Aku dari 2015 belajar cari arah market dan price action sehinga harini aku masih belajar dan jarang2 MC pendapatan aku sebulan dengan forex boleh untuk bayar sewa rumah dan belanja harian aku. Selagi kau tersalah arah fikir nak cepat kaya itu adalah salah bang. Forex ni seumpama kita berniaga kalau kita bersabar dan tidak tamak syukur setakat 20/30usd sehari tu dapat untuk belanja apa kau nak makan esok. Aku tak pernah depo lebih dari setahun dengan bermodalkan 50usd. Aku cuma tekan 0.03/0.05 untuk satu setup target 30/50pips sehari jangan tamak dan jangan tekan sekira tak ada sebab kenapa kau buy dan sell ok.
Abg tu main forex,patutlah. Orang trade forex😂 buat analisa. Takziah lah utk abg tu sbb tamak😊 cari circle dan guru yg betul. Belajar youtube pun boleh. Buat sampai jd financial freedom trader. Alhamdulillah 2023 dah ftt
Teknikal analisa news impact ke mana arah -100 pip sehari dh ok klu swing control lot laa untuk 1000-2000 pip ni mkn bulan trend tu penting kna taw forex bkn senang aku dri 2012 pon rasa fail habis rm60 ribu dh tpi belajar dan scure propit pelan..jgn ikut org margin berapa main hentak fm smua tu silap bgi trader klu nk cpt kaya setakat snr saja x ckup jgk enguling apa teknik - silap mula aku trade dlu pon pikir jgk setup m5 close ja m5 h1 close ja h1 h4 dgn daily mn sama close tempat yg sama ni analisa x berapa nk tmpt..contoh gold skrng break weelky mn dgn 1892- nfp minggu dpn boleh pergi 2020 ke 2800 boleh je tpi bulan lah trend masih menaik ..tu penting analisa ni..stngh org trade kadang2 tnggu Zone 1892 area mcm ni bru swing 1000-2000 pip and biar je account dn ambik duit depo smbil tu cri setup cover balik sideway sementarq nk pecah arah tu sbb kn ada cover bwah ..kena pikir jgk aku selalu buat mcm tu dri gold 1616 lgi ok ja ..tpi xlah hebat mna cuma analisa sja ..penting paham chart combine dgn news boleh dpt tkpa laa pengajaran jgk mcm abg ni ckp btoi mcm mula2 aku dlu belajar nk faham konsep chart ambik masa atas diri jgk sbb diri x leh control susah boleh habis duit betoi tu aku setuju ..
ko tak leh salahkan trade 100%, ni lebih kepada addiction judi yg teruk...masalah sikap ni, smpi nk cerai berai, smpi gadai kereta 3 biji..org trade ko nak trade, ape benda laa ko ni....dah modal tebal/besar mcmtu pi masuk laa market bursa malaysia, tapau profit dividends je....ko ni kalau dah tahu trade currency ni tak bikin profit utk ko, tak sesuai , rugi je...knape ko terus menerus deposit mcm main nombor ekor? sama juga mcm ko meniaga, kalau ko tak profit jual something tu, ko kene stop, dan terus cari produk lain yg akan laku..stop trade market currency, cari market lebih sesuai....ko ni lebih kpd masalah sikap sendiri ni....tak bertanggungjawab, langsung tak profesional..ko tak layak utk trade sbb masalah sikap.
Forex ni boleh buat duit jika berilmu , tak tamak, kawal emosi bila loss rehatkan diri, kalau dah loss jangan kejar loss pada hari sama untuk dapatkan duit, itu yang membuatkan kita rugi banyak, x ada sapa pun yang tak pernah MC dalam dunia trading.. semoga urusan abang dipermudahkan dan murah rezeki..
Aku dah terjebak sejak 1990 lagi samapai sekarang. Pasang surut tu adat niaga bukan tak pernah aku lalui semua tu walau apa perniagaan pun samada niaga buger, satay, bengkel atau apa saja, adakah kita tidak pernah rugi? Masuk dunia trading tak kira keje atau bergear dato atau kerabat kayangan mana pun taraf kita adalah tetap sama (TRADER). . Bezanya berapa kita dalam kerjaya. Dunia trading ni adalah amat2 kejam. Jika minda sedang dilanda bermasalah sebagai contoh isteri merungut atau merajuk pun emosi kita akan terganggu maka stop trade dan selesaikan segala masalah sehingga kita benar2 bersedia untuk menyambung tugas semula, walaupun kucing dirumah nak beranak sekali pun kita perlu peka dalam segala hal. Ingat...
tarik dia jadi staff kau pek atau suruh dia kerja yg gaji bulanan dulu. suruh dia start balik dari zero. dari gaji bulanan tu dia boleh kumpul slow slow untuk starting bisnes balik. dia boleh naikkan balik bisnes sebab dia pernah jatuh. semoga dipermudahkan urusan dia
Daripada main forex.. Baik simpan emas.. Beli emas setiap bulan dgn 1gram pun dh okay..kalau ada rezeki lbeh beli 2,3gram ..ikut kemampuan, bkn ape.. Kita simpan utk future,kita tak tahu ape yg blaku suatu hari nanti..
Forex ni bukan boleh entry main hentam je..jangan tamak guna lot yang kecil sahaja untuk melihat keadaan reaksi market bagi permulaan entry. Profit hanya bergantung kepada market dan besar mana lot yang kita gunakan. Kekadang seharian tidak boleh masuk disebabkan semua market melemah. Disini kepada trader perlu pelajari teknik SnR digabungkan dengan indicator dan lakukan backtest pada akaun demo menggunakan teknik ini sehingga anda yakin. Wujudkan buku note untuk setiap teknik yang anda gunakan terutama apabila anda melakukan profit atau melakukan kesilapan supaya peratusan kegagalan hanya 10%. Jika anda benar2 memahami teknik ini ia boleh memberi keuntungan kepada anda.
Forex atau apa2 tradingpun, ataupun perniagaan yg halal tetap ada risikonya. Berniaga burger pun boleh rugi. Yang penting adalah 'Money Management'. Kalau cakap forex mesti rugi adalah salah. Nasihat sy sebelum berniaga atau trading belajar dahulu. Itu pun belum tentu. Ada orang belajar sampai degree pun kecundang dalam kerjayanya. Ada orang berjaya sebab pelajaran, ada sebab nasib dan ada sebab bantuan orang. Setiap orang buat kesilapan. Kita kalau nak fikirkan kita akan masuk syurga pun tak layak bemacam2 dosa yg kita lakukan. Belajar dari kesilapan. Dalam bab ini ada orang mungkin tak sesuai dengan forex, ada bayak orang pun tak sesuai berniaga itu sebab ramai org yg bekerja. Rezeki itu telah ditentukan Tuhan. Nasihat sy adalah 'Live within your means'. Jangan putus asa dan berdoa.
“Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekai tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (yaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 6439 dan Muslim no. 1048)
Alhamdulillah, akhirnyaa ade org yg betul2 berpengaruh kuat untuk sedarkan dekat org lain pasal forex ni, teruskan abg apex sebarkann lagii haramnya dan akibat makan duit syubhah
"Wahai manusia, makanlah sebagian (makanan) di bumi yang halal lagi baik dan janganlah mengikuti langkah-langkah setan - Al Baqarah 168. Perkongsian yang baik dari Apex. Carilah rezeki di bumi Allah dengan cara apa sekalipun. Yang penting halal. Semoga apa yang kita perolehi itu diberkati walaupun tak banyak. Buat abang yang tgh di uji tu mengadu dan mintalah pertolongan dari Allah. Yakin akan ada pertolongan dari Allah. InsyaAllah. لا إله إلا الله
Jgn aim hidup kaya duit tapi sifat bersyukur/menghargai. Lepas tu inshallah kaya rezeki. 2 benda yg berbeza tapi ramai nak jalan mudah. Tuhan masih sayang kau lagi bro. Kalau Dia tak bagi ujian and bro buat dunia ni sbg syurga, bahaya tu bang. Duit dtg secara pinjaman rezeki dari Dia untuk kita hidup secara halal.
Yg haram tu kau pergi berlumba, fly meroket... Nk up spac Moto bagi sedap bawak memotong Lori kat highway tkde masalah haram pon... Kau sepatutnya cari rezki halal sendiri berkat ke kau keje tu mengular je keje tk haram ke gaji tu
@@kelatero07takde kena mengena bang , barang moto adalah keperluan .. kalau dia merempit ke jadi sampah masyarakat ke menyusahkan org ke itu atas dia dosa dia bkn si penjual. Ko cuba nak halalkan forex yg ijma' Ulama' di malaysia kata haram. Ko igt Islam hnya cite pasal solat ? Islam is the way of life , Riba' pon Allah cita dalam Quran mana ada agama lain cita pasal Riba'. Belajar agama jgn cuba halalkan apa yg ko buat, Mangkuk Ayon , org yg like ko ni pon Mangkuk boleh percaya ckp ko dri kata Ulama' baik ko je dduk jabatan Mufti tu. Mangkuk
@@kelatero07 mcm xde point je, main forex ke? kisah-kisah sahabat nabi dulu, bila sahabat dia tu benda tu haram, arak haram , dia pecahkan semua arak dan tinggalkan, tp ramai still nk halalkan benda yg haram
Sekadar perkongsian dari pengalaman saya, satu prinsip yg sya selalu pegang setiap kali sya nak open order adalah, berapa banyak equity yg sya sanggup risiko kan? 1usd, 2usd? dan sya selalu beranggapan position sya akan hit stoploss. Kalau hit takeprofit, itu sya kira sebagai bonus shja. Ini untuk mengawal nafsu dan emosi. Teknikal, fundamental, itu semua kita boleh belajar. Tapi benda yg paling penting dalam industri forex adalah pengawalan emosi kita sendiri. Bila kita merasa sudah ada perasaan sakit hati, tamak nak lebih, cepat2lah tutup mt4 dan tengok movie atau main game :)
Aku dlm byk2 youtuber aku salute apekni.... Xmcm youtube lain promot benda2 haram n sampai aku pun mangsa.. hbs aku jual semua benda akibat kena scam.. aku cuma doakan yg promote TSeT tu mati kena langgar lorry ataw kena lenyek gajah..
Dari pengalaman saya, hampir kesemua yang mula berjinak dengan forex dan akhirnya kerugian besar ni rata rata mula mendalami forex sebab niat nak kaya mudah dan cepat. Yang ditemubual dalam video ni contoh terbaik. Bila mindset ketika trading ni berasaskan kepada mengejar duit, lagi lagi jika duit yang dilabur itu bukan duit lebihan setelah menyelesaikan tanggungan dan bil bil harian. Semua yang dalam golongan ini tidak akan mengikut peraturan mereka sendiri, mengabaikan strategi pelaburan yang telah dibuat, kawalan risiko yang diambil akan ke laut dan akan membuat transaksi mengikut emosi. Bila member kata pakai apa teknik atau indikator sekalipun tetap akan rugi. Itu tanda yang biasa dilihat apabila seseorang pelabur pasaran sudah mula celaru pemikirannya kerana mereka tidak dapat menerima kerugian yang dialami. Berbeza langsung dengan cara dan pendekatan segelintir kecil yang berjaya menjana pendapatan dengan forex. Mereka masuk dengan niat benar benar minat dan mencari ilmu dalam bidang teknikal trading. Mereka ni hampir kesemuanya tidak melihat forex sebagai sumber pendapatan utama mereka tetapi seperti apa apa pelaburan lain sesuatu yang mereka buat secara sampingan dan membina akaun mereka sedikit demi sedekit dengan pandangan jangkamasa panjang. Otai yang ada akaun 5 angka dan sehandal manapun tidak akan bergantung kepada hasil untung berdagang sebagai punca pebdapatan utama. atau berharap kepada keuntungan dari berdagang semata mata demi kelangsungan hidup terutamanya forex. Kalau diteliti urusan jual beli mereka yang mengejar duit dalam pasaran forex ni kita boleh lihat mereka lebih kepada berjudi dari berdagang.
Bgs pengajaran dari abg ni.. bgi saya jadikan trade ni sbgai kerjaya.. belajar & buat prop trading.. bile prop terikat dgn term & conditions akan buatkan kite lebih berdisiplin
Betul, jangan terjebak dengan forex, sy berhenti sbb masa bulan ramadhan hati sy x tenang sebab asyik nk tgk hp masa solat terawikh. Rasa selalu nk marah je bila mc. Setakat sy join forex, sy x kuar modal la, cari yg free depo je dan buat keuntungan RM4k++ dan kerugian RM3k++, cuma tu la sy mula tersedar awal utk tidak join forex lg sbb ada mengatakan ia haram dan syubhah. Moga yg lain beringat2 supaya cerita bro diatas dijadikan sebagai pengajaran.
Smoga brader yg call apex ni dipermudahkan segala urusan.syukur apex telah menjalankan tggungjawab yg berat sebagai influencer dgan memberi manfaat untuk subscriber.semoga Allah memberkati umur Ahmad.( apex sayur).
Sye x benci apex malah apa yg apex buat ini memberi pendedahan dan realiti dlm Forex yg terutamanya masih dlm 1-3tahun…Ramai yg terjebak dalam Forex ketika covid dan ramai signal probaider marketting kaw2 dgn tunjukkan kemewahan hidup yg kebanyakkannya disponsor oleh broker2 utk menarik org ramai.padahal yg berkecimpung dlm Forex ni hmmmm…yang tahu je tahu…bukan semua org boleh trade itu saja…semoga Allah merahmati dan permudahkan urusan kita..
Tapi ok jugak apex kau buat nie.. nasihat kepada budak2 baru nak up.. aqu xmarah pun kau walaupun aqu sndiri pun trader.. tapi aqu doakan abang tu di permudahkan..aminn.. sbb zaman aqu blajar dulu pun aqu jumpa cikgu yg betul2 ajar pasal trade bukan makan duit ib.. and sampai skarang aqu x buat ib walaupun trade bertahun2.. tahniah apex kau bukak mata budak2 baru..tq
baru2 ni aku kenal sorang retired navy. dia baru kenal dgn forex dari kawan2 dia. bila dah belajar sikit, dgn konfiden nya kata "boleh buat duit". guess what. dia loss duit graduiti pencen sebanyak USD38,000 dalam masa 1 minggu. he really underestimate jerung2 besau dalam fx market, haha. dia fikir forex ni lubuk for "easy money". silap besau la kan. cari la ilmu dulu, cari pengalaman dgn market. guna modal kecil usd30-100 dalam fasa try and error. grow kan akaun pelan2. bila dah ada experience, ada trading plan, faham pasal risk & MM, ada the right mindset and habit as trader, baru la guna modal besar sket, usd1k pun dah ok.
