Bazar Ramadan USJ 4 - Ramai Orang Tegur & Belanja Fendi Makanan

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 25 авг 2024
  • Pada episod kali ini, Fendi meneruskan jelajah Destinasi Bazar ke Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya. Di sini ramai pengunjung dapat bermesra bersama Fendi. Makanan yang dijual di Bazar ini turut menarik perhatian antaranya murtabak yang tebal penuh inti.
    Mari kita lihat apa juadah yang dijual di Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya ini. Komen la kat bawah kalau nak Fendi terjah ke bazar yang seterusnya.
    📍 Lokasi » Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya
    ⏰ Bermula jam 3.00 petang
    Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
    Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti RUclips, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
    Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Комментарии • 274

  • @insan4155
    @insan4155 Год назад +32

    Lepas dia sedekah orang, lepas tu terus menerus orang sedekah kt pendi. Allah balas time tu jugak. Alhamdulillah terus melakukan kebaikan untuk keberkatan di bulan suci ramadhan.❤🌙

  • @holmesconandoyle
    @holmesconandoyle Год назад +52

    xleh bayang klu bkn fendi yg jd hos destinasi tv..kesempoian mmg tiada tandingan..keep it up bro fendi..

    • @goblynification
      @goblynification Год назад +2

      Fendi ni jenis natural & bersahaja. Kalau host lain akan nak nampak macam try hard sangat

    • @shiedarosli642
      @shiedarosli642 Год назад +4

      fendi mmg best jd host utk destinasi tv.. sempoi jerr

    • @user-vc2kj8fh8h
      @user-vc2kj8fh8h 4 месяца назад

      Memang Fendi tak jadi hos destinasi tv doh..

  • @Harimau_Satu
    @Harimau_Satu Год назад +57

    Fendi ni aku tak bleh blah.. Lawak dia bersahaja kadang nak tergelak 🤣🤣🤣

  • @samattv24
    @samattv24 Год назад +39

    Dalam banyak2 youtuber buat mengenai bazar Ramadan ni,dtv paling best,dengan gelagat pengacara fendi.terbaikkkk👍👍👍👍👍

  • @ImaanRa
    @ImaanRa Год назад +16

    Orang USJ ramai betul peniaga yg pemurah. Semoga dilimpahkan lagi rezeki aamiin

  • @kesepian_86
    @kesepian_86 Год назад +13

    Patut nya viewer kena angkat chanel Destinasi TV lebih tinggi,,sebab host nya Fendi ni memang sempoi habis cara interview public...terbaik Fendi 👍🥳👍

  • @farahyusof
    @farahyusof Год назад +33

    Semoga Allah merahmati peniaga pulut mangga tu... pemurah.. dah la senyum ja

  • @azimasyraf2838
    @azimasyraf2838 Год назад +97

    Hebat peniaga melayu kita. Sedekah dan melayu pisah tiada. Moga peniaga melayu yang hati mulia semakin kaya dan berjaya.
    Aamin

    • @kasempantalon
      @kasempantalon Год назад

      Aamiin ya mujiib

    • @nasirramli3601
      @nasirramli3601 Год назад

      @@seminky5341 kau ni budak2 mana ni... komen mcm samseng jawa je...kau tu yang budak2 bingai baru nak kenal dunia

    • @goblynification
      @goblynification Год назад

      @@seminky5341 yg marah2 tu jenis melayu macam puak kau la musibat

    • @muhammadhazim133
      @muhammadhazim133 Год назад

      @@seminky5341 kau la bingai, bingai

    • @fillettru
      @fillettru Год назад

      ​@@seminky5341 habis tu kau nak pukul rata semua melayu ? Habis tu kau tak pelempang dia, kata anak jantan ? Habiis tu, fikir kitorang kesah ke lahabau ???

