"Bahasa Melayu Perantara Motivasi," Daisy Raman

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • Ruangan : Wawansabda Bahasa
    Editor : Yusaida Yusof
    Penulis : Rosli Mohd Nordin
    Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn
    Jurufoto, Videografer & Visual Editor : @azrul_azizi_aziz
    Lokasi : Rimbun Gasing
    Majalah : Dewan Bahasa
    Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP
    Isu : April 2024
    Kejujuran dan keikhlasan pempengaruh menerbit dan berkongsi kandungan tersebut di pelantar media sosial pastinya ia bersifat subjektif namun ia merupakan elemen terpenting yang boleh dinilai oleh khalayak yang menonton atau membaca bahan perkongsian tersebut.
    Inilah yang dirasai oleh penulis ketika menonton beberapa video motivasi diri dalam pelbagai topik seperti hubungan antara suami dengan isteri, kakitangan dengan ketua mereka, pasangan kekasih yang sedang bercinta dan pelbagai lagi bahan terbitan oleh seorang pempengaruh yang berbangsa Cindian iaitu Daisy Raman (Daisy).
    Setiap topik yang diketengahkan disampaikan oleh Daisy dengan sangat bersahaja, ringkas, dekat dengan realiti kehidupan harian rakyat negara ini dan paling penting medium komunikasi yang digunakan oleh Daisy dibuat dalam Bahasa Melayu.
    Bukan itu sahaja yang membuatkan penulis teruja, yang lebih mengejutkan apabila mengetahui ibu dua orang anak ini berusia 50 tahun dan menguasai empat bahasa dengan begitu fasih sekali. Kenali pempengaruh kelahiran Melaka Tengah ini, Daisy Raman yang sedang meningkat namanya di pelantar media sosial TikTok.
    Latar Belakang
    Ramai orang keliru dengan identiti diri saya kerana sekali pandang fizikal saya seperti wanita Cina yang mempunyai rona kulit sedikit gelap, tidak seperti wanita Cina yang lain.
    Saya lahir di Hospital Melaka Tengah (Melaka) merupakan anak sulung daripada empat adik beradik hasil daripada perkahwinan campur ibu saya yang berbangsa Cina (Chua Kuk Kuai) dengan bapa saya yang berbangsa India (Raman Angi).
    Saya amat bersyukur dengan latar belakang keluarga saya ini kerana ia membolehkan kami sekeluarga lebih berfikiran terbuka dan meraikan perbezaan latar budaya dari sudut yang lebih positif.
    Kelebihan menjadi anak daripada perkahwinan campur ini juga membolehkan saya menguasai bahasa Tamil, Cina (Mandarin dan Hokkien), Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, pastinya apabila musim perayaan ia memberi kelebihan kepada kami sekeluarga sama ada kami meraikannya atau diraikan oleh saudara mara dan sahabat handai.

Комментарии • 4