Nutella Pod Cookies | Crunchy & Melt-In-Your-Mouth
HTML-код
- Опубликовано: 13 сен 2024
- Biskut Nutella pod dengan kulit tart yang sangat rangup dan coklat hazelnut yang berkrim dan lembut di tengahnya, sememangnya biskut yang sangat dinanti-nantikan ketika musim perayaan. Kulit tart untuk biskut ini tidak terlalu manis, memang sesuai jika dipadankan dengan coklat hazelnut. Saya menggunakan dua jenis sapuan coklat hazelnut untuk resepi ini iaitu Nutella dan hazelnut chocolate spread jenama Cottura. Tonton video sehingga selesai untuk mengetahui perbezaan tesktur kedua-dua sapuan coklat ini setelah biskut siap dibakar.
Selamat mencuba!
Jumlah Hidangan : Anggaran 133 biji
DOH BISKUT:
250 gram Buttercup/mentega bergaram (lembutkan) | 1 cawan
100 gram gula perang | 1/2 cawan (kisar halus)
2 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanila
16 gram susu tepung penuh krim | 2 sudu besar
40 gram serbuk badam | 1/3 cawan & 1 sudu besar
70 gram tepung jagung | 1/2 cawan & 2 sudu besar
3 gram baking powder | 1 sudu teh
380 gram tepung gandum (saya pakai Baker's Choice) | 3 cawan
HIASAN:
Nutella secukupnya
Cottura's hazelnut chocolate spread
Badam cincang secukupnya
SUHU MEMBAKAR:
KALI PERTAMA : 170℃ | 335℉ selama 15- 18 minit, sehingga tart kecoklatan, api atas bawah, rak tengah. Panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 10-15 minit.
KALI KEDUA : 170℃ | 335℉ selama 8 minit api atas bawah, rak tengah.
=============================================================================
[ENGLISH]
One of a-must have cookies during festivals - Nutella pods with super crunchy tart crust and decadent hazelnut chocolate spread in the middle. The sweetness of the chocolate spread with a hint of roasted nuts flavor complement the overall flavor of the cookies. I used two types of hazelnut chocolate spreads for this recipe, Nutella and Cottura's hazelnut chocolate spread. Watch the video until finish to identify the difference in the texture in both spreads after cookies are baked.
Happy baking!
Yields: 133 pieces
TART DOUGH:
250 grams Buttercup/softened salted butter | 1 cup
100 grams light brown sugar | 1/2 cup
2 large eggs
2 tsp vanilla essence
16 grams full cream milk powder | 2 tbsp
40 grams almond ground | 1/3 cup & 1 tbsp
70 grams corn flour | 1/2 cup & 2 tbsp
3 grams baking powder | 1 tsp
380 grams all purpose flour (I used Baker's Choice) | 3 cups
TOPPING:
Nutella spread as required
Cottura's spread as required
Almond nibs as required
BAKING TEMPERATURE:
1ST TIME BAKE :170℃ | 335℉ for 15-18 minutes, until crust is light brown. Bake with top & bottom heat mode at center rack. Oven is preheated for 10-15 minutes.
2ND TIME BAKE : 170℃ | 335℉ for 8 minutes, top & bottom heat mode at center rack.
============================================================================
My Channel link 👇👇
/ @thebutterybites
My Cooking Channel👇👇
/ @lynshomelicious11
Visit my websites 👇👇
thelynalina.bl...
thebutterybite...
Instagram 👇👇
/ lyns_homelicious
Video Editor : In Shot (inshotapp.com/...)
============================================================================
Music
Music by Ikson :
- Tender Wind (purchased version)(ikson.bandcamp...)
- Feather (purchased version)(ikson.bandcamp...)
#nutellapod
#nutellacookies
#resepinutellapodsukatancawan
#biskutviral2021
#biskutrayaterbaru
#nutella
#deepavali2021cookies
#cookiesrayaviral2021
#biskutraya
#kuelebaran
Bestnya.. Resepi mudah. Nk buat la nati.. Tq sis share resepi. Smoga Allah merahmatimu kerna share ilmu ni 😊
Amin..semoga bermanfaat ya, selamat membaking! 😀❤️😇
Hi sis...saya baru ja cuba ni ditahun 2024
Terima kasih sis... texture doh dia ranggup ..crunchy ...saya plan utk buat 1 lagi jenis biskut raya tahun ni..minta halal kan resepi ni ya...doakan saya berjaya...saya doakan juga sis dilimpahi rezeki seluas lautan diberikan kesihatan yang baik aamiin
Sama-sama, semoga maju bisnesnya.Amin. Thanks untuk doanya juga
Sedap sangat ni sis.. anak² mmg suka ..nanti saya nak cuba buat..t/kasih sis sharing resepinya ya..👍👍👍😘😘😘
A,ah memang boleh ketagih ni, bukan setakat anak2, mak2 & ayah2 pun suka 😆😃. Selamat mencuba ya sis Ummi 😍
Aduuuh kenapa baru nemu chanel youtube ini...😍😍😍😍😍aku suka sangaaat..
