Fanatik kepada Mazhab Syafi`i | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 июл 2024
  • FANATIK MENUTUP FIKIRAN
    1. Sama ada dahulu atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen. Sikap yang seperti itu dinamakan dengan fanatik atau taksub. Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak yang lain itu telah memberikan hujah dan dalil yang kukuh. Sesuatu pendapat itu sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta yang diberikan.
    2. Fanatik ini telah berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu. Ia sehingga membawa kepada permusuhan sesama Islam dek perbezaan pendapat dalam hukum syarak. Sehingga dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidil Haram, Mekah umat Islam bersolat dengan empat imam dan setiap imam mewakili mazhab masing-masing. Setiap makmum akan memilih imam yang sesuai dengan mazhabnya. Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Hal ini berterusan, sehinggalah gerakan pembaharuan pemikiran agama berjaya menghapuskan kekarutan tersebut. Bayangkanlah jika hal tersebut berterusan sehingga hari, di kala umat Islam begitu lemah dan berpecah.
    3. Selepas Rasulullah s.a.w wafat, baginda meninggalkan ramai para sahabah yang merupakan ilmuwan besar bagi umat ini. Namun, tiada seorang di kalangan para sahabah yang agung itu menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain. Perkara yang seperti itu tidak pernah dilakukan oleh khalifah yang empat Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali. Tidak juga ‘Abd Allah bin Masud, ‘Abd Allah bin ‘Umar, atau ‘Abd Allah bin ‘Abbas atau selain mereka. Padahal mereka jauh lebih memahami syariat RasululLah s.a.w dibandingkan orang selapas mereka.
    4. Malangnya, apabila zaman imam-imam mazhab yang utama seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain-lain tokoh lagi, tiba-tiba ada dalam kalangan pengikut mereka yang taksub lalu mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambil pendapat dari imam yang lain. Ini seperti pengikut fanatik Mazhab Hanafi yang membantah orang Pakistan mengambil pendapat selain dari Mazhab Hanafi. Atau pengikut fanatik Mazhab Malik yang menghalang membantah orang Morocco mengambil pendapat selain dari Mazhab Malik. Atau pengikut fanatik Mazhab al-Syafi’i yang membantah orang Malaysia mengambil selain dari Mazhab al-Syafi’i. Atau fanatik Mazhab Hanbali di Saudi yang membantah selain dari pendapat dalam Mazhab Hanbali.
    5. Kontradiknya, dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa imam-imam tersebut kesemuanya adalah tokoh-tokoh sarjana Ahli Sunnah, tetapi menolak keilmuan mereka hanya kerana faktor daerah atau negara. Pada hal, para imam itu sendiri tidak pernah mengajar demikian dan kebanyakan negara-negara yang wujud ini belum pun terbentuk pada zaman mereka apatah lagi pada Rasul s.a.w.
    6. Tokoh ulama dan fekah yang terkenal, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan berkata: “Pendapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab. Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya. Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini?!! (Dr Abd al-Karim Zaidan, Al-Sunan al-Ilahiyyah, m.s. 147, Beirut: Muassasah al-Risalah)
    Sokong Saluran RUclips Kami dengan langganan di bawah ini:
    / @realridzstudio
    Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
    (Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")
    Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: realridzblog.media@gmail.com
    Terima kasih!
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.
    Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
    CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
    di atas nama Mohamad Ridzuan
    e-melkan bukti pembayaran: realridzblog.media@gmail.com / WA +60124372108.

Комментарии • 18

  • @realridzstudio
    @realridzstudio  14 дней назад +6

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Ruangan ini milik anda - tempat anda berkongsi segala kisah dan pandangan. Kami ingin anda menjadi sahabat kami. Selain menjadikan ia mesra pengguna, sedikit garis panduan untuk anda. Kami berhak untuk memadam sebarang post ataupun komen yang melanggar garis panduan ini.
    ▶ Sopan dan berbudi bahasa. Sebarang komen yang mempunyai unsur-unsur diskriminasi, provokasi, menghina, menghasut, mengutuk dan seumpama dengannya akan dipadam. Akses ke saluran ini akan disekat terhadap mana-mana individu yang melanggar garis panduan ini.
    ▶ Perbincangan berdasarkan topik. Dilarang meletakkan komen yang tidak berkaitan dengan isu yang di post kan.
    ▶ Sediakan penjelasan yang jelas berasaskan fakta - link berkaitan, foto ataupun video.
    ▶ Promosi produk adalah dilarang sama sekali
    ▶ Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut dari kami, sila e-melkan bersama butiran anda dengan lengkap agar dapat kami menghubungi anda secepat mungkin ke realridzblog.media@gmail.com
    Terima kasih!