Berminat sngt story darksite of forex mcm gini. Mana yg suka vlog tunjuk2 harta tu harap boleh bantu bro yg lost ni. Syaitan sentiasa bisik ke telinga dia untuk fikir yg bukan2. Bantulah. Sy mendoakan bro "X" agar dipermudahkan akan segala urusan dan dilindungi dari kepayahan yg x tertanggung.
Mana boleh trade dalam keadaan terdesak perlu duit.. silap mindset camni.. nak berjaya kena sabar, buat ape pun walau jual goreng pisang pun kalau takde kesabaran tak lih berjaya dan x lih kumpul duit. Kita trade dah 10 tahun alhamdulillah takde masalah camni. Sentiasa bersyukur walau skit, takde pun terkejar nak mewah cam org lain. Ok je gaji lebih kurang mcm keje, kalau stress saya x trade, saya buat keje lain.. dah tenang baru trade.. sian bagi yg mudah terpedaya dengan kemewahan..mindset nkena betul dalam dunia trade, kejar duit last, yg pertama kejar ilmu. X de org boleh berjaya kalau ilmu pun tak tinggi dalam sesuatu bidang. semoga allah permudahkan urusan tuan..
Yg main bnd ni 10% je bjaya 90% lingkup, pd yg da slalo loss tu bleh la stop trade, tak sume org bleh trade konsisten, tak sume org ssuai utk trade ni, bile da nmpak easy money depan mata akan adanya sifat tamak, tpi bila da loss Masih lagi nak mncuba Dan trus mncuba tu yg habis segala harta yg ada. Terima atas apek atas video ni utk sedarkan lebih ramai org
10% yang berjaya tu pun sailang duit orang bawahan yg dia dah tipu, kebanyakannya melayu makan duit melayu sendiri. Family hidup kaya atas duit tipu orang.. fuh seram gaya hidup mereka.
Saya pun pernah main forex. Termakan dengan kate2 “melabur dgn ilmu” merupakan suatu usaha dan insyaallah x rugi. Cume untung x besar. Target sebulan untung 5% dr modal jek. 5-6 bulan jalan smooth. Sy pun x faham masa tu knape majlis fatwa mengharamkn forex. Tp just satu malam.. my perseption change. Sy lost rm16k dlm satu malam. Malam tu mcm2 sy cube smpai last skali sy hired expert dr oversea utk selamatkn account tu. Tetap MC. So conclusion dari analisa saya.. forex ni betul.. tp die ada kelemahan. Yg mana platform ni bole dimanupulasi oleh Big Shark kat luar sana yg kekuatan keewangan mereka mampu mempengaruhi pattern forex. Jd sy conclude.. forex boleh dimanipulasi melalui kekuatan keewangan dan speculation yg mana 2 perkara ni mengatasi ilmu yg anda blaja atau system yg anda setup. Maka benarlah majlis fatwa menggariskn hukum HARAM pada forex sebab die sama je dgn JUDI. Sy tinggal sepenuhnye aktiviti forex selepas tu.
sama la kita bang, merata aku pinjam duit, kes nk depo sb loss..cilake..bila aku dalami diri, dktkan diri dgn ilahi, pegang kata² ulama dan ustaz, haram tetap haram .ssh nk tinggal, tp kena nekad..alhamdulillah..
Paling utama, ilmu trading forex adalah sangat penting , belajar bagaimana mengawal emosi, charting, news impact dan sebagainya.. Cari ilmu dulu sebelum terjun ke dunia trading forex , gold , option, shares, index.. Jangan masuk market untuk membalas dendam kerana rugi atau menjadi tamak. Biar untung sikit tapi selalu.
Aku tak paham kenapa orang ramai nak jugak trade kalau takde ilmu. Lepastu salahkan trade punca dia rugi. Aku dulu siap sambung course investment untuk mendalami trading. Belajar baca graf, news, analisis indicator semua. Bertahun kot. Lecturer aku slalu pesan jgan trade ikut hati, dan assume ni skim cepat kaya. Kepada sesiapa yang nak menceburi bidang trading, tolonglah kaji dan ada ilmu dulu. Kalau takde ilmu bagi lah institusi yang pakar untuk handle modal korang. Sekarang ni bank banyak je offer. Kalau insist nak jugak trade solo tanpa guidance sapa2. Jangan tamak, ikut emosi dan PASTI KAN ADA ILMU sebab apa buy dan sell. Dah pandai teori guna demo acc untuk practice dan jangan expect leh pandai 1-2 hari. Yang merana diri sendiri. Duit bukan senang nak cari oiiii.
Trading jangan guna duit savings, guna duit yang sanggup kita hilang. Forex trading risikonya sangat tinggi.. perlukan masa untuk belajar, hormat process, hormat ilmu, money management penting, tetapi paling penting kawal emosi, tak boleh kawal emosi batal segala ilmu. Saya suggest untuk newbie atau masih belajar, guna demo account dahulu jangan deposit duit savings. Untuk abang tu saya doakan moga dipermudahkan segala urusan. Moga bermanfaat dan Good Luck gais 🫶
Respect pek. Teruskan perjuangan pek. Makhluk tak ada kuasa, manusia nak membenci biarkan dorg benci kau pek. Allah sayang dan suka perjuangan macam ni. Kebenaran itu pahit. Semoga kita semua terhindar.. even cina yang aku kenal trade forex pun kata “ this is the biggest online casino in the world “ kita yang melayu ni nak menghalalkan pula. Sedih.
Sy sarankan, ssiapa yg tak tau, stakat tau sikit2 Forex ni. Jgnla trade Forex. Ingt 90peratus org trade, loss duit. Silap abg ni, Dy trade duit yg Dy X sanggup loss, kesilapan besar kat situ. Sbb Tu, Klau ingt nk main Forex mcm nk main Judi, jgnla.baik ko p mesin, main Judi terus. Dan Klau boleh jgnla ikut trading ni.
Kesian nya abg ni. Semoga ada jalan penyelesaian & dipermudah kan urusan abg & family. Saya salah sorang yg lalui pengalaman mcm abg ni. Memang betul lagi teruk dari judi. & termakan diri. & saya pernah bercerai sekali. Alhamdulilah sekarang kahwin kali kedua saya cari rezeki halal. Tak banyak tapi selesa, bahagia & senang hati. Dengar lah nasihat orang yg dah lalui.
aku mula try main forex tahun lepas. Mula2 start memang depo je tak pernah withdraw.... Tiap kali main mesti MC... Sampai saving setahun sehari je lesap sebab tak puas hati loss depo... Sampai satu tahap aku ambil langkah untuk backtest dan tak main news... Now bole lah grow 50-70 usd sehari dua hari... Buat bayar hutang semua da ckup.. Tips kalau nak invest jgn guna wang simpanan sebaiknya gunalah wang lebihan...
Forex nii... JUDI MODEN..... Jadi KETAGIH.... Kalau Loss, akan Hati jadi makin PANAS, pikir nak dapatkan balik duit yang rugi tuuu..... Tetapi dia X sedar, wallhal dia MAKIN LOSSSSSS......... MACAM KOREK LUBANG KUBUR SENDIRI.... MAKIN DALAM, MAKIN DALAM, MAKIN DALAMMMMMMM........
Tamak sangat tu pasal jd miskin gadai semua. Fx ke,fcpo ke,saham,crypto,..semua tu bisnes kena sabar..saham pon kalau kau hentak masuk pagi harapan nk kaya petang pon mc jugak. Bisnes pon kalau kau hentak semua modal beli barang dengan harapan semua barang kau sold sebelum tutup kedai pon hancur jugak.alih2 kau salahkan orang tak support kedai la,bomoh la.
Aku dari 2016 mencari arah market goreng pisang dan price action sehingga hari ni aku masih belajar dn jarang mc. Pendapatan aku sebulan dgn trading goreng pisang boleh lah menyara isteri ank2 dan sewa umh..yg penting sabar jgn fikir nak cepat kaya tu salah bang. Trading goreng pisang umpama kita berniaga bersyukur sehari dptlah rm20. Pnh depo modal rm100 tapi tekan rm50 utk setandan pisang utk 1 target untung rm20 je g2 sehari jgn tamak sbb org tak hari2 buy n sell goreng pisang...
Thanks atas perkongsian bro… brother ni just kongsikan pengalaman die dlm bidang trading jee geng… die share mistake ii yg die buat… jdi kita ambik laa pengajaran… x nafi ade jee trader yg berjaya… tpi kebanyakan trader yg berjaya semua dlm senyap… yg show off tu semua marketing punya org… nk tarik org untuk dpt ifilate… Kalau hg rase hg okay dgn trade Ikut hg laa… kalau hg x rase okay hg stop… abg tu banyak kali ulang pesanan die.. jgn tamak jgn tamak… jdi inggt betul ii bende tu… ujian tu dapat kt die sbb die kuat walaupon die rase nak giveup dh… moral die just hati ii geng jgn over trade cari cikgu yg betul
sedih aku dgr kisah saudara² kita begini. mrk berusaha utk mngubah hidup, suatu niat yg murni namun akhirnya terlarut dlm permainan dan penyesalan yang berganda ganda. t. kasih atas usaha yg baik ini utk kesedaran semua. semoga Allah memberkati perkongsian. apapun, jika pendapatan begini hasilnya adalah syubhah apatah lagi tidak halal, hentikanlah. keberkatan hanya pd sumber yg halal
Selama aku terlibat dalam dunia pelaburan ni x Pernah rasa tenteram dan aku desite utk meniaga dan alhamdulillah walaupun x banyak tapi tenang rm10 sehari pun xpa Asal hidup tenang
Terima kasih apek sebab berkongsi pengalaman,aq ni dah brpe kali nak main forex ni lagi² bila ekonomi skang dah x berapa stabil...banyak kali jugak la aq hampir nak depo tapi still ragu² sampai akhirnya aq terfikir yg aq ni mengharapkan dapat untung dari forex macam main judi dan akhirnya aq buat keputusan untuk x main sebab aq ni jahat macam mana pun aq xnak makan duit haram xnak buat duit hasil kerja haram
Alhamdulillah..baguslah Apek sedar awal.. iklas bila saya tengok satu posting dulu Apek cuba nak cuba forex harap sgt Apek tak buat. Apapun moga jadi pengajaran utk org lain..moga maju jaya
Forex haram ke? Boleh ark kalu kite tes pasang 1k dapat lebih astu tak main dah😂, sebab aku rasa Forex dia kasi sedap awal ii je lepastu akhir ii time ketagih tu dia kasi rugi teruk 😂saya bukan budak Forex budak mesin tapi saya teka je
Mantap apek..banyak budak 2 ..yg terjebak main forex... banyak yg habis sekolah tak nak belajar ..alasan nak hidup kaya jadi hamba trader..dia tegok atau terjebak dengan ib ib yg show hidup mewah.. di media sosial yg indah2 saja ..padahal sisi gelap tak pulak di ceritakan ...
Forex ni haram.. ulama satu dunia dah cakap spot forex online ni haram.. tapi ramai yg degil tak nak dengar.. terpulang lah pada masing2.. aku rela kayuh food panda gaji sikit yg penting duit tu berkat.. apa pun ni semua pengajaran utk kita..
Allah bg nikmat sekejap je...abis kene tarik balik sampai rumah tangga pn nak runtuh...tue la duit Dr hasil yg tak betul...banyak dpt pengajaran Dr brother nie
Semoga abg ni dipermudahkan urusannya selepas ini. Cuma ada beberapa kesilapan yg sy dapati yg mungkin boleh dijadikan ikhtibar utk semua. 1. Jangan trade guna duit keperluan - seringkali sy dengar yg kalau nak trading ni kena pakai duit lebihan.. jgn trade pakai duit keperluan, kerana apa yg sy faham, trade ni high risk.. Jadi, jika pakai duit keperluan, emosi akan kacau.. jadi, kena pakai duit yg kita willing to loss. 2. Jangan revenge market - menerusi perkongsian abg td, seringkali depo selepas MC..perkara ini amat bahaya jika kita nk revenge kepada market.. sbb boleh menyebabkan emosi lebih kacau dan money management makin kelaut. 3. Kurang ilmu - kena igt forex ini adalah high risk platform.. Forex sgt complex.. Utk faham teknikal dan fundamental perlukan proses pembelajaran yg lama.. Jadi, amat berisiko utk deposit beribu2 jika semata-mata follow signal. 4. Trading bukan untuk semua orang - Tak salah nak belajar.. Dan jika dh belajar tp still tak boleh konsisten, means dunia trading ni bukan utk kita.. Kena igt, otak manusia berbeza2.. Bakat manusia pun berbeza2.. bukan semua org boleh menyanyi.. bukan semua org juga boleh trade.. Jika skali dua asik loss, tinggalkan trading.. Ini bukan circle anda. 5. Amalkan withdraw walaupun sedikit - menerusi perkongsian abg, abg dh profit 100k++, tp tidak dikeluarkan keuntungan tersebut malah terus tekan.. sepatutnya jika sudah capai 100% profit, withdraw modal dan terus tekan guna profit sahaja. Apa2 pun didoakan abg ni agar sentiasa kuat utk bangkit.. Jgn risau tuan, yakin rahmat Allah itu luas.. keep strong and teruskan hidup dgn lebih success.. JANGAN sesekali return ke MT4.. abg seorg yg hebat berniaga barang sparepart.. Keep on going 💪 Sy doakan abg success slalu.. Amin 😊
Betul bro...tp nk tanya yg elon musk lauching aritu trade pakai A.I bleh follow ke maksud sy kita bleh join ke walaupun dh tahu risiko cmne...sy bkn takut rugi cuma takut kna tipu
Apa yang too good to be true jangan percaya, aku yang mc bawah usd1000, beberapa tahun lalu pun aku stop. Pakai demo beberapa tahun sampai tahun lepas aku comeback. Tamak membawa kerugian, bak kata ramai "trust the process". Harap brader ni ok ok jer dan buat comeback (tk bermaksd forex jer, bisnes lain ke) Ingat, jangan angan² nak hidup mewah, kita kena hidup dengan realiti bak kata hanzo. Mindset dan mentaliti tu lah punca nya. Dan yes, setuju pernah juga merasa beginner luck 🤣
Org tu buat silap besar.. jenis nk cpt kaya pastu dgn tkde otak.. ada je org yg betul bole trading dlm forex ni tpi tk bnyk.. aku ada kenal beberapa org yg belajar saja almost 3-5years.. bru belajar belum depo.. lepastu bru slow2 depo kecil2 then besar sikit.. tk perlu depo besar utk dptkn amount yg besar klau dia dh top.. tpi trader aku kenal ni silent jee.. berjaya rugi ke apa dgn diri dia je tk jebakkn org lain.. halal haram tu setiap org ada hujah dia.. tk side mana2 pihak tpi masing2 dh bole fikir dgn akal yg waras.. so apa yg kalian buat, kalian tanggung sndiri dgn akibatnya..✌️
Halal haram ada hujah ? Ko ni apedia ? Kalau centu mkn babi pun boleh la berhujah sebab nak sedap benda yang xsepatutnya.. INGAT ! Buat benda haram xkan tenang .. jaga²lah diri tu jdi apa² sebab ni komfem
@@coolname9051 majority ulama kata haram dan ada sebahagian juga yg mengatakan harus.. klau dh BABI tu memang sah2 haram nk spin apa lgi.. aku tk kata pun buat trading ni baik apa semua.. tk reti baca ke apa ayat last aku tulis tu? Ke kau buta huruf? Aku sndiri tk buat bendatu.. aku ckp pun general tkde nk tembak mna2.. klau tau haram tpi still buat, haa tanggung lah sndiri.. pandai2 kau lah hidup..
