Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 26 окт 2024
  • Ditubuhkan pada tahun 1993, Taman Negara Johor Endau-Rompin berkeluasan 48,905 ha adalah kawasan perlindungan terbesar di Selatan Semenanjung Malaysia. Hutan hujan tertua yang teletak di Tenggara Johor ini merupakan khazanah biodiversiti dan habitat kritikal yang sangat penting bagi kelangsungan hidup megafauna yang terancam di negara ini, termasuk harimau malaya, tapir malaya dan gajah Asia.
    Pintu masuk Selai dinamakan sempena nama sungai utama yang mengalir melalui taman ini. Legenda Orang Asli tempatan mengatakan bahawa pada zaman dahulu, seorang puteri kayangan yang memiliki suhu badan yang panas turun ke bumi. Haba panas yang dikeluarkan dari tubuhnya menyebabkan sungai besar yang mengalir dari pergunungan Gunung Besar menjadi kecil sebesar rotan atau dalam bahasa tempatan, sehelai rotan (atau “Selai” dalam bahasa yang pendek ).

Комментарии •