Resepi Nasi Arab Kambing - Paling Mudah 2023

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 26 авг 2024
  • Resepi Nasi Arab Kambing versi Nasser's Kitchen ialah resepi nasi arab berasaskan Nasi Mendi yang telah diolah dan dipermudahkan mengikut cita rasa tempatan. RESEPI lengkap dan senarai bahan-bahan di laman web Nasser's Kitchen www.nasserskit...
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini diilhamkan dari timur tengah, Nasi Arab Kambing Mendi versi saya. Tidaklah 100% macam Mendi asli yang dibakar dalam tanah tetapi cara yang lebih mudah tapi tak kurang sedapnya. Jom kita ke dapur!
    Bahan utama yang kita perlukan 2kg daging kambing dipotong kecil seperti ini. Saya gunakan bahagian bahu dan peha.
    Kita juga perlukan 4 biji bawang merah dan 5 ulas bawang putih. Kedua-duanya perlu dikisar seperti ini.
    3 Biji cili hijau, 3 biji cili padi hijau ( untuk yang suka pedas ), 6 ulas bawang putih, sedikit kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, 10 biji buah pelaga dan 1 inci halia.
    Cili, halia dan bawang putih perlu dihiris seperti ini.
    6 sudu besar rempah kurma. Saya gunakan rempah kurma untuk meringkaskan resepi ini kerana kebanyakkan rempah dalam Nasi Mendi sudah ada didalam campuran rempah kurma seperti ketumbar, jintan, 4 sekawan, dan lain-lain.
    2 sudu besar jintan manis
    1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
    1 sudu kecil serbuk lada putih Aji Shio
    Sedikit koma-koma atau saffron
    3 helai daun salam.
    Kita mulakan dengan menumis bahan kisar, bawang merah dan bawang putih. Kita akan masak daging kambing dahulu kerana kita akan gunakan sedikit air rebusan kambing untuk masak nasi Mendi.
    Nasi Mendi yang asli sukar untuk disediakan di rumah kerana dimasak dalam tanah dengan arang. Jadi resepi ini akan menggunakan beberapa kaedah lain yang lebih sesuai digunakan dirumah.
    Bila bahan kisar sudah wangi, kita masukkan kayu manis, cengkih, buah pelaga dan halia.Tumis untuk 1-2 minit.
    Masukkan rempah kurma. Dan gaulkan sebati. Kalau terlalu kering tambahkan sedikit air supaya rempah tidak hangus dan lebih mudah disebatikan. Tumis untuk 2-3 minit lagi.
    Masukkan Jintan Manis. Lada hitam kasar , dan lada putih Aji Shio.
    Tambah sedikit air lagi dan gaulkan sebati.
    Sekarang kita masukkan daging kambing. Jangan risau kalau nampak air berwarna merah dalam daging. Itu bukanlah darah tetapi pigmen berwarna merah dalam daging yang dinamakan myoglobin, sejenis protien yang terdapat di dalam daging.
    Gaulkan supaya setiap permukaan daging disalut dengan campuran rempah.
    Jangan biarkan rempah melekat di tepi periuk.
    Masukkan bawang putih, Cili hijau dan cili padi hijau. Nasi Mandi yang asli tidak berapa pedas dan cuma guna cili hijau sahaja. Saya lebih suka yang pedas, tapi kalau nak tinggalkan cili padi pun boleh. Masak untuk 2-3 minit lagi.
    Sekarang kita tambah 1500ml air atau 5 cawan air. Gaulkan supaya rempah larut sepenuhnya di dalam air. Daging boleh dimasak di dalam periuk tetapi untuk menjimatkan masa , saya akan masak di dalam pressure cooker.
    Pindahkan daging kedalam pressure cooker. Dan juga air rebusan.
    Tambah 1 sudu kecil serbuk kunyit, sedikit koma-koma. Koma-koma adalah perisa penting di dalam masakan Mendi dan juga akan memberikan warna kuning. Kalau tak ada koma-koma boleh gunakan pewarna kuning.
    4 sudu kecil garam atau secukup rasa. Tutupkan dan masak mengikut peraturan atau setting pressure cooker anda. Biasanya akan mengambil masa 40-50 minit.
    Begini rupanya setalah dimasak. Ketepikan dahulu sementara kita sediakan nasi mendi.
    Untuk 2 kila daging kita akan masak 4 cawan sukatan periuk nasi beras basmati.
    Cuci beras dengan air sehingga air menjadi jernih. Mencuci beras akan mengurangkan kanji terlarut semasa kita masak nasi. Kanji ini akan membuat nasi melekat dan tidak berderai. Oleh itu langkah mencuci beras ini amat penting untuk hasil terbaik. Beras basmati kaya dengan satu perisa khas yang sensitif pada haba. Merendam beras sebelum dimasak akan membolehkan beras menyerap lebih banyak air dan waktu memasak dapat dipendekkan. Ini akan menghasilkan nasi yang lebih sedap.
    Bila air sudah kelihatan jernih, tambah air dan rendamkan untuk 30 min sehingga 1 jam.
    Bahan-bahan tumisan untuk nasi ialah 2 batang cili hijau, 2 batang cili padi hijau, 1 biji bawang holland, 6 ulas bawang putih , 3 helai daun salam, dan 1 kiub pati lembu ( jika suka ).
    Cili,bawang dan bawang putih dihiris seperti ini. Kita juga perlukan 1/2 inci halia dihiris.Parutan kulit 1 biji lemon. Sedikit kismis, terpulang berapa banyak anda suka nak letak. Dan sedikit koma-koma atau Saffron. Kalau tak ada, boleh gantikan dengan pewarna kuning.
    1 1/2 sudu besar jintan manis, 3 sudu besar rempah kurma, 1 sudu besar serbuk lada hitam.
    Panaskan 1 sudu besar mintak masak. Tambah 2 sudu besar minyak sapi.
    Bila minyak sapi sudah cair dan panas, masukkan bawang holland.
    Masukkan bawang putih bila bawang holland mula layu. Tumis dengan api sederhana untuk 1 - 2 minit.
    Masukkan cili hijau dan cili padi.