sy paham rasa abg tu sbb terlibat dgn forex ni . sy pn prnh trade . kdg2 yg membuat parah dia bila emosi kita x boleh control . cth yg sy salu alami . kita terdesak nk pakai duit . duit dlm bank ada dlm 200-300 . mana nk cekau duit . dlm otak mmg trade je ni jalan . pegi depo . mula2 profit tp still x cukup nk cover itu ini . then bila dh start loss . emosi dah terganggu . tu tala x tentu hala . bla MC kita jd akan lbh stress smpai nk pinjam kengkawan , tu la yg membuat trader2 byk kecundang . betol fatwa mengatakan haram . sy x menidakkan hal tersebut . moga kita yg terjebat / prnh telibat dgn forex d beri rezeki yg melimpah ruah d jalan yg halal . Aamiin . semoga abg tu tetap kuat hadapi hari2 kemudian
Btl apa bro ni cite,aku pun lalui bnda yg sama smpai hbis aku jual,sampai cerai.yg mna xprnh cuba,nasihat aku jgn la korg cuba,klu korg cuba jugak.mmg sial la,aku mrah sbb aku xnk hdup korg hancur je.
Bro kalau kau gagal jangan pandang orang lain akan gagal jugak Cuba kau tengok kelemahan kau dalam bisnis trading((trader) ..maaf lah tapi brader dalam video ni pun cakap *dia main Forex"dalam segi percakapan as a trader nampak kurang ilmu dan discipline terlalu emosi semasa Urus niaga dilakukan .trade Forex dan lain2 dilakukan Oleh BNM DAN BANK2 LAIN .trader ialah Satu bidang kerja professional ekonomi di institute kewangan Malaysia memerlukan at least diploma/degree in economy Jadi ukur baju di badan sendiri
yang nampak btul kaya ii broker dengan ejen ii dia ja aku pon dah stop trade forex sbb aku pernah dah hbis smua duit yang ada dalam simpanan aku dalam bank tinggai 5 ringgit ja aku dah btul ii buntu sampai tahap nk pinjam ahlong, mula ii trade forex aku untung gila ii tapi makin lama makin rugi sampai lah tahap aku dah tak ada apa ii, sekarang alhamdulillah aku dah mula hidup aku semula
Subhanallah...kuat dugaan bro ...trade ni perlu dibimbing even hardcore ...kena ada circle yang betul ...trade boleh buat profit kaw kaw , trade juga boleh buat kita lingkup ...pls keep strong...
Tindakan abang tuh yg salah . Depo pn sampai 10 ribu ringgit itu dh melampau . Saya sendiri pn depo masa ada duit lebih jer . Kalau tkde saya belajar jer guna akaun demo. Sambil2 asah ilmu lagi. Kalau kerajaan ada bagi duit bantuan bru la saya depo . Itu pn brape dolar jer . Kalau profit pn dapat la dalam 2-3 ratus ringgit itu pn dh cukup . Tk perlukn kejar kaya cukup sekadar duit untuk belanja. Atau pn buat simpanan . Mungkin abang ni dia trade betul2 niat nk kaya . Tpi ilmu tkde . Trade pakai ilmu bukan guna emosi bang.. money managemant kena jaga itu baru betul . Jangan main tekan jer . Tpi tkde ilmu
Daripada pengalaman aku, trade lg bnyk modal lg kurang risiko...dan lagi kurang lot lg kurang risiko. klu kau letak 1000 usd tapi letak maximum sampai 0.02 shj memadai utk kau byr sewa rumah, mkn etc. Aku bnyk lost bukan salah forex, crypto, bukan salah trading...salah aku sbb gelap mata dan x sabar. So trade ni menjadikan aku seorang penyabar. Aku nk tambah modal lg, buat benda yg sama tapi utk expenses yg berbeza iaitu traveling dlm negara pulak setiap bulan inshaaAllah. Akan dtg, akaun lain pulak utk travelling luar negara. So modal kau by hook by crook tidak akan drop atau hangus jika ikut prosedur tu. Tapi boleh aku katakan x semua born to be a trader, kita punya mindset berbeza, kepercayaan berbeza, pendapat berbeza dan cara hidup yg berbeza.
forex ni high risk high return, but never consider it as easy money.... berbagai jenis teknik ada...benda paling penting sekali adalah money management n emosi....benda tu yang xleh kawal..nak salahkan forex...salahkan diri sendiri dulu....
Mula2 dh start dh 1k.. kalau betul2 nk belajar.. belajar la acc demo.. ni bila soh pakai demo berlagak.. acah2 mcm pandai.. dunia forex nie kejam tu je aku nk pesan...
Takziah barder semoga di beri ketabahan dan bersabar ,banyak lah mengadu pada allah,sentiasa ada kesedaran dan keinsafan,rezeki itu pasti ada,jgn putus harap carilah yg halal ,maka setiap perbuatan ,pemakanan kita ini jgn berlebihan maka mendatang kemudaratan,buatlah dengan berpada pada dan jgn ikut hawa nafsu..'
mcm bro ni kalau trade saham or crypto yg patuh syariah pun boleh rugi kalau ada emotion mcm tu .. kena kawal diri .. apa pun tabah dngn ujian , hadapi dngn tabah , insya’allah pasti akan oke ..
Forex bukan utk semua org, dunia ni memerlukan ilmu yg luar biasa bukan biasa2. Kesabaran dan tidak tamak adalah plg utama ketika trade. Jgn jadi trader forex jika anda hanya mampu folo signal IB. Mereka dpt komisen dari wang follower yg terceduk. Maka ada ketika mereka sengaja cari arah songsang agar follower mereka terciduk, Jika MC maka mereka akan tuturkan kata2 Hikmah iaitu Jaga MM....
kisah abg ni mmg sebijik dengan kisah yang saya alami sendiri. terus terang saya sendiri memang terjebak dengan forex ni sejak 3 tahun yang lepas. boleh dikatakan sangat2 ketagih dengan benda alah ni. sanggup buat pinjaman ahlong apa semua. ya Allah, hanya Allah saja yang tahu akan perasaan saya apabila isteri mintak cerai apa semua. kene kejar dengan ahlong pa semua. syukurlah ada keluarga yang sanggup tlg untuk lepaskan diri dari ahlong2 tu.. satu je la nak cakap, sentiasa jujur dengan isteri lebih2 lagi melibatkan bab kewangan. apa2 pun yang melibatkan kewangan berbincanglah dengan orang yang terdekat terutama isteri kita. janganlah berselindung dengan isteri. kalau isteri kita tak redha dengan apa yang kita buat. rezeki mmg ssh nak masuk. terus terang cakap. berforex tak salah yang penting money management tu penting. kalau rasa was2 dalam forex, tinggalkanlah, ada rezeki lain yang Allah dah tetapkan untuk kita.. ambil satu pengajaran atas semua yang berlaku.
Lepas 4 tahun berkecimpung dalam dunia forex ni. Aku pun nak stop dah. Sebab untung nya tak bole sustain ruginya. Semua aku da buat IB pun da buat. PC pun da buat. Memang bole buat duit. Copytrade pun aku master dulu. Tapi jgn lupa addiction dia tu lebih teruk dari kau isap dadah. And satu hari nanti kau akan sadar yg kau da terlalu dalam sampai susah nak keluar. Hujung2 nya akan rugi juga. Bikin 100k pun blum tentu akan jamin kau sebab lepas tu kau akan hilang lebih dari apa yg kau buat profit tu. Sapa yg blum start, jgn start. Yg masih trade, suka hati lah tapi ingat ketagihan dia tu kuat. Tu je kau nak ingat.
dia sebut perkataan main tu pn dah silap, dalam forex istilah bermain tu salah bang.. forex ni pelaburan high risk high return & low risk low return.. tanpa disiplin & mm yg betul tak kan berjaya bang..
Rasa sedih juga dengar cerita ni. Saya dah lebih 10 tahun trading Forex, Nasdaq. Satu saja nasihat saya nak bagi kpd yg berminat trading: main demo 10 tahun dulu. Jangan dengar cakap org main real account. Maintain kerja/business harian. Lepas 10 tahun demo baru main real account.
Aku bagitau kawan hukum forex trading online, kawan perli konon aku jeles. Lantak dia lah aku tak kisah kalau jadi macam informer ni bila dah lingkup baru percaya haram. Belum lingkup rasa halal sebab merasa pendapat sendiri lebih benar berbanding ahli muzakarah fatwa dan pakar kewangan islam 😊
Forex ni judi secara moden...carilah rezeki dari punca yg terang jelas halal...Sahabat baik aku hilang segalanya gara2 trading...700k duit VSS + KWSP hangus lebur...rumahtangga hancur...rumah tergadai...hutang keliling pinggang dan anak2 jauhkan diri...ketagih dan tak dengar kata nasihat aku....sekarang dok menyewa sorang2 rumah kecik dan usang tepi masjid
Trade forex ni perlu ada ilmu,perlu amik masa 4 tahun untuk tangkap feel forex ni,apa2 pon jangan labur dengan duit keperluan, semoga dipermudahkan urusan bro ni,amin...
90% psycology 10% technical utk long term trading.Bagus utk mengenal diri. 2% succes 98% failed, bukan utk org kebanyakan.Sebab tu dunia ni yg control 2%...98% sheep.
@@abdulhayyi1619dia contoh kita jadi agent produk. kita ambil terlampau banyak dan teknik nk niaga kita takreti. mesti rugi besar. sama ja da dalam forex ni. nk cepat kaya sangop depo beribu2. sekali terciduk papa kedana. ilmu pulak xmau belajar. adakah patot baru setahun 2 belajar terus depo beribu. x logik
Dasat tu abg trade..money management tu abg patut kena jaga..klw x jaga mmg lain mcm nti addictnye...tp xpe bang da jdi...sy trade konsisten profit hari2 sy target 100usd je sehari...rase nak lg besar tu ada tp mmg kena kawal..fitrah manusia besela bang.klw bgi segunung emas pun kite nak lg segunung
aku nasihat orang jugak mcm ni bro . trust me . kawan aku loss 2k . aku nasihat mcm kau la ni . trading ni mental game sebenarnya . aku bermula dengan 50kwd sekali depo sahaja . awal2 tu grow 10kwd stop trade . memang 1 bulan 30 hari tanpa loss . scalping m1&m5 trade dekat compression sahaja . dari 50kwd grow sampai 500kwd . sampai one day kene libas market . hari demi hari , pagi loss 20kwd , transfer 20kwd lagi , kejar lagi , dari lot 0.05 sampai lot 1 , aku sell die naik libas SL aku buy dia terjun libas SL , lama2 tak boleh nak kawal emosi . sampai satu tahap tinggal 100kwd tu aku berdoa , kalau betul jalan aku salah , Kau MC kan aku Ya Allah , malam tu jugak MC bro . Alhamdullilah kawan mcm brader ni la yang cerita kat aku . sampai skrg aku brenti terus . cuma still aku study TA untuk progress FCPO next year . lepas stop trade forex tu , sentiasa ade rezeki mana2 , cukup pakai , cukup makan , dapat saving . alhamdullilah . syukur Alhamdullilah . walaupun pengalaman trade live account tu cuma 2 bulan lepas trade demo almost setahun and hari2 belajar TA . cukup la sekadar pengalaman . KWD=kuwaiti dinar , 1kwd skrg rm14.50 . dapat la merasa popit 50kwd sebab pernah withdraw 100kwd , buat beli gitar and ambil modal . aku bersyukur dapat berenti .
Sikap tamak to yg mkn diri..bukan setakat forex je apa2 berkenaan duit pon kalau tamak nnti makan diri kita balik..semoga dipermudahkan urusan brader to..
Forex trading bukan utk orang nk cepat kaya,dan forex trading bukan benda mudah..ianya perlukan latihan,ilmu,pengalaman dan sikap tidak putus asa.janganlah kalian baru setahun jagung trade forex,sanggup keluarkan modal yg banyak utk cepat kaya. ianya susah sama juga sperti bidang2 yg lain yg memerlukan kepakaran teknikal dan skill yg memerlukan masa bertahun utk jadi pakar.
Fatwa mengatakan haram bang.. biarlah berusaha dan tidak putus asa pada pekerjaan yang halal lagi berkat.. InshaaAllah semoga Allah kurniakan kita rezeki yang halal dan berkat. Aminn
@@akmalasyra123 Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) tepatnya dalam Fatwa Dewan Syari’ah Nasional Nomor 28/DSN-MUI/III/2002 tentang jual beli mata uang atau yang disebut dengan Al-Sharf. MUI menetapkan bahwa apabila transaksi valuta asing (forex) diperbolehkan karena asal-usul pendapatannya sangat jelas. Uang yang jumlahnya sangat besar yang diperoleh para trader bukanlah hasil taruhan skala internasional, melainkan diatur secara global.
