SUNATHON@MAF

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 фев 2024
  • CUPLIKAN SUNATHON@MAF 2024
    10 Februari 2024 (Sabtu) - Masjid Abdullah Fahim dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah SPU dan Sekolah Rendah Syeikh Abdullah Fahim (SRISAF) telah mengadakan program Sunathon@MAF sempena cuti sekolah tahun ini.
    Bermula seawal jam 7.30 pagi, peserta telah hadir untuk proses pendaftaran. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai kira-kira 300 orang pengunjung manakala 55 orang peserta telah mengambil bahagian.
    Program dimulakan dengan persembahan Pahlawan Cilik dari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM@Gelanggang Masjid Abdullah Fahim). Para peserta dibawa menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi bersama Northern Versys Owner Group (NVOG), Jabatan Bomba dan Penyelamat SPU Kepala Batas serta turut disertai para waris mengelilingi sekitar kawasan berdekatan sebelum peserta diraikan dengan “Supa Dupa” oleh JBPM.
    Alhamdulillah, program ini berjaya diselesaikan sekitar jam 1.00 tengah hari. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga kita terus dapat memberi sokongan kepada masjid untuk program program yang akan datang.
    Sumbangan ikhlas aktiviti pengimarahan dan kebajikan
    infaqpay.my/pl...
    RUclips : / @masjidabdullahfahim6546
    TIKTOK : / masjidabdullahfahim
    #MasjidAbdullahFahim
    #MAFSPU
    #kepalabatas
    #sunathonmaf
    #MultimediaMAF

Комментарии •