DDNK Podcast EP 1 (Part 2) - Market Manipulation

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 29 дек 2024
  • Dato Dr. Nazri Khan (License No: eCMSRL/B9561/2019) adalah lulusan Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari Universiti Manchester, United Kingdom. Beliau kini adalah pengurus wang bertauliah Berjaya Mutual Berhad (formerly known as Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd), anak syarikat Berjaya Corporation Group di dalam pasaran saham global.
    Sebelum ini beliau adalah Naib Presiden Kanan Pelaburan Phillip Capital Management dan Naib Presiden Kanan Affin Hwang Bank selama 10 tahun. Beliau berpengalaman selama hampir 23 tahun sehingga ke peringkat antarabangsa didalam ekonomi dan pasaran saham serantau. Beliau juga telah dilantik sebagai Adjunct Professor oleh Universiti Multimedia, Cyberjaya Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran beliau di dalam dunia pelaburan saham.
    Dato Dr. Nazri Khan merupakan pemegang PhD dari Universiti Multimedia Malaysia dan telah mengendalikan lebih 1,000 buah program pelaburan di dalam dan luar Malaysia dan telah berucap di platform saham antarabangsa seluruh dunia termasuk Bankers Club London, Tokyo, Sydney, Milan, Berlin, Jakarta dan Singapura. Disamping itu, beliau merupakan salah seorang panel BNM Governor’s Address On The Malaysian Economy di Bank Negara Malaysia yang memberikan input-input terkini terhadap ekonomi negara.

Комментарии •