  • @mohamadjunaidahoodi71
    @mohamadjunaidahoodi71 17 дней назад +31

    Betul apa yg Dato' kata tu..tapi yalah..masyarakat dah terbiasa dengan amalan amalan lama yg diamalkan di Nusantara . nak tinggal kan sepenuhnya org dah anggap lain . yg lebih trajis nya kalau tak buat kena cop W

  • @amyzanna104
    @amyzanna104 13 дней назад +2

    Alhamdulillahh..Jauhi dri sikap Taksub & Fanatik..

  • @mohdyusrigimangiman2604
    @mohdyusrigimangiman2604 15 дней назад +1

    Terima kasih Tuan Doktor Daniel, dari dulu lagi berdakwah, sebelum saya masuk M4P, semasa di M4P, dah mengajar dan sekarang saya dah pencen, Tuan Doktor masih terus berdakwah. Dulu masa di M4P saya pernah duduk sebelah Doktor jadi pengerusi kuliah tafsir.

  • @toriqhassan9507
    @toriqhassan9507 15 дней назад +6

    Semoga Allah merahmati dan memberkati Dr Danial yang faham agama.

  • @kassimhassan1368
    @kassimhassan1368 14 дней назад

    Buat apa mencari dosa padahal pahala kita pun tak banyak.ini kata2 yg cukup terkesan buat diri saya.terima kaseh dr.❤

  • @sulaimandali6693
    @sulaimandali6693 17 дней назад +10

    Memang betul kata dr..orang tak faham sunah dan tak tahu sejarah nanti bilang ini pendapat Wahabi

  • @myyus9734
    @myyus9734 14 дней назад +1

    Betul, jangan fanatik

  • @ammarhakim6447
    @ammarhakim6447 17 дней назад +3

    Terima kasih ustaz

  • @user-qp6es2rk9x
    @user-qp6es2rk9x 14 дней назад +2

    Tinggalkan amalan ibadah yg lama diamalkan tapi bidaah. Rasulullah sabda semua bidaah dlm ibadah adalah sesat. Tiada khilaf lagi dlm hal bidaah dlm ibadah.

  • @wanmdfauziwanidris1311
    @wanmdfauziwanidris1311 14 дней назад

    Hormati Imam Syafie / Hanafi atas faktor mereka masih lagi ahli keluarga Bani Adnan, Bani Hasyim, Quraisy tanpa menafi-ketepikan Imam Ahmad, Imam Maliki.... dan sanad ilmu antara mereka mengikat antara satu sama lain...

  • @Ear_Hear_Wear_Gear
    @Ear_Hear_Wear_Gear 17 дней назад +6

    👍 ❤️

  • @julaiheehjbujang139
    @julaiheehjbujang139 17 дней назад +4

    👍👍👍

  • @user-wy9ih3ym3i
    @user-wy9ih3ym3i 14 дней назад +1

    Yg jadi isunya agamawan .... ustaz2...yg tidak berani mengatakan yg benar kerana nak jaga populariti dan periuk nasi....mcm d tempat sya baru2 ni ttg bacaan Yassin pd mlm Jumaat dan memuji jemaah masjid yg mengamalkannya tanpa memberitahu ttg hadis yg sunah membaca al kahfi pd hari jumaat ....sikap ini la yg tidak memandaikan umat

  • @moonstar60
    @moonstar60 13 дней назад

    Zamihan & alkiti marah bila dengar ni😅

  • @user-qp6es2rk9x
    @user-qp6es2rk9x 14 дней назад +3

    Kenduri arwah adalah bidaah. Ianya dicipta oleh wali 9 ikut kerangka agama hindu pinta pitre jafna. Tiada riwayat dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat

  • @kaijennsen1977
    @kaijennsen1977 17 дней назад +5

    Kenduri arwah itu ikut hindu bukan ikut syafi'i