Aliff Aziz Akui Sophia Albarakbah Adalah Wanita Itu. Akan Buat Apa Sahaja Untuk Bella Rasa Selamat

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • TEMU BUAL bersama Aliff Aziz, suami kepada Bella Astillah, di sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
    Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz akhirnya mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga seperti yang didakwa oleh isterinya, Bella Astillah ialah Sophia AlBarakbah.
    Walaupun enggan menyebut nama pelakon wanita tersebut, namun Aliff percaya orang ramai sudah dapat meneka siapakah gerangan aktres tersebut kerana kriteria-kriteria yang diberikan sangat sepadan dengan Sophia.
    “Saya rasa tidak perlu saya sebut siapa nama pelakon wanita tersebut sebab ramai sudah tahu. Saya hanya buat satu drama sahaja sekarang. Heroin saya juga ada satu sahaja. Jadi orang pun dah boleh faham siapa dia.
    “Isteri saya pun tidak menyebut mana-mana nama, jadi lebih baik kita biarkan perkara itu begitu sahaja.
    “Saya juga tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tidak akan melenting kalau tak betul,” kata Aliff.
    Aliff ketika ditemui di sidang Media Ku Akad Kau Dengan Bismilah
    Tambah Aliff lagi, dia tidak menafikan yang kontroversi itu terjadi disebabkan oleh kekhilafan dirinya sendiri yang alpa dalam menjaga ikhtilat.
    “Tiada siapa sangka perkara ini akan jadi sampai ke tahap ini. Saya anggap ini teguran buat saya kerana adakalanya saya lalai menjaga iktilat ketika menjalani penggambaran.
    “Oleh kerana pada awal penggambaran tiada sesi bacaan skrip, kami seolah-olah terbawa dengan perasaan ketika berlakon,” ujarnya lagi.
    Aliff yang enggan memanjangkan isu tersebut menghormati permintaan Bella untuk tidak lagi berganding dengan pelakon filem Jerangkung Dalam Almari itu.
    Demi menjernihkan kembali kontroversi yang melanda, aktor kelahiran Singapura itu berharap agar Sophia dapat tampil memberikan penjelasan.
    “Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan. Apa pun, terpulang kepada dia.
    “Seperti apa yang Bella sudah katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” jelas Aliff.
    Pelantun lagu Sayang Sayang itu ditemui sewaktu sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di Park 28, Mutiara Damansara, hari ini.
    Walaubagaimanapun, heroin drama tersebut tidak menghadirkan diri disaat-saat akhir atas alasan akan menjalani pengambaran di Jakarta.
    * * * * * * * *
    Ku Akad Kau Dengan Bismillah akan bersiaran di sot Akasia TV3 sebanyak 28 episod Mulai 6 Februari 2023, setiap Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam.
    Pelakon utamanya adalah Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz. Terbitan Nuansa Sdn Bhd dan diarahkan oleh Osman Ali dan Yus Yusop drama berkisahkan kekecohan yang berlaku dalam hidup Raisya Hannah (Sophia Albarakbah) tentang kejadian 5 tahun lepas terpaksa membawa dia jauh dari keluarga dan tinggalkan syarikat miliknya Anggun Deko untuk mulakan hidup baru di Sabah.
    Kehadiran bekas kekasihnya, Haikal (Halim Radzi) dan kemunculan Luth Mikail (Aliff Aziz) orang yang terlibat dengan kejadian dulu di Sabah membuatkan kehidupan Raisya Hannah kembali huru hara.
    Petaling Jaya • 1 Februari 2023
    #bellaastillah #aliffaziz #sophiabarakbah
    • • • • • • • •
    • 𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 & 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 -
    hello@f8buzz.com
    • 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹/𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 & 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 -
    gerila@f8buzz.com
    • • • • • • • •
    𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 -
    www.f8buzz.com
    • 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 & 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱𝗮 -
    t.me/f8buzz
    • 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗴𝗼𝘀𝘀𝗶𝗽, 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿 & 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 -
    t.me/f8buzzsembang
    • 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 -
    www.youtube.com...
    • 𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 -
    / f8buzz
    / f8buzz
    www.tiktok.com/...
    / f8buzz

Комментарии • 53

  • @nurulfateha5080
    @nurulfateha5080 Год назад +21

    Aku tak pernah comment psl gossip, tpi cara Alif ngn Bella handle their marriage and also their profession, just a good job, both betul² nmpk matured dlm handle issue and sy doakan moga rumahtangga bella ngn Alif, Sakinah mawaddah Warahmah, aamin ya Rabbal Alamin

  • @rohanimongunjin6563
    @rohanimongunjin6563 Год назад +21

    Aliff dah berubah jadi matang.
    Semoga dpt mengatasi segala ujian hidup utk yg lebih baik.

