KAMPUNG BUNIAN GUNUNG JERAI | HIKING GUNUNG JERAI

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 6 сен 2024
  • Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Video kali ini membawakan anda hiking ke dalam hutan Gunung Jerai. Melawat tempat-tempat yang dikatakan perkampungan bunian. Kawasan Batu Kapal yang dikatakan disumpah Sang Kelembai. Kolam tempat puteri bunian mandi dan juga Air Terjun Alur Naga dikatakan tempat naga Gunung Jerai bertapa. Serta sedikit pengenalan tumbuh-tumbahan dan herba didalam hutan.
    Sedikit kisah mistik Gunung Jerai
    Rumah dalam hutan
    Wan Teh yang sering keluar masuk ke pergunungan Gunung Jerai untuk mencari sumber hutan sejak tahun 1980-an juga pernah melalui pengalaman aneh.
    Ceritanya, pernah satu hari, dia bersama seorang rakan masuk ke kawasan pergunungan itu untuk mencari akar kayu sebelum tersesat ketika dalam perjalanan pulang.
    Tambahnya, ketika itu waktu sudah senja dan hujan lebat sehingga menyebabkan mereka sukar mengesan laluan denai yang sering digunakan.
    “Dalam keadaan cemas , saya ternampak beberapa buah rumah kayu yang berlampu di satu sudut hutan di gunung ini. Saya panggil kawan yang sedang berteduh di bawah pokok untuk pergi meminta bantuan.
    “Lepas saya pusing balik, rumah itu sudah hilang. Selepas itu, baru kami jumpa jalan pulang. Pelbagai tanda tanya bermain dalam minda dengan bulu roma meremang,” katanya.
    Tegasnya, dia berasa amat bersyukur kerana tidak masuk ke perkampungan bunian tersebut, kalau tidak mereka berdua mungkin tidak akan jumpa jalan keluar hingga hari ini.
    Cerita mengenai bunian di Gunung Jerai juga pernah menggemparkan negara dengan kehilangan seorang pemuda berusia awal 20-an pada tahun 2000.
    Pemuda itu dikatakan mengikut seorang gadis cantik yang berada di gunung tersebut. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari pemuda tersebut, namun gagal ditemui.
    Setelah seminggu misteri kehilangannya heboh diperkatakan, akhirnya mangsa dijumpai mati di sekitar kawasan air terjun.
    Mayat mangsa ditemui dalam keadaan ngeri tanpa kepala dan badannya diceraikan.
    Dikatakan tempat pemuda itu ditemui adalah penempatan bunian.
    PENGUNJUNG dinasihatkan tidak bercakap besar ketika mendaki Gunung Jerai, dibimbangi tidak bertemu jalan pulang. - Gambar hiasan
    Meskipun gunung tersebut terkenal dengan pelbagai kisah aneh, namun ia sentiasa menjadi tumpuan pengunjung terutamanya bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan menikmati keindahan alam.
    Wan Teh turut mengakui, terdapat individu yang datang ke situ semata-mata untuk bertapa terutamanya dalam kalangan pengamal perubatan tradional.
    Justeru, dia menasihati pengunjung supaya jangan terlalu taksub dengan cerita-cerita yang diperkatakan supaya tidak menjerat diri.
    “Saya selalu bawa orang luar mendaki gunung ini. Saya sering menasihatkan mereka supaya tidak bercakap besar.
    “Paling penting, perlu ada niat yang baik ketika mendaki. Jangan sesekali ada niat tidak elok, takut-takut tidak jumpa jalan pulang,” tuturnya.
    #uwaischannel #djipocket2 #iphone12 #urbanexplorer #misterigunungjerai #mistik #gunungjerai #yankedah #kedah #penjarahmistik #paranormal

Комментарии • 44

  • @akuaku3837
    @akuaku3837 10 дней назад +1

    ada satu laluan nsk ke batu kapal..ada sebiji batu yg berbentuk ikan.

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  10 дней назад +1

      @@akuaku3837 ye. Betul. Sebelum sampai pondok tu🥰

  • @rajashahmizan7367
    @rajashahmizan7367 Месяц назад +1

    Ya ada. Saya ada dengar...

  • @ia6325
    @ia6325 7 месяцев назад +1

    Memang ada kampong Bunian. Mereka tolong langkah ilmu ilmu silat gayung Gurun, Kedah D.A.

  • @taufikramly2198
    @taufikramly2198 Год назад +1

    👍👍👍 mantappppppp

  • @ziman-mk8zv
    @ziman-mk8zv 11 месяцев назад +1

    Dpt pahala ka ziarah org bunian

    • @dahlansalih4180
      @dahlansalih4180 11 месяцев назад +2

      Pahala x pasti.. tapi kalau ada rezeki dptlah ilmu pengetahuan serba sedikit tentang alam ghaib.. sbb ada sebilangan manusia ni teringin tahu kewujudannya dan hanya mahu sekadar pengalaman

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  10 месяцев назад +1

      Sekadar nak merasai pengalaman🥰

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  10 месяцев назад

      Betul🥰

  • @AbamHitam
    @AbamHitam Год назад +1

    jinakk no ayam kot tu....

