Это видео недоступно.
Сожалеем об этом.

HJ ABDUL HAK@HJ ABD GHANI ABDULLAH...bacaan Surah Al Mulk

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 окт 2022
  • Dato’ Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani mula membabitkan diri dalam seni lagu al-Quran pada awal
    tahun 1960 ketika berusia 18 tahun di mana beliau menyertai pertandingan Majlis Tilawah al-Quran
    peringkat daerah Pendang dengan mendapat tempat pertama (Abdul Hak, 2007).
    Bermula daripada penyertaan pertama beliau ini telah menyuntik semangat Tuan Haji Abdul Hak @
    Abdul Ghani untuk menyertai pertandingan seterusnya keperingkat yang lebih tinggi di mana beliau
    telah menyertai peringkat wilayah dalam majlis tilawah al-Quran sebelum menyertai peringkat negeri
    pada tahun 1966 ketika berusia 24 tahun. Pada tahun 1967 beliau pertama kalinya memenangi majlis
    tilawah al-Quran peringkat negeri Kedah dan naib johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat
    Kebangsaan seterusnya mencipta nama di persada antarabangsa apabila menjadi johan qari Majlis .
    Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-9 pada tahun yang sama. Pembabitan beliau di
    peringkat negeri Kedah dalam Majlis Tilawah Al-Quran begitu ketara sekali di mana beliau telah
    dinobatkan sebagai johan sebanyak dua belas kali iaitu pada tahun
    1967,1968,1971,1972,1975,1976,1977,1980,1982,1984,1987 dan yang terakhir pada tahun1992
    (Majlis Agama Islam Kedah, 2007).
    Di peringkat kebangsaan pula beliau telah dinobatkan sebagai johan qari sebanyak lima kali iaitu
    pada tahun 1972,1977,1978,1980 dan 1982. Manakala peringkat antarabangsa beliau telah
    memegang gelaran johan qari sebanyak empat kali bermula pada tahun 1967,1972,1980 dan 1982.
    Penglibatan beliau ini bukan sahaja mengharumkan nama negeri Kedah bahkan negara Malaysia
    amnya di persada antarabangsa dalam seni lagu al-Quran.
    Jasa dan sumbangan Dato’ Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani begitu besar sekali dalam persada seni
    lagu al-Quran di negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya. Atas kelebihan dan kepakaran dalam
    bidang ini, beliau telah menabur budi kepada pelbagai lapisan masyarakat baik dari peringkat
    dewasa mahupun remaja yang meminati bidang seni lagu al-Quran di setiap daerah pelusuk negeri
    Kedah bahkan hingga ke Perlis (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007).
    Daripada usaha dan sumbangan beliau inilah muncul beberapa tokoh qari dan qariah yang terkenal di
    tanahair antaranya Haji Othman Azumi b. Ahmad, Haji Abdul Razak Hassan, Haji Pisol bin Yusob,
    Ismail Mat Isa, Haji Ghazali, Mohd Termizi Mustafa, Hajjah Halimah Jusoh, Hajjah Aishah Mustafa,
    Hajjah Habsah Mustafa, Hajjah Sobariyah Abd Hamid, Hajjah Sobiroh Mohd Zain, Hajjah Sarina
    Che Yahya serta ramai lagi.Turut tidak ketinggalan dua orang anak beliau sendiri iaitu Alauddin
    Abdul Hak yang pernah mejadi naib johan negeri Kedah pada tahun 2002 serta johan kebangsaan
    Majlis Tilawah al-Quran peringkat warga Pendidikan Malaysia tahun 2005. Manakala anaknya
    Azra’ie Abdul Hak yang pernah menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi
    negeri Melaka pada tahun 2003, 2004 dan 2007 serta finalis progam realiti Akademi al-Quran musim
    pertama anjuran TV 9 pada tahun 2006 (Abdul Hak, 2007).
    Selain itu beliau juga turut menyumbangkan suara untuk rakaman bacaan ayat-ayat suci al-Quran
    kepada beberapa stesen radio tempatan selain kepada syarikat rakaman.Paling ketara beliau turut
    menyumbangkan bacaan al-Quran ke negara-negara asing seperti, Kuwait, Bangladesh, Indonesia
    dan Arab Saudi pada tahun 1969 atas jemputan negara-negara tersebut (Mohd Zaini Zakaria, 2009).
    Dato’ Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani juga telah dipilih sebagai fasilitator kepada Kursus Tahsin alQuran sama ada di peringkat negeri Kedah mahupun kebangsaan sebagai pemantapan bacaan alQuran kepada qari dan qariah tanahair sebagai persedian untuk ke majlis tilawah al-Quran.Selain itu
    beliau juga turut dipilih sebagai juri Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada tahun 2005
    dan 2006 dalam bahagian fasohah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (Abdul Hak,
    2007).
    Atas jasa dan sumbangan beliau yang begitu besar terhadap bidang seni lagu al-Quran, Tuan Haji
    Abdul Hak @ Abdul Ghani telah dianugerahkan tokoh Ma’al Hijrah peringkat negeri Kedah pada
    tahun 2006 dan beberapa pingat kebesaran negeri antaranya pingat Setia Diraja Kedah (SDK) dan
    pingat Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) oleh Sultan Kedah Darul Aman, Almarhum Tuanku
    Al-Haj Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Beliau juga turut
    dikurniakan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Комментарии • 5