Gemilang Raya 2019 | BCIM All Stars

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 22 окт 2024
  • Kehadiran penyanyi di bawah nama BCIM (Bachelor Of Creative Industry Management) All Stars juga tidak mahu ketinggalan mengabadikan sebuah lagu raya menyambut lebaran tahun ini. dgn Motto - Manusia Kreatif.
    Sekali gus ia terus menyemarakkan kehangatan ramai penyanyi generasi baru tanah air khususnya yang tampil dengan lagu raya.
    Tanpa diduga tahun ini memang ramai penyanyi baru yang muncul dengan lagu raya.
    Mempersembahkan lagu berjudul Gemilang Raya, BCIM All Stars yang mengetengahkan 24 penyanyi yang juga pelajar kampus luar Universiti Utara Malaysia (UUM) cawangan KL.
    Mereka termasuklah Dina Nadzir, Afad, Jart Hassan, Sharifah Shahora, Elly Arifin dan bekas pegawai perhubungan awam serta bekas wartawan Melodi TV3, Azmi Jamsari.
    “Lagu ini ciptaan Daqmie, manakala lirik pula paduan Jart Hassan dan Altimet. Ia dirakamkan dalam waktu sehari sahaja pada 28 Mei bermula 2 petang dan berakhir 7 pagi keesokan harinya di Rumie Music Lab. Ketika rakaman proses rakaman dijaga Alfa Booty."
    “Penyanyinya memang di kalangan pelajar BCIM. Mereka termasuklah bekas penyampai radio, Nila Kurnia, kru produksi dan kakitangan staf di syarikat media RTM dan Astro. Tak ketinggalan juga penyampai radio RTM,” kata Azmi.
    Menurut Azmi lagi, idea tercetus di bulan Ramadan ketika majlis berbuka puasa
    “Ia berlaku secara spontan dan kenapa tidak kami semua menyahut cabaran ini. Beberapa hari selepas itu terus terpacul idea di kalangan kami yang menggunakan kepakaran masing masing termasuk skor muzik, bermain instrumen serta proses menghasilkan Muzik Video.
    “Projek ini kira istimewa kerana ia sumbangan sesama kami yang menggelarkan diri sebagai All Stars kerana semua terbabit secara langsung dan sebaliknya dalam dunia seni,” katanya.
    “Modal yang dikeluarkan hanya untuk menempah penggunaan studio. Selebihnya atas kapasiti kepakaran serta kebolehan yang kami miliki"
    “Biarpun ada di antara kami bukan penyanyi, mereka terdedah dengan pengalaman merakamkan lagu. Ia jadi proses belajar saat proses rakaman itu dilangsungkan,” kata Azmi.
    Sharifah Shahora juga melihat pembabitannya dalam projek berkenaan sebagai ruang menimba pengalaman.
    “Tak timbul soal kau bukan penyanyi, maka ia jadi batu penghalang. Pada akhirnya semua mempunyai sumbangan dalam memberikan variasi terhadap lagu ini. pengalaman yang kami kutip itu menjadi input berharga dalam mencambahkan kreativiti."
    “Pada masa seronok juga kerana semarak kehadiran lagu raya dapat dirasai. Ia sekali gus menyuntik mood baru dalam memberikan pilihan lagu raya selain karya sedia ada yang terus menjadi malar segar,” kata Sharifah Shahora.
    Sementara itu, Elly Arifin yang juga pengacara HLive tidak menduga peluang merakamkan lagu raya akhirnya kunjung tiba.
    “Dulu saya melihat kehadiran dan penangan lagu raya ini membangkitkan nostalgia. Ada lagu raya tak kira berentak sedih mahupun gembira menambah kehangatan suasana raya."
    “Lagu raya itu menjadi pelengkap. Seperti mana kita melihat video raya terbitan pelbagai syarikat tanah air, lagu juga masih kekal relevan dalam menyerlahkan mood beraya.
    “Tak pernah terfikir langsung akan berpeluang merakamkan lagu raya sendiri bersama teman seperjuangan. Namun kini semuanya bukan mimpi lagi,” katanya.
    Secara tidak langsung usaha BCIM All Stars ini tampil dengan lagu raya membuktikan sekali pun lagu ini hanya bersifat bermusim, ia bukan alasan untuk tidak berbuat demikian.
    GEMILANG RAYA - BCIM ALL STARS
    SUASANA RIANG DISINI SANA
    HARI MULIA
    TUA DAN MUDA, MISKIN DAN KAYA
    BERGEMBIRA
    BERMAAFAN SESAMA KITA SALAM DIHULUR
    KASIH BERSAMBUT
    LENYAPKANLAH DUKA DIJIWA
    SYAWAL TIBA GEMILANG INDAH
    (chorus)
    HARI RAYA HARI BAHAGIA
    SAMA-SAMA DIRAIKAN DENGAN RIA
    HARI RAYA HARI MULIA
    AMPUNAN DIPINTA KEPADA SEMUA
    SUASANA RIANG DISINI SANA HARI MULIA
    TUA DAN MUDA, MISKIN DAN KAYA BERGEMBIRA
    HARI RAYA BERGEMBIRA (4X)
    RAP
    Kalau nasinya impit berkuahkan kacang
    Mana tumpah kuahnya Kalau tak ke nasi
    Aidilfitri kita ke kampung bertandang
    Nak Selamat pulang berhati hati
    Pagi raya berlari ke surau
    Akibat tidur lewat buat kuih jajan
    Maafkan kalau terkasar bergurau Moga berjumpa lagi hai bulan Ramadan.
    **
    HARI RAYA HARI BAHGIA
    SAMA-SAMA DIRAIKAN DENGAN RIA
    HARI RAYA
    HARI MULIA
    AMPUNAN DIPINTA KEPADA SEMUA
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI BCIM UNTUK SEMUA
    Tajuk lagu : GEMILANG RAYA
    Seni Lagu : Daqmie ( Daqmie Music Factory)
    Lirik : Jart Hassan (Saudagar Seni Publishing)
    : Altimet. (Kartel Music Publishing)
    Penaung
    Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin
    Penerbit Eksekutif
    Mohd. Idzwan Yacob
    Pizi Jihat
    Penerbit : Daqmie
    Penerbit vocal : Afad Raihan dan Jart Hassan
    Susunan music dan programming : Daqmie dan Alfa Booty
    Bass : Ahoi
    Drum : Ijan Palong
    Juru rakam : Ratno Junaidi
    Juru adun : Rumie Booty
    Mastering : Rumie Booty
    Studio rakaman : RML Studio
    Edaran : Saiful Azmi Jamsari ( Saudagar Seni )

Комментарии •