Sebelum nak bertrading forex ni belajar la dulu hakikat duit yang sebenar. Apa beza wang (money) dengan matawang (currency). Sejarah wang dan matawang. Apa itu fiat money. Korang akan tau siapa mastermind jahat yang merancang semua ni. Sampai bila kita nak tidur lena?
Smoga Allah permudahkan rezki abg ni. To apek also. Kdg Allah duga dia,nk uji kita yg keliling ni smada nk bntu,nk maki nk pdn muka nk glakkan atau wat ever. Yakinla Allah ada. Tmpat plg tepat utk mngadu.
forex memang bahaya kalau tidak cukup jam terbang dan ilmu. Perlu di ingat cuma 5 peratus sahaja yang betul betul boleh berjaya di dalam forex. Bila forex di jadikan umpama berjudi, maka akibatnya parah. tapi kalau forex di jadikan separti berniaga cara betul pasti untung walaupun perlu juga rugi sekali sekala. mind set mau tahap gaban dan jangan tamak. ingat jangan sekali tamak. kalau mental tidak kuku jangan sekali kali masuk forex, forex bukan tempat mencuba nasib dan forex bukan untuk semua orang. Untuk masuk 5 peratus itu bukan mudah, perlu kerja yang banyak, disiplin yang tinggi dan tekad tahap dewa.
salam semua, saya percaya 80% yg komen dlm ni dh berjaya melalui proses yg panjang dlm trading, saya pon masih jadikan sebagai trading for living, yg baru nk cuba tu kena belajar dgn Demo dulu 4-5 tahun, sebab bidang ni adalah bidang profesional, dn untuk golongan atas menengah, yg baru nk terjebak tu jangan ye🤭
ade ilmu, jg money management bolehla trade.saham, fcpo yg legally legit tu pon ramai je terciduk sbb ape?xde ilmu n money management a.k.a kawalan mental (psychology)..ape2 pon semoga dipermudahkan kehidupan brader ni
@@wanryu6977hg main goldbar pon kena ada ilmu tngok chart graf jgk maksud aku fundamental gerak kan emas baru taw harga emas semasa dunia xsama.. skrng ni harga emas mahal kn sbb ekonomi usa dh down terok usa dollor ,emas tu dlu pernah di tambat dgn dollor tu ada naik trun ikut matawang dn supply demand dia..bkn beli simpan saja ..kena ada ilmu jga ..lgi satu bila dh untong bayaq zakat emas sama islamkn ..klu x silap bulan zulhijrah kna bayaq zakat emas …
@@Inceldetector6144nak bur zakat emas ni tak da bulan bang mcm zakat fitrah .. Zakat emas ni ikut tempoh pegangan emas dan jumlah masing2 saje .. cukup haul dan nisab kena la bayar...
Admin terus lakukan kebaikan sebarkan kebaikan viralkan kebaikan, tolong golongan pasangan muda, orang muda dll terus lawan KEMUNGKARAN sampai berjaya Wallahua'lam
Kebanyakan Trader yang rugi ni sebab tak cukup ilmu & takde guru. Baru belajar kat RUclips & channel Telegram, ilmu pun belum cukup, dah depo duit beribu. Industri Forex/Stock/Komoditi ni ialah industri bisnes high risk yang perlukan disiplin yang tinggi dan perlukan masa yang lama untuk belajar. Dengan adanya ilmu yang cukup, barulah bole jadi disiplin. Kalau nk ikut Fatwa, trade Forex ni Haram. Trader boleh trade Komoditi & Stock yang patuh Syariah. Cara yang sama tapi instrument yang berbeza. Ramai juga org yg buka bisnes alatganti motosikal pun jd miskin. Sebab apa? Sebab tak cukup ilmu. Kesimpulannya, nak berjaya dlm bidang apa pun, perlu ada ilmu yang cukup dulu, barulah boleh success.
Forek ni bukan jalan keluar masalah duit. Kena belajar dlu. makan masa bertahun..Aku pn tread forek juga...bukan pakai duit simpanan. Pakai duit yg sanggup Lost..dah dapat modal balik.. duit profit tu kita buat modal roling.. tapi x lah terok MCM Abg ni.. sedih jugak dgr cerita dia.. .ya Allah permudahkanlah segala urusan abang ni..
Kbnykkn fx trader yg kaya ni pun diorg satu team atau ib kalau trade sorg² memg tkkn mmpu beli keta mewah.. srsly fx bukan untuk semua org.. very high risk
Bila orang tu dah memang tak sesuai jadi seorang trader . Jangan lagi push atau bgi sbarang nasihat apapa tntang forex . Bnda tu akan bawa dia jadi makin teruk lagi . Stiap orang rezeki dtang brbeza . Smoga msalah yg abng tu tngah hadap dipermudahkan n dpat hasil rezeki based on reality not from blue and red .
Woi cin...aku dari susah smpai punya mcm2 skrg ni💯😂 jatuh bagun dulu2 biasa...tapi alhamdulillah..skrg Allah bagi berjaya💯... dan sbb forex lah aku banyak modal skrg..aku melabur kat mcm2 pelauran kat malaysia yg patuh syariah...bursa malaysia fcpo..alhamdulillah rezeki tuhan bagi🤲🥰..... Yg jatuh miskim dlm bidang pelaburan tu sabar nah..sbb mungkin Allah dah atur rezeki lain buat kau💯..inshaAllah ada💯..
its all about Money Management. Risk Management. Risk Reward Ratio, R:R. Budak2 newbie forex zaman sekarang masuk ke dunia forex, kalau boleh terus terjun ke dalam real account, ingat nak profit kaya cepat je. Sebenarnya, forex ni ilmu basic dia sebenarnya, money management dan emosi. Sebaik baiknya, try test kat demo dahulu. Semoga di permudahkan segala urusan. Pedih bunyi, tapi apa-apa pun masih ada masa untuk perbetulkan.
cuma boleh menyesal je la kalau rugi,sbb sistem dalam forex nie memang direka senang untuk menguntungkan sebelah pihak di atas kerugian orang lain.kemudian ianya mudah dimanipulasi dari segi harga,lain platform lain harganya tak centralized.ikut broker masing2.yg mana ada ib okey la sbb dah masuk geng yg control sistem forex tu,boleh juga rugi tapi risikonya tipis dari trade forex sendiri.rata2 semua ada ib yg tunjuk macam2 kejayaan dlm forex.cakap la mcm mnapun jaga mm ler,tech analysis ler lama2 ke laut kalau trade sendiri,tak sustain lama trade forex nie,paling lama 2-3tahun, kalau berjaya baik lupakan forex masuk yg centralized mcm bursa etc. satu lagi mmg tak nafikan sistem trade forex memang direka untuk keluarkan sisi gelap/buruk dalam diri manusia,tamak haloba,dendam,memperjudikan sesuatu,dan lain2 sifat buruk dalam diri manusia,tipu la sapa kata dia tak pernah jadi mcm nie bila terjebak dgn forex. boleh kata rata2 cuma 2% yg berjaya 98% yg gagal. okey sekadar perkongsian
Saya da trade hampir 2 tahun. Dulu2, MC itu biasa...tapi kita guna akaun sen utk belajar & dapat pengalaman. Jadi, dapat rendahkan risk, tapi dapat pengalaman yg sama mcm orang yg main modal besar. Kemudian, setiap kali gagal, buat nota & rajin belajar dari kesilapan orang lama. Kesimpulannya, trade forex berjaya ni ada formulanya, kawal risk & disiplin jgn ikut nafsu. . 1st, main guna modal lebihan. 2nd, main guna akaun sen sajer. 3rd, sentiasa guna ratio risk reward. 4, cuba dapatkan balik modal semula. 5, main guna duit profit, sebulan amik 50% buat simpanan, 50% biar utk grow akaun. . Juga, jika ada robot yg profit, biar robot jer yg main. Biar grow sikit, janji sentiasa grow.
@@adrianfarhan2659 terpulang, kalau rasa haram, x perlu main. Masa 1st saya ceburi fx ni pon, saya kata yg sama juga pada yg perkenalkan benda alah ni pada saya. Tapi, pada masa dulu, trade fx ni, ada ustaz di Malaysia kata Harus, ada yg kata Haram. Tapi di luar negara, ustaz2 ramai mengatakan Harus hukumnya & Haram jika trade tapi xtau cara trade (sama mcm judi, cuba nasib). Yg Harus pula, jika tahu trade @ jika ada yg tahu tradekan utk kita. Mcm saya, saya trade sepenuhnya guna math, 100% guna robot; EA Gold ciptaan orang Jepun. Kadar profit, 100%. Guna teknik Smart Martingale.
@metasutantv3438 kalau rasa ianya Haram, maka jauhinya. Mcm yg saya cakap, di luar negara, hukum trade forex ni ada 2; Haram @ Harus. Haram, jika tuan xtau cara trade tapi tetap nak trade. Menang kalah, 100% ikut nasib. Itu dah sebijik mcm judi. . Pendapat yg mengatakan Harus pula, jika tahu trade, tahu kira2 math-nya & bacaan teknikal dalam trade (seperti Supply & Demand, Support & Resistance, Risk Reward ratio). Bila tahu benda ni, kita trade forex 100% analisis, bukan main hentam. 1 lagi, sejak beberapa tahun lepas, broker forex dah wujudkan akaun versi islamik. Gunalah yg tu.
kalau tanak rugi trade pakailah prop akaun. bru tak stress ke nk revenge ke sbb duit org. kalau malas nk trade jdlah ib. ni nmpk sgt ikut sgt emosi. jwpn dia pakai la demo dlu kalau nk test pakai duit gak pakai cent akaun. jauhi sifat tamak dan terlalu ikut emosi. market bukan kita punya. semoga abg2 semua dipermudahkan urusan semua.
Sebelum sy kenal forex..hidup sy amat angkuh dan sombong..setelah kenal forex boleh jadi seseorang yg cool pulak.. walaupun tak la jutawan..mungkin di sebabkan Lost yg terlalu lama..setiap kali Lost trading sy akan cuba tingkat kn amal rapat kan diri lg dgn pencipta..Klau dulu susah nk maafkan org..Skrang mudah pulak memaafkan..ape pun alhamdulillah jugak la kenal forex ni..
Ni ibarat kau kelulusan spm shj tapi buat kerje doktor...mau nye tak melingkup...semua benda dlm dunia kena ade ilmu..mesti berilmu..kena cari org yg berilmu utk belajar sesuatu yg kita tak tahu...apapun semogoa dipermudahkan urusan semua
Aku dari 2015 belajar cari arah market dan price action sehinga harini aku masih belajar dan jarang2 MC pendapatan aku sebulan dengan forex boleh untuk bayar sewa rumah dan belanja harian aku. Selagi kau tersalah arah fikir nak cepat kaya itu adalah salah bang. Forex ni seumpama kita berniaga kalau kita bersabar dan tidak tamak syukur setakat 20/30usd sehari tu dapat untuk belanja apa kau nak makan esok. Aku tak pernah depo lebih dari setahun dengan bermodalkan 50usd. Aku cuma tekan 0.03/0.05 untuk satu setup target 30/50pips sehari jangan tamak dan jangan tekan sekira tak ada sebab kenapa kau buy dan sell ok.
Betul bang saya sokong abang 🔥 teruskan bang , dorang je tamak sgt
Abg tu main forex,patutlah. Orang trade forex😂 buat analisa. Takziah lah utk abg tu sbb tamak😊 cari circle dan guru yg betul. Belajar youtube pun boleh. Buat sampai jd financial freedom trader. Alhamdulillah 2023 dah ftt
Teknikal analisa news impact ke mana arah -100 pip sehari dh ok klu swing control lot laa untuk 1000-2000 pip ni mkn bulan trend tu penting kna taw forex bkn senang aku dri 2012 pon rasa fail habis rm60 ribu dh tpi belajar dan scure propit pelan..jgn ikut org margin berapa main hentak fm smua tu silap bgi trader klu nk cpt kaya setakat snr saja x ckup jgk enguling apa teknik - silap mula aku trade dlu pon pikir jgk setup m5 close ja m5 h1 close ja h1 h4 dgn daily mn sama close tempat yg sama ni analisa x berapa nk tmpt..contoh gold skrng break weelky mn dgn 1892- nfp minggu dpn boleh pergi 2020 ke 2800 boleh je tpi bulan lah trend masih menaik ..tu penting analisa ni..stngh org trade kadang2 tnggu Zone 1892 area mcm ni bru swing 1000-2000 pip and biar je account dn ambik duit depo smbil tu cri setup cover balik sideway sementarq nk pecah arah tu sbb kn ada cover bwah ..kena pikir jgk aku selalu buat mcm tu dri gold 1616 lgi ok ja ..tpi xlah hebat mna cuma analisa sja ..penting paham chart combine dgn news boleh dpt tkpa laa pengajaran jgk mcm abg ni ckp btoi mcm mula2 aku dlu belajar nk faham konsep chart ambik masa atas diri jgk sbb diri x leh control susah boleh habis duit betoi tu aku setuju ..
Nak belajar teknik tn boleh..
Tamak x tamak ke haram tetap haram..
ko tak leh salahkan trade 100%, ni lebih kepada addiction judi yg teruk...masalah sikap ni, smpi nk cerai berai, smpi gadai kereta 3 biji..org trade ko nak trade, ape benda laa ko ni....dah modal tebal/besar mcmtu pi masuk laa market bursa malaysia, tapau profit dividends je....ko ni kalau dah tahu trade currency ni tak bikin profit utk ko, tak sesuai , rugi je...knape ko terus menerus deposit mcm main nombor ekor? sama juga mcm ko meniaga, kalau ko tak profit jual something tu, ko kene stop, dan terus cari produk lain yg akan laku..stop trade market currency, cari market lebih sesuai....ko ni lebih kpd masalah sikap sendiri ni....tak bertanggungjawab, langsung tak profesional..ko tak layak utk trade sbb masalah sikap.
Dia pakai teknik mesin. Nak amek balik duit dia yg kena telan. Wakakaka. Dia x pernah main mesin. Tapi tau tentang mesin. Hebatkan?