  • @ikmalhariq8776
    @ikmalhariq8776 Год назад +15

    Tahun ni first time puasa dekat middle east, tengok video Fendi jalan2 Bazar Ramadan mengubat la sikit rindu dekat bazaar Ramadan Malaysia ni .

  • @muhammadnajmi8545
    @muhammadnajmi8545 Год назад +42

    alhamdulillah...terima kasih buat content yang baik di bulan ramadhan ni kepada team DESTINASI TV dan sya sebagai umat islam suka dengan pembawakan diri FENDI dalam video ini..nampak aura orang islam maksu saya tak nampak macam ala barat ...terima kasih ..sekian

  • @backhoe-colour-orange
    @backhoe-colour-orange Год назад +15

    Bazar ambush yang paling best, kerana beliau sangat meramahkan diri...

  • @alifnajmi1997
    @alifnajmi1997 Год назад +29

    Aku suka tengok cara Abang Husaini niaga dan dia punya *"Makan2"* & akak baju putih kat sebelah dia pon aku suka sebabnya dia jenis yang comel

    • @Raxzor
      @Raxzor Год назад +3

      Aip 🤣

    • @penamburo
      @penamburo Год назад

      Ehh tersama plak ..😁😁

    • @jijjo_pakai_nektai
      @jijjo_pakai_nektai Год назад +2

      Haah comel je adik tu hehehe

    • @mohdmemail
      @mohdmemail Год назад +1

      Ko ni mmg nmpkk je kn sibaju putih tu.. to mmg comel pn 😉

    • @mohdridzuanmohdisa7971
      @mohdridzuanmohdisa7971 Год назад

      Anak dia baju putih tu.Kacuk 🇲🇾 & 🇹🇭 sbb tu comey😍

  • @farhanfazilan3760
    @farhanfazilan3760 Год назад +13

    seronok aku tengok fendi terjah bazaar2.

  • @SuryaniAbdsani
    @SuryaniAbdsani Год назад +5

    FUNNY lah haikal tu, slamber. n funny. sy duk ulang2 tengok video nih sbb nak tengok lawak slamber haikal. 😂

  • @gigasflare
    @gigasflare Год назад +13

    Lama tak singgah kampung Subang Jaya aku ni. Bazaar Ramadan USJ 4 ni memang paling legend, bukan setakat makanan jer sedap peniaga2 pun friendly, ramah, cantik2 comel2 mix look speaking stylo sempoi habis :D memang rindu my people there. Insyallah tahun ni sempat singgah balik USJ sambil singgah rumah lama.

  • @masalahar4371
    @masalahar4371 Год назад +17

    Terbaik lah Fendi Distinasi TV mempromosikan gerai di bazar ramadhan. Semoga murah rezeki semua peniaga bazar di bulan ramadhan. Amin...

  • @sitinursyazwani3185
    @sitinursyazwani3185 Год назад +2

    Orang KL selangor memang baik, depa suka sedekah.. sbb depa terbiasa susah cari makan👍

  • @NurQaseh1306
    @NurQaseh1306 Год назад +33

    Alhamdulillah..sedap²nya makanan² kt situ🤤..tengok je dah kenyang..Murah rezeki Fendi..terbaik Destinasi tv..👍🏻..

    • @kelawaqmanhobi-FnR
      @kelawaqmanhobi-FnR Год назад

      hai nur,,jgn ngences sgt tau ...😂😂

    • @NurQaseh1306
      @NurQaseh1306 Год назад

      @@kelawaqmanhobi-FnR haha😆..xla sampai ngences..terliuq je🤭..😅..

    • @kelawaqmanhobi-FnR
      @kelawaqmanhobi-FnR Год назад

      @@NurQaseh1306 hahaha...selamat berbuka puasa ...selamat hari raya..🤭🤭

    • @NurQaseh1306
      @NurQaseh1306 Год назад

      @@kelawaqmanhobi-FnR Ya..Sama² kita..🙏😁..

