MUS SATIRA | Solo Isabela | Idea Kid Atau M. Nasir?
HTML-код
- Опубликовано: 20 май 2024
- Mus Satira boleh ditemui di :
/ mus.satira.9
www.tiktok.com/@mussatira?lan...
/ @mussatira1682
Ad Samad boleh ditemui di :
/ adsamad
/ ad-samad-102649461366639
/ adsamad
/ adsamad1
Disclaimer
The purpose of this video is to inform, entertain and be used as a forum for discussion between host, guest(s), and audience. The views and opinions expressed by the guest(s) are exclusively their own and do not necessarily reflect the views of the content creator - Ad Samad. Speaking on behalf of myself-Ad Samad; my views are always subject to change, revision, and rethinking at any time. I will not be held responsible for the views and opinions of my guest(s), nor would they be held responsible for mine.
Comments made upon this video is the prerogative of its respective writer/commenter, and they shall take full responsibility, liability and blame for any libelous statement or litigation that result from what they had written in their comment, be it directly or indirectly.
PS Saya terima semua comment mengenai saya dengan hati terbuka, tetapi sebagai tuan rumah, saya akan melindungi para tetamu saya daripada comment yang berbentuk cemuhan, kecaman dan segala negativity dengan memadam atau delete comment sebegitu.
Bila Org berilmu dan beradab menjawab persoalan bukan mengenai diri nya... Nilah contoh nya... Abg Mus Satira sgt Humble dan mesra alam
tawadduk mcm joe branko. merendah diri
Bukan senang nak gantikan gitaris sebaik Hillary. Apabila Kid mula2 masuk Search pada tahun 1988 gitu memang peminat seperti aku agak ragu2 sebab sewaktu Kid bersama Gersang muziknya agak berbeza. Aku memang tak sabar tunggu album Search seterusnya sampailah album Fenomena meletup pada tahun 1989 & giler wehhh solo gitar lagu Isabella memang lain daripada yg lain! Luar biasa beb! Sejak tu peminat semakin respect kat Kid sebagai gitaris hebat. Terbaekkk ahhh!
Solo Isabela tu lah menceritakan lagu ini..saya salute Abg Mus Satira...abg mus ni dah kira otai legend ok
Solo isabella tu jadi besar, sebab lagunya besar, liriknya besar & bandnya besar.. kid merealisasikan solo tu dari ramuan terhebat, tarbukti berjaya!! Mmg masterpiece!! 😊😊
Dan pencipta liriknya pun tinggi besar..
Aku bila start bila dia main recording lagu arwah niki ardila.. dia punya petik..bernanyi gitar tu tarak sumbang..dia nanyi ..abang mus satira .. main.. lunak ..mendayu..dayu ..dia drop kod gitar tu.. perhhh..betul penuh jiwa perasan..lagu pulak sedap...niki bawak..mencanak ..lagu ku takkan bersuara ...ciptaan saari amri..memang master piece ....abang mus main..tangkap jiwa..kena suara Niki ardila ..aduhh makk.. sedap betul..suara dia..guitar sound 🎸 menjerit jerit mendayu dayu..seperti megerti apa yg lagu Tu maksudkan .. seperti berperasan guitar Tu..memang padu bang ....kalau jual Kat pasar tani tak rugi..soul out solid .. bunyik dia..
ada makna tu kata2 part trakhir abg mus....penyanyi jgn berlagak sgt...musician yg sentisa ada dkt blkg jgn dilupa
Bab idea solo luar kotak pemikiran ni, 2 org yg aku betul-betul respek, Izo XPDC, Kid Search..tak payah rabak-rabak tapi melekatt dalam kepala otak
shahrul ekamatra pon bg aku macam tu gak bro.. umur 16 tahun cipta solo smpai sorg org cover solo dia
Betul tp karier die xsustaine mcm yg lain2. Klu die lame dlm industri, rasenye die standing dgn gutaris lain@@sharifuddinyusof6638
@@sharifuddinyusof6638 setujuuu. shahrul pun rare talent
Setuju.Kalau arwah Js Kevin ada boleh jemput sekali.