    • @norkasih1824
      @norkasih1824 Год назад +2

      Bella pun kena berubah juga..
      Dah ada 2 anak pun..
      Matang kan diri..
      Terkadang tengok tergedik gedik
      di tik tok tu..
      aduhai...😪😪🙏🙏

  • @liztaylor4251
    @liztaylor4251 Год назад +7

    U r very professional and matured now alif....brilliant n very well growth... alhamdulillah...
    I doakan all the best towards the future for u n family aliff...
    Wartawan2 ni je yg memg jahat suka nk buat satu2 perkara bertambah kontroversi...

  • @fabianmeringgaisebastian7833
    @fabianmeringgaisebastian7833 Год назад +15

    Very polite and eloquent, Aliff. Much respect for your bravery!

    • @salamahabdulhamid5780
      @salamahabdulhamid5780 Год назад +1

      Bagus eh skarang Aliff dan Bella dah benar2 matang , bella cool n tak suka melenting lenting , so suami makin syg

    • @salamahabdulhamid5780
      @salamahabdulhamid5780 Год назад +1

      Syabas Aliff lelaki bijak yg hurmat wanita2

  • @hambaAllahYgMahaEsa
    @hambaAllahYgMahaEsa Год назад +9

    rasa sebak plak dgr Aliff explain..sbb dpt rasa dia b'ckp jujur drpd hati..lps tu dia ulang² mention wife..alhamdulillah..nmpknye byk dah berubah..hrp² istiqamah n lbih jaga ikhtilat lps ni..blh je tetapkan pendirian n bgi syarat tak nak pegang² dgn bkn mahram..dlm Islam takde istilah demanding ke ape..dah mmg HARAM jgn segan² tolak skrip yg tak patut..niat tak menghalalkan cara..moge dipermudahkan urusan , Aliff n bella kekal hingga ke jannah..inshaaAllah

  • @amnahdasuki6215
    @amnahdasuki6215 Год назад +16

    Terus buka kamus makna iktilat. Learned new words👍

  • @zurriahhassan4
    @zurriahhassan4 Год назад +61

    Soal hati...Perkara biasa sometimes infatuation, rasa suka, rasa sayang dtg dgn sendirinye. Yg salah bila tak de self control, lupa hak orang lain. Asalkan tak teruskan, tau salah, apologise move on jer.

    • @hussinidris3170
      @hussinidris3170 Год назад +4

      Indeed

    • @uzemayhy1525
      @uzemayhy1525 Год назад +21

      dah tau suami org, tk perlu kot nak luahkan...simpan sendiri je

    • @valentinojohnius7689
      @valentinojohnius7689 Год назад +5

      Yes. Correct, but she's educated, matured and at woman's stage, she supposed to know how to control herself, but her attitude shows that she aimed for something that will satisfies her inner feelings, that's what i think of her. Because I watched her other interviews with other men and the way she behave, like she likes catching man, sorry but that what I look at her. Even before Bella reveals be something. ✌️

    • @rohanimongunjin6563
      @rohanimongunjin6563 Год назад +9

      @@uzemayhy1525 tapi sekurang²nya Sophia jujur pada Bella. Kejujuran dapat mengatasi byk masalah. Sementara penipuan/penafian pada benda yg betul tu byk mendatangkan masalah.

  • @matahari5066
    @matahari5066 Год назад +24

    Buatlah sesuatu utk mendapat kepercayaan isteri sbb bila dah sekali melakukan kesilapan mmg sukar utk mendapatkan kembali kepercayaan tersebut.

  • @jiakim5658
    @jiakim5658 Год назад +5

    mybe dia caring just atas kerja or nk serasi dalam watak.. tapi perempuan kan selalu salah faham dgn apa yg respond yg dia dpt. bg aku tak salah ada perasaan tu. tp kena ada batas la. kau dh tau dia dh berkahwin. perlu letak tembok la dkt situ and sedarkan diri yg org yg kau suka tu dh berstatus suami orang. bermesra hanya utk kerja sahaja bukan dekat luar kerja.