  • @mrizalibrahim
    @mrizalibrahim Год назад +10

    Terbaik Fendy. Harga yg betul2 mencabar minda.

  • @latiffsaad4182
    @latiffsaad4182 Год назад +249

    Kawan tuu beli nasi ayam goreng kunyit guna duit syiling...i feel it😔

    • @nurulhaq3874
      @nurulhaq3874 Год назад +38

      Pedih,pernah alami,nak beli pon takot,xcukup duit jem,malu lagi

    • @sahrisabah6878
      @sahrisabah6878 Год назад +24

      Sama lah kita..pengalaman guna sen sampai takut risau tak cukup sen..

    • @razeefrazak241
      @razeefrazak241 Год назад +23

      Pernah gak jadi zaman belajar dulu. Korek syiling ngam ngam rm3 je untuk buka.

    • @johnblend7688
      @johnblend7688 Год назад +25

      Yg ni kan 3:58 ?

    • @enlocco9991
      @enlocco9991 Год назад +38

      Kadang2 bukan sebab tak dak duit tapi nak abiskan syiling je.

  • @AedyR96
    @AedyR96 Год назад +4

    apabila buat review ikhlas tolong peniaga kecil alhamdulillah murah rezeki destinasi tv 😊

  • @FatiyahNn
    @FatiyahNn Год назад +7

    Best lah Fendy ni😂 pandai sembang

  • @superscaler
    @superscaler Год назад +3

    lawo anak abg pulut mangga.comel malu2 hihi

  • @L4BOO
    @L4BOO Год назад +9

    cute je la awek tu excited.. haha.. 17:51

  • @matdaud7850
    @matdaud7850 Год назад +4

    Comel la prempuan baju putih yang niaga pulut mangga ...gelak comel

  • @danialarif9251
    @danialarif9251 Год назад +5

    @destinasitv boleh turun ke bazaar ramadahan sijangkang, banyak makanan hebat antaranya kebab/shawarma, akok jawa, nasi ayam tempayan, Sate warisan , memang padu

  • @MHfzSa92
    @MHfzSa92 Год назад +5

    nak tunggu buka ok jugak tengok ni hehe

  • @rorolyfe8604
    @rorolyfe8604 Год назад +4

    orang yang sama hari hari dtg kedai mata kucing tu😅😅✨ nampak sangat regular customer paduu

  • @Danish-iz4pr
    @Danish-iz4pr Год назад +13

    Sekadar cadangan, kalau boleh interview skali orang cina dgn india yg ada kat bazar tu. baru boleh nampak suasana Malaysia😇 Apa2 pun semoga dimurahkan rezeki

  • @snfbrandresources3966
    @snfbrandresources3966 Год назад +2

    Kita boleh nilai mana gerai yg harga rahmah dan ramah melayan pelanggan..semoga semua dimurahkan rezki dari Nya

  • @rexlife360
    @rexlife360 Год назад +5

    Nak tgk fendi rv bazar masjid albusyra feat dgn ust firdaus...mesti lwk..2-2 masuk air..trus rv masjid

  • @zaharishahrin930
    @zaharishahrin930 Год назад +2

    Ramai nya orang kat bazaar ramadan usj4 meriah

  • @Veiniyfl10
    @Veiniyfl10 Год назад +4

    Sempoi betul so fendi ni interview😂😂😂

  • @afiqzf
    @afiqzf Год назад +5

    Fendi is the best as always 😂! Masuk ayaq teruk 😂.

  • @nurulshahada477
    @nurulshahada477 Год назад +3

    saya suka layan video2 destinasi TV .saya nak g bazar malas lagi...tengok video pun da mcm kat bazar,,haha

  • @muhammadsubri6667
    @muhammadsubri6667 Год назад +2

    Alhamdulillah bagus yg bersedekah tu.. Terbaiklah fendi..

