Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Industri Kenaf (PKIK) 2024

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 19 ноя 2024
  • 19 SEPTEMBER 2024 | CYBERJAYA
    Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Chan Foong Hin hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Industri Kenaf 2024 (PKIK 2024) anjuran Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Dewan Shaftsbury Asteria, Cyberjaya.
    PKIK merupakan platform untuk kakitangan LKTN, agensi kerajaan dan swasta, institusi penyelidikan, IPTA/IPTS serta pemain industri berinteraksi dan berbincang bagi pembangunan kenaf negara.
    PKIK 2024 kali ini membawa tema “KELESTARIAN TEKNOLOGI PEMACU INDUSTRI KENAF” adalah signifikan kepada LKTN dalam memperkenalkan industri kenaf kepada umum dan membicarakan serta berkongsi informasi pembangunan, teknologi dan isu semasa industri kenaf negara.
    Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara LKTN dan MTIB,LKTN dan LPNM juga telah dilakukan hari ini sebelum enam (6) pembentangan kertas dilaksanakan dan dikendalikan oleh dua (moderator berpengalaman).
    Yang Berhormat Timbalan Menteri juga turut berkesempatan membuat Majlis Pelancaran Tilam berasaskan Teknologi Non Woven Thermobonding Kenaf.Antara kebaikan tilam ini adalah biodegradasi,hipoalergenik dan menyerap kelembapan,menyokong badan,pengudaraan yang baik serta ringan.
    Turut hadir Majlis Perasmian PKIK 2024 ini adalah YBhg. Datuk Haji Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN), YBrs. Encik Mazlan Othman (SUBK) KTK, YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) dan YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Rasid Ab. Malik (Ahli Lembaga Pengarah LKTN) merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Industri Kenaf Malaysia (PIKM).
    Teruskan menyokong industri kenaf negara🌿
    #LKTN
    #kenafmelestarikankehidupan
    #MalaysiaMadani

Комментарии •