Tadabbur Surah Al-Kahfi 18/ : Ayat 31 - 33

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • YBhg. Ustaz Abdul Muien Bin Abdul Rahman.

Комментарии • 12

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад

    Menyerahkan segala urusan kepada Allah setelah melakukan doa dan usaha.
    Al-Insyirah Ayat 8
    وَاِلٰى رَبِّكَ فَارْغَبْ
    Artinya: "Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад

    Nikmat-nikmat di syurga
    Al-Insan:14
    وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلٰلُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوْفُهَا تَذْلِيْلًا
    14. Dan naungan (pepohonan)nya dekat di atas mereka dan dimudahkan semudah-mudahnya untuk memetik (buah)nya.

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад

    Pakaian dan perhiasan orang orang di syurga.
    Al-Hajj Ayat 23
    يُحَلَّوْنَ فِيْهَا مِنْ اَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَّلُؤْلُؤًاۗ وَلِبَاسُهُمْ فِيْهَا حَرِيْرٌ
    Di sana mereka diberi perhiasan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka dari sutera.

  • @mohdjamalimohdnazir3494
    @mohdjamalimohdnazir3494 10 месяцев назад

    25:18
    Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
    ” إِنِّي لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا، وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ كَبْوًا، فَيَقُولُ اللَّهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى، فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى،
    Sesungguhnya aku tahu tentang orang yang terakhir akan keluar dari neraka, dan orang yang terakhir memasuki syurga. Dia adalah seorang lelaki yang akan keluar dari neraka dalam keadaan merangkak. Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh.
    فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى. فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى، فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ، فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا. أَوْ إِنَّ لَكَ مِثْلَ عَشَرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيَا.
    Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh. Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya.
    فَيَقُولُ تَسْخَرُ مِنِّي، أَوْ تَضْحَكُ مِنِّي وَأَنْتَ الْمَلِكُ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ، وَكَانَ يُقَالُ ذَلِكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً. “.
    Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mempermainkan aku, atau mentertawakan aku, sedangkan Engkau Raja? (Ibn Mas’ud berkata): Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketawa sehingga nampak gigi gerahamnya. Dikatakan: Itulah penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6571]

  • @mohdjamalimohdnazir3494
    @mohdjamalimohdnazir3494 10 месяцев назад

    41:20 apa lagi nikmat di syurga? مُّتَّكِـِٔينَ فِيهَا عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ ۚ mereka, apa dia مُّتَّكِـِٔينَ ? mereka duduk, dalam bahasa arab مُّتَّكِـِٔينَ duduk bersandar. ha disitu nikmat, tuhan bagi tau duduk bersandar, apa nikmat di situ? bila duduk bersandar menunjukkan apa? relax menunjukkan apa? tak de masalah la tu. kalau orang ada masalah cara duduk macam mana? ha ni semua ada masalah, kalau tengok cara duduk, masalah apa? tak faham quran, ni semua ada masalah ni, tapi di syurga takde masalah, cara duduk apa dia? bersandar je.
    42:18 kemudian duduk pula, duduk atas apa? فِيهَا dalam nya @ dalam syurga, عَلَى atas, atas apa ni? ٱلْأَرَآئِكِ ۚapa makna nya? lebih tepat pelamin la. sepanjang gidup kita yang mana yang paling seronok kita duduk? duduk atas kerusi atas katil ataupun atas pelamin? yang mana paling seronok? atas pelamin kan? tapi berapa lama kita seronok? sekejap je, tapi kenapa? sebab kita sewakan? ni pelamin ni sape punya ni? Allah nak kita bayangkan, kita duduk atas pelamin bukan satu jam, bukan satu jam, tapi sepanjang masa dalam syurga, itulah tempat duduk kita? apa dia? pelamin. jadinya bukan raja sehari. tapi raja? dulu, kini dan selamanya.
    pelamin tu pula, disebut dalam ayat yang lain, ada permata, ada permata pula. pelamin yang dulu kita pernah duduk time kahwin dulu tu ada berapa biji permata? ada permata ke? mana ada? permata plastik tu. kalau betul permata tu, dah kene rompak lama dah. yg permata plastik pon kita kene bayar mahal kan. amik gambar sekejap, ok ok dah habis habis angkat. tapi di syurga, pelamin tu kekal selama-lamanya hak kita, nikmat tak?
    habis ust nak duduk atas pelamin je? ye lah habis tu nak buat apa lagi? nak buat apa lagi? nak pergi kerja? tak. diakhirat bukan tempat bekerja, nak pergi bekebun, tak, itu bukan tempat berkebun, itu tempat apa? kalau nak makan macam mana? banyka dalam syurga tuhan kata, makan buah, betulkan? لَهُمْ فِيهَا فَـٰكِهَةٌۭ tuhan tak sebut dalam syurga ada nasi briyani ke, takde takde. kenaoa banyak buah? perasan tak bila Allah sebut makanan dalam syurga, mesti buah. Allah tak sebut makanan nasi ke. perasan tak? tak pernah perasan. kenapa? beza kat dunia, kalau kita cari restoran, restoran yang ada buah ke nasi? yang ada nasi, kalau takde buah pon takpe. ok kenapa?
    mudah buang air? saya nak tanya, buang air tu nikmat ke apa? bila kita makan, tiba-tiba teringat nak buang air, hilang tak nikmat? saya tak boleh minum banyak sebab selalu keluar, hilang nikmat minum kan? disyurga ada buang air ke? ada ke? agak-agak istana kita ada berapa tandas? takde-takde, takde buang. bila makan kene buangkan. kita cari rezeki penat-penat, dari pagi sampai malam, daripada muda sampai ke tua, tapi akhirnya kita sediakan satu tempat di rumah kita, untuk bunag rezeki yang kita cari tadi, betul?
    rumah sape yang takde tandas,. kita tau tak kita buat tandas untuk apa tu? untuk buang rezeki yang kita cari penat-penat tu betul tak? kadang-kadang tandas tu tersumbat. masalah tu. tapi disyurga tandas takde.
    46:50 abistu yang kita makan banyak-banyak tu pergi mana? jadi peluh? peluh tu nikmat ke musibah ? peluh di syurga keluar seperti المسك al-misk seperti kasturi. bukan peluh sebenarnya tapi dia bau wangi. lagi kita makan banyak, lagi dia keluar wangi yang banyak.
    soalan saya tadi, kenapa bila sebut nikmat dalam syurga
    49:14 duduk di atas الأرائك نِعْمَ ٱلثَّوَابُ pelamin-pelamin , itulah sebaik-baik pahala
    ٱلثَّوَابُ di dalam bahasa arab asal dia, رجوع kembali. kenapa perkataan pahala tu diambil daripada perkataan yang bermakna kembali? Allah nak kita bayangkan, Allah nak kita tadabbur dengan perkataan ni. apa dia? bila kamu buat apa sahaja amalan soleh, dia akan kembali kepada kamu itulah sawab ثواب , jadi bila kita zikir banyak rugi tak? tak. sebab ia berbalik kepada kita, bila kita sedekah banyak, kita rugi tak? tak. sebab dia berbalik kepada kita. yang kita zikir sikit, yang kita sedekah sikit sebab apa? kita tak faham makna sawab, bila kita sedekah banyak kita rasa apa? balik kepada orang itu, orang itu yang untung? tak...
    50:20 ok perkataan setersunya وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقًۭا dan sebaik-baik tempat rehat.
    sebab apa ia dipanggil sebaik-baik tempat rehat? sebab dia tak payah buat apa-apa. kalau nak makan, hanya perlu ? hanya perlu apa? niat? hanya perlu terlintas, tak perlu niat. kalau kita makan tanpa niat di syurga sah tak? ha tak payah niat " sahaja aku nak makan buah epal? tak payah-tak payah nanti jadi lambat pula.
    51:04 tuhan sebut dalam surah al-Insan tentang buah-buahan وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلَـٰلُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلًۭا tengok nikmat. kalau orang beriman suka dengar ayat ni. ayat ni dia cerita buah-buahan. وَدَانِيَةً داني berasal daripada perkataan dunia. apa makna dunia, dari segi bahasa? dunia maknanya dekat. sebab itu dinamakan dunia, dan akhirat dinamakan akhirat, sebab akhir jauh.
    "Dekat kepada mereka (penghuni syurga) ظِلَـٰلُهَا dahan-dahan pokok-pokok di syurga, (tuhan nak bagi tau kita dahan-dahan itu dekat tak payah buat apa-apa) وَذُلِّلَتْ dan ditundukkan dipermudahkan untuk memtiknya (dahla dahannya dekat, untuk memetiknya dipermudahkan lagi) (kata ulama' tafsir kalau kita duduk di atas الأرائك pelamin-pelamin, tiba-tiba terpikir terlintas nak makan epal, apa perlu kita buat? apa dia? amik kat mana?) (mengikut pendapat ulama' , dahan tu masuk kat tempat kita duduk atas pelamin tu melalui tingkap, dan dahan tu ikut posisi kita, kalau kita di tempat tinggi, dahan tu akan pergi tempat tinggi, kalau kita di tempat rendah, dahan tu akan ikut pergi ke tempat rendah. kita duduk je, tak payah buat apa-apa.
    kemudian makan je. ada biji tak? ada nak kene koyak dulu tak buahnya? tak... itulah namanya مكرمين tak payah buat apa-apa.
    53:23 juga dalam surah al-Insan قَدَّرُوهَا تَقْدِيرًۭا