  • @marshalltv2997
    @marshalltv2997 Год назад +3

    Esok bang Fendi bleh try Bazar Ramadhan Jln Kuching. Femes kat sana Murtabak. Meriahhh

  • @PengedarShakleeAisya
    @PengedarShakleeAisya Год назад +4

    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
    "Shalallaahu ‘ala Muhammad"

  • @aryariffinfha1410
    @aryariffinfha1410 Год назад +1

    hebat sedekah real balasan ..terbaik..alhamdulillah..

  • @gabant6
    @gabant6 Год назад +1

    sempoi nya fendi.. smu org nk tegur sapa dia.. tk ada kekok.. cm tserempak mmber2 je.. mantap

  • @SantaiChannel78
    @SantaiChannel78 Год назад +4

    Mantap perkongsian.. apa pun terbaik.. perut terus rasa lapaq... 😆😆👍👍

  • @zaidsyuhada3090
    @zaidsyuhada3090 Год назад +3

    Alhamdulillah.....destinasi TV terbaikkk....semoga Allah merahmati kita semua....Aamiin.....fendi nnti mai jalan di pasar ramadhan taman selasih kulim kedah plak....kita jumpa di sana...in shaAllah

  • @combat2064
    @combat2064 Год назад

    Comel adik yang berniaga pulut mangga tu. Berkenan pulak hati ni

  • @azreena.
    @azreena. Год назад +7

    Pendi, hg cuba la intebiu cina ka India ka..tgk depa ramai..sambil tu boleh attract depa subs DTV

  • @dutchlay
    @dutchlay Год назад +3

    Fendi, yang jual pulut mangga yang kepala ada kalung Bunga Bunga tu pun Cun juga. Macam nak hari nie pun terbang terus dari Singapura ke sana.

  • @AbangDiL
    @AbangDiL Год назад +4

    9.30 amboi comel2 semua 😍

    • @fillettru
      @fillettru Год назад

      Pantang aje kau nampak dahi licin ! Dasar buaya darat ! 😂

  • @mohdananasrul6885
    @mohdananasrul6885 Год назад +17

    Sesekali tu cuba tanya pengunjung yg berlainan bangsa.Apa yg mereka cari dibazar tu,,,😊😊😊

  • @luissuarez-ie3jd
    @luissuarez-ie3jd Год назад +2

    amin, murah rezeki yg memberi....

  • @Ffturk
    @Ffturk Год назад +1

    Tiap tahun mesti tunggu Review bazar dari Fendy terbaik!

  • @nursyamimijamaludin1803
    @nursyamimijamaludin1803 Год назад +2

    abg fendy cuba terjah bazar ramadhan kelana jaya plk ney mcm2 ada..memang puas hati

  • @kaknr8242
    @kaknr8242 Год назад +18

    Aku B40...x brani la nk p pasar ramadan ni. Masak apa yg ada ja kt rumah. Dah x de nafsu mkn mcm muda² dlu.

    • @thetimes90
      @thetimes90 Год назад +5

      Citer pasal dulu bawak rm5 gi bazar ramadhan pun dah cukup untuk makan sorang...😅

    • @kaknr8242
      @kaknr8242 Год назад +2

      @@thetimes90 Itulah kan..betul tu. X brani lah oii nk masuk pasar ramadan ni. Klau takat 50rgt tu blum tahuan hala kenyang lagi.

    • @coldogno7
      @coldogno7 Год назад

      byk org bulan ramadhan jd pesta makan

    • @callsigngajus
      @callsigngajus Год назад

      Sama harini mkn singgang 😁

  • @tidakdikenali4189
    @tidakdikenali4189 Год назад +5

    17:13 kedai paling SPECIAL.

