Pengenalan Sahih Bukhari Dan Biografi Imam Bukhari

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 17 ноя 2024

Комментарии • 20

  • @ilmuamaliahamalilmiah3678
    @ilmuamaliahamalilmiah3678  7 дней назад +10

    [ Majlis Sama' Hadis Bukhari 2024 #1 ]
    Beberapa point dari Pendahuluan Syeikh Yusri Jabr al Hasani sebelum Sama' Sahih Bukhari :
    1. Menjadi sebab pemberi syafaat sesama kita dengan asbab menghadiri majlis ini.
    2. Niat sebelum menghadiri majlis Sahih Bukhari wajar diperhatikan :
    Nabi berdoa agar diajuhi dari ilmu yang tidak bermanfaat seperti yang difahami secara mukhalafah dari doa Nabi ada ilmu yang bermanfaat dan tidak bermanfaat.
    3. Bila ilmu itu bermanfaat dan tidak bermanfaat ?
    Ilmu bermanfaat apabila ia didahului dengan rahmah. Rahmatan wa ilman digandingkan dalam al Quran. Hati kamu perlu penuh dengan rahmat yakni dengan keCintaan. Rahmat itu tertampak apabila kamu berakhlak dan tawaduk itu cirinya. Jika takabbur dan menghukum dan suuk zun dan inginkan kemahsyuran dan membantah ulama ia ciri ilmu yang tak bermanfaat.
    4. Sebab itu apabila ulama bertemu dengan para pelajar akan memberikan hadis awwaliah sebelum mendengarkan ilmu2 lain. Supaya jiwa pelajar itu penuh dengan rahmat dan kasih sayang sesama Muslim.
    5. Jamik Sahih Bukhari adalah Kitab yang nilainya tinggi dari sudut keshiqahannya disisi ummat. Kitab paling sahih selepas al Quran ini adalah ijma ulamak dari sudut asanid dengan syarat imam bukhari. Penting kita membaca sunnah nabawiah kerana Kalam Nabi merupakan wahyu dan ia adalah sumber perundangan Islam.
    6. Jika kita sebut Sahih Bukhari maka perlu juga disebut biografi Imam Bukhari. Beliau tidaklah mengarang tetapi menghimpunkan hadis-hadis dengan sanad-sanad yang paling sahih. Ayahnya ahli hadis disebut dlm tarikh. Atuknya tidak diketahui kealimannya. Bukhara di Uzbekistan. Bardizbah bermaksud petani dan dia tidak memeluk Islam.
    7. 13 syawwal hari jumaat selepas solat jumaat. Wafat di khartan 194H. Wafat pula 1 Syawwal 256H malam syawwal hari pertama Muslim menyambut Eid Fitri. Dilahirkan dalam persekitaran ilmu. Ibunya mencintai Nabi dan sangat bertaqwa. Pernah al Bukhari buta matanya dan ibunya memperbanyakan selawat lalu bermimpi Nabi mengusapkan tangannya ke mata al Bukhari lalu sembuhlah al Bukhari daripada penyakitnya. Bukhari sangat KUAT hafalannya dan CEPAT menghafal.
    8. Dari kecil lagi telah menghafal al Quran bawah bimbingan guru al Quran dalam usia 10 tahun setelah masuk ke kuttab (tempat khas anak Arab dihantarkan ke sini untuk menghafal al Quran). Setelah itu beliau Sibukkan diri dengan hadiri majlis periwayatan hadis, Ada seorang ulamak besar imam al Madkhali di Bukhara.
    Satu hari meriwayatkan hadis dan menyebutkan sanadnya, "kami riwayatkan dari Sufyan dari Zubairi dari Ibrahim. Lalu al Bukhari tegur (waktu itu baru 11 tahun) , wahai guru sanad itu ada masalah kerana zubairi tidak riwayatkan daripada Ibrahim. Madkahli terkejut dan setelah dikaji semula dari catatannya maka Bukhari benar. Sejak itu Madkhali taajub dengan Bukhari dan meminta Bukhari menegurnya jika ditemukan kesilapan.
    9. Bukhari bila 16 tahun mula musafir. Ibu dan abang sulungnya Ahmad pergi ke haji. Dan Bukhari minta izin ibunya untuk menetap di Masjidil Haram mengambil hadis dan riwayat daripada ulama Hijaz pula. "Saya telah mengumpulkan 1080 guru dan jadikan riwayat mereka kepada Sahih Bukhari" . Setelah itu beliau merantau pula ke tempat lain dengan tujuan ambil riwayat ulama di kota-kota utama Negara Islam semisal Mesir- Kufah- Basrah dan Sham.