  • @mohdjamalimohdnazir3494
    @mohdjamalimohdnazir3494 11 месяцев назад

    10:17 kalimah أولئك لهم جنات عدن تجري من تحتهم الأنهار
    itulah (dalam ayat yang lepas, orang yang beriman dan yang beramal soleh, Allah sediakan أجرا عظيما ganjaran pahala, apakah ganjaran pahalanya? Allah nak huraikan dalam ayat ni) bagi mereka syurga-syurga Adnin. (apa dia Adnin? ada pendapat mengatakan dia salah satu nama syurga, tapi sebenarnya maksud Adnin ialah syurga yang? Adnin dalam bahasa Arab makna dia adalah أقامة واستقرار tinggal dan tetap, dia tinggal disitu dan dia tetap disitu.
    jadi apa sebenarnya Allah nak bagi tau ni. bagi orang beriman dan beramal soleh. pertama nikmat syurga. yang kedua, dalam perkataan adnin pon ada nikmat. nikmat apa? bila dia masuk syurga, dia nak duduk kekal kat situ. kenapa dia nak duduk kekal di situ? kita suka tak berpindah? suka tak keluar rumah? ke suka duduk dalam rumah.
    kita ada rumah kan? dan dalam rumah semua lengkap tak? ada air, ada letrik, ada makanan, ada isteri dan ada anak. tapi pernah tak kita duduk dalam rumah sebulan tak pernah keluar-keluar? pernah.
    pernah tak kita pergi keluar balik kerja balik rumah, keluar pergi kerja balik rumah, tak pernah pergi tepi sungai. kenapa pergi tepi sungai, kan air kat rumah dah ada? kenapa? ke tak pernah pergi sungai? kenapa nak kene pergi dekat sungai? apa dia, tenang? habis tu kat rumah tak tenang? kalau rumah tak tenang kenapa buat rumah? tak payah buat rumah, pergi duduk tepi sungai je? sbb apa? sbb lama-lama boring la, manusia ni tak boleh duduk di tempat yang sama dalam tempoh yang lama, nanti dia akan boring. padahal rumah dah cukup lengkap dah. rumah besar ada bilik 20 kan. bilik air pon nak sama besar dengan bilik. tapi lepas sebulan boring, sebab tengok benda yang sama. pastu nak pergi mana, pergi kat kg. duduk sini sempit je, tapi tenang je. yang duduk rumah besar pulak, dia serabut. kenapa? sunyi.
    ha itulah fitrah manusia, bila tengok bende yang sama dia jemu, dia boring, dia nak pindah tempat lain.
    13:30 tapi disyurga tuhan kata apa? syurga adnin, dia nak duduk situ, kalau boleh kekal disitu, kenapa? dan Allah huraikan dalam akhir surah al-Kahfi, adnin ni Allah huraikan dalam ayat 108, surah al kahfi لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًۭا tuhan bagi tau nikmat bagi syurga apa dia? لا يبغون mereka tidak teringin tidak mahu عنها daripada nya. daripada syurga mereka tidak mau apa ni? حولا mereka tidak ingin berpindah, itu makna adnin. nak duduk di tempat yang sama je, kenapa pula? kat dunia kita boring duduk di tempat yang sama, tapi disyurga kalau boleh dia tak nak pindah nak duduk situ je. berpuluh tahun beribu tahun pon takde masalah.
    apa sebab? apa dia? nikmat bertambah-tambah? macam mana boleh tau? macam pernah masuk je? dalam syurga tempat yang sama sentiasa berubah setiap masa, bila sentiasa berubah kita takkan boring. nak pindah apa lagi? nak sungai? ada. kalau nak laut pon ada, kalau nak emas pon ada. kalau nak apa sahaja semua ada. dan sentiasa berubah 24 jam. jadi nak pindah buat apa lagi? tadi kita nak pindah sebab benda yang sama. nikmat tak? tak payah pindah, tak payah bergerak.
    15:15 sebab tulah lelaki dalam surah yasin, bila dia berdakwah dan akhirnya dia dibunuh, apa ucapan dia setelah dia mati dan setelah tuhan kata pada dia? قِيلَ ٱدْخُلِ ٱلْجَنَّةَ ۖ masuk lah syurga. apa ucapan dia setelah dia mati? dalam surah yasin, kan selalu baca surah yasin.
    dia kata apa? يَـٰلَيْتَ قَوْمِى يَعْلَمُونَ o بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُكْرَمِينَ
    tengok ayat tu, ulama' kata apa "inilah lelaki yang berdakwah ketika hidup dan setelah mati, setelah mati pon dia berdakwah lagi. apa bukti dia berdakwah? ini mesej
    16:50 dia kata apa يَـٰلَيْتَ قَوْمِى alangkah baiknya kaum aku. kaum yang mana ni? dia kata kaum aku, kaum yang mana tu? yang bunuh dia tulah. walaupun kaum yang kafir dan bunuh dia, dia masih menggelarkan kaum aku, boleh? ini menunjukkan apa ni ? seorang pendakwah tak boleh benci kepada musuh dia, sebab dia pendakwah, walaupun musuh itu bunuh dia, dia tetap kene ada sifat kesian dan belas kasih sayang. dia tetap panggil يا قومي walaupun ini lah yang bunuh dia. boleh?
    alangkah baiknya kaum aku mereka mengetahui بِمَا غَفَرَ لِى dengan ? bende yang paling mahal bagi orang yang beriman apa dia? keampunan Allah. dengan apa yang رَبِّى tuhanku telah ampunkan aku, "kalau boleh aku nak bagitau kaum aku yang bunuh aku tu, sekarang dosa aku kosong". dia bukan nak dendam, nak marah, tak!. "sebab kamu bunuh la dosa aku kosong, aku nak bagi tau, kalau boleh".
