Sesi Bercerita di Perpustakaan Wan Nong | Pendidikan Awal Kanak-kanak Malaysia

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 ноя 2013
  • Selamat Datang ke Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak
    www.kpakk.edu.my
    Antara aktiviti interaktif bulanan di Perpustakaan Wan Nong ialah Sesi Bercerita bersama kanak-kanak oleh guru-guru pelatih Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Sesi bercerita ini telah berlangsung pada 19 Februari 2013.
    Perpustakaan Wan Nong mengandungi lebih 2000 judul koleksi bahan-bahan terkini untuk tujuan rujukan penggunanya. Koleksi kami terdiri daripada buku teks utama, bahan bacaan umum, koleksi buku cerita kanak-kanak, novel dan majalah.
    Perpustakaan ini turut berdaftar dengan Bahagian Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia dan memuatkan pelbagai koleksi buku tambahan dari pelbagai genre.
    Kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Wan Nong :
    1. Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku.
    2. Ruang bacaan yang selesa.
    3. Bilik perbincangan untuk kemudahan pelajar berbincang dalam kumpulan kecil.
    4. Sudut kanak-kanak yang dilengkapi bahan bacaan dan alat mainan.
    5. Sudut komputer berinternet dan turut dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi.
    6. Koleksi perpustakaan:
    Buku (koleksi terbuka)
    1. Majalah
    2. Rujukan
    3. Fiksyen
    4. Koleksi kanak-kanak
    Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK) menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta kursus-kursus kemahiran berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dengan Kepujian merupakan pengendalian program kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikendalikan di Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Kampus Damansara Damai. Program ini mendedahkan bakal graduan kepada aplikasi pengetahuan dan pengalaman terhadap kanak-kanak yang berbeza dari segi budaya dan kebolehan untuk melaksanakan pengajaran dan interaksi yang positif dan berkesan.
    Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Ia turut memberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.
    Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak.
    Setiap bulan, Perpustakaan menjalankan Sesi Bercerita interaktif yang melibatkan anak-anak berusia dari 4 hingga 6 tahun dari Taska/Tadika terpilih. Taska/Tadika yang berminat untuk menyertai sesi ini, sila hubungi pustakawan kami di talian 03-61560230.
    www.kpakk.edu.my

Комментарии •