Irfan Haris - Bisik (Official Music Video)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 25 авг 2024
  • #WeAreRocketfuel #Bisik #IrfanHaris #RocketfuelEnt #RocketfuelRecords #RocketfuelEntertainment
    Stream "Bisik" on digital streaming platforms:
    UMD.lnk.to/Bisik
    Download RBT 'Bisik' now!
    Maxis Caller Ringtones: Dial *131*715974# and press CALL/SEND
    Celcom Call Me Tones: Dial *323*793551# and press CALL/SEND
    DiGi Caller Tunes: Dial *233*1533631# and press CALL/SEND
    Official Music Video Bisik by Irfan Haris
    Audio Production
    Artist: Irfan Haris
    Title: Bisik
    Composer: Irfan Haris & Haiqal Iskandar
    Lyricist: Ubaidilah
    Producer: Bajai
    Arranger: Bajai
    Rocketfuel Entertainment
    Head of Rocketfuel Entertainment: Feros Sayna
    Head of Rocketfuel Records: Erick Yew
    Head of MCN: Camy K
    Marketing & Promotions Team: Shafiq Samsi, Amin Aizuddin, Aqilah Maria, Shaakendra, Alif Shah Jamil, Anne Farina, Rizam Mahyuza
    MCN Team: Fatin Aljafree, Syaz Johar, Faqar Azmi, Shaikh Haffiz, Pami Mahamudin
    Music Video Production
    Production House: Skew
    Executive Producer: Feros Sayna, Erick Yew & Camy K
    Producer: Fatin Aljafree
    Director: Syaz Johar
    Assistant Director: Faqar Azmi
    Director of Photography: Shaikh Affiz
    Assistant Camera: Amir Yasin
    Production Manager: Anyssa
    Art Director: Pami Mahamudin
    Art Department: Naqib & AhBeng
    Light Department: Samel & Kaisan
    Best Man: Juff
    VFX: Syaz Johar
    Offline Editor: Fa Ovev
    Editor: Faqar Azmi
    Focus Puller: Amir Yasin
    Idea & Concept: Amin Aizuddin
    Talent: Syad Mutalib
    Stylist: Dean Ishak
    Makeup Artist: Yan
    Manager: Aqilah Maria
    Lyrics:
    Sudah tiba waktu
    Ku lepaskan kamu
    Kerna jelas senyum mu lebih ikhlas dengannya
    Meski dia hadir dampingimu
    Ketika kau dalam cintaku
    Namun masih aku
    Doa pada tuhan
    Tuk damaikan cerita kita di hujung jalan
    Meski pecah hati mengharap kau
    Yang tlah jadi milik yang lain
    Oh bisik kepadaku
    Khabar dirimu yang pergi jauh
    Kerna aku rindu suara gurauan kamu
    Bisikkan ku tentang rindu
    Agar tenang hatiku menunggu
    Ku menunggu waktu kau kembali
    Tertunduk ku sedih pilunya terasa
    Saat kau lambai dan pergi
    Walau banyangan mu kabur dari mata
    Tapi hatimu tetap disini
    Oh bisik kepadaku
    Khabar dirimu yang pergi jauh
    Kerna aku rindu suara gurauan kamu
    Bisikkan ku tentang rindu
    Agar tenang hatiku menunggu
    Ku menunggu waktu kau kembali
    Follow Irfan Haris
    Instagram: @irfannharis
    Twitter: @irfanharis_
    Follow Rocketfuel Entertainment
    Instagram: @rocketfuelent
    Facebook: Rocketfuel Entertainment
    Contact:
    Email: info@rocketfuelent.com
    DISCLAIMER: Currently, Rocketfuel Entertainment thoroughly complies with government regulation. We practice proper disinfection of the studio, shooting venue and necessary equipment.

Комментарии • 240

  • @IrfanHarisOthman
    @IrfanHarisOthman 2 года назад +775

    kadang kala, kita harus melepaskan orang yang kita sayang apabila kita sendiri tak mampu untuk bahagiakan dia kan? :(

    • @hazwanaj9
      @hazwanaj9 2 года назад +6

      Betul Tu Fan😥💪🏻👍🏻

    • @H42EEM
      @H42EEM 2 года назад +4

      🥺🥺

    • @syazaaina456
      @syazaaina456 2 года назад +9

      Yg psti kenangan yg mmbuat kn kita takkan boleh lupakan dia 😔

    • @syazwanizzatie9754
      @syazwanizzatie9754 2 года назад +3

      🥺

    • @rozatinur0302
      @rozatinur0302 2 года назад +2

      Masya Allah..
      Sudah betul itu adik✨✊🏻😢

  • @muhammadhaziqbinmohdismail1786
    @muhammadhaziqbinmohdismail1786 2 года назад +299

    bertemu seseorang adalah takdir, menjadi kawannya adalah satu pilihan, tetapi jatuh hati padanya bukan kebetulan, ianya adalah satu ketentuan

    • @afiqismail6224
      @afiqismail6224 2 года назад +7

      Sebab tu tuhan beri kita akal, untuk kita manage urusan hati kita, sejauh mana kita nak invest perasaan.

