Salam. Pada pendapat saya selain daripada polisi yang lebih baik dan pasaran yang lebih besar dinegara jiran kita. Ada satu lagi faktor yang saya nampak ialah bukan sahaja rakyat kita kebanyakannya tidak yakin dengan jenama China, komen-komen negatif kepada jenama China dan ketidakpercayaan kepada jenama China masih sangat tinggi. Ini bukan sahaja suara rakyat kebanyakkan tetapi juga daripada wartawan/reviewer automotif kita sendiri. Ini sudah tentu membuatkan jenama China nampak teruk. Terang-terang buat video mengutuk Geely contohnya. Apa kita ingat mereka tak tengok video-video kita. Saya yakin mereka sentiasa memantau pendapat rakyat Malaysia. Bak kata pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa juga. Kalaulah Geely yang banyak membantu Proton pun dikutuk dengan hebat apa sangatlah jenama lainnya. Jadi daripada masuk ke pasaran yang tak tahu menghargai mereka maka lebih baiklah ke pasaran yang suka akan kehadiran mereka.

“ pegi-balik Peghelih confirm x habih minyak lagi 😅 “