    yang kedua , وَجَعَلَنِى yang kedua aku nak bagitau kaum aku yang bunuh aku, Allah telah menjadikan aku مِنَ ٱلْمُكْرَمِينَ . apa makna ٱلْمُكْرَمِينَ ? kalau كريم mulia, kalau ٱلْمُكْرَمِينَ ? yang dimuliakan. apa makna yang dimuliakan?
    18:36 apa maknanya? saya bagi contoh, A jemput saya makan, rumah saya kat seremban, dia pergi amik, bila dampai kat rumah saya, dia buka pintu kereta, saya masuk, duduk kat belakang. kemudian sampai kat kuala lumpur, sampai kat rumah dia, dia buka pintu kereta, saya pon keluar, bila masuk rumah dia, dia tarik kerusi, saya pon duduk. kemudian bila nak makan , dia basuh tangan saya , kemudain makan tu saya makan sendiri la dia tak suap, sudah makan dia basuh lagi tangan saya, bila sudah basuh tangan, dia potong pula buah, siap semua, kemudain sudah makan apa semua, dia tarik kerusi, saya bangun, dia iring saya masuk kereta, dia buka pintu kereta , kemudian dia hantar pula saya balik ke seremban.
    ha tu dipanggil, ٱلْمُكْرَمِينَ saya adalah orang yang dimuliakan iaitu saya tak buat apa-apa. faham? lelaki ni nak bagi tau. bila aku masuk kubur, aku tak buat apa-apa pon, semua di layan, boleh kita kalau kat dunia kaya macam mana pon, ada tak semua orang buat macam tadi? ada? takde kan. boleh.
    cuba tengok eh, apa bentuk ٱلْمُكْرَمِينَ yang Allah nak bagitau dalam ayat ni.
    pertama, syurga yang sentiasa berubah, ha itu ٱلْمُكْرَمِينَ tu , dia nak rasa lain je, tak payah buat apa-apa, tak payah berpindah pon, tak payah bergerak, duk situ je, dia berubah automatic, tak payah apa-apa, tak payah telefon eh mungkin kat tempat lain.
    20:30 yang kedua تجري من تحتهم الأنهار sentiasa mengalir dari bawah mereka sungai.
    berapa dah nikmat, pertama syurga, dan syurga ni nabi sebut dlam hadis yang biasa kita dengar, Allah kata apa dalam hadis qudsi, aku sediakan syurga untuk hamba ku yang soleh apa yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengar oleh telinga dan tak pernah terlintas dalam kepala.
    "Allah tabaraka wa taala berfirman : Aku telah menyiapkan untuk hambahamba-Ku yang soleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga
    dan belum pernah terlintas dalam jantung hati manusia"
    maknanya apa tu? semua yang ada kat dunia, takde kat syurga, semua yang ada kat syurga, tak pernah kita jmpa dan tak pernah di dengar di dunia. menunjukkan apa? satu nikmat yang terlalu luar biasa.
    21:38 kemudian mengalir pula, mengalir apa ni? kita suka laut ke sungai? kalau saya bagi tanah satu tepi laut, satu tepi sungai, nak yang mana? tepi sugaai kan, kenapa?
    bila tepi sungai, pertama air sungai dengan air laut tak sama. air laut masin kan. kemudian bila air sungai air dia? sejuk. kemudia mesti ada pokok-pokok. maka tuhan nak bagi bukan laut yang manusia tak suka, manusia suka sungai.
    kemudian sungai pula nak mengalir, hujung kampung ke kalau boleh bawah rumah kita? kita kalau boleh la sungai tu nak mengalir bawah ke depan tu? bawah nanti roboh kan. tengok tuhan kata apa? mengalir dimana ni? تحتهم bawah mereka.
    ada ayat lain تحتها , ha dekat situ berbalik kepada apa? ada yang kata berbalik kepda sungai ada yang berbalik kepada pokok. jadi dua-dua betul. mengalir di bwah istana syurga, mengalir di bawah pokok (pokok yg di depan istana tu, bawah pokok tu mengalir sungai)
    pernah tengok tak, sungai mengalir bawah pokok? pernah tengok? kalau pernah tengok tu maknanya dia pernah masuk syurga lah.
    23:30 ok, kemudian sungai pula, berapa sungai? kat dunia ada berapa sungai? bukan nama sungai, tapi jenis sungai. satu je? tapi disyurga ada berapa jenis sungai? apa dia? madu, dalam Quran tak sebut madu dulu, yang kita sebut madu dulu pasal apa? quran sebut apa dulu.?
    مَّاۤءٍ غَيْرِ اٰسِنٍۚ air yang diproses
    مِّنْ لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهٗ daripada susu
    مِّنْ خَمْرٍ لَّذَّةٍ لِّلشّٰرِبِيْنَ daripada arak yang lazat untuk siapa lazat ni? saiapa yang minum baru rasa lazat.
    مِّنْ عَسَلٍ مُّصَفًّى daripada madu, madu lah, madu yaman ke madu apa? tak? madu yang tak pernah kita tengok , tak pernah kita rasa , 4 jenis sungai.
    timbul soalan, adakah setiap orang, keempat-empat sungai itu mengalir di bwah mereka? ya. "ustaz nak buat apa 4 sungai ust, satu pon dah ok? kamu cakap kat dunia macam tu la, bila masuk kat syurga nanti, patut la 4.
    dan kita tau tak luas keluasan syurga setiap orang? tau? luas mana? setiap kita kalau kita insyaAllah kalau jadi Ahli syurga, berapa ekar kita dapat syurga tu? tuhan bagi tahu tak? tuhan bagi tau.