    • @oyietashayana3906
      @oyietashayana3906 Год назад

      nk nangis bace ni 😢

  • @user-mr3cw9fm2s
    @user-mr3cw9fm2s 2 года назад +205

    Air hujan tidak pernah tahu ia membasahi siapa.tetapi air mata tahu ia mengalir untuk siapa:)

    • @shazrilamri2155
      @shazrilamri2155 Год назад +1

      Tangisan di dalam hujan menyembunyikan kedukaan kita...menangis lah sepuasnya kerana orang lain tak kan perasan

  • @naimhadi9066
    @naimhadi9066 2 года назад +128

    Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan seseorang demi melihat si dia bahagia , suatu masa kita terpaksa pergi dengan hati yang redha dan menerima seadanya. “semoga bahagia selalu” 💪🏻😊

  • @user-vq9gw7ss9e
    @user-vq9gw7ss9e 2 года назад +50

    “ jika kau memilihku pilih saja diriku tetapi jika hati kau terhadap dia pilih saja dirinya kerana aku penat untuk bersaing dengan harapan yang sia sia “

  • @julitahusnaismail1002
    @julitahusnaismail1002 2 года назад +75

    Jangan pernah menyesal jika mengenali seseorang itu, kerana dia yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar

    • @caahcaah5609
      @caahcaah5609 2 года назад +5

      Tapi sakit apa bila kita cuba untuk melupakan orang yang kita sayang kn 😢😢😭😭

  • @gadissyantik7587
    @gadissyantik7587 2 года назад +78

    Jgn memaksa seseorg utk mencintai kita meskipun kita sgt mencintainya..

  • @flymetothemoon3993
    @flymetothemoon3993 2 года назад +38

    Kadang2 melepaskan memang berat tapi itu adalah cara terbaik untuk bahagia dan teruskan hidup 🫠

  • @M.Axsh_
    @M.Axsh_ 2 года назад +44

    Tugasku hanyalah merawat sayapmu, bukan terbang bersama mu :)
    22 Julai 2022 ( Ash )

  • @flymetothemoon3993
    @flymetothemoon3993 2 года назад +35

    Aku percaya pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Tuhan. Kalau sekarang kau berpaling dgn yang lain, aku akan terus berdoa dan berharap. Jika kebahagiaan kau dgn si dia, aku redha. Tapi jika masa akan datang kau dah tak bahagia, aku nak kau tahu, nama kau masih ada dalam doa aku 🫠

  • @es-ii6pf
    @es-ii6pf 2 года назад +25

    melepaskan bukan disebabkan ada pengganti lain dalam hidup kita tetapi ia adalah satu pengorbanan untuk melihat org yg kita sayang itu bahagia dengan pilihan hidupnya sendiri. ya, sakit itu memang sakit tp nama pun pengorbanan kan? pengorbanan yg mana tak sakit? :(

  • @Hafiz_aimn_
    @Hafiz_aimn_ 2 года назад +18

    setelah beberapa tahun bru aku sedar aku dilayan seperti PATUNG. Tapi takpa aku sudah REDHA dengan keHILANGan seseorang yg aku sayang.Kini dia sudah menjadi MILIK org lain yg lebih layak. Aku nk PESAN semoga menjadi seseorang yg berjaya dan kecapi cita cita aamiin

  • @hafiydarwisy6646
    @hafiydarwisy6646 2 года назад +20

    Tetaplah menunggu menjadi sang bintang disaat engkau telah menggapai bulan yang engkau impikan

  • @unknown-hh4dx
    @unknown-hh4dx 2 года назад +31

    "Diselimuti rasa cemburu , namun kaca mencerminkan siapa diriku"

  • @syazwanshapini2737
    @syazwanshapini2737 2 года назад +16

    "berjuang semampu manapon jika dia tidak cuba untuk membuka hati untukmu maka tkkn ade ape yang akan berubah "

  • @flymetothemoon3993
    @flymetothemoon3993 2 года назад +31

    Sudah tiba waktu ku lepaskan kamu,
    Kerna jelas senyum mu lebih ikhlas dengannya,
    Meski dia hadir dampingimu,
    Ketika kau dalam cintaku..
    Namun masih aku doa pada tuhan,
    Tuk damaikan cerita kita dihujung jalan,
    Meski pecah hati mengharap,
    Kau yang telah jadi milik yang lain..