Wahai sahabat dr negeri jiran anda sangat berbaik hatiiiii,love,love...
terima kasih ❤️❤️ you've made my day 😇semoga bermanfaat yah
@@TheButteryBites Aamiin yra🤲, saya izin reback resepnya ya, alhamdulillah utuk nambah menu jualan saya d tahun ini🥰
Saya dr indonesia...
Sukaaaa sangat chanel yt anda...terima kasih...🙏🙏🙏
salam kenal, sama2 ❤️
wow!! nutella pod cookies sedap sangatt😍😍
Terima kasih😁😍
Nyummm nak try buat! Thank youuu🥰
Selamat mencuba!
Cakep sekali, mau coba, makasi resepnya, salam dari indonesia
selamat mencuba! semoga bermanfaat ya 😀
Saye rase nak cube juga, semoga saye bise buatnye. Terima kaseh udah share resep dan ilmu
Selamat mencuba ya, sama2😄😉
Tq a lot sis share recipe❤️
Sama2😄
Tonight baru kesempatan scroll ur video2.. Serious mmg byk hasilnya. Ada 1 soalan... Dlm byk² vid what is ur paling favourite ?
Hmm...soalan tu susah nak jawab. Hehe🤭🤭, hope you enjoy watching my videos k😄😁
Nice
Hi sis.. I dah buat this recipe also!!! The pod itself is sooooooo sedappp!!! I filled it with Nutella.. Tq sista!!!
If possible, may I request recipe marble shortbread please.. Thank you 😊😊
Hi, I'm so glad to hear that! Nutella pod memang super yummy! 😁. You're welcome dear! Marble shortbread memang one of our favorite. Nanti sis akan cuba upload ya. Stay tune 😍😃
Hi, thankyou share resipi. Nak tanya, Cottura tu apa? Dan campur dgn Nutella ya?
Hi, cottura tu hazelnut spread gak mcm Nutella, ada jual di Bake With Yen, harga murah sikit tapi pada sis tekstur lebih creamy & kurang manis😃
Coklat cottura atau nuttela mana lagi sedap
Kalau pada sis, lebih sedap Cottura sebab rasanya kurang manis sikit dan tekstur lebih creamy
Tk atas perkongsian, Akan Cuba buat..mould Tu saiz brape ye?
sama2, selamat mencuba! mould tu standard saiz mini muffin pan sy beli di Bake With Yen
Sis saya ganti dengan walnut bleh ke untuck serbuk badam
Boleh ganti dengan serbuk hazelnut juga ya
Salam sis ,klo xpkai mould tu bole ke? Buat mcm ball lps tu buat lubang kat tgh? Akan effect bntk dia ke?
Wsalam..boleh jugak, buat bulat pastu tekan kat tgh dia mcm biskut thumbprint
Hai sis nak tanya. Sukatan serbuk badam dgn tepung jagung tu ada sukatan cawan & sudu besar tu maksudnya ikut sukatan cawan dan lepastu tambah sukatan ikut sudu besar pulak ke?
Hai, yup lepas sukat cawan kene tambah sukatan sudu besar supaya sukatannya sama dengan sukatan gram ya
Assalamualaikum sis.. tray dgn kayu pod tu beli di mna… baru first time nk try nihh…
Waalaikumsalam, kayu penekan tart tu sis beli di shoppee, tray di kedai bahan bakeri. Rasanya kayu tu di kedai bahan bakeri pun ada jual. Happy baking!😃
Nk tnya. Klo kita pkai chocolate ganance x pakai Nutella perlu bakar x?
X perlu ya, sejukkan je
@@TheButteryBites brp sukatan klu nk guna ganace dn Nutella ye
Kalau guna unsalted butter, garam tambah berapa?
1/4 sudu teh
Hi sisi, kalau skip serbuk badam boleh tak?
Hi, boleh ya
Assalamualaikum kalau guna acuan pie kena oles butter ke acuan?
Waalaikumsalam, tak perlu ya, kalau acuan guna pertama kali bakar sekejap dalam oven bagi dia panas, kemudian sejukkan dulu baru letak doh
Sis.. Kalau tukar serbuk badam jd serbuk hazelnut boleh ke?
Boleh, sedap juga pakai serbuk hazelnut tu
Hi :) kalau bakar biskut guna pressure cooker boleh ke? If yes, berapa suhu dan berapa lama ya?
Hi, alamak, sis pun tak sure sebab tak pernah try lagi🙏
Hy do we use almond ground or almond flour?