  • @mohdjamalimohdnazir3494
    @mohdjamalimohdnazir3494 10 месяцев назад

    25:00 saya nak bagi tau dalam hadis riwayat muslim, orang yang terakhir keluar neraka dan dia juga terakhir masuk syurga, orang yang samalah, makna kalau dia yang terakhir adalah dia paling jahat, paling banyak dosa, dan paling lama kene bakar dalam api neraka? tapi sebab dia ada akidah لا اله الا الله akhirnya dia keluar. saya bacakan hadisnya
    26:40 tau tak luas dunia? tau. aku sediakan 10 kali dunia untuk kamu yang kamu bayangkan penuh, untuk kamu seorang 10x luas dunia. berapa ekar tu? hadis sahih.
    itu yang terakhir. kalau yang awal masuk syurga, kalau yang tengah masuk syurga. jadi kita nak yang mana? nak yang akhir ke nak yang awal? ha jangan cari penyakit, ustaz kalau dah 10x dunia, kat dunia ni kita pusing semua dah? tak sungai buloh pon kita tak habis... sungai buloh habis tak pusing? ada kampung orang kelantan pergi, orang sungai buloh tak tahu. sungai buloh pon tak habis pusing. macam mana nak pusing satu malaysia, satu dunia, tiba-tiba di akhirat besok, tuhan bagi 10x luas dunia, dia pon tanya "buat apa ni, bila ada masa nak pusing semua tu". nak jawab apa? tak pernah fikir kan? sebab kita mesti fikir 2 ke 3 ekar kat dunia tu. yang tu yang kita nak kejar. yang tuhan nak sediakan 10 kali luas dunia. kita boleh nak pergi mana-mana tempat. agak-agak berapa masa yang kita perlukan? sebab Allah kata 10x luas dunia, tak cukup masa la. tempat yang satu tempat pon dh tak berubah, kenapa nak pergi jauh-jauh? luas pula tu? saya tak perlu luas itu.
    28:28 pernah dengar tak kisah nabi sulaiman? seorang lelaki bawa istana singgah sana balqis, dia bawa singgah sana daripada yaman, saba' ke palestin. perjalanan saya ingat lebih kurang 4ribu km, berapa lama dia bawa tu? bukan sekelip mata, tapi sebelum mata berkelip dah sampai dah, itu baru kat dunia kan, daripada yaman ke palestin sebelum mata berkelip dah sampai. itu baru kat dunia. cuba bayangkan dekat akhirat besok. kita boleh pergi ke mana-mana walaupun luas mana pon, lebih cepat, lebih laju dari kat dunia dulu. tak mustahil.
    jadi jangan rasa, tak perlu banyak. boleh?
    29:00 mengalir di bawahnya sungai-sungai, manusia cukup berbangga kalau dibelakang rumah nya atau di depan rumahnya ada sungai. dan Allah rakamkan manusia berbangga dengan sungai, Allah rakamkan seorang pembesar yang cukup berbangga dengan sungai dihadapan istananya. siapa dia? firaun. apa kata firaun?
    قَالَ يٰقَوْمِ اَلَيْسَ لِيْ مُلْكُ مِصْرَ وَهٰذِهِ الْاَنْهٰرُ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِيْۚ
    Dan Fir‘aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata, “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan Mesir itu milikku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; apakah kamu tidak melihat? (surah zukhruf 43:51) ms493
    sebenarnya bukan bawah istana dia pon, sungai nil tu depan istana dia. sebab tu lah bila musa di hanyutkan, betul-betul sampai depan Istana firaun, boleh? jadi yang manusia suka, yang manusia nak Allah memang telah sediakan, maka rebutlah peluang untuk dapat nikmat di syurga.
    31:10 nikmat seterusnya, يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ mereka dipakaikan padanya dalam syurga @ di dalam syurga mereka dipakaikan dari gelang-gelang.
    manusia suka pakai gelang tak? perempuan memang sah suka betul? jarang perempuan yang takde gelang. lelaki pon suka, tapi sebab dia tak boleh pakai dia pon tak pakai. paling-paling kurang dia pakai apa, orang lelaki? getah kan, itu menunjukkan memang minat manusia suka pakai gelang. kadang-kdang dia pakai yang jenis batu, batu apa? yang untuk kesihatan tu? dia dah sihat pon nak pakai, sepatutnya orang yang kat hospital yang pakai.
    32:30 ok, gelang-gelang مِن ذَهَبٍۢ gelang daripada apa ni? emas.
    yang pakai gelang emas ni lelaki perempuan ke perempuan sahaja? semua ahli syurga nanti memakai gelang. dan dia pakai gelang tu, berapa gelang? dalam hadis sahih riwayat muslim "perhiasan ahli syurga sampai ke tempat anggota wuduk" dia pakai sini, sampai sini. dan gelang tu daripada apa? kalau dalam ayat ni tuhan kata dari emas, surah al-haj ayat 23
    يُحَلَّوْنَ فِيْهَا مِنْ اَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَّلُؤْلُؤًاۗ
    dalam surah al-Insan (76:16) Allah sebut مِّن فِضَّةٍۢ
    pertama من ذهب
    kedua من فضة
    ketiga لؤلؤا apa makna lukluk? mutiara jadi setiap orang ada brape jenis gelang? 3. menurut ulama tafsir sama ada dia memakai 3 sekali gus atau pon dia tukar-tukar, hari ni pakai emas, esok pakai perak,
    sbb tu nabi kata nikmat dalam syurga tak pernah terpikir di kepala, jadi apa yang kita cakap kat dunia, semuanya tak boleh pakai diakhirat.
    34:40 kemudian pakaian وَيَلْبَسُونَ ثِيَابًا خُضْرًۭا mereka memakai pakaian
    apa mkna خُضْرًۭا ? tengok tuhan bagi tau, siap dengan warna, warna apa yang manusia paling suka? biru, hijau, oren, merah, ? yang mana yang paling manusia suka? hijau, apa dalil hijau? ni takde kaitan dengan parti. jangan perasan pula. ha tengok hijau ada dalam al-Quran, tak, tak ye. bukti manusia suka warna hijau ialah Allah jadikan semua tumbuhan warna hijau, kecuali ada bunga-bunga lah. tapi boleh kata semua tumbuhan warna hijau, betul tak? sebab apa? sebab manusia suka melihat warna hijau.
    cuba bayangkan semua tumbuhan warna purple, sakit hati tak? sebab tuhan jadikan langit warna apa? warna biru sebab apa? sebab manusia memang tak suka melihat langit. kalau manusia suka melihat langit, Allah akan jadikan langit tu warna hijau.
    pokok selalu kita tengok tak? tengok. kadang-kadang takde pokok kat rumah, dia pergi beli walaupun plastik, plastik pon warna hijau,
    ada satu pepatah ulama dia kata, "3 bende kalau manusia tengok, hati dia menjadi tenang, pertama tengok air, tengok warna hijau, tengok muka orang yang baik" jiwa nya tnang. tengah serabut-serabut duduk tepi sungai tenang tak? walaupun masalah tak selesai pon. tapi tenang masa tu. kadang-kadang kita serabut, tengok muka ulamak bersih je, rasa tenang tak? dan sebaliknya asalnya muka tenang, tapi tengok muka perompak jadi serabut balik. ]
    jadi tiga bende yang boleh menenangkan hati manusia air, warna hijau, muka yang baik. ini takde kaitan dengan parti eh.
    37:27 dan pakaian hijau dari jenis apa yang manusia suka? kain samarinda? apa dia? sutera
    مِّن سُندُسٍۢ وَإِسْتَبْرَقٍۢ daripada sutera (sutera apa ni?) sutera halus (sutera di syurga ada 2, satu sutera halus, yang kedua?) sutera tebal.
    semuanya sutera, takde dah kain pelikat cap gajah duduk. kenapa sutera? kenapa sutera? pakaian yang paling mewah, betul tak? dan yang paling mahal. yang tulah tuhan nak bagi. cuma kita kene faham, sutera kat dunia tak mungkin sama dengan sutera di akhirat. lelaki boleh tak pakai sutera di dunia? tak boleh kan? kalau cadar daripada sutera, suami boleh tak tidor atasa katil tu? boleh tak? tak boleh, kene tarik cadar tu dulu, ataupun kene lipat separuh, bagi isterinya je tido yg di bahagian sutera tu. tapi bila di syurga semua sekali boleh.
    39:00kalau kita nak bandingkan dengan pakaian di bagi ahli neraka, apa dia? ahli neraka ada pakaian tak? ada? apa dia? ada baju tak? ada? ada? baju daripada apa? kain apa pula, pakaian ahli neraka? Allah sebut dalam surah al hajj ayat 19 ms 334
    قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌۭ مِّن نَّارٍۢ dipotong (kita kalau nak potong baju kene tempahkan, jadi ahli neraka tak payah tempah, sebab apa? Allah dah siap) قُطِّعَتْ di potong siap لَهُمْ bagi mereka ahli neraka ثِيَابٌۭ pakaian, kalau yg ahli syurga ni daripada سُندُسٍۢ , tapi ahli neraka.
    boleh bayang tak? api tu dipotong dan dibuat baju, boleh bayang tak? boleh? tapi tu lah neraka. apa sahaja yang tak masuk akal, itu boleh, bahkan pokok boleh tumbuh tak dalam neraka? kalau kat dunia boleh tak kita campak benih dalam api, tumbuh tak? tapi dalam neraka شجرة الزقوم tumbuh dalam api. dan api itu boleh dibuat baju. boleh? jadi orang yang di bakar masuk neraka, tak perlu tempah, tak perlu bagi size, sbb apa? Allah dah tu size dia, kalau firaun size nya berapa? pinggangnya berapa?
    dah dipotong siap tak pakaian ahli neraka? dah, apa dalil? قُطِّعَتْ telah dipotong siap pakaian ahli neraka, boleh ke? boleh bayang tak? pakai baju daripada api, dah la keliling smua api, minum air panas mendidih lagi, baju pon daripada api, semua itu sbenar adalah sebagai tanda rahmat Allah. Allah tak nak manusia masuk neraka, maka Allah bagi azab yang sangat-sangat pedih supaya manusia elakkan.