Best betul dgr abg Mus ni.. sporting dan humble. Cara dia explain pasal solo gitar pun senang nak faham...
humble giler abg mus satira ni, dahla hebat
Pendapat peribadi aku laa. Aku mase kecik minat lagu ni sebbkan lagu & melodi lirik dia.
Budak2 kalau dia minat, dorg x kesah pun solo tgh.. kebanyakkn minat sebb lagu, lirik , music, melodi yg sedap..
Bila dah besar ni mmg aku akui jugak part solo tgah2 tu pun mmg sedap & power.
Jadi pada aku lagu Isabella ini power bukan pasal skill & individu, tapi secara keseluruhan, dari penyanyi, pemuzik, penulis lirik, komposer & arranger.
Sama macam lagu fantasia bulan madu je pun.. bila dgt bunyi intro singkat yg pelik & amy start nyanyi "demi cintaku padamu".. mmg otomatik bulu meremang.. semua main peranan..
Tetapi dlm temuramah Hassan Babylon dan Kid, Kid menafikan M. Nasir terbabit dlm proses solo Isabella. Means no humming from M. Nasir or whatsoever.
Rasanya perlu interview Kid untuk kebenaran perkara ini.
Personally untuk humming solo agak mustahil without holding a guitar. Kalau pn boleh humming x serupa/xkan jadi sebijik.
Execution mmg Kid. Idea.boleh dtg dr org lain. Tp humming dr org lain mustahil guitarist akn follow. Kalau mcm tu semua lagu ciptaan seseorang tu ikut humming pencipta la mcm tu. Funny kan.
Solo Isabella mmg klasik dn evergreen.
Penyanyi humming melodi tp mustahil humming the solo dn guitarist xkan follow.
Jus my 1 cebt tots. Good day.
Semoga sihat2 selalu abang Mus. Under rated guitarist; tuan punya solo² berhantu.
Mus Satira ....sungguh padu dan terbaik lontarkan komen tentang solo KID dalam lagu Isabella.
KID signature ....letaklah 80 tahun akan datang pun...this is KID signature (solo Isabella )....long time legend ....sudah terpahat sejarahnya...
aq mmg minat gila ngn mus ni.. petikkan yang matang dan bukan sekadar percakapan
Kid ade cerita kisah solo isabela dlm hassan babylon channel.
Solo Kid Search lagu Isabella..Solo Yang Menyanyi"
Karya seni Kid Yang Terbaik 👍
Kebanyakan solo kid mmg menyanyi
Dengar je suratan takdir, percintaanku gersang
Teja - Kau Yang Tak Mengerti paduu
Aku mula² main melodi...solo pertama aku rasa ada feel adalah dari Kid...Lagu Gersang Percintaanku...
👍...start follow kid punya solo sbb lagu percintaanku punya Hal la...
Solo teguh.. diari habil qabil..
Kalau dgr betul2 solo isabella tu ada iras melodi solo lagu suratan takdir. Sama jgk intro dan solo search-ku taklukan dunia, melodi lebih kurang lagu gersang-percintaanku.. x heran la sebab yang main pun org yg sama.. 😊
Sebab tu documentation penting. Band rock antarabangsa banyak footage or video behind the scene berkenaan masterpiece diorang. Dari situ boleh trace segala kerja-kerja yang jadi dalam pembikinan album. Tapi kita pun fahamlah yang zaman tu kalau nak buat benda macam documentary behind the scene makan duit bagai. Tapi bagi aku, sepatutnya album Fenomena tu perlu ada documentation tu, sebab album tu macam penentu masa depan Search untuk dekad mendatang.
