Tak Payah Pergi Workshop, Mekanik Datang Rumah Servis Kereta Anda! | Mobeel
HTML-код
- Опубликовано: 30 сен 2024
- / mobeel2u
/ mobeel2u
Perkhidmatan Servis Kereta di Rumah - Mobeel
Cara Menempah:
1. Layari [mobeel.my](mobeel.my) dan klik "Book Online".
2. Pilih pakej servis yang diperlukan dan masukkan maklumat anda.
3. Mekanik kami akan datang ke lokasi anda pada tarikh dan masa yang dipilih.
Penerangan:
Dalam video ini, kami memperkenalkan perkhidmatan servis kereta bergerak oleh Mobeel, di mana kami menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kereta di lokasi anda, sama ada di rumah atau di tempat kerja.
Apa yang kami tawarkan:
1. Penyelenggaraan Berkala: Pemeriksaan dan penukaran minyak enjin, penapis udara, dan penapis minyak.
2. Pembaikan Kecil: Penggantian bateri, pembaikan tayar bocor, dan penggantian wiper.
3. Diagnostik dan Pemeriksaan: Penggunaan alat diagnostik untuk mengesan masalah enjin dan sistem elektronik.
Kelebihan Perkhidmatan Kami:
- Mudah dan Cepat: Mekanik kami datang terus ke lokasi anda.
- Profesionalisme: Mekanik berpengalaman dan terlatih.
- Kualiti Tinggi: Menggunakan alat dan bahan berkualiti untuk setiap perkhidmatan.
Hubungi Kami:
Jika anda memerlukan bantuan atau ingin menempah perkhidmatan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di talian 019-3920850. Kami beroperasi di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kemudahan servis kereta di rumah anda dengan Mobeel. Tempah sekarang dan rasai perbezaannya!
#serviskeretabergerak #mobeel #serviskereta #penyelenggaraankereta #pembaikankereta #serviskeretadirumah #DestinasiTV #servisdirumah #mobeelmy
Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.
Saya salah sorang pelanggan Mobeel… mmg service terbaik.. owner sendiri akan explain very details… mmg saya recommended 👍👍👍
Waalaikumusalam wbt
Mantap..bangsa melayu buat CR on demand..kipidap bro...
Harap2 boleh ada service seluruh Malaysia..
MO kereta biasa,4x4 harap2lah....
saya juga salah seorang pelanggan dri Mobeel ni..pendek kata saya sangat berpuas hati dengan servis serta mutu kerja mereka. brg2 serta alat ganti tu semua tak perlu risau, dijamin semuanya original. saya dah banyak kali dah guna khidmat dari Mobeel nie..sgt recommended and trusted! kalau siapa2 belum pernah cuba, boleh cuba try tukar engine oil dlu dgn mereka, then boleh nila sendri. 👍👍👍
Mcm ni ok..jgn jadi mcm sebahagian bengkel di rumah belambak kete parking di bahu jalan jadi semak..bisnes dah maju cari lah tempat sewa sesuai 😂
Teruskan berinovasi Tuan Zhaf...moga dipermudah segala perancangan
TAHNIAH, sangat suka yang bersih, yang tepat masa, yang betul buat kerja.
Transformasi gaya kerja daripada selekeh kepada kemas memang payah apatah lagi telah lama budaya kerja sebegitu dibuat dan gaya kerja yang kemas dan bersih sebegini yang sepatutnya dilaksanakan di bengkel2 sedia ada jika kita ingin bersaing secara positif.
👍👍👍
Bila org yg berilmu berkata sedap jek dengar🤌🏾
Sebab itu lah perlu nya ilmu dan belajar pandai2......kerja apa PON tak pe.....itu pesan arwah bapa ku
@@adamahmad9371arwah ayah awak seorang yg bijak dan berpandangan jauh
Wow hebat, cadangan saya, nak naik kenderaan tu, guna 2 sekali penyendal tyre supaya lebih mudah lagi dgn itu lebih mudah nak masuk gunakan troli badan masuk kat bawah spt workshop gunakan, ini hanya idea shja, supaya lebih cepat dan teratur😅
Mantap, servis Mobeel terbaik. Saya antara pelanggan tetap. Recommended.
org ade ilmu mcm ni bila bercakap seronok dgr.. salute bang..