  • @mohdjamalimohdnazir3494
    @mohdjamalimohdnazir3494 11 месяцев назад

    2:00 golongan pertama yang kesudahannya Allah sediakan untuk mereka adalah masuk neraka dan Allah tak cukup dengan menyebut api neraka, tapi Allah tambah api neraka itu mengelilingi mereka, maksudnya mereka tak mungkin keluar daripada dalam api neraka itu, kemudian Allah bagi tau bila mereka tak boleh keluar dari situ, mereka merasa panas dalam api neraka itu dan kemudian mereka minta air, tapi air yang diberi adalah seperti tembaga yang bila nak minum belum masuk dalam mulut lagi, tapi muka nya sudah terbakar hangus dan daging di muka nya mula gugur dulu sebelum dia masukkan air tu dalam mulut. kalau belum masuk mulut muka pon dah terbakar teruk, kalau air tu masuk dalam perut, macam mana? lagilah teruk.
    3:30 dan juga dalam ayat yang lain Allah bagi tau antara minuman ahli neraka ialah air nanah yang bercampur dengan nanah. Allah bagi tau juga minuman ahli neraka banyak jenis. kalau kat dunia ada pepsi, teh tarik, kopi o, ada teh ais. di neraka ada apa? air panas yang mendidih, air darah yang bercampur dengan nanah, dan air panas seperti tembaga cair.
    4:10 semua tu kesan nya apa? seburuk-buruk minuman. kenapa dinamakan seburuk-buruk minuman?
    1. tidak menghilangkan dahaga
    2. menambahkan lagi penderitaan
    itulah seburuk buruk minuman
    4:30 golongan kedua adalah beriman dan beramal soleh. tanda orang itu beriman, adalah amal soleh ada orang beriman tapi tak beramal soleh. ada yang beramal soleh tapi tak beriman seperti orang munafiq. orang yang Allah nak sediakan nikmat kepada mereka adalah orang yang ada 2 syarat, pertama beriman kepada ALlah, yang kedua tanda dia beriman adalah amalnya soleh iaitu selari dengan sunnah nabi saw.
    maka asasnya Allah berkata "kami tidak akan sia-siakan amalan mereka ini." amalan siapa ni? iaitu orang yang memperelokkan amalan.
    5:26 apakah maksud "Allah tidak mensia siakan"?
    kadang-kadang tuhan kata bagi mereka ganjaran pahala, kadang-kadang tuhan kata kami tidak akan mensia-siakan. apa maksud dia? banyak tak kat dunia ni kita buat perkara-perkara yang sia-sia. kadang-kadang keje kat syarikat, tempat kita kerja, bos kita tak nilai pon. kadang-kadang kita kerja kat rumah, suami kita tak nilai pon, kadang-kadang kita buat keje sekolah cikgu tak nilai pon. betulkan? kadang-kadang kita kecewa,
    tapi Allah nak bagitau takde satu pon amalan yang berasaskan iman dan beramal soleh takde satu pon yang terbuang macam tu sahaja. walaupun sebesar zarah maknanya tuhan nak bagi dorongan kepada kita jangan sama sekali, malas beribadah, malas buat kebaikan, walaupun secebis kurma, walaupun sepotong senyuman. jangan malas, sebab Allah takkan sia-siakan semua, kalau ikhlas dan menepati sunnah, maka semua akan dicatit sebagai ganjaran pahala.
    6:48 dan ayat hari ni Allah nak bagi tau detail tentang nikmat ahli syurga dan Allah bagi tau dalam awal surah al kahfi yang kita belajar ni, Quran turun ada 2 tujuan sahaja, tidak ada yang ketiga.
    yang pertama apa? untuk dibaca? tak. untuk dikhatam? tak. utk ditadarus? tak. untuk ditarannum? tak. untuk di musabakah / di pertandingkan? tak. untuk dibuat halau jin dan syaitan? tak. untuk merawat pesakit? tak.
    Allah sebut 2 tujuan al-Quran diturunkan di awal surah al-Kahfi dan kita dah belajar dan rasanya kita dah apa? dah lupa. apa dia? saya bukan bersangka buruk, sebab saya tanya takde sorang pon jawab.
    pertama لينذر liyunziro, quran diturunkan untuk memberi peringatan kepada siapa? apa peringatan itu. بأسا شديدا ba'san syadida azab yang pedih, yang belajar sebelum ni. Allah sediakan orang yang zalim api neraka mengelilingi mereka, minum air panas yang mendidih yang membakar muka. itu tujuan salah satu al-Quran diturunkan. لِّيُنذِرَ بَأْسًۭا شَدِيدًۭا
    dan tujuan kedua untuk memberi khabar gembira kepada siapa? untuk orang beriman sahaja.
    sebab tulah kalau kita dengar berita gembira dalam al-Quran kita tak gembira itu petanda apa tu? petanda apa?
    kalau saya nak bagi kereta vellfire versi baru tiba-tiba dia buat tak tau je, ada masalah apa tu? dia pakai kancil dah lama dah, sampai pintu nak tercabut, saya bagi kunci kereta vellfire versi baru dia buat don't know je.. ada masalah tak orang tu?
    pertama mungkin telinga dia pekak, yang kedua dia tak kenal apa itu vellfire baru. faham tak?
    sama juga masa tuhan bagi tau nikmat, ini bukan vellfire baru ni, ni nikmat yang kekal abadi, ada orang buat tak tau je.. maka masalah apa tu? bukan sebab telinga dia pekak tapi hati dia yang mati.
    tapi kalau saya kata jom kita pergi melancong ke turki FREE... terkejut dia, bangun terus dia.... ha tu telinga dia ok pula? orang ni dia ada penyakit...
    9:57 jadi Allah nak bagitau manusia untuk kerja nya amalan nya akhirnya 2 je, satu yang dapat neraka, satu lagi dapat ganjaran pahala. hari ni Allah nak huraikan apa nikmat di syurga...
    10:17