  • @noriahghazali222
    @noriahghazali222 Год назад +8

    Hero hensem heroin cantik .

  • @rabaijilayusuadi368
    @rabaijilayusuadi368 Год назад +21

    Setia pada isteri yg dah maaf kan kesalahan lalu

  • @alia.Ng28
    @alia.Ng28 Год назад

    Turut berdoa baikk Buat kekalnya Masjid yg telah terbina.. semoga segala kejadian tidak menyenangkan ini, Menjadi acuan korang lebih baikk di kehidupan yg mendatang.. Memaafkan dan Lupakan yg Buruk tuu. Kekal hingga ke Surga Buat Korang BellaAliff

  • @kissyz
    @kissyz Год назад +4

    Pompuan zaman skrg x Der rasa Malu semua nk bedal

  • @nurulhani5644
    @nurulhani5644 Год назад +2

    Betul.. Buat terbaik buat isteri..

  • @sharuby3450
    @sharuby3450 Год назад +6

    Klu kerap sgt bercinta lokasi nih maksudnya tak payah la jd pelakon.. buat susah produksi dan kacau rmhtgga org je. Sama je laki ke pompuan, tepuk sebelah tangan takkan berbunyik.

  • @azmanibrahim820
    @azmanibrahim820 Год назад +4

    SEBENARNYA
    ALUFF JUGA BAGI RESPON
    KALAU TAK PEREMPUAN TAK BERANI

  • @NoorjanawateeakaWawa
    @NoorjanawateeakaWawa Год назад +1

    Xde org x pernah buat dosa. Bila buat silap, berubahlah. Perangai manusia up & down. Disebabkan artis satu dunia tau. X habis2 kena kecam. Belajarlah dari kesilapan masing2.

  • @sarahali2763
    @sarahali2763 Год назад +8

    Kadang2 setiap kali drama baru mesti ada kes2 pelik..marketing

  • @rynnanna9571
    @rynnanna9571 Год назад +4

    Bagus lah kalau dah sedar dan matang.

  • @habanerodeleteculture788
    @habanerodeleteculture788 Год назад +1

    Saya dr syarikat '"ubat gegat 'terkemuka dah booking siar commercial break utk drama ni, nikmatilah iklan sy sepanjang drama ini nanti, 👍🏼👍🏼

  • @noorhijas2783
    @noorhijas2783 Год назад +1

    Pokok pangkalnya jangan berlakon kisah cinta kalau dah berkahwin hanya mengundang permasalahan dalam rumahtangga.

  • @pielemon4622
    @pielemon4622 Год назад +3

    Dah tau bella tu bini dia buat apa dia nak menggatal lagi… mmg gatal la …cm cantik sgt la.. byk laki2 lain. Bella steady ba kau kalau kacau lagi ko gasak jak … kasi picah mulut nya ba apa kau mau takut… Bella adalah yg terbaik… ❤❤❤❤ mmg kau great Bella… jangan kau kalah ba laki mu tu…
    ALIFF TEPUK SEBELAH TANGAN TAK BERBUNYI… JGN SALAH PILIH BATU DAN PERMATA SI BELLA TU DAH YG TERBAIK… JANGAN BUANG PERMATA AMIK BATU

  • @norzilahramlynor2201
    @norzilahramlynor2201 Год назад +3

    Biasa la cinta lokasi manusia ada hati dan perasaan nak2 pulak berlakun dgn pompuan yang cantik pulak tu tak ingat isteri dah ada setia lah dgn isteri

  • @Ninjatown15
    @Ninjatown15 Год назад +1

    Stop ye anyone talking nonsense.aliff Tak mcm dulu ya,he's more to he's wife and children.i know him well.

  • @zaitonzaki9942
    @zaitonzaki9942 Год назад +1

    Kalau dh syg sgt kt suami x yah lh kau dn suami ceburi bidang seni ni lg dh. G je buat kerja lain yg x membabit kn dri kau dn suami dlm bidang ni habid cerita x yah nk gaduh2 ada org nk sondol laki kau. Mengapa bodoh sgt ada otak fikir la sendri x yah nk kata kt org tu org ni .simpan laki kU tu dlm peti besi kunci kuat2 jgn sampai terbuks kunci Nye ok....tu nasihat Sy dn x yah nk gaduh2 bust malu je...