    10. Umurnya 24 mula mengumpulkan hadis dan riwayat untuk dkumpulkan dalam Jami Sahih sehinggalah ke umur ke 40 tahun.
    11. Ishaq b Rahaweih menjadi punca penyusunan Jami Sahih. Bukhari pernah bermimpi berada di sisi nabi lalu Bukhari mendapatinya menghalau lalat dari hinggap ke wajah Nabi lalu ditakwil bahawa bukhari akan dapat mempertahankan sunnah nabi dan hadis bermasalah dan akan mengarang sebuah kitab. Bukhari sangat kuat hafakannya sehingga setiap tempat yang disinggahinya ulama ditempat tersebut akan menguji kehafalan Imam Bukhari.
    12. Ujian di Baghdad direkodkan al Khatib dalam Tarikh Baghdad.
    13. Kecerdikan Bukhari dari kecerdikan rabbani.
    Kecerdikan Bukhari adalah tanda dari kemukjizatan Nabi. Kebijaksanaan Bukhari tidak mampu ditandingi kecerdasan buatan (AI). Ai pun ada silap. Terkadang membetulkan kesilapn kita yang tertypo.
    14. Mazhab Bukhari, hidup di mantiqah Hanafi dan dinyatakan oleh al aini dan qastallani pula nytaakan Bukhari adalah Syafie. Dan kuatnya Bukhari merupakan mujtahid mutlaq dan memiliki mazhab tersendiri dan ini boleh dilihat dari penyusunan abwab Sahih Bukhari
    15. Adapun akidah Bukhari, beliau cenderung kepada tafwid dan tidak melampau untuk takwil. Mufawwidah munazzihah . Akidahnya cenderung kepada Asyairah. Salah satu menghadapi ayat sifat di sisi Asyairah adalah metode tafwidh. Tidak memperincikan takwil ayat mutasyabihat.
    16. Aku pilih dari 600,00 hadis sahih yang aku hafal.
    17. Syeikh Yusri berharap dapat diadakan pula tahun hadapan majlis Sama' Sahih Muslim sehingga khatam kutub sittah agar seumur hidup kita hidup dengan nafas nabawi . Hidup dengan hadis-hadis nabawi merupakan metod terbaik mengelakkan fitnah di zaman ini.
    18. Salah satu metode Bukhari adalah taqtik hadis. Mengambil potongan hadis mengikut kesesuaian bab yang disusun Bukhari. Sedangkan hadis tersebut panjang asalnya panjang.
    19. Ilmu hadis terbahagi kepada
    i - riwayah ( Tahkik nama perawi, sebutan tempat dan sebagainya)
    ii - dirayah.
    20. Adapun majlis yang akan diadakan esok adalah riwayah sahaja, bukan dirayah. Para guru dihadapan ini mempunyai sanad yang bersambung kepada guru mereka sehinggalah ke Imam Bukhari. Perlu hadir juga dan dengar syarahan Bukhari untuk dapat sanad riwayat dan dirayah. Maka janganlah berbangga pula di atas kawan-kawan engkau yang lain. Belum lagi jadi alim jika hanya sekadar riwayat sahaja.
    21. Adapun Syeikh Yusri telah mensyarahkan Sahih Bukhari lengkap kesemua hadis lebih daripada 719 majlis dan ada videonya di YT dan akan diusahakan untuk dibukukan pula InsyaAllah.
    22. Syeikh turut tekankan kepada hadirin agar jangan berpada dengan majlis riwayat sahaja tetapi perlulah beralih pula kepada majlis dirayah juga.
    23. Kita tutup majlis dengan mimpi bahawa Bukhari melihat Nabi berjalan selangkah demi selangkah, setiap langkah Nabi berjalan Bukhari meletakkan kakinya pula di bekas tapak kaki Nabi. Ini isyarat bahawa Sahih Bukhari menunjukkan kita kepada jalan menuju Allah.
    ** Lihatlah adab guru Syeikh Nuruddin Marbu al Banjari.. Pena dan kertas kelazimannya dan mencatat pula kalam ilmu walaupun sudah mengetahui. Kedudukannya yang tinggi bertambah tinggi apabila merendahkan diri.
    Kredit : Ustaz Ibn Ishaq

  • @harithhumam4372
    @harithhumam4372 7 дней назад +7

    Alhamdulillah diatas nikmat hadis yang mulia dan ahli hadis yang sebenar.