Banyak pulak naratif solo Isabella ni. Ada yang kata one shot, ada yang kata gabungan 2 take, ada yang kata asas melodi dari M Nasir. Hahahaha
Sebab itu perlu ada program macam Hubungan Rambang utk temuramah pemain industri yg masih hidup utk berkata menerusi sudut pandang mereka mengenai satu zaman silam yang ketiadaan dokumentasi terurus 😅
@@AdSamad1benar kata2 Abg ad sy sokong.. dgn hubungan rambang inilah kami smua dpt tahu perkara dan sejarah sebenar dari tuan empunya bdn sdri.. dgn cara ini juga peminat yg memberi sokongan selama ini dpt mengenali mereka dgn lebih dkt.. terbaik brader.. 👍🏻👍🏻
Thank you brother
mantap....
Lagu tu berhantu sebb semua aspek termasuk feel zaman tu klik... sebb tu Power lagu tu akan bertahan sampai bila2.
Abang Mus Satira punya solo bila jamming dengan Uk’S memang syahdu…nak pergi konsert UK’s ❤️🤘
Abng leh jadi sipu bang..gitaris otai memang padu.... Legend ....tapi memang betul bang..abang main lagu niki ardila masa fist recording dalam studio..sound ..giler bang .. kena pulak suara niki ardila..dia memang layak la jadi super star asia indonesia malsyai suara mcm tu punya ..sedap....memang class..suara dia..meletup terus lagu tu .bila keluar.. sound gitat lagu tu.. cukup meyengat..mendayu2.. dia bukan rock heavy dia ballad rock....tapi memang padu..abang solo lagu Tu jahat bang..sound dia..jahat betul solo Tu..saya bila dengar solo lagu niki adilla Tu .saya memang ulang banyak kali.. perhh jahat bang.. tu solo memang padu..memang ada kick..sound gitar dia ..membunuh.. sedap giler solo tu.. pandai abng cipta..
Orang yang bekerja dalam bidang seni akan mudah faham...dia ibarat dato M buat lakaran kasar....tapi Kidd yang mensenikan sampai jadi hasil akhir
Ilham bunyi dari m.nasir..terjemahan bunyi by kid..nk terjemahkan apa yg sifu m.nasir nak bkn senang beb..sbb m.nasir dah ckp dia mmang nak lagu issabella killer song sepanjang zaman..dia dah tanam lagu tu awal² beb....
Apa yg aku paham, nak buat lagu dari scratch ni ibarat kita nak bina sebuah rumah. Dia kena melibatkan banyak pihak. Sorang buat keje mmg x jadi. Kena ada kontraktor,kena ada tukang,kena panggil tnb masuk karen. So buat lagu pun macam tu. Producer buat keje dia, arranger buat keje dia.pemuzik ada tugas dia. Yang ni bagi idea,yang ni deliver... Saling melengkapi...
Keemasan nie. Tq abg ad, anda juga yg terbaik .
Terima kasih brother
Solo Isabella bro Kid memang Masterpiece.... memang feel dan amat menyentuh jiwa.
punya excited abg mus nk cerita pasal kehebatan solo isabella tu sampai tak sempat minum air ooooo
En Samad minta jemput OP bloodshed selain ceta solo2 album Samarkan,lagu2 dia session trutma dlm album wings,smua org nk tahu n appreciated
Nak tiru mmg senang dan cepat tapi nak cipta tu yg susah dan mahal selain teknikal aspek
Betul la tu..kalau dengar part solo guitar dalam lagu Isabella seolah2 lagu tu nyanyiannya tak berhenti, lepas Amy hentikan nyanyian petikan solo dari Kid pulak menyahut dengan nyanyian dalam rintihan dan jeritan..feel bunyi gitar tu merintih dan menjerit kita yg dengar ni dapat rasa dan buat kita terbuai2, tup2 Amy sambung dengan nyanyian semula..selain Isabella, solo Sentuhan Kecundang pun not bad..part solo outro tu dia punya feel sampai nak merintih sekali hahaha 🤘
steady abang mus, tak lokek senyuman. aku pun duk sengih je dengar dia sembang.