Di selangor ajer ker
idea xbaru..bnyk dah kat malaysia dan luar negara..cuma abg ni mungkin focus medium dan high market..tmbh extra marketing..boleh perg jauh
Takde lagi konsep zero splash..ni first dlm Malaysia
Kancil buruk, dia terima tak? 😅
sesuatu berbeza oleh destinasi tv.. slalu foodie je..
tahniah mobeel teroka pluang perniagaan yg berbeza dan memberi servis berkualiti.. kipidap
johor ada tak johor ? mantap ni
Bagus abg teruskan berenovasi wakil bangsaku
Tahniah bro..saya bangga dengan campy ni sebab saya x hap seng star...bila tengok cara tuan dan pekerja buat kerja nampak boleh gi jauh..cuma pastikan baju terus di luar jgn masuk kedalam dan pasti kan jam jgn pakai yg steel takut kena keta jadi calar...muga terus majuu
Aku pakai satria buruk je....hendak ke dtg servis? Heee...
Nak belajar kat mane servis kreta conti ni bang ? Saye nak blajar
Assalamualaikum tuan admin dan semua, sentiasa hadir support drpd kemaman terengganu, semoge dipermudahkan segala urusan kitew semua, semoge kitew semua dilindungi Allah sentiasa...
Mmg profesional. Gudluck moga terus mmbesarrr
good job "quality is everything"
Mantap 👍👍👍
kalau belah pantai timur ada servis macam ni..kan best
Kalau pandai berniaga apa pon boleh maju
Bagus konsep mcm ni,org bisnez kadang bz,ada masa luar dari waktu operasi biasa
Wow... Terbaikkk 👍👍
terbaik bezza kenderaan company. sebagai pengguna bezza sebagai kereta 2 harian.. amat berbaloi
Jimat booohhh
Terbaik..
Very impressive
👍🏻👍🏻
Terbaik bro
Fuh..17tahun pun resign jugak eh..aku baru join petronas last year August..
Nikmat kerja sendiri dan berniaga itu lain bro.....nabi Muhammad saw dah pesan.....9/10 rezeki datang dari berniaga
stress gila bro kat petronas. kerja mesti tiptop. memang ramai berhenti kerja sebab tak tahan. kita yg kerja ni teruskan je sampai pencen. lepas pencen, automatic jadi T20 dan kereta mercedes tu memang mampu sangat2 utk beli.
Mantap Zhafri !
👍👍👍
Rumah flat bole tak?
Boleh
Service kayangan
Tak kayangan sangat kalau mengambil kira harga pasaran, kualiti kerja dan penjimatan masa, duit dan wang nak hantar ke bengkel yang makin sesak.
Kenapa tak pakai portable jack?
Sebab keselamatan. Kegunaan jack hanya untuk mengangkat kereta, bukan menanggung beban dalam jangka masa yang panjang. Perlu ada penahan kedua untuk menanggung beban tersebut.
Kedua faktor masa, lebih pantas dan selamat untuk naikkan kereta ke atas ramp berbanding jack.
@@DESTINASITVsangat tepat.....yg memahami sahaja yg dapat faham
Ingat jaga kereta ni buat service je ke? Bila job bunyi2 suspension, check light nyala, engine tempang, suruh workshop hadap.
Betul, banyak kerja melibatkan kereta ini, tapi dalam masa yang sama kerja rutin lebih tertumpu kepada servis tukar minyak enjin, filter, minyak transmission, tukar brake dan lain-lain.
Rasanya untuk routine maintenance macam ni ada orang perlukan servis yang menjimatkan masa mereka. Untuk sesetengah orang, masa lebih bernilai dari wang. Pasti ada permintaan yang sesuai dengan servis Mobeel ini.
tiber meroyan ni kenapa?? dia xcakap pun service dia cover untuk semua benda dalam kereta... alahaiiii senoiiiii 🤣🤣🤣
Gelabah nya kau ni.
Safety semasa buat kerja penting. Duduk dibawah kereta perlukan tayar dikunci dengan stopper tambahan seperti batu bata di belakang dan depan untuk mengelakkan kereta menggelunsur. Kaca mata keselamatan juga perlu dipakai untuk mengelakkan kecederaan mata dari dimasukki cecair enjin atau objek lain.