  • @faraaa.61
    @faraaa.61 2 года назад +60

    Lirik dia senang tapi padat, sangat relate dengan aku time 5 years ago. Aku ada someone special yang dah janji nak kahwin dah pun tapi tau2 hilang, itu pun gerak hati nak usya story kawan dia, sakit, patah hati aku dapat tahu yang dia dah tunang dengan orang lain. Dia nampak happy sangat, apapun terimakasih sebab pernah datang dalam hidup aku, beri aku luka yang sangat susah untuk sembuh. Sekarang aku hidup untuk happy kan diri sendiri dan family je, hope kau pun bahagia sekarang

    • @Aan-ls8pc
      @Aan-ls8pc 2 года назад +1

      Cerita saya pula, sahabat baik pernah tido serumah, hiking, running and travel sana sini. Dalam diam bercinta dengan kekasih saya, kantoi lepas ada kawan bagitahu nampak diorang dating. Mula mula tak percaya, bila banyak bukti dapat tak boleh kata apa.. member baik sendiri sailang, dah kawen.. tapi tak sampai setahun, bercerai ada anak perempuan seorang, sekarang dah kawen lain. Ada sebab Allah tunjukkan semua ini dekat saya.

    • @faraaa.61
      @faraaa.61 2 года назад +1

      @@Aan-ls8pc stay strong aan

    • @hafiehdd5745
      @hafiehdd5745 2 года назад

      Sis same lah kite.. 2018 ajak tunang, pastu tetibe hilang muncul hilang tuptup 2022 dapat tau dah tunang dengan orang lain eak patot lah sampai tukar contact number bagai 😅 tapi yang bodohnye kite lah kan tunggu je bertahun² walaupun takde khabar 😂

    • @faiszihamdan6779
      @faiszihamdan6779 2 года назад

      Cinta ni xbole di pksa kan ... tp hadirnye seseorg dlm hidup kita , byk mngajar erti kehidupan , bkn smua org bole move on ..

  • @nuradilah8875
    @nuradilah8875 2 года назад +38

    Bertemu dengannya bukan pintaku..terpesona melihat lirik mata dan senyuman dia..tapi menjadi miliknya adalah ketentuan Allah..semoga Allah dengar bisikan doaku..

  • @unknown-uj1lq
    @unknown-uj1lq 2 года назад +11

    aduh takde pengalaman bercinta pun, dengar lagu sedih auto fefeeling jugak 😂

  • @azrulraffael2863
    @azrulraffael2863 2 года назад +9

    IRFAN HARIS penyanyi yg bagi aku,Levelnya setara naim danial, semua lagu Irfan haris sedap dan fell dia smpai utk berjiwa yg impikan rasa cinta dan bahagia mcm org² lain .Hanya mampu menanti dan berharap takdir tuhan mempertemukan terjadi dan dpt merasa segalanya erti cinta,kasih dan sayang sesungguhnya .

  • @kmrlll
    @kmrlll 2 года назад +5

    Jangan berharap kenapa orang sebab hati kite tak boleh pakse. Kalau suka biar die yang berharap tknk sakit lagi itu je

  • @fathinfatihah0346
    @fathinfatihah0346 2 года назад +17

    bulan ke2 saya di ceraikan kerana orang ke3 lagu ni release, hati mana yang mampu menahan, air mata mana yang mampu kering jika terus mengalir, jiwa mana yang tidak meronta namun ikhlas dan redha terus berbisik😊

  • @TheShauqi
    @TheShauqi 2 года назад +7

    Aku tak pernah menyesal mengenali dia. Semoga kau berbahagia dengan siapa pun bersama dengan dirimu skrg.

  • @qyllaaaa510
    @qyllaaaa510 2 года назад +22

    Sudah tiba waktu
    Kulepaskan kamu
    Kerna jelas senyummu lebih ikhlas dengannya
    Meski dia hadir dampingimu
    Ketika kau dalam cintaku
    Namun, masih aku doa pada Tuhan
    Tuk damaikan cerita kita di hujung jalan
    Meski pecah hati
    Mengharap kau yang telah jadi milik yang lain
    Oh, bisik kepada ku
    Khabar dirimu yang pergi jauh
    Kerna aku rindu
    Suara gurauan kamu
    Bisikkanku tentang rindu
    Agar tenang hatiku menunggu
    Ku menunggu waktu
    Kau kembali
    Tertundukku, sedih pilunya terasa
    Saat kau lambai dan pergi
    Walau bayanganmu kabur dari mata
    Tapi hatimu tetap di sini
    Haa-aa-aa-aa
    Oh, bisik kepada ku
    Khabar dirimu yang pergi jauh
    Kerna aku rindu
    Suara gurauan kamu
    Bisikkanku tentang rindu
    Agar tenang hatiku menunggu
    Ku menunggu waktu
    Kau kembali

