Pameran Karya Eksposisi Tahun Akhir Seni Inovasi (KREASI) 2024[HD]

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • 265 PELAJAR FTKW PAMER HASIL KREATIVITI DAN INOVASI PROJEK TAHUN AKHIR
    BACHOK 24 Julai 2024 I Sebanyak 265 karya pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dipamerkan pada Pameran Karya Eksposisi Tahun Akhir Seni Inovasi (KREASI) 2024, di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok, Kelantan, bermula hari ini hingga 25 Julai 2024.
    Dekan FTKW, Prof. Madya Dr. Raja Iskandar Raja Halid berkata, penganjuran KREASI 2024 bertujuan mengetengahkan hasil karya pelajar-pelajar tahun akhir sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.
    Beliau berkata, sesi penilaian projek tahun akhir dinilai oleh pakar dan pemain industri dalam bidang elektif masing-masing, untuk mempersiapkan graduan UMK sebelum melangkah ke alam pekerjaan dengan keyakinan dan kompetensi yang tinggi.
    “Pelajar kohort Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif telah mendapat pengiktirafan enam bintang oleh National Graduate Employability Index selama dua tahun berturut-turut, iaitu pada 2021 dan 2022.
    “Projek yang dihasilkan pelajar tahun akhir itu terdiri daripada tujuh elektif berbeza, iaitu Animasi, Tekstil Fesyen, Reka Bentuk Perindustrian, Multimedia, Reka Bentuk Komunikasi Visual, Pengajian Skrin, dan Seni Halus,” katanya pada Majlis Pelancaran Pameran KREASI 2024 yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, UMK Holdings Sdn. Bhd, Dato’ Hj. Che Abdullah Mat Nawi.
    Turut hadir, Timbalan Dekan (Akademik) FTKW, Prof. Madya Ts. Dr. Khairul Azhar Bin Mat Daud dan Penyelaras KREASI 2024, Dr. Mohd Firdaus Naif Omran Zailuddin.
    Sementara itu, Dr. Mohd Firdaus Naif memberitahu bahawa pameran KREASI 2024 juga platform bagi para pelajar untuk memperlihatkan hasil kreativiti, kemahiran, serta pengetahuan dalam elektif pengajian masing-masing.
    Katanya, KREASI merupakan program tahunan anjuran FTKW dan turut berlangsung penyampaian anugerah kecemerlangan projek tahun akhir pelajar.
    “Anugerah-anugerah ini merupakan pengikitrafan fakulti kepada pelajar-pelajar mengikut kategori elektif. Anugerah ini diharap dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada semua pelajar untuk terus cemerlang dalam industri kelak.
    “Selain itu, KREASI yang bertemakan "INTIPATI” pameran ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan serta mempraktikkan nilai-nilai ini dalam kalangan pelajar Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi Kreatif dan warga FTKW secara amnya.
    “Ini merupakan langkah penting dalam membangunkan bakat-bakat muda yang berpotensi dalam bidang seni dan reka bentuk dan kreativiti, kemahiran serta pengetahuan yang dimiliki seimbang untuk bekerja di dalam industri ataupun bekerja sendiri sebagai usahawan,” katanya.
    Beliau berharap KREASI 2024 ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa dan para pendidik serta pemain industri tetapi juga kepada masyarakat, terutama kepada generasi muda pada masa kini.
    #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #malaysiamadani
    Kita #BinaLegasiUMK Bersama
    #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream
    *Like Facebook Rasmi UMKTV :
    / umktv.umk
    *Subscribe RUclips Chanel UMKTV:
    / umktvumk

Комментарии •