Jom ke kampung orang asli ! Cikgu sayang murid

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2024
  • Aku ,cikgu dan Temiar
    Andaikata boleh dilukis perasaan itu , maka aku akan lukis tetapi sangat sukar untuk di gambarkan betapa gembira mereka melihat kedatangan cikgu,pentadbir & staf-staf sekolah berkunjung ke rumah mereka.
    "Apa kata petang ni kita ziarah cakna." Ringkas kata-kata kepala sekolah kami yang mesra di panggil Boh. Maka semua angguk setuju memandangkan program sebegini memang di nantikan kerana inilah saat dan waktu sesuai untuk kami menjelajah serta bersuai kenal dengan masyarakat di sini.
    Kisah perjalanan guru-guru pedalaman yang mencabar di selitkan dengan kisah pertemuan dengan masyarakat di sini amat besar ertinya.Ada macam karenah,watak dan suasana yang indah sambil menikmati suasana kampung yang jauh di pedalaman menjentik hati kecil aku betapa kita adalah berbilang umat namun punya perasaan yang satu.Kasih sayang.
    Kami yang di wakili guru besar , pentadbir serta rombongan yang lain memulakan acara yang kerap kami lakukan sejak bertahun.Menyantuni dan beramah mesra , menaiki kenderaan pacuan empat roda dan ada yang bermotosikal kemudian berjalan kaki menuju kampung ke kampung mereka di sini.
    Menikmati perjalanan penuh hijau, unggas menyanyi riang di sepanjang perjalanan menghilangkan rasa perit urat dan anggota badan yang seolah menaiki kapal laut di landa badai ketika menuju ke kampung mereka.
    Aku secara peribadi sangat menyukai Kampung Dakoh , sebuah kampung yang terletak agak tinggi berbanding kampung-kampung lain kerana ada aura kedinginan tiap kali angin menyapu yang datang dari arah bukit.Sejuk tenang dan damai apatah lagi melihat persekitaran kampung mereka yang sangat bersih berlatar belakangkan Gunung Gerah yang cukup sinonim buat kaki hiking yang kerep berkunjung di sini.
    Ada di satu bukit , dari jauh kelihatan sekolah kami di celah hamparan bukit dan rimba sayup mata memandang.Sungguh kerdil dengan alam namun itulah institusi pengajian buat masyarakat orang asli Temiar di sini. Di situlah indah tersergam sebuah bangunan konkrit pemberian kerajaan bagi melestarikan pendidikan anak pribumi masyarakat asal di Kelantan.Paling jauh dan paling mencabar.
    Cikgu ! Cikgu ! anak-anak kecil melambai-lambai tanda girang menyambut kedatangan kami ke daerah mereka.Di tangga rumah mereka duduk menanti , di celah tingkap mereka mengintai manakala si ibu senyum gembira menyambut kami.Anjing-anjing peliharaan turut sama menyibukkan diri seolah sudah terbiasa dengan kami.Kami tidak meminta sedulang air dan sepiring kueh tapi cukuplah mereka mengatakan anak-anak mereka akan hadir ke sekolah untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.Itu yang kami sangat-sangat harapkan.
    "Cikgu ! Dia selalu tengok video cikgu di tiktok !"
    Ada follower istimewa dari kampung temoat aku berkhidmat.Tersengih lalu menunduk malu apabila aku menegurnya.
    Aku banyak bercerita tetapi tidak sekali mengeji.Cerita yang indah untuk dikongsi. Biar anak watan di sini bangga kampung mereka sentiasa diingati.
    Kerana seseorang pernah berpesan pada aku
    "Kongsilah Lim , tulis yang baik-baik "
    Peristiwa sepetang takkala awan berarak pulang, langit semakin redup lalu ada butir-butir halus menimpa kami itu tanda hari semakin lanjut.Senja di rimbaraya penuh makna manakala angin sepoi mula hilang maka kami harus beransur pulang.
    Terima kasih kepala sekolah . Terima kasih rakan yang budiman. Terima kasih Temiar.
    Kisah yang akan aku kenang seumur hayat.Kisah yang berbeza dengan dunia kita tapi cukup bermakna tersiratnya.
    Di sini banyak perihal yang indah dan mendamaikan tetapi tidak semua boleh merasai.
    Banyak cerita untuk di kongsikan tetapi tidak akan sama seperti mana kami guru dan staf sekolah yang melalui detik dan saat ketika itu.Syukur Alhamdulillah , tuhan yang aturkan.Begitulah.
    Aku , cikgu dan Fi Kambing demi anak bangsa.
    Pos Balar , Gua Musang Kelantan.
    #ankel
    #cikguoffroad
    tiktok.com/@cikguoffroad