  • @nadherahsyaira
    @nadherahsyaira 2 года назад +10

    Sakit untuk melepaskan. Tapi itula takdirnya. Ikhlaskan dan redha

  • @nurlizarshad
    @nurlizarshad 2 года назад +8

    Tolong bisikan kepadaku bahawa kamu rindu padaku,sehingga saat ini..aku masih berharap kau bersama dgn ku seperti dahulu, walaupun hakikatnya kau bukan milikku tapi milik org lain.. Semoga bahagia selalu org baik 🤍 Aku masih menantimu..

  • @faanadd3113
    @faanadd3113 2 года назад +9

    Pilihlah untuk melepaskan meskipun hati masih sayang
    Dari terus bersama ia hanya menyakiti🍂

  • @nikmuniza3732
    @nikmuniza3732 2 года назад +16

    Perpisahan....adalah tahap paling tinggi dalam ujian sebuah perasaan bernama CINTA...tahniah Irfan utk lagu barunya...x pernah mengecewakan

  • @aininsofea2603
    @aininsofea2603 2 года назад +13

    jika pada akhirnya aku tidak bisa memiliki mu, setidaknya aku pernah ada menemanimu 🥲

  • @pabogirl
    @pabogirl 2 года назад +18

    "I hope you're happy, but don't be happier "

  • @mohdalifadlijumali8867
    @mohdalifadlijumali8867 2 года назад +6

    Bercinta tak semesti memiliki...
    Ape pun keadaan,hargai jika benar itu Kententuan ilahi andai seseorang itu hadir Dalam jodohmu...
    Yakinlah....ianya pasti lebih baik...

  • @intanmaizurah1050
    @intanmaizurah1050 2 года назад +12

    "sudah tiba waktu, ku lepaskan kamu, kerna jelas senyummu lebih ikhlas dengannya, meski dia hadir dampingimu, ketika kau dalam cintaku"

  • @anami-san
    @anami-san 2 года назад +19

    Suka lirik dia indeed🔥❤️

  • @abdullah3821
    @abdullah3821 2 года назад +12

    Aku bisa melawan 1000 orang yang menyukaimu,tapi aku kalah dengan 1 orang yang kamu suka')

  • @composer_official4085
    @composer_official4085 2 года назад +7

    Banyak2 lagu irfan haris ni yg betul ii aku minat ❤ salam dri lawas sarawak @irfanharis

  • @lisayunus7569
    @lisayunus7569 2 года назад +6

    im crying 😭 lagu ni mmg kena situasi sekarang😭 i tgh move on dri dia. but sejak dua menjak ni selalu teringat kt dia. dgr lagu ni auto banjir air mata😭 nice song brothaaaa❤️😭

  • @ainroslizan8284
    @ainroslizan8284 2 года назад +5

    hidup ni kadang perlukan pengorbanan , berat hati untuk lepaskan someone yang kita sayang demi orang yg dia sayang , doa yang baik baik untuk DIA yang dah lama pergi dan hilang dalam hidup kita 🤍

  • @shaikibrahim4539
    @shaikibrahim4539 2 года назад +14

    Thank you Ubaidilah...lirik yg sgt bagus

  • @arefixzchannel2373
    @arefixzchannel2373 2 года назад +7

    Melepaskanmu bukan beerti aku benci , tapi aku terpaksa lepaskan untuk jumpa yang lebih terbaik

  • @evasam__________
    @evasam__________ 2 года назад +5

    Aku ok sebenarnya tapi bila dengar lagu ni kene pulak dengan apa kita pendam takmampu dah pura pura kuat. Takpalah nagis la jangan tahan. Lepastu kita bangkit balik okehh!!! Doakan hati ni tenang. Allah uji dengan beban ni sebab allah sayang. Teruskan perjalanan walaupun sakit. (Pujuk diri sendiri)

  • @evasam__________
    @evasam__________ 2 года назад +4

    Dah setahun aku hadap. Mula mula moveon tu memang macam orang takbetul dah. Ni dah setahun perasaan masih sama bezanya sekarang aku lebih kuat tengok kau bahagia. Aku hidup kerana kenangan. Rindu tapi aku relakan kau pergi. Takpa la itu tuhan tetapkan harap kau bahagia dengan dia. 🙂

  • @MFFootballChannel
    @MFFootballChannel 2 года назад +16

    Irfan Haris mmg artis yang underrated gila .. padahal suara dan lagu dah best... Harap Irfan berada di tempat yang sepatutnya dia ada... Sayang.. kualiti ada tapi kurang populariti... Goodluck Irfan ✌️

  • @nanawardya
    @nanawardya 2 года назад +65

    Irfan never fail to make everyone cry with his song ! Great job irfan. I love this song ✨

  • @Shahid-jm1en
    @Shahid-jm1en 2 года назад +9

    Aku takkan pernah berhenti mencintai mu Dan menyayangin mu, meski pun aku tahu cintaku bertepuk sebelah tangan. Love you forever SNA..