  • @rafizahabdullah761
    @rafizahabdullah761 Год назад

    Aleaf tu ganteng tall. Tak heran kalau ada yg tersuka. Suka tak mesti nya cinta.

    • @akuorng4004
      @akuorng4004 Год назад

      Mula2 tsuka.klu di biarkan tercinta lepas tu terkahwin..

  • @anitaabdulrahim7835
    @anitaabdulrahim7835 Год назад

    Aku bhrp sgt allah tunjuk kebenaran..kau dah memalukkan dan aibkan satu malaysia, aku bhrp perempuan tersebut akan menjawab perkara ini

  • @norsiahhb3969
    @norsiahhb3969 Год назад

    Nak berlakun pilih2 lah watak kan dah berhijrah....cari rezeki biar lah berkat jgn sampai jadi dosa.....klu ada penyondol jgn lyn klu cuma perempuan sja yg gatal tak kn jadi sama2 lah 2

  • @Faliza-v5n
    @Faliza-v5n Год назад

    Kalau tak bagi kunci macam mana musang tak masok

  • @ngajivinsesiun5761
    @ngajivinsesiun5761 Год назад +4

    Allifsophia sama2 kacak dn lawa

  • @anitaabdulrahim7835
    @anitaabdulrahim7835 Год назад +2

    Matang apa..kalau jenis play boy, lepas itu menyalah org lain, kalau betul kau certaubat knpa masih melayan org lain, bini dia bella menvanang datu mlysia petempuan tersebut bersalah knpa kau tak mrh laki kau melayan..artis teruk mcm ini..balik singapore jelah tak sedar diri..perangai mcm laknat

  • @anitaabdulrahim7835
    @anitaabdulrahim7835 Год назад

    Kau hdk salah org lain termasuk yg terbaru dah 5 scandal, tak sedar diri, diri yg play boy lepas tu menyalahkan org lain, kau tu sblom ini scandal dah 5 org..baik kau balik je ke singapore..jenis tak setia yg satu..lagi teruk dari syamsul

  • @beautifulheart6390
    @beautifulheart6390 Год назад +3

    Alif pun mix Arab sesuai lah tu. Boleh lah kahwin dari berderama. Kalu no HP personal pun dah bagi. Ertinya, jangan sembunyi2 sampai 4tahun mcm sul tepis2 pastu kahwin senyap2. Kali ne tak mungkin bella bagi peluang ke-3. Sepatutnya professional semua berakhir tempat kerja. After that should be tak kenal. Atau alif segaja suruh dia berkawan dengan bella untuk masuk line supaya boleh jadi 2nd 😅. Alif I guess u never change

    • @nibili1482
      @nibili1482 Год назад +5

      Haha... Tp kn no hp tu mana2 drama derang memang ada wasap group

    • @beautifulheart6390
      @beautifulheart6390 Год назад +3

      @@nibili1482 artis ada manager. private number tak perlu kot. Semua artis mgr yg urus hingga phon call berkenaan kerja. 😅 Kecuali saudara mara, bff Dan keluarga boleh lah share private number. Urusan kerja semua di handle pa

    • @lisaaiqablink234
      @lisaaiqablink234 Год назад +4

      Phone alif dia x rename nama sofia ke sbb bella xtahu no sape tu sbb 7,8 misscall..alif xangkat sbb no scammer ke😅

    • @laileealias8523
      @laileealias8523 Год назад +1

      Dont jugde... U not in their shoes.. sebagai manusia kita doa baik2 n guna akal.. yg bernas .. husnozun
      Tp untuk yg suk kco rumahtangga org.. u trying... N u will not happy ever after. Sbb u akn terasa amcam juga ..

    • @danialhaikal438
      @danialhaikal438 Год назад +1

      X baik berburuk sngka.... Doa lh yg baik2

  • @mantop6750
    @mantop6750 Год назад +2

    Nak promo drama la nih... haktuih punya stail

  • @adzmiabdulghani829
    @adzmiabdulghani829 Год назад

    Propa je lebih puak ni...promo drama je...puuiii

    • @eddadam9342
      @eddadam9342 Год назад +1

      aku pn pcaya mereka propa utk promo drama... berdosa jgk wt cmni.. bnde xde diada2kan... 1 day akan jd bebetul... mereka dibayar utk propakan sume ni... lbh kurg program realiti....

  • @mahanumabdullah9174
    @mahanumabdullah9174 Год назад +1

    Haktuih