Forex ni boleh buat duit jika berilmu , tak tamak, kawal emosi bila loss rehatkan diri, kalau dah loss jangan kejar loss pada hari sama untuk dapatkan duit, itu yang membuatkan kita rugi banyak, x ada sapa pun yang tak pernah MC dalam dunia trading.. semoga urusan abang dipermudahkan dan murah rezeki..
Betul bang Aku MC banyak tapi tak over depo sampai mcm ni...Kita jaga emosi je
Mende kalau ade pintu kepada kerugian tetap haram bro
Baik main judi je
Betul...tu bro....buat apa2 pun...kena cari ilmu dulu....sebelum g perang.....sedih jg story brader tu.....kena kawal nafsu n emosi......
Aku dah terjebak sejak 1990 lagi samapai sekarang. Pasang surut tu adat niaga bukan tak pernah aku lalui semua tu walau apa perniagaan pun samada niaga buger, satay, bengkel atau apa saja, adakah kita tidak pernah rugi? Masuk dunia trading tak kira keje atau bergear dato atau kerabat kayangan mana pun taraf kita adalah tetap sama (TRADER). . Bezanya berapa kita dalam kerjaya. Dunia trading ni adalah amat2 kejam. Jika minda sedang dilanda bermasalah sebagai contoh isteri merungut atau merajuk pun emosi kita akan terganggu maka stop trade dan selesaikan segala masalah sehingga kita benar2 bersedia untuk menyambung tugas semula, walaupun kucing dirumah nak beranak sekali pun kita perlu peka dalam segala hal. Ingat...
tarik dia jadi staff kau pek atau suruh dia kerja yg gaji bulanan dulu. suruh dia start balik dari zero. dari gaji bulanan tu dia boleh kumpul slow slow untuk starting bisnes balik. dia boleh naikkan balik bisnes sebab dia pernah jatuh. semoga dipermudahkan urusan dia
Daripada main forex.. Baik simpan emas.. Beli emas setiap bulan dgn 1gram pun dh okay..kalau ada rezeki lbeh beli 2,3gram ..ikut kemampuan, bkn ape.. Kita simpan utk future,kita tak tahu ape yg blaku suatu hari nanti..
Forex ni bukan boleh entry main hentam je..jangan tamak guna lot yang kecil sahaja untuk melihat keadaan reaksi market bagi permulaan entry. Profit hanya bergantung kepada market dan besar mana lot yang kita gunakan. Kekadang seharian tidak boleh masuk disebabkan semua market melemah. Disini kepada trader perlu pelajari teknik SnR digabungkan dengan indicator dan lakukan backtest pada akaun demo menggunakan teknik ini sehingga anda yakin. Wujudkan buku note untuk setiap teknik yang anda gunakan terutama apabila anda melakukan profit atau melakukan kesilapan supaya peratusan kegagalan hanya 10%. Jika anda benar2 memahami teknik ini ia boleh memberi keuntungan kepada anda.
Forex atau apa2 tradingpun, ataupun perniagaan yg halal tetap ada risikonya. Berniaga burger pun boleh rugi. Yang penting adalah 'Money Management'. Kalau cakap forex mesti rugi adalah salah. Nasihat sy sebelum berniaga atau trading belajar dahulu. Itu pun belum tentu. Ada orang belajar sampai degree pun kecundang dalam kerjayanya. Ada orang berjaya sebab pelajaran, ada sebab nasib dan ada sebab bantuan orang. Setiap orang buat kesilapan. Kita kalau nak fikirkan kita akan masuk syurga pun tak layak bemacam2 dosa yg kita lakukan.
Belajar dari kesilapan. Dalam bab ini ada orang mungkin tak sesuai dengan forex, ada bayak orang pun tak sesuai berniaga itu sebab ramai org yg bekerja. Rezeki itu telah ditentukan Tuhan. Nasihat sy adalah 'Live within your means'. Jangan putus asa dan berdoa.
terbaikk
“Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekai tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (yaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 6439 dan Muslim no. 1048)
Alhamdulillah, akhirnyaa ade org yg betul2 berpengaruh kuat untuk sedarkan dekat org lain pasal forex ni, teruskan abg apex sebarkann lagii haramnya dan akibat makan duit syubhah
Betoi tu jht forex tu
forex tak salah, yg salah tak jaga cara manage duit haha, klau tak reti gi trade mmg laa
@@ashraffhakim2855 haha 🤣🤣🤣forex xslh la hampa ni pun....hampa tgok org lma ckp cm na
@@ashraffhakim2855depa ni jenis bila sorang ckp haram depa pun follow ckp haram tnpa ada ilmu, jenis bt pala tau..
@assalik3956 tula kena ada ilmu..
"Wahai manusia, makanlah sebagian (makanan) di bumi yang halal lagi baik dan janganlah mengikuti langkah-langkah setan - Al Baqarah 168. Perkongsian yang baik dari Apex. Carilah rezeki di bumi Allah dengan cara apa sekalipun. Yang penting halal. Semoga apa yang kita perolehi itu diberkati walaupun tak banyak. Buat abang yang tgh di uji tu mengadu dan mintalah pertolongan dari Allah. Yakin akan ada pertolongan dari Allah. InsyaAllah. لا إله إلا الله
Jgn aim hidup kaya duit tapi sifat bersyukur/menghargai. Lepas tu inshallah kaya rezeki. 2 benda yg berbeza tapi ramai nak jalan mudah. Tuhan masih sayang kau lagi bro. Kalau Dia tak bagi ujian and bro buat dunia ni sbg syurga, bahaya tu bang. Duit dtg secara pinjaman rezeki dari Dia untuk kita hidup secara halal.
satu usaha yang baik dari saudara apek...teruskan usaha saudara utk menyedarkan msyrkt...terutamanya org Islam ttg kesan negatifnya forex...
jual alat2 rempit x haram ke...rosak ank2 muda main motor,ubahsuai enjin,..haram
Yg haram tu kau pergi berlumba, fly meroket... Nk up spac Moto bagi sedap bawak memotong Lori kat highway tkde masalah haram pon... Kau sepatutnya cari rezki halal sendiri berkat ke kau keje tu mengular je keje tk haram ke gaji tu
@@kelatero07ramai lg org repair motor untuk keperluan. Mcm org tua² makcik pakcik yg hnya ad moto.
@@kelatero07takde kena mengena bang , barang moto adalah keperluan .. kalau dia merempit ke jadi sampah masyarakat ke menyusahkan org ke itu atas dia dosa dia bkn si penjual. Ko cuba nak halalkan forex yg ijma' Ulama' di malaysia kata haram. Ko igt Islam hnya cite pasal solat ? Islam is the way of life , Riba' pon Allah cita dalam Quran mana ada agama lain cita pasal Riba'. Belajar agama jgn cuba halalkan apa yg ko buat, Mangkuk Ayon , org yg like ko ni pon Mangkuk boleh percaya ckp ko dri kata Ulama' baik ko je dduk jabatan Mufti tu. Mangkuk
@@kelatero07 mcm xde point je, main forex ke? kisah-kisah sahabat nabi dulu, bila sahabat dia tu benda tu haram, arak haram , dia pecahkan semua arak dan tinggalkan, tp ramai still nk halalkan benda yg haram
Sekadar perkongsian dari pengalaman saya, satu prinsip yg sya selalu pegang setiap kali sya nak open order adalah, berapa banyak equity yg sya sanggup risiko kan? 1usd, 2usd? dan sya selalu beranggapan position sya akan hit stoploss. Kalau hit takeprofit, itu sya kira sebagai bonus shja. Ini untuk mengawal nafsu dan emosi. Teknikal, fundamental, itu semua kita boleh belajar. Tapi benda yg paling penting dalam industri forex adalah pengawalan emosi kita sendiri. Bila kita merasa sudah ada perasaan sakit hati, tamak nak lebih, cepat2lah tutup mt4 dan tengok movie atau main game :)
Aku dlm byk2 youtuber aku salute apekni.... Xmcm youtube lain promot benda2 haram n sampai aku pun mangsa.. hbs aku jual semua benda akibat kena scam.. aku cuma doakan yg promote TSeT tu mati kena langgar lorry ataw kena lenyek gajah..
Dari pengalaman saya, hampir kesemua yang mula berjinak dengan forex dan akhirnya kerugian besar ni rata rata mula mendalami forex sebab niat nak kaya mudah dan cepat.
Yang ditemubual dalam video ni contoh terbaik. Bila mindset ketika trading ni berasaskan kepada mengejar duit, lagi lagi jika duit yang dilabur itu bukan duit lebihan setelah menyelesaikan tanggungan dan bil bil harian.
Semua yang dalam golongan ini tidak akan mengikut peraturan mereka sendiri, mengabaikan strategi pelaburan yang telah dibuat, kawalan risiko yang diambil akan ke laut dan akan membuat transaksi mengikut emosi.
Bila member kata pakai apa teknik atau indikator sekalipun tetap akan rugi. Itu tanda yang biasa dilihat apabila seseorang pelabur pasaran sudah mula celaru pemikirannya kerana mereka tidak dapat menerima kerugian yang dialami.
Berbeza langsung dengan cara dan pendekatan segelintir kecil yang berjaya menjana pendapatan dengan forex. Mereka masuk dengan niat benar benar minat dan mencari ilmu dalam bidang teknikal trading.
Mereka ni hampir kesemuanya tidak melihat forex sebagai sumber pendapatan utama mereka tetapi seperti apa apa pelaburan lain sesuatu yang mereka buat secara sampingan dan membina akaun mereka sedikit demi sedekit dengan pandangan jangkamasa panjang.
Otai yang ada akaun 5 angka dan sehandal manapun tidak akan bergantung kepada hasil untung berdagang sebagai punca pebdapatan utama. atau berharap kepada keuntungan dari berdagang semata mata demi kelangsungan hidup terutamanya forex.
Kalau diteliti urusan jual beli mereka yang mengejar duit dalam pasaran forex ni kita boleh lihat mereka lebih kepada berjudi dari berdagang.
Well said! Well said! 👏👏👏 [Applause]. Btw, nice username dude! 😁
Bgs pengajaran dari abg ni.. bgi saya jadikan trade ni sbgai kerjaya.. belajar & buat prop trading.. bile prop terikat dgn term & conditions akan buatkan kite lebih berdisiplin
Betul, jangan terjebak dengan forex, sy berhenti sbb masa bulan ramadhan hati sy x tenang sebab asyik nk tgk hp masa solat terawikh. Rasa selalu nk marah je bila mc. Setakat sy join forex, sy x kuar modal la, cari yg free depo je dan buat keuntungan RM4k++ dan kerugian RM3k++, cuma tu la sy mula tersedar awal utk tidak join forex lg sbb ada mengatakan ia haram dan syubhah. Moga yg lain beringat2 supaya cerita bro diatas dijadikan sebagai pengajaran.
Dia sndiri kata TAMAK..memang laa hadoii,,ksilapan diri sndiri tk boleh kawal emosi..nak buat cane..😊
Smoga brader yg call apex ni dipermudahkan segala urusan.syukur apex telah menjalankan tggungjawab yg berat sebagai influencer dgan memberi manfaat untuk subscriber.semoga Allah memberkati umur Ahmad.( apex sayur).
Sye x benci apex malah apa yg apex buat ini memberi pendedahan dan realiti dlm Forex yg terutamanya masih dlm 1-3tahun…Ramai yg terjebak dalam Forex ketika covid dan ramai signal probaider marketting kaw2 dgn tunjukkan kemewahan hidup yg kebanyakkannya disponsor oleh broker2 utk menarik org ramai.padahal yg berkecimpung dlm Forex ni hmmmm…yang tahu je tahu…bukan semua org boleh trade itu saja…semoga Allah merahmati dan permudahkan urusan kita..
Tapi ok jugak apex kau buat nie.. nasihat kepada budak2 baru nak up.. aqu xmarah pun kau walaupun aqu sndiri pun trader.. tapi aqu doakan abang tu di permudahkan..aminn.. sbb zaman aqu blajar dulu pun aqu jumpa cikgu yg betul2 ajar pasal trade bukan makan duit ib.. and sampai skarang aqu x buat ib walaupun trade bertahun2.. tahniah apex kau bukak mata budak2 baru..tq
baru2 ni aku kenal sorang retired navy. dia baru kenal dgn forex dari kawan2 dia. bila dah belajar sikit, dgn konfiden nya kata "boleh buat duit". guess what. dia loss duit graduiti pencen sebanyak USD38,000 dalam masa 1 minggu. he really underestimate jerung2 besau dalam fx market, haha. dia fikir forex ni lubuk for "easy money". silap besau la kan. cari la ilmu dulu, cari pengalaman dgn market. guna modal kecil usd30-100 dalam fasa try and error. grow kan akaun pelan2. bila dah ada experience, ada trading plan, faham pasal risk & MM, ada the right mindset and habit as trader, baru la guna modal besar sket, usd1k pun dah ok.
Berminat sngt story darksite of forex mcm gini.
Mana yg suka vlog tunjuk2 harta tu harap boleh bantu bro yg lost ni. Syaitan sentiasa bisik ke telinga dia untuk fikir yg bukan2. Bantulah.
Sy mendoakan bro "X" agar dipermudahkan akan segala urusan dan dilindungi dari kepayahan yg x tertanggung.
Mana boleh trade dalam keadaan terdesak perlu duit.. silap mindset camni.. nak berjaya kena sabar, buat ape pun walau jual goreng pisang pun kalau takde kesabaran tak lih berjaya dan x lih kumpul duit. Kita trade dah 10 tahun alhamdulillah takde masalah camni. Sentiasa bersyukur walau skit, takde pun terkejar nak mewah cam org lain. Ok je gaji lebih kurang mcm keje, kalau stress saya x trade, saya buat keje lain.. dah tenang baru trade.. sian bagi yg mudah terpedaya dengan kemewahan..mindset nkena betul dalam dunia trade, kejar duit last, yg pertama kejar ilmu. X de org boleh berjaya kalau ilmu pun tak tinggi dalam sesuatu bidang. semoga allah permudahkan urusan tuan..
Yg main bnd ni 10% je bjaya 90% lingkup, pd yg da slalo loss tu bleh la stop trade, tak sume org bleh trade konsisten, tak sume org ssuai utk trade ni, bile da nmpak easy money depan mata akan adanya sifat tamak, tpi bila da loss Masih lagi nak mncuba Dan trus mncuba tu yg habis segala harta yg ada. Terima atas apek atas video ni utk sedarkan lebih ramai org
10% yang berjaya tu pun sailang duit orang bawahan yg dia dah tipu, kebanyakannya melayu makan duit melayu sendiri. Family hidup kaya atas duit tipu orang.. fuh seram gaya hidup mereka.