  • @sejaty90
    @sejaty90 2 года назад +3

    ternampak irfan new look. n lagu ni di tiktok. terus rasa ehh sedapnya lagu ni..tenang but at the same time feels sad..

  • @salmdyunus6833
    @salmdyunus6833 Год назад +2

    Aku tak tahu ending macam mana untuk relay aku, family dia tak suka aku. Dia sampai keluar rumah sebab hal ni. Tapi tiap hari aku pesan kat dia, balik la rumah jumpa mak, apapun keputusan utamakan mak sendiri. Jangan jadi hamba cinta. Kalau ada jodoh, jangan risau pasti akan disatukan. Aku berserah sahaja pada Allah. Semoga semua baik baik sahaja.

  • @wanfarhanwanshukri2610
    @wanfarhanwanshukri2610 Год назад +2

    sekadar hadir bukan takdir .

  • @wanyyyazman4261
    @wanyyyazman4261 2 года назад +2

    Hanya kenangan... Walaupun perkenalan yg singkat tapi bnyk kenangan... Xpe la klu dia yg mampu membahagiakan awk teruskan... saya happy tgk awk bahagia... Semoga hidup awk sentiasa bahagia dan dipermudahkan urusan,don't be sad 😉 Doakan untuk saya juga 💪🏻🤲🏻

  • @chocscothchip7954
    @chocscothchip7954 Год назад +2

    sayang yang hadir tak boleh dipaksa. sayang yang hadir tak kenal siapa pun, dari mana, agama apa sebab sayang itu perasaan yang tiba2. mula2 menolak, tapi dipujuk untuk bagi sayang, tak pernah bercinta tapi dia orang pertama yang boleh buat sayang tu datang, walhal kami tahu tidak akan direstui dan akan diherdik, tapi sayang butakan semua, rupanya waktu tu dia nak melupakan yang lama, jadi sekadar persinggahan tapi dipujuk lagi untuk diberi sayang, ye aku rapuh, aku bagi peluang. gaduh, happy semua sama sama selama 2 tahun dan membuat aku sedih bila teringat kata-kata "i dengar suara you, nampak you, i rasa okay even tadi i nak marah atau i kena marah" "satu hari tak nampak, tak dengar suara, i cari you pergi mana" tapi itu kata-kata yg spontan keluar tak tahu sama ada dia maksudkan atau tak. sekarang dia dah bahagia dengan orang yang baru kenal, dia dah lupa semua kenangan bersama. senang kan? kalau aku pun boleh seperti itu, tak aku rasa sakit ni. sakit yang membuat hati ku luka tak berdarah. hari pertama nangis gila2, hari kedua nangis sampai tak tidur tak makan, solat mohon petunjuk, hari ketiga aku kembali tapi masih luka didalam, baru aku sedar aku cuma tempat persinggahan sementara untuk buat dia bahagia sementara. aku kecewa, terkilan sebab aku tak tahu apa apa. ini menyebabkan aku untuk buka hati lagi untuk lelaki sangat susah. ..
    .
    .
    kalau kau boleh ajar aku hari-hari tanpa kau, hari-hari yang aku tak perlu ingat kita pernah bersama. pasti aku masih tersenyum lagi. bila kita simpan sayang untuk orang yang betul tapi dah terbagi dekat orang yang salah, sakit yang sangat sakit. aku harap kau bahagia.
    .
    .
    dan aku berdoa agar aku dapat kebahagian aku tanpa kau, keceriaan hidup aku tanpa kau.
    .
    .
    15/11/2022

  • @fadjmalinceasar2139
    @fadjmalinceasar2139 Год назад +1

    suka dengar lagu ni kalau dengar lagu ni ingat dengan c faizal😔 aku masih sayang dia tapi entah lah susah nak cakap lagi buat sakit hati ja😭😭

  • @muhammadasreeabdulrahman765
    @muhammadasreeabdulrahman765 2 года назад +4

    walaupun pengorbanan yang selama ini telah diusahakan untuk bahagiakan dia tapi perasaan tidak dapat dipaksa dengan pengorbanan.