Hahaha betul juga kata abg Mus Satira..Tanpa pemuzik siapa la penyanyi,sebab penyanyi la yang selalu dapat gelaran popular daripada pemain muzik dalam satu2 group band..So yang vokal tu respect la dengan pemain muzik..Cuba nyanyi atas pentas tanpa ada muzik,nyanyi kosong je tanpa ada muzik,ada ke orang nak layan sampai sejam,dua jam tengok penyanyi tu seorang diri tanpa ada pemuzik untuk backup dia nyanyi,kompom takde orang duk stay nak layan😂😂
m.nasir inginkan solo msti kesinambungan dri lagu tersebut.. akhirnya kid boleh buat kehendak m.nasir.. mmg kerjasama cukup menjadi
Mmg ada input dari M.Nasir sbb dah keja dia sebagai penerbit album. Tapi akhirnya Kid jugak yg kena hasilkan final touch berbekalkan skill, teknik dan idea dia. Kdg2 musician ada yg burnt out dlm studio...idea xde atau xnk kuar...so masa nilah penerbit yg bagus kena amek inisiatif bgi idea untk push diorg ni bgi sebaik yg termampu. Aku pernah tngok arwah Samad session solo lagu kumpulan Memory...30 saat je pun tapi M.Nasir mntk dia dia ulang & tukar solo tu berkali2 smpai dia puas hati. Ingat lgi kata2 semangat M.Nasir pada Samad: "Mad, aku nk kau bgi mendayu2 solo ni smpai berair gitar tu...smpai dia menangis sedih". Bayangkan lah smpai mcmtu sekali keja penerbit support & backup musician. So bgi aku xde isu pun bnda ni sbb at the end of the day, its the musician yg kena lay out the final touch, with or without the producer's input.
Mus satira ni pn legend jgak.
bagi gua Kidd is still no.1 soloist creator Malaysia ... kena jer ngan intipati lagu solo dia ...
Salam brader ad, bila full. climax terhenti ni.... hahaha
Mus Satira pun mantap jugak. orangnya pun humble.
Hanya seorg gitaris yg kenal cara kerja seorg gitaris..sangkaan abg mus satira tepat.. memang kid create cipta solo tu mengikut citarasa komposer..
solo yang boleh menyanyi.. good word
Sah bang,solo lagu Isabella mmg dari kid sendiri..ni mmg kid yg ceritakan dlm 1 interview dgn Hassan Babylon..
👏👏👏🎶👏👏👏
Bab main improvise solo tu kpd bentuk yg lain, memang setuju. Tapi diskusi ni sebijik la macam sy pernah baca dlm ROTTW isu yg ada gambar Search (isu 95), ayat dlm temubual dgn Kid pasal solo Isabella menyamakan solo dgn Hotel California gak...haha. Ada sesetengah lagu boleh tukarkan solonya, ada lagu tak boleh. Tak shedapp hehe
Mmg kid yg buat solo tu tp berdasarkan idea dn kehendak m.nasir klu m.nasir x marah kid xkuarlah bunyi tu so 2 2 best tu je nk ckp
1 lagi.. Teguh..
betul lh lagu isabella part solo tu je yg aku suka
Actually M Nasir request something Outside The Box for that magnificient solosss
Dalam ROTTW pun pernah baca pasal ni, temubual dgn Kid....Kid kata M.Nasir suruh dia solo bukan ikut lagu ni tapi dlm bentuk lain...haa pening gak Kid nak execute benda tu..tapi akhirnya menjadi.
mus satira sempoi
Charlie guitaris hebat👍
Mmg baik solo isabella. Solo fantasia bulan madu pun dasyat jugak.
Untuk buat solo bagi guitaris, yang pertama perlu ada motif,, bila dah ada motif barulah di tambah dengan perasa dan lain2 mengikut kemahiran individu, jadi solo muncul bila dah ada lagu, mustahil lah m.nasir boleh humming bunyi tremolo atau part yg rumit, tapi kalau yg dimaksudkan m.nasir tu motif, ia mungkin, so tanpa m.nasir + kid takkan jadi solo ni, tapi kredit lebih buat gitaris sebab dia yg played the guitar and blend the sound..