10% yang berjaya tu semua cabel atasan..
Saya pun pernah main forex. Termakan dengan kate2 “melabur dgn ilmu” merupakan suatu usaha dan insyaallah x rugi. Cume untung x besar. Target sebulan untung 5% dr modal jek. 5-6 bulan jalan smooth. Sy pun x faham masa tu knape majlis fatwa mengharamkn forex. Tp just satu malam.. my perseption change. Sy lost rm16k dlm satu malam. Malam tu mcm2 sy cube smpai last skali sy hired expert dr oversea utk selamatkn account tu. Tetap MC. So conclusion dari analisa saya.. forex ni betul.. tp die ada kelemahan. Yg mana platform ni bole dimanupulasi oleh Big Shark kat luar sana yg kekuatan keewangan mereka mampu mempengaruhi pattern forex. Jd sy conclude.. forex boleh dimanipulasi melalui kekuatan keewangan dan speculation yg mana 2 perkara ni mengatasi ilmu yg anda blaja atau system yg anda setup. Maka benarlah majlis fatwa menggariskn hukum HARAM pada forex sebab die sama je dgn JUDI. Sy tinggal sepenuhnye aktiviti forex selepas tu.
Betol tu, tapi mcm mana dgn riba? Buat loan dgn bank, tapi bulan2 byr riba, tu mcm mana? Haram tetap haram
abang lupa letak cutlost ke ?
@mohdhafizabdulhamid6551 main Forex? Wahahaha...patutla! 😆🤣😆🤣😆🤣
sama la kita bang, merata aku pinjam duit, kes nk depo sb loss..cilake..bila aku dalami diri, dktkan diri dgn ilahi, pegang kata² ulama dan ustaz, haram tetap haram .ssh nk tinggal, tp kena nekad..alhamdulillah..
Dri yg nmpk abg ni lbih trade kpada ikot emosi & gagal urus money management dengan baik..itu yg paling payah kwal dlm trading..alhamdulillah klu dh sedar trade xsesuai utk abg..mule2 blajo depo 1k byk tu..sy start blajo gune demo, ndb & acc cent ja..semoga dipermudahkn segala urusan
Betol bosss, bahasa dia main forex,klau main umpama main wukong,dia trade forex bukan main😅
Paling utama, ilmu trading forex adalah sangat penting , belajar bagaimana mengawal emosi, charting, news impact dan sebagainya.. Cari ilmu dulu sebelum terjun ke dunia trading forex , gold , option, shares, index.. Jangan masuk market untuk membalas dendam kerana rugi atau menjadi tamak. Biar untung sikit tapi selalu.
Aku tak paham kenapa orang ramai nak jugak trade kalau takde ilmu. Lepastu salahkan trade punca dia rugi. Aku dulu siap sambung course investment untuk mendalami trading. Belajar baca graf, news, analisis indicator semua. Bertahun kot. Lecturer aku slalu pesan jgan trade ikut hati, dan assume ni skim cepat kaya. Kepada sesiapa yang nak menceburi bidang trading, tolonglah kaji dan ada ilmu dulu. Kalau takde ilmu bagi lah institusi yang pakar untuk handle modal korang. Sekarang ni bank banyak je offer. Kalau insist nak jugak trade solo tanpa guidance sapa2. Jangan tamak, ikut emosi dan PASTI KAN ADA ILMU sebab apa buy dan sell. Dah pandai teori guna demo acc untuk practice dan jangan expect leh pandai 1-2 hari. Yang merana diri sendiri. Duit bukan senang nak cari oiiii.
Trading jangan guna duit savings, guna duit yang sanggup kita hilang. Forex trading risikonya sangat tinggi..
perlukan masa untuk belajar, hormat process, hormat ilmu, money management penting, tetapi paling penting kawal emosi, tak boleh kawal emosi batal segala ilmu.
Saya suggest untuk newbie atau masih belajar, guna demo account dahulu jangan deposit duit savings. Untuk abang tu saya doakan moga dipermudahkan segala urusan. Moga bermanfaat dan Good Luck gais 🫶
Risiko tinggi kalau bukak 10 lot. Klu bukak 0.01 low risk. High risk high return. Low risk low return. 0.01 bila nak kaya. Jawapannya: papa
Respect pek. Teruskan perjuangan pek. Makhluk tak ada kuasa, manusia nak membenci biarkan dorg benci kau pek. Allah sayang dan suka perjuangan macam ni. Kebenaran itu pahit. Semoga kita semua terhindar.. even cina yang aku kenal trade forex pun kata “ this is the biggest online casino in the world “ kita yang melayu ni nak menghalalkan pula. Sedih.
Sy sarankan, ssiapa yg tak tau, stakat tau sikit2 Forex ni. Jgnla trade Forex. Ingt 90peratus org trade, loss duit. Silap abg ni, Dy trade duit yg Dy X sanggup loss, kesilapan besar kat situ. Sbb Tu, Klau ingt nk main Forex mcm nk main Judi, jgnla.baik ko p mesin, main Judi terus. Dan Klau boleh jgnla ikut trading ni.
Itu data lama. Skunk 70% loss. 30 win. Dah ada peningkatan win trader
Kesian nya abg ni. Semoga ada jalan penyelesaian & dipermudah kan urusan abg & family. Saya salah sorang yg lalui pengalaman mcm abg ni. Memang betul lagi teruk dari judi. & termakan diri. & saya pernah bercerai sekali. Alhamdulilah sekarang kahwin kali kedua saya cari rezeki halal. Tak banyak tapi selesa, bahagia & senang hati. Dengar lah nasihat orang yg dah lalui.
aku mula try main forex tahun lepas. Mula2 start memang depo je tak pernah withdraw.... Tiap kali main mesti MC... Sampai saving setahun sehari je lesap sebab tak puas hati loss depo... Sampai satu tahap aku ambil langkah untuk backtest dan tak main news... Now bole lah grow 50-70 usd sehari dua hari... Buat bayar hutang semua da ckup.. Tips kalau nak invest jgn guna wang simpanan sebaiknya gunalah wang lebihan...
Forex nii...
JUDI MODEN.....
Jadi KETAGIH....
Kalau Loss, akan Hati jadi makin PANAS, pikir nak dapatkan balik duit yang rugi tuuu.....
Tetapi dia X sedar, wallhal dia MAKIN LOSSSSSS.........
MACAM KOREK LUBANG KUBUR SENDIRI....
MAKIN DALAM, MAKIN DALAM,
MAKIN DALAMMMMMMM........
Tamak sangat tu pasal jd miskin gadai semua.
Fx ke,fcpo ke,saham,crypto,..semua tu bisnes kena sabar..saham pon kalau kau hentak masuk pagi harapan nk kaya petang pon mc jugak.
Bisnes pon kalau kau hentak semua modal beli barang dengan harapan semua barang kau sold sebelum tutup kedai pon hancur jugak.alih2 kau salahkan orang tak support kedai la,bomoh la.
Bukan semua orang boleh trade. Disamping kena faham technical analysis kena faham psychology.
Cik main ke
@@aliaskhalid7184 trade share... Forex saya tak main
Yg penting kene ada SL
Aku dari 2016 mencari arah market goreng pisang dan price action sehingga hari ni aku masih belajar dn jarang mc. Pendapatan aku sebulan dgn trading goreng pisang boleh lah menyara isteri ank2 dan sewa umh..yg penting sabar jgn fikir nak cepat kaya tu salah bang. Trading goreng pisang umpama kita berniaga bersyukur sehari dptlah rm20. Pnh depo modal rm100 tapi tekan rm50 utk setandan pisang utk 1 target untung rm20 je g2 sehari jgn tamak sbb org tak hari2 buy n sell goreng pisang...
Thanks atas perkongsian bro… brother ni just kongsikan pengalaman die dlm bidang trading jee geng… die share mistake ii yg die buat… jdi kita ambik laa pengajaran… x nafi ade jee trader yg berjaya… tpi kebanyakan trader yg berjaya semua dlm senyap… yg show off tu semua marketing punya org… nk tarik org untuk dpt ifilate… Kalau hg rase hg okay dgn trade Ikut hg laa… kalau hg x rase okay hg stop… abg tu banyak kali ulang pesanan die.. jgn tamak jgn tamak… jdi inggt betul ii bende tu… ujian tu dapat kt die sbb die kuat walaupon die rase nak giveup dh… moral die just hati ii geng jgn over trade cari cikgu yg betul
sedih aku dgr kisah saudara² kita begini. mrk berusaha utk mngubah hidup, suatu niat yg murni namun akhirnya terlarut dlm permainan dan penyesalan yang berganda ganda. t. kasih atas usaha yg baik ini utk kesedaran semua. semoga Allah memberkati perkongsian. apapun, jika pendapatan begini hasilnya adalah syubhah apatah lagi tidak halal, hentikanlah. keberkatan hanya pd sumber yg halal
Selama aku terlibat dalam dunia pelaburan ni x Pernah rasa tenteram dan aku desite utk meniaga dan alhamdulillah walaupun x banyak tapi tenang rm10 sehari pun xpa Asal hidup tenang
Terima kasih apek sebab berkongsi pengalaman,aq ni dah brpe kali nak main forex ni lagi² bila ekonomi skang dah x berapa stabil...banyak kali jugak la aq hampir nak depo tapi still ragu² sampai akhirnya aq terfikir yg aq ni mengharapkan dapat untung dari forex macam main judi dan akhirnya aq buat keputusan untuk x main sebab aq ni jahat macam mana pun aq xnak makan duit haram xnak buat duit hasil kerja haram
Alhamdulillah...
Alhamdulillah..baguslah Apek sedar awal.. iklas bila saya tengok satu posting dulu Apek cuba nak cuba forex harap sgt Apek tak buat. Apapun moga jadi pengajaran utk org lain..moga maju jaya
Forex haram ke? Boleh ark kalu kite tes pasang 1k dapat lebih astu tak main dah😂, sebab aku rasa Forex dia kasi sedap awal ii je lepastu akhir ii time ketagih tu dia kasi rugi teruk 😂saya bukan budak Forex budak mesin tapi saya teka je
@@komputer2671forex haram ,ulama yg ckp
Trader men ikut hati..takder Money Management mmglh kelaut..suh belajar malas
.berkira nak kuar duit cari ilmu..
Mantap apek..banyak budak 2 ..yg terjebak main forex... banyak yg habis sekolah tak nak belajar ..alasan nak hidup kaya jadi hamba trader..dia tegok atau terjebak dengan ib ib yg show hidup mewah.. di media sosial yg indah2 saja ..padahal sisi gelap tak pulak di ceritakan ...
Forex ni haram.. ulama satu dunia dah cakap spot forex online ni haram.. tapi ramai yg degil tak nak dengar.. terpulang lah pada masing2.. aku rela kayuh food panda gaji sikit yg penting duit tu berkat.. apa pun ni semua pengajaran utk kita..
Allah bg nikmat sekejap je...abis kene tarik balik sampai rumah tangga pn nak runtuh...tue la duit Dr hasil yg tak betul...banyak dpt pengajaran Dr brother nie
Semoga abg ni dipermudahkan urusannya selepas ini. Cuma ada beberapa kesilapan yg sy dapati yg mungkin boleh dijadikan ikhtibar utk semua.
1. Jangan trade guna duit keperluan
- seringkali sy dengar yg kalau nak trading ni kena pakai duit lebihan.. jgn trade pakai duit keperluan, kerana apa yg sy faham, trade ni high risk.. Jadi, jika pakai duit keperluan, emosi akan kacau.. jadi, kena pakai duit yg kita willing to loss.
2. Jangan revenge market
- menerusi perkongsian abg td, seringkali depo selepas MC..perkara ini amat bahaya jika kita nk revenge kepada market.. sbb boleh menyebabkan emosi lebih kacau dan money management makin kelaut.
3. Kurang ilmu
- kena igt forex ini adalah high risk platform.. Forex sgt complex.. Utk faham teknikal dan fundamental perlukan proses pembelajaran yg lama.. Jadi, amat berisiko utk deposit beribu2 jika semata-mata follow signal.
4. Trading bukan untuk semua orang
- Tak salah nak belajar.. Dan jika dh belajar tp still tak boleh konsisten, means dunia trading ni bukan utk kita.. Kena igt, otak manusia berbeza2.. Bakat manusia pun berbeza2.. bukan semua org boleh menyanyi.. bukan semua org juga boleh trade.. Jika skali dua asik loss, tinggalkan trading.. Ini bukan circle anda.
5. Amalkan withdraw walaupun sedikit
- menerusi perkongsian abg, abg dh profit 100k++, tp tidak dikeluarkan keuntungan tersebut malah terus tekan.. sepatutnya jika sudah capai 100% profit, withdraw modal dan terus tekan guna profit sahaja.
Apa2 pun didoakan abg ni agar sentiasa kuat utk bangkit.. Jgn risau tuan, yakin rahmat Allah itu luas.. keep strong and teruskan hidup dgn lebih success..
JANGAN sesekali return ke MT4.. abg seorg yg hebat berniaga barang sparepart.. Keep on going 💪 Sy doakan abg success slalu.. Amin 😊
Betul bro...tp nk tanya yg elon musk lauching aritu trade pakai A.I bleh follow ke maksud sy kita bleh join ke walaupun dh tahu risiko cmne...sy bkn takut rugi cuma takut kna tipu
@@shahnizammohdnoor1562 bila masa Elon Musk launching trade guna AI?😂hati2 scammer kat luar sana guna Elon MUsk
@@shahnizammohdnoor1562 tak kira le guna A.I ke guna orang ke benda nye tetap sama..jadi risiko ttp sama...😎😎
FOREX TRADING MT4 TU DUIT HARAM
Forex tu haram...pegang yg tu jaa
Apa yang too good to be true jangan percaya, aku yang mc bawah usd1000, beberapa tahun lalu pun aku stop. Pakai demo beberapa tahun sampai tahun lepas aku comeback. Tamak membawa kerugian, bak kata ramai "trust the process". Harap brader ni ok ok jer dan buat comeback (tk bermaksd forex jer, bisnes lain ke)
Ingat, jangan angan² nak hidup mewah, kita kena hidup dengan realiti bak kata hanzo. Mindset dan mentaliti tu lah punca nya. Dan yes, setuju pernah juga merasa beginner luck 🤣
Org tu buat silap besar.. jenis nk cpt kaya pastu dgn tkde otak.. ada je org yg betul bole trading dlm forex ni tpi tk bnyk.. aku ada kenal beberapa org yg belajar saja almost 3-5years.. bru belajar belum depo.. lepastu bru slow2 depo kecil2 then besar sikit.. tk perlu depo besar utk dptkn amount yg besar klau dia dh top.. tpi trader aku kenal ni silent jee.. berjaya rugi ke apa dgn diri dia je tk jebakkn org lain.. halal haram tu setiap org ada hujah dia.. tk side mana2 pihak tpi masing2 dh bole fikir dgn akal yg waras.. so apa yg kalian buat, kalian tanggung sndiri dgn akibatnya..✌️
Betul to bro..forex bukan sekadar 2 3 bulan dh boleh terus trade..ada je yg boleh konsisten buat duit..bukan dri jadi ib..