  • @babyshark7817
    @babyshark7817 3 года назад

    Kupasan jelas
    جزاك الله خيرا

  • @mohdjamalimohdnazir3494
    @mohdjamalimohdnazir3494 10 месяцев назад

    1:04:50 dan orang yang ada kebun sangat diperlukan apa? air. Allah sediakan كلتا kedua-dua الجنتين kebun itu ءاتت menghasilkan اكلها buah-buah
    tengok ni Allah bagi pada orang yang tak beriman. ada kadang-kadang orang beriman ada kebun tapi tak berbuah je. kebun saya dah 5 tahun tak berbuah. tapi tengok kebun orang kafir lebat je setiap tahun. adakah itu makna Allah sayang? tak.
    1:05:37 apa lagi ولم dan tidak تظلم daripada ظلم , apa makna zalim? zalim dalam bahasa arab adalah maknanya نقص kurang, asal perkataan zalim maknanya kurang.
    apa kaitan? ولم تظلم dan tidak, kurang منه darinya? dari apa ni? dari buah-buahan شيئا sedikit pun.
    apa maksudnya? kalau ada kebun pokok anggur ada seribu pokok, berapa buah? seribu. kalau pokok kurma ada 100 batang, berapa buah? tak kurang satu pon. ha ni maknanya ولم تظلم
    sebab tu lah zalim diambil daripada perkataan ni lah, yang bermakna kurang, apa kaitan? sifulan zalim, dengan perkataan kurang, contoh,
    orang tu tak solat, kita panggil apa? zalim kan. dimana maksud kurang di situ? bila dia tak solat. solat tu haq sape? hak Allah. setiap hamba wajib sembah Allah. bila dia tak solat, dia mengurangkan hak Allah, itu makna zalim.
    kita tak hormat pada mak bapak, kita zalim, kenapa? sbb kita mengurangkan hak mak bapak yang sepatut kita hormat.
    kita tak bagi didikan agama pada anak, kita zalim, kenapa? sbb kita mengurangkan hak anak, iaitu kewajipan mendidik dia.
    kita tak buat dakwah pada kawan non muslim kita, jiran sebelah kita, kawan tempat kerja kita, kita dikira zalim, kenapa? sbb kita mengurangkan hak kawan kita itu, iaitu kewajipan menyampaikan islam pada dia.
    jadi kebun kepunyaan orang yang tak beriman ni, ada masalah tak? tak, sentiasa berbuah lebat.
    1:07:40 kemudian tuhan bagi lagi, وفجرنا dan kami, فجر apa dia fajjar? fajjar daripada perkataan fajar, waktu pagi tu dipanggil fajjar sebab apa? sebab dia memancarkan. fajar ni makna dia memancarkan. bila pagi dinamakan fajar sebab dia memancarkan cahaya matahari. dan sebab tu lah tuhan perintah pada musa واضرب بعصاك الحجر فانفجرت منه اثنتا عشرة أين pukul tongkat kamu ke batu maka hasil nya apa dia? (masuk waktu fajar ke terpancar)
    1:08:32 jadi disini, kami pancarkan خلالهما di celah-celah kedua-dua kebun (bukan satu kebun ye, kedua-dua) نهرا nahara apa dia? sungai (kalau satu nahara, kalau banyak الأ نهار )
    jadi cukup lengkap tak Allah bagi pada orang beriman, manakala yang sorang lagi, Allah tak sebut langsung, maknanya apa tu? Allah tak bagi apa-apa.
    apa pengajaran dia? yang tak beriman, yang syirik pada Allah, Allah bagi cukup lengkap 2 kebun pula bukan satu. kebun yang siap ada sungai dan siap dengan di pagar oleh pokok kurma pula. tiba-tiba yang beriman, Allah tak bagi apa-apa. apa pengajaran dia? yang beriman bergantung pada Allah.
    bila Allah sayang pada seseorang, Allah bagi apa pada dia? Allah tak bagi apa-apa. kenapa? sbb bila bagi apa-apa, dia tidak akan bergantung pada Allah. dan bila dia tidak bergantung pada Allah, dia bergantung pada material, dia sebenar tidak mendapat apa-apa. bila dia ada dunia, tapi tidak ada tuhan, sebenarnya dia hilang segala-galanya. tapi kalau dia tidak ada apa-apa dia bergantung pada Allah, sebenarnya dia dapat segala-galanya.
    1:10:22 ingat balik apa yang tuhan pernah bagi pada ashabul kahfi
    1:11:04 ingat balik apa yang tuhan pernah bagi pada Qarun