Комментарии • 35

  • @gsialhmdulillhvdk2549
    @gsialhmdulillhvdk2549 4 месяца назад

    cikgu offroad yg hebat semoga dalam lindungan allah

  • @nasaruddinaziz1735
    @nasaruddinaziz1735 4 месяца назад

    Lagu kumpulan beyond

  • @mantolsimon1606
    @mantolsimon1606 10 месяцев назад +5

    Hero2 yg tak didendang, syabas ❤❤❤semua chegu2

  • @amirulasraf307
    @amirulasraf307 10 месяцев назад +3

    Terima Kasih cikgu😢…

  • @norizansamsudin6485
    @norizansamsudin6485 10 месяцев назад +3

    Suka sangat ngan aktiviti cikgu2 ni moga sehat selalu

  • @OrangPahang
    @OrangPahang 10 месяцев назад +2

    Wira wira negara terbaik cikgu

  • @johnozz7346
    @johnozz7346 5 месяцев назад

    lagu beyond, tukar lirik dan di metal kan

  • @zakariamohdamin4731
    @zakariamohdamin4731 10 месяцев назад +1

    Trbaik CO dn group, jasamu kami kenang

  • @RahmanRahman-u5i
    @RahmanRahman-u5i 8 месяцев назад +1

    Syabas cikgu diPos Bala tercampak dilaut menjadi pulau,tercampak dihutan menjadi timbunan emas

    • @cikguoffroad
      @cikguoffroad  8 месяцев назад

      Kami semua biasa biasa je .. selebihnya aturan Allah jua.Kami cuma jalankan amanah

  • @ahmadkamal9321
    @ahmadkamal9321 10 месяцев назад +1

    mantap padu cikgu cikgu sk pos balar jln kan kerja kerja kebaikan dan ziarah!

    • @ahmadkamal9321
      @ahmadkamal9321 10 месяцев назад

      insyaALLAH ada rezeki nak join cikgu cikgu pos balar beri bantuan pada penduduk org asli sekitar !

  • @azmitalib2305
    @azmitalib2305 10 месяцев назад +2

    bekerja sebagai satu pasukan...berlebih kurang dan bertolak ansur..kalau tiada perasan mcm ni..tak boleh berada dlm pasukan mcm ni..

  • @abgz1206
    @abgz1206 8 месяцев назад

    Thorbaik Cikgu👏🏾👏🏾👍👍 Harap2 susah payah usaha ni menjdi 🤲🏼
    Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat korg sekeluarga di sana 🤲🏼 Al-Fateha❤

  • @aizatrahimi1003
    @aizatrahimi1003 10 месяцев назад +3

    Sy supporter baru .. sy ingin bertanya macam mne parent antar ke sekolah ? Adakah sme jgk mcm cikgu2 ? Atau penduduk disitu shja muridnye

    • @cikguoffroad
      @cikguoffroad  8 месяцев назад

      Hantar naik motor.yg jauh depa dok asrama .. meksih shbt ..lambat reply .. saya kena baca satu satu komen .. ☺️☺️☺️