Betul la tuu..aku terjebak forex start dari tahun 2010..baru sekarang nak trade real acc..kena bykkn ilmu dulu barula jd kaya! 😆😆😆
Halal haram ada hujah ? Ko ni apedia ? Kalau centu mkn babi pun boleh la berhujah sebab nak sedap benda yang xsepatutnya.. INGAT ! Buat benda haram xkan tenang .. jaga²lah diri tu jdi apa² sebab ni komfem
@@coolname9051 majority ulama kata haram dan ada sebahagian juga yg mengatakan harus.. klau dh BABI tu memang sah2 haram nk spin apa lgi.. aku tk kata pun buat trading ni baik apa semua.. tk reti baca ke apa ayat last aku tulis tu? Ke kau buta huruf? Aku sndiri tk buat bendatu.. aku ckp pun general tkde nk tembak mna2.. klau tau haram tpi still buat, haa tanggung lah sndiri.. pandai2 kau lah hidup..
@@MrSomebody97ustaz dusuki je satu2 nya org agama kat planet bumi ni yg halalkan forex
sy paham rasa abg tu sbb terlibat dgn forex ni . sy pn prnh trade . kdg2 yg membuat parah dia bila emosi kita x boleh control . cth yg sy salu alami . kita terdesak nk pakai duit . duit dlm bank ada dlm 200-300 . mana nk cekau duit . dlm otak mmg trade je ni jalan . pegi depo . mula2 profit tp still x cukup nk cover itu ini . then bila dh start loss . emosi dah terganggu . tu tala x tentu hala . bla MC kita jd akan lbh stress smpai nk pinjam kengkawan , tu la yg membuat trader2 byk kecundang . betol fatwa mengatakan haram . sy x menidakkan hal tersebut . moga kita yg terjebat / prnh telibat dgn forex d beri rezeki yg melimpah ruah d jalan yg halal . Aamiin . semoga abg tu tetap kuat hadapi hari2 kemudian
Tepat skali..trading bukn tempt utk cepat kaya & high risk
@@baktijunior9789 betol bang . mm dgn emosi kena masterkan dulu 🙏🏻
Baik main slot masuk 10 cuci 50🤣🤣🤣
Btl apa bro ni cite,aku pun lalui bnda yg sama smpai hbis aku jual,sampai cerai.yg mna xprnh cuba,nasihat aku jgn la korg cuba,klu korg cuba jugak.mmg sial la,aku mrah sbb aku xnk hdup korg hancur je.
Bro kalau kau gagal jangan pandang orang lain akan gagal jugak Cuba kau tengok kelemahan kau dalam bisnis trading((trader) ..maaf lah tapi brader dalam video ni pun cakap *dia main Forex"dalam segi percakapan as a trader nampak kurang ilmu dan discipline terlalu emosi semasa Urus niaga dilakukan .trade Forex dan lain2 dilakukan Oleh BNM DAN BANK2 LAIN .trader ialah Satu bidang kerja professional ekonomi di institute kewangan Malaysia memerlukan at least diploma/degree in economy Jadi ukur baju di badan sendiri
yang nampak btul kaya ii broker dengan ejen ii dia ja aku pon dah stop trade forex sbb aku pernah dah hbis smua duit yang ada dalam simpanan aku dalam bank tinggai 5 ringgit ja aku dah btul ii buntu sampai tahap nk pinjam ahlong, mula ii trade forex aku untung gila ii tapi makin lama makin rugi sampai lah tahap aku dah tak ada apa ii, sekarang alhamdulillah aku dah mula hidup aku semula
Pengalaman adalah guru yg berharga trima kasih atas perkongsian
Subhanallah...kuat dugaan bro ...trade ni perlu dibimbing even hardcore ...kena ada circle yang betul ...trade boleh buat profit kaw kaw , trade juga boleh buat kita lingkup ...pls keep strong...
Tindakan abang tuh yg salah . Depo pn sampai 10 ribu ringgit itu dh melampau . Saya sendiri pn depo masa ada duit lebih jer . Kalau tkde saya belajar jer guna akaun demo. Sambil2 asah ilmu lagi. Kalau kerajaan ada bagi duit bantuan bru la saya depo . Itu pn brape dolar jer . Kalau profit pn dapat la dalam 2-3 ratus ringgit itu pn dh cukup . Tk perlukn kejar kaya cukup sekadar duit untuk belanja. Atau pn buat simpanan . Mungkin abang ni dia trade betul2 niat nk kaya . Tpi ilmu tkde . Trade pakai ilmu bukan guna emosi bang.. money managemant kena jaga itu baru betul . Jangan main tekan jer . Tpi tkde ilmu
Terima kasih sgt² sbb dh buka mata saya bang,bru je dnwlod and bru je nk deposit tpi tergerak hati buka yt terjumpa vd abg ni🥲terima kasih sgt²
Daripada pengalaman aku, trade lg bnyk modal lg kurang risiko...dan lagi kurang lot lg kurang risiko. klu kau letak 1000 usd tapi letak maximum sampai 0.02 shj memadai utk kau byr sewa rumah, mkn etc.
Aku bnyk lost bukan salah forex, crypto, bukan salah trading...salah aku sbb gelap mata dan x sabar. So trade ni menjadikan aku seorang penyabar. Aku nk tambah modal lg, buat benda yg sama tapi utk expenses yg berbeza iaitu traveling dlm negara pulak setiap bulan inshaaAllah. Akan dtg, akaun lain pulak utk travelling luar negara. So modal kau by hook by crook tidak akan drop atau hangus jika ikut prosedur tu.
Tapi boleh aku katakan x semua born to be a trader, kita punya mindset berbeza, kepercayaan berbeza, pendapat berbeza dan cara hidup yg berbeza.
forex ni high risk high return, but never consider it as easy money.... berbagai jenis teknik ada...benda paling penting sekali adalah money management n emosi....benda tu yang xleh kawal..nak salahkan forex...salahkan diri sendiri dulu....
forex haram
forex haram
Mula2 dh start dh 1k.. kalau betul2 nk belajar.. belajar la acc demo.. ni bila soh pakai demo berlagak.. acah2 mcm pandai.. dunia forex nie kejam tu je aku nk pesan...
Takziah barder semoga di beri ketabahan dan bersabar ,banyak lah mengadu pada allah,sentiasa ada kesedaran dan keinsafan,rezeki itu pasti ada,jgn putus harap carilah yg halal ,maka setiap perbuatan ,pemakanan kita ini jgn berlebihan maka mendatang kemudaratan,buatlah dengan berpada pada dan jgn ikut hawa nafsu..'
Terima kasih kat abg ni sanggup ceritakan pengalaman dia utk jadikan pengajaran...
Iaitu trade kena ada ilmu...
3S penting Sabar...Sabar...Sabar
betul bro...hidup sihat..siang bursa mlm forex..hari mgu kripto...layan sudah...jgn bg tekanan kat diri....dengar nasihat org2 lama..
mcm bro ni kalau trade saham or crypto yg patuh syariah pun boleh rugi kalau ada emotion mcm tu .. kena kawal diri .. apa pun tabah dngn ujian , hadapi dngn tabah , insya’allah pasti akan oke ..
Ni sy stuju..emosi adalah bnde yg paling ssh nak kawal..kalo gagal kawal ni la akibatnya..
Forex bukan utk semua org, dunia ni memerlukan ilmu yg luar biasa bukan biasa2. Kesabaran dan tidak tamak adalah plg utama ketika trade. Jgn jadi trader forex jika anda hanya mampu folo signal IB. Mereka dpt komisen dari wang follower yg terceduk. Maka ada ketika mereka sengaja cari arah songsang agar follower mereka terciduk, Jika MC maka mereka akan tuturkan kata2 Hikmah iaitu Jaga MM....
Forex lagi teruk lagi dari
Main mesin ..mcm brader ni kata..\semoga abg bangun dan berpesan2 pada sahabat ini..
yela tu...aku main mesin dulu2,zaman wukong,6 bulan terduduk rm380K duit halal..harini menang 20k,esok hantar 50k.Benda haram mmh xkan kemana
Aku pulak kalau boleh undurkan masa aku taknak kenal judi mesin judi bola judi nombor 😭😭😭
@@TempoyaKimchimacam mana abang boleh bangkit balik ye sekarang mmg dah tak terjebak judi kan
kisah abg ni mmg sebijik dengan kisah yang saya alami sendiri. terus terang saya sendiri memang terjebak dengan forex ni sejak 3 tahun yang lepas. boleh dikatakan sangat2 ketagih dengan benda alah ni. sanggup buat pinjaman ahlong apa semua. ya Allah, hanya Allah saja yang tahu akan perasaan saya apabila isteri mintak cerai apa semua. kene kejar dengan ahlong pa semua. syukurlah ada keluarga yang sanggup tlg untuk lepaskan diri dari ahlong2 tu.. satu je la nak cakap, sentiasa jujur dengan isteri lebih2 lagi melibatkan bab kewangan. apa2 pun yang melibatkan kewangan berbincanglah dengan orang yang terdekat terutama isteri kita. janganlah berselindung dengan isteri. kalau isteri kita tak redha dengan apa yang kita buat. rezeki mmg ssh nak masuk. terus terang cakap. berforex tak salah yang penting money management tu penting. kalau rasa was2 dalam forex, tinggalkanlah, ada rezeki lain yang Allah dah tetapkan untuk kita.. ambil satu pengajaran atas semua yang berlaku.
Lepas 4 tahun berkecimpung dalam dunia forex ni. Aku pun nak stop dah. Sebab untung nya tak bole sustain ruginya. Semua aku da buat IB pun da buat. PC pun da buat. Memang bole buat duit. Copytrade pun aku master dulu.
Tapi jgn lupa addiction dia tu lebih teruk dari kau isap dadah. And satu hari nanti kau akan sadar yg kau da terlalu dalam sampai susah nak keluar.
Hujung2 nya akan rugi juga. Bikin 100k pun blum tentu akan jamin kau sebab lepas tu kau akan hilang lebih dari apa yg kau buat profit tu. Sapa yg blum start, jgn start.
Yg masih trade, suka hati lah tapi ingat ketagihan dia tu kuat. Tu je kau nak ingat.
dia sebut perkataan main tu pn dah silap, dalam forex istilah bermain tu salah bang.. forex ni pelaburan high risk high return & low risk low return.. tanpa disiplin & mm yg betul tak kan berjaya bang..
Rasa sedih juga dengar cerita ni. Saya dah lebih 10 tahun trading Forex, Nasdaq. Satu saja nasihat saya nak bagi kpd yg berminat trading: main demo 10 tahun dulu. Jangan dengar cakap org main real account. Maintain kerja/business harian. Lepas 10 tahun demo baru main real account.
Aku bagitau kawan hukum forex trading online, kawan perli konon aku jeles. Lantak dia lah aku tak kisah kalau jadi macam informer ni bila dah lingkup baru percaya haram. Belum lingkup rasa halal sebab merasa pendapat sendiri lebih benar berbanding ahli muzakarah fatwa dan pakar kewangan islam 😊
Forex ni judi secara moden...carilah rezeki dari punca yg terang jelas halal...Sahabat baik aku hilang segalanya gara2 trading...700k duit VSS + KWSP hangus lebur...rumahtangga hancur...rumah tergadai...hutang keliling pinggang dan anak2 jauhkan diri...ketagih dan tak dengar kata nasihat aku....sekarang dok menyewa sorang2 rumah kecik dan usang tepi masjid
Alhamdulillah..Terima Kasih sbb berkongsi tentang kesan Trading ni.Semoga Abg yg dlm call tu Dipermudahkan Segala Urusan ,Diberi Kesihatan & Dimurahkan Rezeki😄Amin🤲
Trade forex ni perlu ada ilmu,perlu amik masa 4 tahun untuk tangkap feel forex ni,apa2 pon jangan labur dengan duit keperluan, semoga dipermudahkan urusan bro ni,amin...
90% psycology 10% technical utk long term trading.Bagus utk mengenal diri. 2% succes 98% failed, bukan utk org kebanyakan.Sebab tu dunia ni yg control 2%...98% sheep.
kiranya duit yg rugi tu dpt kt yg technical tu
@@abdulhayyi1619dia contoh kita jadi agent produk. kita ambil terlampau banyak dan teknik nk niaga kita takreti. mesti rugi besar. sama ja da dalam forex ni. nk cepat kaya sangop depo beribu2. sekali terciduk papa kedana. ilmu pulak xmau belajar. adakah patot baru setahun 2 belajar terus depo beribu. x logik
terbukti money management abang ni barai. trading bukan untuk semua.
p/s : prop kan ada
Dasat tu abg trade..money management tu abg patut kena jaga..klw x jaga mmg lain mcm nti addictnye...tp xpe bang da jdi...sy trade konsisten profit hari2 sy target 100usd je sehari...rase nak lg besar tu ada tp mmg kena kawal..fitrah manusia besela bang.klw bgi segunung emas pun kite nak lg segunung
aku nasihat orang jugak mcm ni bro . trust me . kawan aku loss 2k . aku nasihat mcm kau la ni . trading ni mental game sebenarnya . aku bermula dengan 50kwd sekali depo sahaja . awal2 tu grow 10kwd stop trade . memang 1 bulan 30 hari tanpa loss . scalping m1&m5 trade dekat compression sahaja . dari 50kwd grow sampai 500kwd . sampai one day kene libas market . hari demi hari , pagi loss 20kwd , transfer 20kwd lagi , kejar lagi , dari lot 0.05 sampai lot 1 , aku sell die naik libas SL aku buy dia terjun libas SL , lama2 tak boleh nak kawal emosi . sampai satu tahap tinggal 100kwd tu aku berdoa , kalau betul jalan aku salah , Kau MC kan aku Ya Allah , malam tu jugak MC bro . Alhamdullilah kawan mcm brader ni la yang cerita kat aku . sampai skrg aku brenti terus . cuma still aku study TA untuk progress FCPO next year . lepas stop trade forex tu , sentiasa ade rezeki mana2 , cukup pakai , cukup makan , dapat saving . alhamdullilah . syukur Alhamdullilah . walaupun pengalaman trade live account tu cuma 2 bulan lepas trade demo almost setahun and hari2 belajar TA . cukup la sekadar pengalaman . KWD=kuwaiti dinar , 1kwd skrg rm14.50 . dapat la merasa popit 50kwd sebab pernah withdraw 100kwd , buat beli gitar and ambil modal . aku bersyukur dapat berenti .