  • @zaheerzack8611
    @zaheerzack8611 7 дней назад +3

    Tahniah ustaz Khairul Nizam selaku penterjemah..

  • @eliasabdullah586
    @eliasabdullah586 4 дня назад

    Assallamualaikum, majlis ilmu ini telah melaksanakan suatu tuntutan dalam surah al Hujurat ayat : 13 yg bermaksud: " Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku supaya kamu saling kenal mengenal, mereka serta dikalangan sesama kaum mereka sendiri". Betapa bermanfaatnya majlis ilmu ini, semuga kita semua ditambah ilmu, rahmat dan silaturrahim sesama umat dari segenab penjuru dunia.

  • @RusdiMila-sr8fd
    @RusdiMila-sr8fd 5 дней назад +1

    Alhamdulillah ❤😊❤

  • @zudinaziz2340
    @zudinaziz2340 День назад

    Sohih bukhari kitab rujukan kita selepas quran , manusia dtg dan pergi ,amanah lah dgn diri kita untuk kekal di jalan sunnah ...

  • @fursantantawi4075
    @fursantantawi4075 4 дня назад +1

    🌹اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
    وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🌹
    131124 Rabu 🎉

  • @rajalijohny2476
    @rajalijohny2476 7 дней назад +14

    Ini baru betul ahli hadis bukan pakar hadis wahabiol yang membiolkan.

    • @rosliyaacob9471
      @rosliyaacob9471 7 дней назад +1

      Bagai butir butir permata berjatuhan sejuk hati mendengar butir ucapan As Sheikh. (Terjemahan jg top class - membolehkan kami org awam memahami ucapan As Sheikh) Memandang wajah2 mrk pun dah terlihat sikap tawadhuk serta pancaran keilmuan.

    • @saronrock7652
      @saronrock7652 7 дней назад +1

      Tingok majlis ilmu mcm tingok bola kan bro...sempat kutuk pehak lawan...😂😂😂

    • @aminahmanap6314
      @aminahmanap6314 7 дней назад +2

      ​@@saronrock7652 haah nanti tak dpt rahmat , Allah sedang perati kita

    • @zudinaziz2340
      @zudinaziz2340 День назад

      Hati yang tak tenteram Dan penoh dgn labeler, jumuder, taksuber Dan extremer mesti ditarbiah.... Mohon terasa semua.​ @@saronrock7652

  • @fitrahsuci
    @fitrahsuci 7 дней назад +7

    Maza, rora & salman x dijemput ker?😂😂😂 depa claim depa ahli hadis😂 ahli hadis kelangan Wahabi je kot😂😂😂

    • @Nua-e6y
      @Nua-e6y 7 дней назад

      Nanti habisnya orang dikata nya,dituduh nya Salah,sesat 😂😂😂😂 Di Mata mereka Yang baik ITU bidaah dholalah😂😂😂😂😂

    • @rosliyaacob9471
      @rosliyaacob9471 7 дней назад +1

      Muhaddithin dan rujukan utama mrk adalah Albani - yg ada hati berani 'mengkafirkan' Imam Bukhari.
      ruclips.net/video/S0P9S-9jTXE/видео.htmlsi=5ot_TKcd0j1ixItN
      ruclips.net/video/dI5GAxvc0Bs/видео.htmlsi=g39gYJB-3f5dVIt0

    • @Nua-e6y
      @Nua-e6y 6 дней назад

      @@rosliyaacob9471 gila memang puak munafik bertopengkan Salaf

  • @ibrahimyusof3222
    @ibrahimyusof3222 7 дней назад +2

    Dr Maza Dr rora shahbudin agak2 dtg tak ?
    Klu. Mereka betul2 ahli Sunnah waljammah mereka akan dtg .dgn lapang dada. Lagi ikhlas
    tapi saya rasa tidak..
    Mereka taksub jpada faham.wahabi
    Klu berdebat mereka akan dtg
    Itulah hobi mereka
    Merrasa diri mereka terlalu pandai
    .

  • @JanGgutKomeng
    @JanGgutKomeng 5 дней назад +1

    Alhamdulillah ❤😊❤