  • @ahmaddanial2792
    @ahmaddanial2792 2 года назад +14

    every pain gives a lesson🥺

  • @SB-du2ob
    @SB-du2ob 2 года назад +5

    Bebrbulan2 bercinta...suatu ari balik je dari dating.. ak dpt mcg drpd dia yg dia nk putus2... terpinga2 ak bgai xleh trima padahal baru balik dating dan hbngan xpernah ada masalah pon....akhirnya ak dpt tau yg dia kembali ke ex nya..brbulan2 brsamanya hnya tmpat dia melepaskn kbosanan.....dan ak tinggalkn mcm tu saja tnpa rsa bersalah..sakit thu mmg trasa..brbulan2 hdup rsa cm org gila...akhirnya ak blajar redha...dan trima semua tu ujian dari Allah...

  • @fatenrazali1125
    @fatenrazali1125 2 года назад +2

    Sudah tiba waktu untuk aku lpaskn kamu.. bertemu dgnmu bukn pintaku, berpisah dgn mu bukn mahu ku..ku rela kau pergi… kerna aku rindu smuanya tentang kamu… semoga bhgia..

  • @mathiuskendawang4776
    @mathiuskendawang4776 2 года назад +2

    3 bulan aku hidup tnpa dia..brsma 1 tahun 3 bulan..panah janji..tpi jnji tu jadi crita dlm drama hidup aku dan skrng aku boleh melepaskan dia..

  • @norhannanisyamimi1510
    @norhannanisyamimi1510 2 года назад +6

    Air mata mengalir saat mulut tidak mampu mengungkap rasa

  • @CikAM728
    @CikAM728 2 года назад +20

    Congratulations Irfan! Great job 🌹

  • @rasyidahkirah8899
    @rasyidahkirah8899 2 года назад +4

    Apa yang kita impikan,
    tak semua jadi kenyataan,
    Hiduplah dalam kebenaran,
    Kenyataan lebih jujur dari penantian.
    To:Kembar

  • @sitizulaika4512
    @sitizulaika4512 Год назад +1

    Saya melepaskan org saya syg , trlalu syg . Tidak mudah . 3 tahun saya bangkit , 1 saat saya dh ikhlas dgn smuanya , Allah gantikan dgn sseorg yg jauh lbh baik ❤️

  • @muhammadsyukribinhassanleo7819
    @muhammadsyukribinhassanleo7819 Год назад +1

    sukanyaaaaaa dgn suara irfan haris ni . syahdu sesuai utk layan galau

  • @kakalost6084
    @kakalost6084 2 года назад +7

    Sepanjang 4 tahun aku dengan dia. Aku tak pernah harapkan dia apa-apa selain setia. Aku selalu belikan dia hadiah. Buat part time sebab aku ni student lagi. Tapi tiba-tiba final year dia minta putus. Rupanya dah ada pengganti. Hadiah aku bagi selama ni tak pernah dia expose di mana-mana sosial media. Tiba-tiba bila orang baru bagi hadiah, terus dia post dengan caption semua. Aku search harga barang tu. Mahal beb. Bila bandingkan dengan nilai aku pernah bagi selama 4 tahun, 3 kali ganda mahal hadiah dia dapat dari orang baru. Padahal aku yang ada dengan dia sepanjang degree. Aku kalah. Tapi masih aku harapkan dia.

  • @keflie365
    @keflie365 Год назад

    kita serah pada Allah apa yg Allah bagi nikmat hanya sementara untuk kita rasa nikmat itu..

  • @emmafarhanah6691
    @emmafarhanah6691 2 года назад +2

    Rindu paling sakit rindu pada dia yg telah tiada . alfatihah buat suamiku 2021 . b i rindu u sgt ,u bisik dkat i janji u tkkn tinggalkan i . knpe u tinggalkan i dulu . mcm mana i nak jaga besarkan ank kita sendiri . siapa nak dgar i cerita siapa nk jd musuh i .

  • @ainmardiah1776
    @ainmardiah1776 2 года назад +3

    Cukup sekadar datang kemudian pergi meninggalkan kenangan yang sukar untuk dihapuskan. Pergilah sejauh mana awak nak pergi, saya takkan halang awak. :')

  • @rinaramlan1289
    @rinaramlan1289 2 года назад +2

    melepaskan seseorang yg kita sayang ni mmg menyakitkan tapi jangan ego. mungkin kebahagiaan dia dgn org lain bukannya dgn kita :’)

  • @cucikakimaki2130
    @cucikakimaki2130 2 года назад +7

    satu lagi karya yang best dari irfan..setiap kali keluar lagu tak pernah tak best...kipidap💪👏👏👏

  • @wanieazwane3870
    @wanieazwane3870 2 года назад +4

    Melepaskan tanpa redha itu sakit💔😔

  • @sakurabungasyurga_dahliasa6882
    @sakurabungasyurga_dahliasa6882 Год назад +1

    Kdang2, kita rasa kita dh cuba buat yg terbaik utk dia.. Tp pd akhirnya mmg bukan dia jodoh kita.. 🙂

  • @dragonball7414
    @dragonball7414 Год назад +2

    Knp stesen radio xputarkn lgu ni
    Hampeh btl.