  • @mohdjamalimohdnazir3494
    @mohdjamalimohdnazir3494 10 месяцев назад

    55:50 habis cerita pertama, kita masuk ke cerita kedua. dalam surah al kafi ada berapa cerita? 3 ke 4? pertama? ashabul kahfi. yag kedua? 2 pekebun. yang ketiga? musa dan khidir. yang keempat? zulkarnain dan yakjuj makjuj. sekarang ni kita di bahagian kedua.
    56:20 sekarang ni kita di bahagian kedua. واضرب لهم مثلا dan buatlah bagi mereka,
    sekarang Allah perintah siapa ni? nabi muhammad. wahai muhammad buatlah bagi mereka. mereka ni siapa? bila sebut mereka dalam al-Quran ia merujuk kepada orang musyrikin mekah. sebab nabi bila berdakwah, mesti bertembung. xde dakwah yang takde bertembung.
    awak buat kerja dakwah? buat. ada musuh? xde alhamdulillah. tak betul lah tu. saya dah 10 tahun, xde sape maki saya xde sape benci saya alhamdulillah. betul ke tak betul tu? tak betul tu.
    sebab apa? sebab nabi pon ada orang maki dia, ini kan dia. jadi dakwah sifatnya apa dia? mesti ada tentangan. sbb bila kita ajak orang kepada kebenaran takkan ada manusia yang suka, bila kita cegah orang buat kemungkaran, xde sape yang suka, semua benci.
    sbb tu nabi sebut ada nabi yang ada 2 pengikut sahaja. ada nabi yang sorang sahaja pengikut. ada nabi yang xde sorang pon pengikut. maknanya apa? semuanya menentang. maka amat salah bila kita buat dakwah, kita nak seronok, kta nak orang puji kita, itu dah tersasar dah.
    57:50 buatlah bagi mereka مثلا رجلين contoh. kalau sorang رجل kalau 2 orang رجلين .
    Allah sebut tak nama lelaki ni apa? tak. Allah sebut tak cerita ni bila berlaku? tak. jadi bila Allah tak sebut nama dan tak bagi tahu bila berlaku, menunjukkan tak penting. jangan duk cari nama apa 2 lelaki ni, dan bila berlaku?
    58:32 kalimah جعلنا kami jadikannya لأحدهما untuk? (ramai juga yang jawab bila saya tanya apa salah satu cerita dalam surah al-Kahfi apa dia? ada yang jawab ada dua orang lelaki yang ada 2 kebun. betul ke salah jawapan tu? salah. yang ada kebun tu dua-dua lelaki atau sorang je yg ada kebun? sorang? tengok balik tuhan kata apa)
    kami jadikan لأحدهما untuk salah seorang dari keduanya.
    59:20 tuhan jadikan apa ni? جنتين 2 kebun bukan syurga ye. sorang Allah bagi bukan 1 kebun tapi 2 kebun yang tak beriman. kebun apa ni? من أعناب daripada apa? soalan, kenapa anggur? kenapa tak durian? dan buah yang paling lazat apa dia? anggur tu boleh kata semua orang suka kan dan yang paling lazat. satu. yang kedua anggur tu senang di makan. pokok tu rendah tinggal petik je. kemudian boleh makan terus tak? boleh tak kotak kulit dia? yang ketiga anggur ni kita boleh makan ketika basah dan ketika kering. tapi kalau buah durian, kene tunggu luruh, silap hari bulan, berdarah kepala kan. pastu nak makan kene koyakkan dulu, itu pun belum tentu sedap kan. kadang-kadang berulatkan, pastu sudah makan, menyakitkan hati orang... sendawa...
    angguur adalah buah-buahan yang paling lazat dan paling mudah dimakan.
    1:01:09 apa lagi yang tuhan bagi lagi tu وحففناهما dan kami lingkungi (kelilinginya) kedua-dua kebun بنخل dengan pokok kurma.
    kebun ni mana lebih cantik? pagar dia terdiri daripada pokok kurma ataupun pagarnya tu zink. mana lebih cantik? buahnya pulak buah kurma, kenapa buah kurma? kenapa tak limau? apa kelebihan buah kurma sehingga dia menjadi makanan sunnah. sehingga ada dikalangan orang kita ni tambah lagi dengan dibaca sekali 30 juz.
    apa kelebihan buah kurma? dia bukan sahaja setakat buah-buahan yang melazatkan tapi dia boleh mengenyangkan, betul? sebab tu nabi kalau berbuka dengan kurma je, sampai bila? sampai besok. tapi solat terawih sampai pagi. kita pula bukan buka kurma sahaja, kita nasi sekali, solat terawih? pukul 10 kat tiang belakang dah. pahtu tengah malam tak bangun kan. makan banyak.
    kurma juga selain ia mengenyangkan ia juga mudah untuk di makan, betul? petik makan terus, tak perlu koyak tak perlu apa. kurma juga boleh dimakan ketika kering dan basah. bila basah, warna coklat dipanggil apa? rutob kan? kadang-kadang yang putik pon orang ada makan sedap, warna merah tu nama apa? بلاح balah. kalau kering nama nya apa? tamar,kan? hebat tak?
    durian boleh tak makan masa putik? tak boleh.
    1:03:59 apa lagi tuhan bagi وجعلنا dan kami jadikan بينهما diantara keduanya (kedua apa ni? kedua orang ke kedua kebun?) apa dia زرعا tanaman--tanaman lain.
    tengok, orang kafir orang syirik pada Allah, Allah bagi serba lengkap. ada kebun anggur, pagar pula dipagar oleh pokok-pokok kurma, celah-celahnya ada apa pula? celah-celah tengah nya ada sayur, lada, kangkung, timun.

  • @najwalatiffanclub
    @najwalatiffanclub 3 года назад

    ...surat di ayat ini mengambarkan,tentang kenikmatan sebagai mukmin, berbanding dengan orang zalim,ditimpa peringatan azab pedih...tip 1... manusia cepat bosan jika tidak bergerak dari satu ke satu tempat...tip 2...sifat orang pendakwah tidak bersifat dendam terhadap musuhnya, kejahatan di balas kebaikan, walaupun cubaan dibunuh...tip 3... bila dengar tentang surga.. sebagai pemangkin melaksana ibadat sebanyak yang boleh...tip 4.... dengar tentang neraka,dapat gambar surga setinggi tinggi nikmat tak boleh ditandingi oleh apa apa pun...