Both are the same, only difference is almond flour is whiter as it is ground blanched almond. You can use either one
Hi kak , boleh ke kalau saya nk gantikan gula perang dgn icing sugar?
Boleh sukatan sama ya
Salam sis..bolh tahan berapa lama ye nutella pod ni
waalaikumsalam, dalam 2 ke 3 minggu dlaam bekas kedap udara & pada suhu bilik
Hye sis nk tnya nutella & cotture spread kena cmpur ke or just choose one of it?
X perlu campur,pakai salah satu je ya
Kalau doh tak habis bakar hari ni pastu simpan dalam peti sejuk esok sambung bakar boleh ke?
boleh, bungkus doh dengan cling wrap, atau dalam ziploc bag/ bekas bertutup dan simpan dlm peti sejuk. doh boleh tahan utk beberapa hari dlm fridge. bila nak gunakan, keluarkan doh dn biarkan sampai doh lembut/suhu bilik baru gunakan semula ya
Sis..
Brpe sukatan nutella & berapa sukatan cottura yg sis gune ye?
Hmm...sis pun dah tak ingat pulak sebab lupa nak sukat masa pakai tu 😅
Assalamualaikum puan,
Kalau pakai nutella lepas bakar coklat tu akan keras juga ye
Waalaikumsalam, bahagian luar nutella tu akan keras selepas bakar jadi mudah untuk disimpan
Sis kenapa doh banyak keluar minyak ye
@@abdrahim2652 awk pakai pure butter atau buttercup/marjerin? Kalau pure butter memang biasa doh agak berminyak kalau cuaca panas. Cara nak elak ialah bungkus doh dengan cling wrap / masuk dlm bekas bertutup dan dinginkan 30 -40 minit sebelum digunakan
Hi, blh simpan separuh doh dlm peti sejuk, esok hari buat?
Hi, boleh ya, sebelum doh digunakan,,keluarkan dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik atau sehingga doh cukup lembut untuk dibentuk ya
Banyak terima kasih
Hi.. Kalau tanpa serbuk badam boleh ke sis?
Boleh, tp lebih sedap kalau ada😁
Hai kak nk tnya satu adunan dapat berapa ketul pod ye ?
hai dalam 133 pieces
Badam cincang tu perlu dibakar dulu tak?
Tak perlu bakar sebab kita akan bake lagi sekali. Tp kalau nak bakar dulu kejap pun boleh ya
Hii nak tanyaa. Kalau lepas letak hazelnut spread, tak bakar boleh ke? Dan kalau nk letak filing peanut butter kena bakar juga ke?
Hi, boleh je kalau tak nak bakar, lagi sedap spreadnya melting gitu. Tujuan bakar sekejap tu supaya bahagian luar filling firm sikit, jadi senang utk disimpan dalam bekas
@@TheButteryBites ohh.. Okayy terima kasih banyak2 yaa 😊
@@miezazainal4828 sama2😄
@@TheButteryBites hi.. Kalau bakar dia akan firm kan? Lepas tu boleh simpan kt room temperature sahaja atau kena simpan dlm fridge?
hi boleh tau tk loyang tu beli kt mana?🤭
Loyang boleh beli di kedai bahan bakeri, saiz dia standard
Assalamualaikum sis nnt nk try bt makan klu jd nk mntk izin bt niaga tok bantu jana pendapatan... Boleh taw sis jual mcm mana 🤭😉
Waalaikumsalam...boleh silakan ya, sis jual kat regular customer je🤭, harga depends pd kualiti bahan yg digunakan.selamat maju jaya😄😇
@@TheButteryBites alhamdulillah tema kaseh sbb kongsi resepi semoga sis dmurahkan rezeki selalu aamiin 🤲🏻😘
@@TheButteryBites ❤️
Sis, kacang tu nk bakar dulu or tak payah?
X payah pun xpe sebab kita akan bakar balik lepas paip Nutella, kalau x nak bakar lepas paip Nutella perlu bakar sekejap
@@TheButteryBites ohh thank you sis
@@haszelinamohamed9277 sama2
nak tnye...nutella tu letak time biskut masih panas ke tggu sejuk dulu?
Lepas keluar oven boleh terus pipekan nutella ya
@@TheButteryBites klu nak letak sprinkles cake atas nutella and then bakar blh x? hangus x?
@@ummutirmiziahliafirdaus9243 boleh, x hangus, kita bakar kejap je lepas letak nutella utk bg permukaan nutella tu firm je
@@TheButteryBites klu x de baking powder camne eh...bahan² dah ready br perasan x de baking powder😅
@@ummutirmiziahliafirdaus9243 boleh juga buat, cuma crust nya tak akan mengembang, lebih kurang mcm shell tart
sis buttery bites guna nozzle 1M ke
Sis pakai nozzle utk icing no 17
Hi sis, bekas biskut tu beli ktne ? Code ap ? Kedap udara ke ? 😍
Hi, sis beli kat Bake With Yen. Kodnya sp 1115, InsyaAllah kedap🤭
@@TheButteryBites tqsm sis 😍 moga murah rezeki sis..
