Perlindungan Tenang - Mampu milik dan mudah untuk semua

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 28 сен 2021
  • Perlindungan insurans atau takaful ialah sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan masa depan kerana ia menawarkan jaring keselamatan untuk anda dan keluarga. Ia juga memastikan semua orang mendapat perlindungan dari segi kewangan sekiranya berlaku kematian, kebakaran atau apa-apa yang tidak diingini.
    Ia memberikan anda ketenangan fikiran kerana anda tahu bahawa orang tersayang akan menerima sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan jika sesuatu berlaku kepada anda.
    Melalui Perlindungan Tenang, anda kini boleh membeli atau menyertai pelan perlindungan yang mampu dimiliki dan mudah difahami, dengan proses tuntutan yang senang.
    Dapatkan produk yang mempunyai logo Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans atau pengendali takaful pilihan anda

Комментарии •