IK bersama FGV: Perniagaan Global! Dato' Nazrul Mansor

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 6 дек 2023
  • Dubai ke KL…mana lagi best? Soalan ini hampir setiap kali waktu saya buat live, akan ditanya kepada saya. IK duduk mana lagi best? Hehe…letih nak menjawab…
    Dan walaupun saya merantau dinegara orang, seperti juga beratus ribu dan berjuta rakyat asing yang bekerja di Dubai, matlamat semua orang adalah untuk mencari rezeki. Dan Alhamdulilah, rezeki saya buat masa ini adalah di Dubai.
    Tetapi kalau ditanya orang-orang Dubai dan orang Arab, rata-rata mereka akan puji Malaysia. Mereka akan tahu pasal KLCC, produk Malaysia di luar negara dan syarikat-syarikat multinasional kita.
    Dan salah satu syarikat multinasional kebanggaan Malaysia adalah FGV Holdings Berhad. Ini adalah kerana Malaysia, antara negara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. Hebat Malaysia dan syabas FGV yang telah menjadi tunjang kepada industri minyak sawit global.
    FGV ditubuhkan pada tahun 2007 dan merupakan syarikat yang terlibat dalam seluruh rantaian bekalan kelapa sawit, dari penanaman hingga pemprosesan dan pengedaran produk kelapa sawit. FGV memiliki tanah penanaman kelapa sawit yang meluas di Malaysia dan beberapa negara lain, serta fasiliti pemprosesan kelapa sawit yang moden.
    Dan saya sangat bertuah, kerana dapat menemubual Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, FGV Holdings Berhad untuk sessi ke 2. Ikuti temubual ini yang bukan sahaja melonjakkan FGV sebagai pengeluar minyak sawit tetap juga di industri lain, termasuk makanan, kosmetik, dan produk pembersihan.

Комментарии • 4

  • @richprinceenterprise
    @richprinceenterprise 6 месяцев назад

    Salam.
    Bagaimana ingin menjadi kaya?
    Menjadi kaya ada resepinya iaitu di dalam Kitab Udana iaitu hukum Kamayana lebih kurang.
    Resep menjadi kaya ialah Murah Hati. Apa maksud murah hati? Iaitu:
    1. Suka membantu orang, semakin kebaikan kembali kepada kita.
    2. Suka memberi (bersedekah) lebih barangan, lebih bertambah hartanya.
    3. Suka memberi yang terbaik dan memberi lebih.
    4. Suka memberi dana kepada orang lain dengan lebih.
    5. Bila berniaga suka beri lebih barang yang dibeli. Tetapi harga jangan murah hati, nanti gulung tikar. Tapi barangnya beri lebih, begitu caranya.
    6. Orang suka menolong, hartanya makin bertambah.
    7. Mulut dan lidahnya berkata yang baik, maka murah rezekinya.
    8. Kaki tangannya suka membantu orang lain.
    9. Makin banyak menolong, makin banyak hartanya.
    10. Banyak murah hati dan banyak bersedekah, makin tambah hartanya.
    11. Memberi dan membantu sesama keluarga dan teman, makin bertambah hartanya.
    12. Memberi makan lebih, bertambah hartanya.

  • @raedgamingmalay.1170
    @raedgamingmalay.1170 3 месяца назад

    pandangan peribadi saya syarikat FGV tak aggressive untuk menarik pelabur bagi meningkatkan harga saham FGV.. banyak produk hiliran tak dikembangkan dengan tepat..

  • @YusofRodi
    @YusofRodi Месяц назад

    FGV bonus tahunan pun takde 😢😢

  • @rahman-cs6uq
    @rahman-cs6uq 6 месяцев назад

    Canel ni makin lama makin bancrube