  • @niksyafiyyah3088
    @niksyafiyyah3088 Год назад +3

    💙

  • @taufikramly2198
    @taufikramly2198 Год назад +1

    Tq info nya

  • @nurulshyams342
    @nurulshyams342 10 месяцев назад +3

    ❤DAH KURANG ORANG MELAYU KiTA YANG PANDAi BAB HUTAN DAN POKOK POKOK YANG BOLEH DiBUAT UBAT ATAU BOLEH DiMAKAN..
    ❤KALO ADA ORANG YG PANDAi BOLEH LA TULiH BUKU DAN BOH GAMBAQ2 POKOK ATAU DAUN SERTA KEGUNAANNYA..
    ❤LANi YANG KENAi PUN AYAQ KETUM…DAUN TAK PENAH TENGOK😊

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  10 месяцев назад

      Betul. Saya pun kagum dengan orang yang pandai dengan ilmu hutan ni🥰

    • @norasimahrahman2912
      @norasimahrahman2912 2 месяца назад

      Cuba tgk vlog " Tuan Hutan".. dia mmg mengambil herba2 dan akar2 kayu dari gunung jerai utk dibuat ubat..

  • @dzulismail343
    @dzulismail343 2 месяца назад

    Rimau tak dak noh

  • @abdkarim6141
    @abdkarim6141 8 месяцев назад +1

    mana2 kg bunian , konten lbih byk bercakap dan mendaki bukit jer ..

  • @fazilahilah9129
    @fazilahilah9129 Год назад +1

    Banyak pokok buluh...pokok buluh apa tu?

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  Год назад

      Pokok bululh disebelah mana tu?

    • @fazilahilah9129
      @fazilahilah9129 Год назад +1

      @@uwaischannel86 masa nak naik dok nampak daun daun buluh..sampai ke telaga,lepas tu pusing naik balik...rata rata dok nampak pokok buluh batang kecik2 tu..kalau bukan takpa..blh tau dak pokok jenis MCM daun buluh..

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  Год назад

      @@fazilahilah9129 bukan pokok buluh tu. Daunnya nampak sama. Ada guide ni bagitahu tapi lupa pulak namanya🥰

  • @sangsinarbayu6722
    @sangsinarbayu6722 Год назад +3

    Assalammualaikum Abg Wan, boleh kongsi no tel, sy selalu jugak ke Gunung Jerai, tapi takat di kaki Gunung je, nak cuba jln2 tapi x de pemandu...

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  Год назад

      Saya pun takde no tel guide. Yg bawa kami tu pun kenalan kepada salah seorang ahli rombongan kami yang biasa naik gunung jerai🥰

    • @panglimahitam9944
      @panglimahitam9944 Год назад

      Jom..kami bwk p..

  • @officalyasuo6532
    @officalyasuo6532 Год назад +2

    Xnmpk pn org bunian saya cba r

  • @BanglasiaCintaSamaKamu
    @BanglasiaCintaSamaKamu Год назад +1

    Mana kampungnya?

  • @fazilahilah9129
    @fazilahilah9129 Год назад +1

    Boleh ka kalau kita jalan bersendirian atau berteman berdua atau bertiga?ada ka askar di post atas gunung jerai?

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  Год назад

      Lebih baik berkumpulan dan orang yang arif mengenai trek ni. Sebab pernah ada kes orang hilang kat trek ni sampai sekarang tak jumpa. Pernah ada jugak yg hilang kat trek ni dan dijumpai dah tak berkepala( yang ni tak tau betul ke tak). Askar ada jaga di kawasan menara pemancar dipuncak gunung jerai. Trek ni disekitar kawasan resort je.😬

    • @fazilahilah9129
      @fazilahilah9129 Год назад +1

      @@uwaischannel86 ya ka...mesti kena ada pemandu arah.baguih2...askar rejimen dari mana jaga kat menara..untung anggota2 dgn pegawai kat atas...terima kasih naa

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  Год назад +1

      @@fazilahilah9129 yup kena ada guide untuk elak perkara tak diingini. Kalau dah biasa takpe. Tu pun elok berkawan. Hutan ni lain macam sikit. Orang bertapa pun ramai. Memang terbaik askar kita👍

    • @fazilahilah9129
      @fazilahilah9129 Год назад +1

      @@uwaischannel86 baik2...jaga kelakuan,mulut kita la nohh dok kat atas gunung...

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  Год назад

      @@fazilahilah9129 betul tu. Kita masuk tempat orang memang kena jaga kelakuan🥰

  • @Dipwater
    @Dipwater 8 месяцев назад

    Kalau fhm mksd “manusia khalifah di muka bumi” tak obses nak cari bunian/jin ni.. 😄 masuk hutan lg bagus belajar psl alam.

  • @ashrafashyumahira
    @ashrafashyumahira 7 месяцев назад +1

    sembang Sampai mati pun Xabis ..

    • @uwaischannel86
      @uwaischannel86  7 месяцев назад

      Terima kasih🥰

    • @kakwanachannel3975
      @kakwanachannel3975 3 месяца назад

      Ape yg sembang sampai mati x abes..jgn asyik ambik ilmu barat dan ilmu kemodenan jerr