@@TheButteryBites hai sis tumpang tanya, bekas kod tu muat berapa pcs ye?
Kalau takde serbuk badam takpe ke
Boleh juga, tp kalau ada lg sedap yea
Hi sis kalau bakar 2 tray sekali masa membakar berapa lama ya?
masa membakar sama, cuma halfway masa bakar tu, awak tukar loyang atas ke bawah dan loyang bawah ke atas supaya masak dengan sekata ya
@@TheButteryBites thank you sis 👍🏼
Biskut ni tahan utk simpan berapa lama ya
dalam sebulan pada suhu bilik ya
pastuu, saya tengok ada orang guna tepung beras, sbnrnya perlu ke tak eh tepung beras tu🥺🥺
Resepi ni tak perlu tepung beras sebab podnya dah crunchy. Sis pakai tpeung jagung saja utk resepi ni
Bole guna icing sugar tak??
Boleh, pakai 3/4 cawan (95 gram)
Kalau di jual brp mba?
Mentega suhu bilik ke sejuk
Mentega lembut, boleh ditekan dgn jari, belum betul2 sampai suhu bilik ya
@@TheButteryBites Tq atas pencerahan
Sis saya dr indo.. serbuk badam apa nya sis?
Hi, makasih udang nyinggah, itu ialah badam yang udah dikisar biasa ada dijual di toko bakery ya
Halo, boleh info link untuk cetakan nya ?
Halo, sila lihat link ini ya shopee.com.my/24-cups-Non-Stick-Mini-Muffin-Pan-Loyang-Muffin-i.378721080.15350892638?sp_atk=b757765e-cd50-44cd-8f1d-fa5495f0da4e&xptdk=b757765e-cd50-44cd-8f1d-fa5495f0da4e
Penekan tart tu size brp ye sis?
Penekan saiz 3 cm yang biasa digunakan untuk mini tart mold 4.5 cm
hi nak tanya, boleh ke ganti gula perang dengan gula castor? kalau boleh, sukatannya sama tak
Hi, boleh pakai gula castor atau gula pasir kisar halus ya, sukatan sama atau boleh letak 88 ke 90 gram (1/2 cawan tolak 1 sudu besar untuk gula kastor)
Recipe ini Kak boleh 48 cookies?
Tak, dapat dalam 133 pcs ya
Thanks very much. Just done the cookies. Very nice and easy to do
may I know the size of the Mould?
I use standard size of mini muffin pan
@@TheButteryBites size Mould kak panjang 35cm, lebar 26.5cm Kah?
@@TheButteryBites adakah diameter luar 4cm, diameter dalam 2.5cm? Tq
@@u_dreamwealthjourney1249 ya,ada 24 lubang mini muffin untuk 1 loyang. Diameter atas lubang muffin ialah 4 cm dan diameter bawah lubang muffin ialah 3 cm.harap membantu
@@TheButteryBites terima kasih banyak
hai sis. sy nak tanya, oven sis berapa litre ye??
Hai, sis pakai oven 60 L ya
sis nak tanya, kalau oven besar, kene kuatkan suhu dan masa atau kene perlahankan suhu dan masa?
suhu biskut ni sama ke dengan suhu utk cookies lain??
@@anissanadzirah3226 rasanya oven tu dia dah standardize suhu dia, sama ada oven saiz kecil / besar. So, boleh pakai suhu 170°C juga utk bake ya, tp kalau convection oven kena pakai suhu 150°C/160°C supaya biskut tak cepat hangus tp belum masak
@@anissanadzirah3226 it depends, kalau biskut tebal/biskut jenis bake dlm loyang sekat mcm shortbread pakai suhu rendah sikit, biasa utk cookies sis akan bake guna suhu antara 160°C ke 180°C bergantung pd ketebalan cookies & tekstur cookies yg mcm mana kita nak
Sis nak tanya, masa bakar dlm oven, fan oven on ke off?
Sis x on kan fan, tp kalau awak bakar 2 tray sekaligus on kan fan dan kurangkan sikit masa membakar
Kenapa sy punya nutella cair x keras
Nutella tu kalau kita tekan mmg rasa lembut, tapi dh tak cair lg kat luar dia, kat dlm masih lembut lg. Tapi kalau agak2 masih melekat kalau masuk balang, boleh je bake lagi sekejap
@@TheButteryBites Thank you sy bake lama sikit baru x melekat coklat tu .thks again for the recipe sedap...👍
@@hasnumaizahmohdzain1839 sama2, tq sudi cuba resepi sis yea Salam Lebaran😇🥰