Itu nama Kolaborasi! Dato M Nasir boleh kasi melodi paling hebat untuk solo tapi kalau gitaris takleh main betul solo takkan sedap!
Kita dengar Kid punya cerita
tenttang Solo Isabella..👌🏻👌🏻👌🏻
Boleh ajar Tak cara main tremolo.. Floating or briged
setiap gitaris ada karakter masing²...yg faham tu fahamlah..tp jangan lupa solo nurnilam sari...susah gak tu...mmg gifted lah gitaris yg leh create solo yg hebat²
Abg ad samad selalu bagi buah tergantung la.. x sabar nk tgk yang full punya.. all the best to you Brother ad samad keep on rock in and stay rocking brader..
You are too kind brother. Versi penuh masih dalam editing lagi
Solo burnmarks seruankasih pun sedap
dalam hassan babylon channel,kid kata dia yang buat😅😅😅,so skrang m nasir bagitau bro ad dia yang bagi bunyi,kesimpulan,dua2 ada bagi idea,tapi kid yang merealisasikan bnyi tersebut
Aku jd kusyuk dngar abg mus explain tentang solo gitar. Senang paham
Mus punya explanation memang mengkagumkan. Orangnya pun best. Very warm
Sejati pun M.Nasir yg harms utk solo tu. Idea bunyi nobat intro pun idea M.Nasir. Joe yg create bunyi tu mengikut apa yg producer nak. Maka terhasillah solo Sejati. Begitulah ceritanya kehebatan sifu & anak didiknya. Tp mmg begitulah tugas producer..bob rock pun basuh kirk hammet utk create solo The Unforgiven. Sampai jadi antara solo terbaik waktu tu.
hum
seronok bila dengar seorang master muzik explain secara teknikal automatik terasa diri jadi pandai sikit dalam aspek muzik (walhal masih noob, iya aku sedar diri) 🥲🥲🥲
Kan…. Setuju
@@AdSamad1 teruskan perjuangan bang Ad 🤓👍
Nk tanya, bro mus satira join uks bila and apa lagi penglibatan dia dlm muzik
minit @6:55 dgr baik2....makan dlm tu statement tu
Part Abg Mus marah tu boleh "makan dalam" oooo..
isu ni dah lama selesai..kan kid sendiri dah explain..dkt YT channel dia..boleh tengok dan nilai sendiri..tq
bab solo isabella ni kid dah pernah cerita dalam interview2 sebelum ni. berapa part record pun kid ada ceritakan.
Jawapan dah ada dlm channel Hassan Babylyon oleh tuan badan Kid sendiri..
Tabik guitarist lejen Malaysia.. solo guitar 80-90 an melekat dlm kpala..
Bila nak up yang full yer abg Ad? X bpe suka tgok pendek2 ni😅.. Mcm yg abg Fauzi punye tu smpai 3 jam kan.. Haaa sy suka yg lama cmtu.. 😂..terlalu suka sgt dgn abg Mus ni..tgok dia sengih pun sejuk mata memandang..
Video asal adalah selama 4 jam jadi kami perlukan masa utk edit sepenuhnya. Sebab itulah kami upload sikit sedikit klip pendek sementara versi penuh telah siap.
Terima kasih atas sokongan yg awak berikan kepada kami.
@@AdSamad1fuhhh.. Amik ko 4 jammm
4 jam yg sia2
@@AdSamad1 woww.. Ok noted abg Ad..
Hahahaha tengok dia sengihnpun dah sejuk mata memandang. Memang tepat sekali, sebab orangnya pun very warm
SENTUHAN SOLO DARI DULU & KINI TOP HITS... ISABELLA....SEJATI...JOE.... & KIDAL.... & SHAHRUL... EKM...
KId juga banyak terpengaruh dengan gaya solo Hillary...
Guide by m.nasir, finishing by kid.... Bagi saya setiap gitaris mmg perlu serasi dgn gitarnya... Guitar tu memberi sound yg kita mahu... Baru dtg feel... Saya tak pnh jam lagu Isabella sbb tersekat kat part solo tu😅😅
Abg mus satira org utara Ka...pekat bunyi utara😂
Solo isabella hillary mn pun xda soul xsama.