  • @zntube7833
    @zntube7833 Год назад +2

    Salam Fendi…alepas ni try bazar ramadhan Pantai Dalam lokasi area Bazaria Pantai Dalam KL… pun meriah…

  • @elwin8357
    @elwin8357 Год назад +4

    Hadir dari kenboja

  • @muhamadzamri9729
    @muhamadzamri9729 Год назад +3

    Fendi mai terjah kt bazar ramadhan Kuala Nerang Kedah plk,meriah jgk bazar kt Kuala Nerang kedah tahun ni

    • @LM_LaserMan
      @LM_LaserMan Год назад +1

      kirim salam pada penduduk2 Kampung Nako bang ya 😅

  • @hassansolehidris3206
    @hassansolehidris3206 Год назад +3

    Assalamulaikum Hadir Second Nya Admin Destinasi Tv dan abang fendi

  • @keisuketakahashiREDSUN
    @keisuketakahashiREDSUN Год назад

    Kedai kak nong sticky rice mango ni memamng rajin bersedekah lah , i ada tengok video kedai ni belanja ichang , then ni belanja fendi pula , terbaik kak nong

  • @anakmalaysia9616
    @anakmalaysia9616 Год назад +2

    tgk orang jual putu piring..lama x makan putu piring

  • @AkuNapie
    @AkuNapie Год назад +2

    Host paling paduuuuu

  • @Mspz
    @Mspz Год назад +4

    Ada kimbang, ada aym, ada dagang..

  • @salahudin1160
    @salahudin1160 Год назад +5

    Malu2 plk ank tuan punya kedai tu..hehe...

  • @naimmullah7962
    @naimmullah7962 Год назад

    Terbaik fendi . Sempoi2 kemaih

  • @ilifarina
    @ilifarina Год назад +3

    Hebat betul abang jual Kee Nguyen at minute 26:20. Hari ni pergi beli, sedap! Thanks ah Ihsan!

    • @seorat
      @seorat Год назад

      saya pernah beli dekat dia ni juga. power dia ni buat coffee. highly recommended.

  • @TariqAltariq-nf2lf
    @TariqAltariq-nf2lf Год назад +5

    Hidup Kami lebih pahala Kais pagi makan pagi kais petang makan Petang.. Baru belajar Puasa kot.. Belajarlah hidup Kais pagi makan pagi kais petang makan Petang agar di Murah Rezki oleh Allah..

  • @razif9216
    @razif9216 Год назад

    Zainal gerai pecal tu jiran saya suatu ketika dulu. Pecal dan semua makanan dia memang mantap.

  • @miframzam
    @miframzam Год назад +3

    Hahahah cute je brother yang first

  • @OppoA-rl5kb
    @OppoA-rl5kb Год назад +1

    here tonton bazar!

  • @mohdarimy7178
    @mohdarimy7178 Год назад +1

    Alhamdulillah amin.?

  • @Muizz1987
    @Muizz1987 Год назад +2

    Lol 😂 lain chi kang dalam akuarium 16:16

  • @raa_ahmad
    @raa_ahmad Год назад

    Taiping hadir. marathon banyak vdeo harini

  • @Resetchannel.
    @Resetchannel. Год назад

    the one and only Fendi ..thumbs up !!

  • @serinasharif2431
    @serinasharif2431 Год назад +2

    Banyak jgk juadah kat bazar ni

  • @bluesky1150
    @bluesky1150 Год назад

    😂😂haha.. slamba ja brader tu bg ucapan utk mak dia.. jujur sgt tu..

  • @ajidmt0736
    @ajidmt0736 Год назад

    Ala saya tgk ni salah time la...patutlla air liur asyik meleleh je

  • @fareast1991
    @fareast1991 Год назад +1

    ramah baik punyaaa

  • @haniflee7282
    @haniflee7282 Год назад

    Pemurah betul yang jual pulut mangga tu..haritu sedekah dekat ichang..semoga murah rezeki depa

  • @ridzuansariff1495
    @ridzuansariff1495 Год назад +1

    Dugaan....

  • @AbgLongPadil.
    @AbgLongPadil. Год назад +1

    Waalaikumussalam...