  • @nursyafikah8753
    @nursyafikah8753 2 года назад +2

    Perit bila kita terpaksa berpisah tapi hati dan perasaan masih sayang antara satu sama lain. Terpaksa sebab memang tahu dia milik orang lain. Memang salah jatuh cinta tapi orang lain takkan faham kita tak mintak semua ni jadi tapi terjadi sendiri. Aku sanggup kuat untuk dia terus kan majlis dia walau dia pun berbelah bahagi n sampai masa dia dah jadi milik orang. Aku akan terus kuatt. Aku pun confuse kenapa aku terlampau kuat. Aku doakan dia bahagia dengan wife dia. Semoga wife dia jaga, hargai and ada susah senang dia.
    Doakan aku pun akan berkahwin oktober nanti
    Semoga aku and dia sama sama kuat
    Kisah kita bukan satu ketentuan tapi mungkin ujian untuk kita😌😌

  • @afifhaikal3156
    @afifhaikal3156 2 года назад +2

    Mereka akan memlih yang selalu ada berbanding dengan yang setia ')

  • @hafizsaid8923
    @hafizsaid8923 2 года назад +3

    Sedappp lagu ni...mendayu - dayu
    dibuai - buai...😄😃😀

  • @aimanalhana4771
    @aimanalhana4771 2 года назад +7

    congrats irfan haris, thank you for the beautiful song! padu sangat love it!❤💙

  • @hafizinjamil449
    @hafizinjamil449 2 года назад +3

    the doctor very handsome 🥰love from kuantan, netherlands🇱🇺

  • @iskandarridzwan7586
    @iskandarridzwan7586 2 года назад +3

    Memang feel bila dengar lagu dari Irfan ni..terbaik

  • @dewaichwannn
    @dewaichwannn 2 года назад +23

    keren banget lagu barunya irfan! 👍🏻✨️
    Salam dari Indonesia 🇮🇩

  • @nurulshahidazakinazir515
    @nurulshahidazakinazir515 2 года назад +2

    6 tahun yang sia sia. Akhirnya kena melepaskan dia demi kebahagiaannya 🤍

  • @najmudinazam9922
    @najmudinazam9922 2 года назад +12

    First time dengar. Mmg sedap lagu ni. Sekali dengar sedap.

  • @ellmira8259
    @ellmira8259 2 года назад +2

    Memang jelas senyummu lebih ikhlas dengannya. Namun aku yg bersamamu saat kita masih bergelar pelajar sehingga kau mempunyai pekerjaan yg tetap. Saat hujan & panas, waktu siang & malam, aku tetap bersamamu. Menemani kau tanpa jemu. Akhirnya, akulah yg terbuang. Dipaksa pergi saat cintaku sedalam lautan. Kau pergi lantas memiliki pengganti yg baharu sedangkan aku masih tenggelam dalam lautan yang kau bina.

  • @ctnurbasirahmatnordin1903
    @ctnurbasirahmatnordin1903 Год назад

    Dh lepaskan bila ternampak pic dia dgn someone new...😢.. dia pergi tanpa tinggal sepatah kata ... Dia nampak bahagia sgt dgn org baru... Kita??undur diri...pulihkan hati sendiri...❤️😌

  • @ainasafiyya6922
    @ainasafiyya6922 2 года назад +6

    Sumpah sedap gila lagu ni ! semoga irfan haris selalu berkarya !

  • @adaakukisah7511
    @adaakukisah7511 2 года назад +1

    Tahniah irfan..semua lgu2 kau best,yg paling aku minat ,redha,pesan dan sekarang lagu ni..tahniah dik...sesuai dijadikan ost drama..

  • @yayanadia4111
    @yayanadia4111 Год назад +1

    Setahun lebih aku tunggu dia untuk kepastian. Ayat yg sama " biar masa tentu. Tkut nk brcnta sb tkt xmampu jga ank org " setiap hr aku msak hntr mkn kt balai. Sejam 20 minit prjlnan ulang alik hr hr. Masih sama. Tapi dia sllu ckp " tgu sy. Jgn g dgn org lain " tup tup dia blk kg up gbr gf dia bg kek. Bg rntai ltk dlm keta. Bru fhm knpa slma ni dia xbg naik krta dia. Bru fhm knpa slma ni dia mtk tgu. TUNGGU UNTUK KECEWA.😊 tpi bodoh nye aku masih MENUNGGU. Dr situ bljr , berhenti percaya pda penantian. Sakit

  • @eipsteinchannel427
    @eipsteinchannel427 Год назад +1

    Kalau tiada bahu utk disandar, ingtlah kita masih ada telur utk didadar kerana hidup perlukan sarapan dan bukan nya harapan!

