𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐔𝐁𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐎𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀?

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 2 окт 2024
  • Hak pertahanan peribadi (right to self defence) atau hak membela diri dari ancaman penjenayah memang wujud di dalam Kanun Keseksaan. Prinsip ini terkandung dalam seksyen 96 Kanun Keseksaan kita. Maksud pertahanan peribadi dinyatakan lagi dalam bahagian 97 yang menyatakan bahawa setiap orang berhak kepada 2 bentuk pembelaan; (a) hak untuk melindungi diri sendiri dan orang lain dari bahaya fizikal (b) hak untuk melindungi harta benda daripada bahaya.
    Seksyen 100 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa dalam melakukan pembelaan diri, seseorang boleh bertindak balas sehingga menyebabkan kematian kepada penyerang apabila ia melibatkan;
    (a) ketakutan kematian
    (b) ketakutan luka parah
    (c) niat untuk merogol
    (d) berniat memuaskan nafsu yang tidak wajar
    (e) niat untuk menculik atau menculik
    (f) niat untuk mengurung secara salah
    Persoalannya tak salah ke bunuh perompak? Haa nak tahu jawapannya, jom dengar penjelasan di video ini
    Jika anda memerlukan nasihat lanjut, sila hubungi kami di nombor atau alamat yang tertera. Terima kasih.

Комментарии •