Комментарии • 88

  • @ismailaman8100
    @ismailaman8100 8 месяцев назад +3

    Inshallah sy akan try...sbb sy dh try nasi briani tuan mmg sedap & menjadi wlupn xpernah masak nasi briani sbelum nie...stap yg senang difahami

  • @SiswatiSiswati-fz1vc
    @SiswatiSiswati-fz1vc 28 дней назад

    Alhamdulillah terima kasih saye lagi di arap saudi dan perlu banyak tau tentang resipi,,

  • @syakirahkierah6256
    @syakirahkierah6256 Год назад +3

    sya dh cuba resepi niii mmg sedapppp❤❤❤

  • @kamisahkamsan574
    @kamisahkamsan574 3 года назад +3

    Asalamualaikun nasirr nasir ni pndai masak lh org nya sdgkn ni cuma tgok rancangan nasir msk nasi dn lauk yg sgt ber zat dn lazattt smuga brjaya aminn

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 Год назад +2

    Hahaha… memang padu nasi arab mandy versi Nasser Kitchen. I ❤ it. Tq chef

  • @mpauzi2171
    @mpauzi2171 5 месяцев назад +1

    Mantop

  • @junainahnik541
    @junainahnik541 2 года назад +2

    Tq Cheff.. Resipi yg senang utk di ikuti.. Terbaikk..