  • @Safuramohdnoor
    @Safuramohdnoor 2 года назад +2

    Best gilaa lagu ni, first time dgr haritu dah melekat. Goodjob Irfan Haris👍🏼😍

  • @bepopxxx
    @bepopxxx Год назад +2

    Sumpah sedih lgu ni 😭😭😭😭😭😭

  • @auroraaqilah270
    @auroraaqilah270 2 года назад +2

    Lucu ingatkan yang aku tak pernah terfikir sejauh ini aku pergi membawa kisah cinta kita. Mungkin kita terlalu awal untuk meluahkan sebuah rasa menjadi cinta. Mungkin kau terlalu baru untuk menafsirkan setitis air mata yang kau panggil sebuah penyesalan. Ada apa dengan sebuah senyuman yang kau agungkan dahulu? Lihat, kau juga yang menghancurkannya. Seumpama itu juga kau hancurkan jiwa yang kau panggil beban di dalam hidupmu. Walhal bahkan indahnya jika kau tidak berbuat demikian. Kerana kau takkan mungkin terbayangkan bagaimana hati ini tulus menginginkan sebuah kebahagian. Mungkin silap aku mencari bahagia dari seorang pujangga bernama manusia seperti kau. Terima kasih kerana membunuh dia walaupun tinggal aku di dalam sebuah kerinduan. Kisah kita cukup mendewasakan. Terima kasih walaupun wujud sebuah kebencian , kehadiranmu takkan pernah aku sesalkan.

  • @wordlifenz
    @wordlifenz 2 года назад +3

    Dik Ipanggg sejak keluar Big Stage memang 🔥 proud supporter of you dik.

  • @MRMHM-ig8vf
    @MRMHM-ig8vf 2 года назад +1

    jgn dtg mmberi harapan .
    Tapi dtg la mmberi sarapan

  • @nurzakiah6211
    @nurzakiah6211 Год назад +1

    He is my crush , almost 3 years i simpan perasaan dkt dia. Dia layan i baik walaupun on off, but baru baru ni dia update pic dia dgn one girl. And dekat sini, i dah tahu , i patut undur diri. I patut relakan semua ni. I tak layak sbb ada perempuan yg lagi layak untuk dia. I harap u bahagia. I sayang you sgt. Sampai bila bila pun sayang i tak pernah kurang untuk you. I pergi dulu. I takkan cari you.

  • @hurt535
    @hurt535 2 года назад +8

    hargai yang ada walau yang ada tak sempurna kerana yang sempurna belum tentu ada .

  • @hazwanaj9
    @hazwanaj9 2 года назад +3

    Best Dan Sedih La Lagu Baru Irfan Haris😍❤😥👏🏻👍🏻

  • @monsieduran4357
    @monsieduran4357 Год назад +1

    Aku cuba untuk melupakannya,tapi terkadang aku masih memikirkannya °~°

  • @tHeHynDae23
    @tHeHynDae23 2 года назад +2

    Tipulah kalau aku cakap tak cemburu kau layan orang lain walau hanya sebagai kawan SEBAB dari berkawanlah aku mula sayang kau.

  • @OrgKgTV
    @OrgKgTV Год назад +1

    Cinta sejati itu.. tidak harus memiliki?...

  • @fazreinnadia521
    @fazreinnadia521 2 года назад +5

    Aku tak tahu nak cerita macam mana. Tapi aku dalam fasa dibuang terus sebab orang ketiga. Tapi masih tak mengaku. Dan aku terima penipuan dia dengan kejujuran.

  • @alinskz143
    @alinskz143 2 года назад +1

    Lagu ni buat aku sayu jer hmm..best lagu ni.. terima kasih Irfan nyanyi lagu ni dengan baik🫂💖

  • @akufulan
    @akufulan Год назад

    Dah 7 bulan but aku baru tahu ni lagu dia?! Patut mcm familiar je dgr suara dia dkt radio

  • @harzarinaharun8204
    @harzarinaharun8204 2 года назад +2

    Lets move on ....senang untuk diucap namun sukar untuk lakukannya....😓

  • @mewwydae7994
    @mewwydae7994 2 года назад +3

    senyum mu lebih ikhlas dengannya 💔😔