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 Год назад +1

    Suka tgk Fendi ramah je smua org suka,byk mknan kt situ rambang mata d buatnya

  • @dillacarbon9127
    @dillacarbon9127 Год назад +1

    Alhamdulillah

  • @simpleperson2891
    @simpleperson2891 Год назад

    1 lagi apam balik subang jaya , ada kat situ , padu apam balik depa , 11/10 mmg padu Jagung banjirrrr

  • @azimmofficial9822
    @azimmofficial9822 Год назад +2

    nak jd host destinasi tv la mcm ni,

  • @aulonetupaizr
    @aulonetupaizr Год назад +1

    Tu dia..mai dah...bang sur..

  • @honeybunny2887
    @honeybunny2887 Год назад +1

    Ada pun murtabak Tepeng, dulu kat bazar Ramadhan usj 4 ni ada orang paru goreng cili sedap sungguh.. Lani tak tau la ada ka dak..

  • @muhammadkhamdan-fi8jt
    @muhammadkhamdan-fi8jt Год назад +1

    yg pakai jekat hitam tu mcm knal… tgok mmg btul sya lahhh tu…😂😂

  • @lamintos87
    @lamintos87 Год назад +4

    aku suke tgok part2 temuramah..."nma sy dragon"😂🤣

  • @aramlanhassan
    @aramlanhassan Год назад

    thanksss

  • @manotai6548
    @manotai6548 Год назад

    Mantap fendi

  • @treasurehunt3115
    @treasurehunt3115 Год назад +1

    Fendi dan destinasi tv mai la area Bazar Ampang dgn Tasek permaisuri bro

  • @vivo9220
    @vivo9220 Год назад

    Salam bole tahan ramai

  • @arifmddisa1274
    @arifmddisa1274 Год назад

    "Abang roy kalau kat tiktok petik jari". 😂😂 NAMUUNN

  • @judabenhurmin84
    @judabenhurmin84 Год назад

    kopi vietnam ni kalau nak yg sedap mai beli kt Nilai, Cá Phê kedai nama diberi...sedap gila! paling sedap pernah aku rasa, abg yg juai tu pon ramah. pi try lekaih!

  • @hdilms
    @hdilms Год назад +3

    Gaya tangan masuk poket amek duit tu stail 😂

  • @TariqAltariq
    @TariqAltariq Год назад +2

    Kami hari² Puasa Kais pagi makan Pagi kais Petang makan Petang. Belajarlah hidup Puasa spt yg kami Tanggung Hanya makan Pagi berak Tengah hari Petang Makan

  • @judabenhurmin84
    @judabenhurmin84 Год назад

    bazar romadan ni kita kena stick dengan kedai/owner yg sama ja tiap2 tahun. dah tau2 sedap. yg baru2 ni belum tentu sedap...indah rupa dari rasa!

  • @user-yh5sy1oh5s
    @user-yh5sy1oh5s Год назад

    bazar masjid albusyra merbuk dengaq kata padu padu, try pi tgk paaaaa

  • @AbdulHadi-ny3vf
    @AbdulHadi-ny3vf Год назад

    Tepung pelita MMG rare la..pantang nmpk..tapi skg bnyk org derhaka resepi..xsama rasa😭😭

  • @ebbyhadi2026
    @ebbyhadi2026 Год назад +1

    Abg fendi….mai bazar semenyih..depan lotus

  • @pieyantokyop9994
    @pieyantokyop9994 Год назад

    Best fendi

  • @user-ch9jr3iw9i
    @user-ch9jr3iw9i Год назад +3

    kami takmau pengacara lain selain Fendi di Destinasi TV...betul tak gais?

    • @DESTINASITV
      @DESTINASITV  Год назад +2

      Boleh follow Fendi di sosial medianya. Suruh dia buat content hari-hari. Fendi pun tak nak buat food review dengan kami dah