Solo Isabella ni boleh la diletakkan dlm Arkib Negara sebagai "Ibu segala Solo dalam lagu"
😅😅😊
Kid genius
SIAPA YG CIPTA MELODY SOLO ISABELLA?
Idea siapa x penting yg psti pesembahan solo isabela dri kid antara yg trbaik
M.nasir ckp kid ko buat solo Isabella ini mcm ko main lagu lain...naaa kn bingung mcm itu hahahaha...
Ada dgr Kid cakap M nasir Nak Solo Isabella keluar dari Lagu...Sebab tu lar menjadi...kerna Lagu² Berkualiti camtu Dorang Pantang Bila Solo Ikut Bunyi Lagu tu..contoh Jika solo Lagu isabella Ikut Chorus isabella agak² Kena Hentam M Nasir tak??sebab itulah Kid kata Solo Tu mesti Keluar dari Lagu
letak kid jela nyyi tgk🤭
Tp solo terbaik bg abg Ad sendiri mesti solo Nostalgia Rindu kan..hehe
Hahahaha tepat sekali
Solo isabela ni antara solo terbaik kid....Tpi bgi aku still pick solo teguh lah.....Sekadar pendapat peribadi
Yg ni aku sokong.. sama pendapat.. solo teguh ngammm
Juga solo Asli dan Tulus 👍🏽👍🏽
Solo Teguh mcm gitar tu tgh menangis meraung meminta keampunan…tak tau mcm mane nk explain
Too respek katanya barder mus.. tgi makam solo lagu ni
Merendah diri abg mus dia kata main tak dapat solo Isabella...aku percaya dia boleh sebab skill hebat😂👍👍
Kalau yg lain cipta solo isabella, mesti jadi isabola
Abg ad xdk yg full ka
Coming soon. Masih dalam editing lagi
@@AdSamad1 alhamdullilah terbaik abg ad sentiasa menanti content abg... semoga maju jaya chanel abg.. Aaminn 🤲🤲
Klo gitaris lain mgkin solo Isabela Jd lain
Solo yg luar dr melodi lagu tu katanya
solo potret monalisa power gk woo
Mus Satira .. one and only .. dia goreng utk Ukay group power ... gua puas hati dgn penerangan Mus
2:50
Lagi satu solo terpadu drpd shahrul ekamatra[Sentuhan Kecundang]
Tu pun hasil dari melodi M.Nasir...kebanyakkan melodi M.Nasir mesti menyrngat
pusara di lebuh raya lagi padu.tajuk pun lain macaim
Salam. Bro Ad, boleh minta tolong sikit tak?
Tolong buang terus teknik/identiti/masterpuece GAGAP-GAGAP tu. Nampak seperti dibuat2 pun ya sebab keterlaluan. Nak dikira sebagai itu seperti 'ADAB' pun lepas tu sebab macam point tadi tu juga, iaitu 'keterlaluan'.
Tolong ya, ikhlas minta tolong sangat2 ni. Sebab feels turn-off LA ianya 'over'sangat.
Tolong ya bro Ad Samad ya..
Maaf dan Wasalam.
m nasir kata “aku nk kau solo lagu ni,keluar dari lgu ni,”
Solo lagu Isabella tu ada part dive bomb tu yang rare tu. Tengok macam terkeluar sikit dari melodi lagu tu tapi masih in track lagi....
😂😂
Dato M.Nasir lupa kisah tu kot.....ni story dari Kidd sendiri ruclips.net/video/C0ULTrnqqiU/видео.html
betul dah tu, director tau apa yang dia nak dan execution perlukan orang yang faham kehendak dia. Untuk Isabella orang itu ialah Kid.
Kalau tak disebabkan m.nasir reject solo kid byk kali solo Isabella skarang ni xwujud le...
@@kramatzen3899 yup betul...