadanom3769
      @ahmadanom3769 5 лет назад +2

      allah maha penyayang

    • @ahmadanom3769
      @ahmadanom3769 5 лет назад +2

      allah maha penyayang semua insan

    • @opick4143
      @opick4143 4 года назад +1

      Nyimaknya jangan dengan HP,gunakan monitor yang 50" (inchi)

    • @achibima817
      @achibima817 4 года назад +1

      Subhanallah