  • @anuarahmad1914
    @anuarahmad1914 3 года назад +3

    Saya suka penggunaan bahasa melayunya. Fasih dan lancar. Masak no komenlah, tentulah sedapp...👍👍👍❤

  • @Kamariah708
    @Kamariah708 3 месяца назад

    Terima kasih resipi. Saya dah buat. Memanggg sedap

  • @norainisahid539
    @norainisahid539 3 года назад +1

    assalamualaikum wr wb . Sgt jelas tutoriol utk masak arab kambing.Smoga bermenafaat ilmu yg d curahkn

  • @asmahabdulmajeed5196
    @asmahabdulmajeed5196 3 года назад +1

    Terima kasih share menu nasi arab..

  • @nabilnasser6964
    @nabilnasser6964 3 года назад +4

    Interesting dish. Can't wait to try this!

  • @UmmiAtiyahAtifsKitchen
    @UmmiAtiyahAtifsKitchen 3 года назад +1

    Terbaikkk naseer kitchen..menyelerakan🥰

  • @UstazAizil
    @UstazAizil Год назад

    Terbaiklah

  • @sugiono5857
    @sugiono5857 3 года назад +1

    Hmmm sedapnye kelua air liur..

  • @hasnahembong1047
    @hasnahembong1047 2 месяца назад

    Saya nak cuba masak ni nampsk sedap

  • @hazamshariff3391
    @hazamshariff3391 3 года назад +1

    ماشاءالله تباركالله ....

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  3 года назад

      جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا

  • @zahrahdaud5625
    @zahrahdaud5625 3 года назад +1

    Salam....terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu...

  • @rumainoorsalehan2440
    @rumainoorsalehan2440 Год назад

    Sedapnya nk resepi

  • @raubmohamad7813
    @raubmohamad7813 Год назад

    Hj Raub nasi arab sedap dirasa

  • @ahmadfaridah370
    @ahmadfaridah370 Год назад

    wow berbau hingga ke rumah saya..hihi

  • @munerahmohamed2846
    @munerahmohamed2846 3 года назад

    Jazakallah khair ..naseer...

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 7 месяцев назад

    Tqqq pak naser kan di coba bikin y0000😢😢😢😢😢

  • @amranailan652
    @amranailan652 Год назад

    Selera terbuka pagi pagi nie. Nampak enak. Saya nak buat kambing seekor utk malis aqiqah bole kah saya dapat smoke flavors utk bau yg enak ..dan bagai mana saya nak buat salad terbeak resepi timur tengah

  • @shuramajid3020
    @shuramajid3020 3 года назад +3

    sedapnyaaa. lapar tengok siang2 gini. nanti ada masa nak buat. tq chef !

  • @ayaniismail3696
    @ayaniismail3696 3 года назад +2

    Looks good la bro Nasser.

  • @zahrahahmad7672
    @zahrahahmad7672 Год назад

    terima kasih resepi..saya minta halal kan ye..

  • @idrischedin8265
    @idrischedin8265 2 года назад

    Tksh..aresepinya..👌😅👍

  • @norihanmatdesa141
    @norihanmatdesa141 2 года назад +1

    Tq chef...😍

  • @natashaazereen1915
    @natashaazereen1915 3 года назад +1

    Salam Nasser. Sedapnyaaa. Tapi boleh tak sy nak ganti kambing tu dgn ayam je.

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  3 года назад +1

      W'salam. Pada dasarnya boleh, tetapi perlu ubahsuai kuantiti rempah dan waktu memasak supaya sesuai dengan ayam kerana ayam lebih cepat masak. 😀

  • @yahayun6253
    @yahayun6253 4 месяца назад

    ❤❤❤❤❤

  • @tongsampahperfumechanel7907
    @tongsampahperfumechanel7907 2 года назад +1

    Sedapnyaaa cheffffff nasikkkkkk manddiiiiii.. esok nak mandi daginggggg . Tq chef. Moga murah rezeki Aamin3x

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 года назад

      Sama-sama dan selamat mencuba. Aaminn 🤲

  • @sofiazeyn626
    @sofiazeyn626 Год назад

    Assalamuaalaikum nak Tanya kalau pressure cooker tu brand apaaa Dan Jeni's yang mcm mana