Mcm pelik bila main serupa org bodoh..mm jg
@@pmaenjoyersaku PON jdi jgk cmni
@@wancomec123 kalau dah dapat berenti syukur la bro . Bukan senang tu . Nak tahan nafsu . Mcm main mesin jugak jalan trade forex ni sebenarnya .
Sikap tamak to yg mkn diri..bukan setakat forex je apa2 berkenaan duit pon kalau tamak nnti makan diri kita balik..semoga dipermudahkan urusan brader to..
Forex trading bukan utk orang nk cepat kaya,dan forex trading bukan benda mudah..ianya perlukan latihan,ilmu,pengalaman dan sikap tidak putus asa.janganlah kalian baru setahun jagung trade forex,sanggup keluarkan modal yg banyak utk cepat kaya.
ianya susah sama juga sperti bidang2 yg lain yg memerlukan kepakaran teknikal dan skill yg memerlukan masa bertahun utk jadi pakar.
Fatwa mengatakan haram bang.. biarlah berusaha dan tidak putus asa pada pekerjaan yang halal lagi berkat.. InshaaAllah semoga Allah kurniakan kita rezeki yang halal dan berkat. Aminn
@@akmalasyra123
Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) tepatnya dalam Fatwa Dewan Syari’ah Nasional Nomor 28/DSN-MUI/III/2002 tentang jual beli mata uang atau yang disebut dengan Al-Sharf.
MUI menetapkan bahwa apabila transaksi valuta asing (forex) diperbolehkan karena asal-usul pendapatannya sangat jelas.
Uang yang jumlahnya sangat besar yang diperoleh para trader bukanlah hasil taruhan skala internasional, melainkan diatur secara global.
Haram tetap Haram.. Noktah!!
@@dojob5555 typical malay,porex haram,sambil telan asap rokok masuk badan yg difatwakan rokok haram sejak 25tahun lepas.
Tipical malay.. Tetap jgk cr alasan nk menghalalkan benda yg dh sah2 haram.. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Sebelum nak bertrading forex ni belajar la dulu hakikat duit yang sebenar. Apa beza wang (money) dengan matawang (currency). Sejarah wang dan matawang. Apa itu fiat money. Korang akan tau siapa mastermind jahat yang merancang semua ni. Sampai bila kita nak tidur lena?
Nak faham pasal currency ni aku share kan chanel yang bagus korang layan
- aphd
- bro gamal
Smoga Allah permudahkan rezki abg ni. To apek also. Kdg Allah duga dia,nk uji kita yg keliling ni smada nk bntu,nk maki nk pdn muka nk glakkan atau wat ever. Yakinla Allah ada. Tmpat plg tepat utk mngadu.
forex memang bahaya kalau tidak cukup jam terbang dan ilmu. Perlu di ingat cuma 5 peratus sahaja yang betul betul boleh berjaya di dalam forex. Bila forex di jadikan umpama berjudi, maka akibatnya parah. tapi kalau forex di jadikan separti berniaga cara betul pasti untung walaupun perlu juga rugi sekali sekala. mind set mau tahap gaban dan jangan tamak. ingat jangan sekali tamak. kalau mental tidak kuku jangan sekali kali masuk forex, forex bukan tempat mencuba nasib dan forex bukan untuk semua orang. Untuk masuk 5 peratus itu bukan mudah, perlu kerja yang banyak, disiplin yang tinggi dan tekad tahap dewa.
salam semua, saya percaya 80% yg komen dlm ni dh berjaya melalui proses yg panjang dlm trading, saya pon masih jadikan sebagai trading for living, yg baru nk cuba tu kena belajar dgn Demo dulu 4-5 tahun, sebab bidang ni adalah bidang profesional, dn untuk golongan atas menengah, yg baru nk terjebak tu jangan ye🤭
ade ilmu, jg money management bolehla trade.saham, fcpo yg legally legit tu pon ramai je terciduk sbb ape?xde ilmu n money management a.k.a kawalan mental (psychology)..ape2 pon semoga dipermudahkan kehidupan brader ni
Daripada aku main forex baik aku main public gold bar.. terbukti patuh syariah..fatwa mufti wilayah dah cakap forex tu haram..
Lu ada ilmu lu kasi ajar la kasi tolong la...
@@wanryu6977hg main goldbar pon kena ada ilmu tngok chart graf jgk maksud aku fundamental gerak kan emas baru taw harga emas semasa dunia xsama.. skrng ni harga emas mahal kn sbb ekonomi usa dh down terok usa dollor ,emas tu dlu pernah di tambat dgn dollor tu ada naik trun ikut matawang dn supply demand dia..bkn beli simpan saja ..kena ada ilmu jga ..lgi satu bila dh untong bayaq zakat emas sama islamkn ..klu x silap bulan zulhijrah kna bayaq zakat emas …
@@Inceldetector6144nak bur zakat emas ni tak da bulan bang mcm zakat fitrah ..
Zakat emas ni ikut tempoh pegangan emas dan jumlah masing2 saje .. cukup haul dan nisab kena la bayar...
@@adiwira1351awat geng gold bar aku tnya depa ada bulan dia kena byaq tktaw aku x kaji habis lgi bab ni😅
Admin terus lakukan kebaikan sebarkan kebaikan viralkan kebaikan, tolong golongan pasangan muda, orang muda dll terus lawan KEMUNGKARAN sampai berjaya Wallahua'lam
Kebanyakan Trader yang rugi ni sebab tak cukup ilmu & takde guru. Baru belajar kat RUclips & channel Telegram, ilmu pun belum cukup, dah depo duit beribu. Industri Forex/Stock/Komoditi ni ialah industri bisnes high risk yang perlukan disiplin yang tinggi dan perlukan masa yang lama untuk belajar. Dengan adanya ilmu yang cukup, barulah bole jadi disiplin. Kalau nk ikut Fatwa, trade Forex ni Haram. Trader boleh trade Komoditi & Stock yang patuh Syariah. Cara yang sama tapi instrument yang berbeza. Ramai juga org yg buka bisnes alatganti motosikal pun jd miskin. Sebab apa? Sebab tak cukup ilmu. Kesimpulannya, nak berjaya dlm bidang apa pun, perlu ada ilmu yang cukup dulu, barulah boleh success.
kau dah berjaya ke skrg ni?
besiap sedia apek dengan kecaman ib borex
Forek ni bukan jalan keluar masalah duit. Kena belajar dlu. makan masa bertahun..Aku pn tread forek juga...bukan pakai duit simpanan. Pakai duit yg sanggup Lost..dah dapat modal balik.. duit profit tu kita buat modal roling.. tapi x lah terok MCM Abg ni.. sedih jugak dgr cerita dia.. .ya Allah permudahkanlah segala urusan abang ni..
sama la bang,lepas duit kocek monthly pon ok
Kbnykkn fx trader yg kaya ni pun diorg satu team atau ib kalau trade sorg² memg tkkn mmpu beli keta mewah.. srsly fx bukan untuk semua org.. very high risk
Bila orang tu dah memang tak sesuai jadi seorang trader . Jangan lagi push atau bgi sbarang nasihat apapa tntang forex . Bnda tu akan bawa dia jadi makin teruk lagi . Stiap orang rezeki dtang brbeza . Smoga msalah yg abng tu tngah hadap dipermudahkan n dpat hasil rezeki based on reality not from blue and red .
apek ni satu video bagus..untuk penyedaran..harap berterusan
Woi cin...aku dari susah smpai punya mcm2 skrg ni💯😂 jatuh bagun dulu2 biasa...tapi alhamdulillah..skrg Allah bagi berjaya💯... dan sbb forex lah aku banyak modal skrg..aku melabur kat mcm2 pelauran kat malaysia yg patuh syariah...bursa malaysia fcpo..alhamdulillah rezeki tuhan bagi🤲🥰.....
Yg jatuh miskim dlm bidang pelaburan tu sabar nah..sbb mungkin Allah dah atur rezeki lain buat kau💯..inshaAllah ada💯..
Boleh belajar tknik fx atau fcpo
wkwkwkw istidraj tu bang😂
dalam forex trade pun wajiblah kita trade dengan ilmu dan persiapan, saya sendiri merasa forex adalah jalan saya untuk menjadi kaya
jgn putus asa abg.cuba lg,usaha tangga kejayaan abg..go abg go
Xyh la .. dosa
Trading adalah tentang bagaimana kamu mengawal emosi?
Ia berpunca dari orng atas atau orng yg mengajak tidak mahir mengawal emosi dalam dunia trading.
its all about Money Management. Risk Management. Risk Reward Ratio, R:R. Budak2 newbie forex zaman sekarang masuk ke dunia forex, kalau boleh terus terjun ke dalam real account, ingat nak profit kaya cepat je. Sebenarnya, forex ni ilmu basic dia sebenarnya, money management dan emosi. Sebaik baiknya, try test kat demo dahulu. Semoga di permudahkan segala urusan. Pedih bunyi, tapi apa-apa pun masih ada masa untuk perbetulkan.
Terima kasih apex sy hampir menceburi forex...bila fikir balik rezeki dh cukup x perlu sy tamak lg
cuma boleh menyesal je la kalau rugi,sbb sistem dalam forex nie memang direka senang untuk menguntungkan sebelah pihak di atas kerugian orang lain.kemudian ianya mudah dimanipulasi dari segi harga,lain platform lain harganya tak centralized.ikut broker masing2.yg mana ada ib okey la sbb dah masuk geng yg control sistem forex tu,boleh juga rugi tapi risikonya tipis dari trade forex sendiri.rata2 semua ada ib yg tunjuk macam2 kejayaan dlm forex.cakap la mcm mnapun jaga mm ler,tech analysis ler lama2 ke laut kalau trade sendiri,tak sustain lama trade forex nie,paling lama 2-3tahun, kalau berjaya baik lupakan forex masuk yg centralized mcm bursa etc.
satu lagi mmg tak nafikan sistem trade forex memang direka untuk keluarkan sisi gelap/buruk dalam diri manusia,tamak haloba,dendam,memperjudikan sesuatu,dan lain2 sifat buruk dalam diri manusia,tipu la sapa kata dia tak pernah jadi mcm nie bila terjebak dgn forex.
boleh kata rata2 cuma 2% yg berjaya 98% yg gagal.
okey sekadar perkongsian
Saya da trade hampir 2 tahun. Dulu2, MC itu biasa...tapi kita guna akaun sen utk belajar & dapat pengalaman. Jadi, dapat rendahkan risk, tapi dapat pengalaman yg sama mcm orang yg main modal besar. Kemudian, setiap kali gagal, buat nota & rajin belajar dari kesilapan orang lama. Kesimpulannya, trade forex berjaya ni ada formulanya, kawal risk & disiplin jgn ikut nafsu.
.
1st, main guna modal lebihan.
2nd, main guna akaun sen sajer.
3rd, sentiasa guna ratio risk reward.
4, cuba dapatkan balik modal semula.
5, main guna duit profit, sebulan amik 50% buat simpanan, 50% biar utk grow akaun.
.
Juga, jika ada robot yg profit, biar robot jer yg main. Biar grow sikit, janji sentiasa grow.
Tapi duit Haram tu
@@adrianfarhan2659 terpulang, kalau rasa haram, x perlu main. Masa 1st saya ceburi fx ni pon, saya kata yg sama juga pada yg perkenalkan benda alah ni pada saya. Tapi, pada masa dulu, trade fx ni, ada ustaz di Malaysia kata Harus, ada yg kata Haram. Tapi di luar negara, ustaz2 ramai mengatakan Harus hukumnya & Haram jika trade tapi xtau cara trade (sama mcm judi, cuba nasib). Yg Harus pula, jika tahu trade @ jika ada yg tahu tradekan utk kita. Mcm saya, saya trade sepenuhnya guna math, 100% guna robot; EA Gold ciptaan orang Jepun. Kadar profit, 100%. Guna teknik Smart Martingale.
@metasutantv3438 kalau rasa ianya Haram, maka jauhinya. Mcm yg saya cakap, di luar negara, hukum trade forex ni ada 2; Haram @ Harus.
Haram, jika tuan xtau cara trade tapi tetap nak trade. Menang kalah, 100% ikut nasib. Itu dah sebijik mcm judi.
.
Pendapat yg mengatakan Harus pula, jika tahu trade, tahu kira2 math-nya & bacaan teknikal dalam trade (seperti Supply & Demand, Support & Resistance, Risk Reward ratio).
Bila tahu benda ni, kita trade forex 100% analisis, bukan main hentam.
1 lagi, sejak beberapa tahun lepas, broker forex dah wujudkan akaun versi islamik.
Gunalah yg tu.
@@bahterarohani7588mana nak dapat robot tu
kalau tanak rugi trade pakailah prop akaun. bru tak stress ke nk revenge ke sbb duit org. kalau malas nk trade jdlah ib. ni nmpk sgt ikut sgt emosi. jwpn dia pakai la demo dlu kalau nk test pakai duit gak pakai cent akaun. jauhi sifat tamak dan terlalu ikut emosi. market bukan kita punya. semoga abg2 semua dipermudahkan urusan semua.
Btl jgn sesekali trade forex kalu x ngam dgn personality kita.. bayangkan 5% sj bole berjaya dlm bidang ni..