  • @Zarasiti-ud1mq
    @Zarasiti-ud1mq 10 месяцев назад +4

    Cikgu yang berpengalaman tinggi merempuh hutan🥰

  • @gobek2151
    @gobek2151 10 месяцев назад +2

    Muzil terlalu kuat di awal2...fail la cikgu...😂😂😂

    • @cikguoffroad
      @cikguoffroad  10 месяцев назад +2

      ye ke ..ahaha..takpelah tengok wajah kami jela 🤣

  • @amiramer3986
    @amiramer3986 8 месяцев назад

    Salam...sya ada cadangan ckgu2 usulkan kpd yb kwsn buat jln concret (simen) brperingkat ....sbb penddk sk balar adlah penddk tetap

  • @FdFu-mj3fu
    @FdFu-mj3fu 10 месяцев назад +1

    Terai tukar cikgu KL g mengajar dkt sna cikgu yg megada2 sikit hahaha AQ ingat menagis terus 1 kna ddk dlm hutan yg kedua MKN nan tu kan MCM kita ni dah biasa dh org kmpog MCM kita ni ikot suka ja MKN tolak batu dgn kayu ja hahaha

    • @cikguoffroad
      @cikguoffroad  8 месяцев назад

      Abaikan yg lain tu .. Asalkan tanggungjawab kita dah selesai sahabat .. doakan kami sentiasa di sini shbt.Sihat tubuh badan pun syukur alhamdulillah sgt sgt dah

  • @RahmanRahman-u5i
    @RahmanRahman-u5i 8 месяцев назад

    Kacak lagi cikgu naik cubcai kalau naik 4by4 dah macam pekerja idon

    • @cikguoffroad
      @cikguoffroad  8 месяцев назад

      Ahaha .. itu lerrr .. layan sekali skala...indon pun indon lahh

  • @zamtv2450
    @zamtv2450 9 месяцев назад

    perkampungan ni ade bekalan air n elektrik cikgu?

    • @cikguoffroad
      @cikguoffroad  9 месяцев назад

      OA guna air tandak ..depa guna tenaga solar .sebuah rumah satu bateri

  • @hishamibrahim708
    @hishamibrahim708 9 месяцев назад

    cikgu maaf nk tnya dekat sana brpa rmai pelajar dan brpa rmai cikgu dekat sana ???dan nk tnya brpa rmai peduduk dekat sana

    • @cikguoffroad
      @cikguoffroad  9 месяцев назад +1

      murid ada 284 . cikgu 20 .staf 10 ..penduduk lebih kurang 700 lebih kawasan situ .. pastu ada lagi di Pos Pos lain iaitu Pos Belatim dan Pos Sependik sbb tu sekolah ni ada asrama.

  • @ghostrunner7781
    @ghostrunner7781 10 месяцев назад

    Spell sikit anak ii orang asli belajar dalam kelas itupun kalau boleh cikgu

    • @cikguoffroad
      @cikguoffroad  10 месяцев назад

      Saya nak tunjuk video tu tapi sejak KPM dah keluarkan pekeliling tak boleh guna murid utk dapatkan view dlm medsos saya batalkan niat.

  • @angsanabumi
    @angsanabumi 10 месяцев назад

    Maaf tanya.. Mostly mereka ni islam ke cikgu?

    • @cikguoffroad
      @cikguoffroad  10 месяцев назад +1

      tak. Ramai kristian , islam dan agama asal mereka iaitu animisme

    • @angsanabumi
      @angsanabumi 10 месяцев назад +1

      @@cikguoffroad tq cikgu atas pencerahan.. anak2 yg skolah ni duk asrama atau ulang alik cikgu? Mcm jauh kg2 diorg ni.. Klu ada asrama, boleh ke cikgu tunjuk kehidupan ank2 ni?

  • @MohdAmad-d6r
    @MohdAmad-d6r 6 месяцев назад

    Lagu apa tu cikgu?tajuknya