  • @afidahmarini9392
    @afidahmarini9392 4 месяца назад

    Minta halal resepi.ni ye chef,

  • @iluvkfood
    @iluvkfood Год назад

    Hi! Resepi ni boleh ganti dengan ayam x? Saya nak buat chicken mandy

  • @azharyahya3208
    @azharyahya3208 Год назад

    Nk resepi sos tomato tu chef

  • @abdulmunir7926
    @abdulmunir7926 3 года назад +1

    izinkan sy share ya

  • @mohdaisamuddin8713
    @mohdaisamuddin8713 2 года назад

    19 ramadhan 2022 here

  • @ahliafarid5328
    @ahliafarid5328 2 года назад +1

    Chef nk tanya..Klau masak nasi guna air sup kambing tu boleh x..

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 года назад

      Memang ada gunakan air sup daging semasa kita tumis rempah untuk nasi, tapi jangan gunakan air sup sahaja kerana rasa rempah terlalu kuat, perlu gunakan air biasa seperti dalam video.😀

  • @Kay-gp9st
    @Kay-gp9st 2 года назад

    Assalamualaikum boleh share resepi

  • @pinkviolet5145
    @pinkviolet5145 3 года назад +1

    Boleh beri resepi salad..

  • @hahha12341
    @hahha12341 2 года назад +2

    Air rebusan daging maksudnya kena rebus dlu ke dagingnya?

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 года назад

      Air rebusan daging ialah air dari kita rebus daging kambing bersama rempah pada awal resepi. 😀

    • @hahha12341
      @hahha12341 2 года назад +1

      @@nasserskitchen okay baik! Terima kasih banyak. Saya dh buat td. Sedap resipe nya, tak sangka jadi first time buat 😆 semoga chef di murahkan rezeki ✨

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 года назад

      @@hahha12341 Alhamdilillah. Aaminn 🤲

  • @rahizaaaabdrahman4169
    @rahizaaaabdrahman4169 2 года назад +1

    Jintan tu kalau tu diblander halus boleh ke cheff?

  • @ToAllahIreturn
    @ToAllahIreturn 2 года назад

    Salam chef, boleh share resipi utk sos/sambal dan sup tu juga?

  • @sofiazeyn626
    @sofiazeyn626 Год назад

    Klaau Tak gune nasi basmathi boleh ke

  • @mohdwildanazmi8552
    @mohdwildanazmi8552 3 года назад +1

    boleh guna air rebusan td x utk masak nasik?

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  3 года назад

      Memang digunakan tetapi bukan semua untuk masak nasi, takut rempah terlalu banyak. Sebahagian lagi digunakan sebagai sup. 😀

  • @husainichelsea5770
    @husainichelsea5770 3 года назад +1

    Assalamualaikum.. 1 cup beras bersamaan dgn berapa sukatan air ya?

  • @mohdazri8254
    @mohdazri8254 Год назад +1

    Cef ni untuk berapa orang makan?

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  Год назад

      Antara 8-10 orang 😁

    • @mohdazri8254
      @mohdazri8254 Год назад

      Kalo yang kat arab tu dia masak pkai dapur batu ke chef? Tu bru btul cara dia la ye chef?

  • @hasimsaadhasimsaad8594
    @hasimsaadhasimsaad8594 3 года назад +1

    Wow🔥🔥🔥🔥😋😋😋👍👍👍🏡👨‍✈️

  • @nurhamizahbintishamsuddink2639
    @nurhamizahbintishamsuddink2639 3 года назад +1

    periuk mcm ni kedalaman dia berapa ya

  • @manmv2372
    @manmv2372 2 года назад

    Beras tak cakap masukan ke rice cooker.

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 года назад

      Beras dicuci dalam periuk rice cooker..Dan kemudian dimasukkan ke dalam rice cooker min 10:49