Tu dia aih,makan kat Kaitod Decha, sampai penuh meja, ha,ha,Rozells pernah menginap kat Hotel Aloha 3-Star, paling hampir dengan HaadYai Junction SRT Train Station, memang betul Enjoy kat HatYai ni💖👍🇲🇾🌈
Kannn, best betul Hatyai ni kalau bab makan-makan 😁 terima kasih kongsi lokasi tempat tinggal berdekatan disitu. Maklumat berguna untuk mereka2 yang merancang nak ke sana 👍🏻
trip kami ke hatyai..pergi naik flight...4D 3N...best giler...stay di 3 hotel...balik naik train hatyai - padang besar...then ETS ke KL..then commuter ke Seremban. inshaAllah nak bercuti lagi ke Hatyai . tengok vlog korang teringat la ....thumbs up guys. Next trip...cer try ke Seoul, Korea..pun best jugak.
Terima kasih tuan. Yang ke Seoul tu, dulu dah pergi 2-3 kali sekitar tahun 2010-2014 😅 tapi masa tu tak record pula video nya hehe. Kalau ada rezeki lagi, boleh la kami Seoul lagi, Ameen 😁👍🏻
Saya baru balik Hatyai. Review sy.. -- 7E - Byk gak beli burger² dan makanan² frozen tu.. hampir semua sedap² sgt (yg halal).. Tapi rasa tk cukup je beli.. patut beli byk lagi.. Rugi sapa tk beli kat 7E tu.. minta sos mayonis n chili.. sedap.. naik ets panas kat atas train je.. - Kaitod Decha - Ini mmg terbaik.. 10/10 - Dimsum Chabura - Pd sy yg paling sedap kat sini Gyoza tu je.. Dimsum tu biasa² saje (overated) - Seafood Singhanakorn Hot Pot steamboat rasanya lagi best dari Khlong Hae Steamboat Seafood sbb ketam² byk giler dia letak.. Lg pun boleh naik ferry jika dari Samila beach.
Cara nak contact Abang Tuk Tuk tu, boleh rujuk pada comment saya yang sebelum ini, ada saya kongsi kan cara untuk berhubung dengan beliau. Harap dapat membantu 😁👍🏻
Ada di komen yang lain. Tapi tak apa, saya copy paste dari komen itu ke sini ya Nombor telefon pemandu Tuk Tuk kami : +66 88 828 EnamSembilanLimaKosong (Yusof)
Memang best pun, tuan. Murah pulak tu 👍🏻👍🏻 Nama restoran tu “Bung Sem Restaurant”. Kalau ke sana, boleh la tuan cuba dan share pengalaman kat sini hehe 😁
Salam. Tak pasti harga nya sekarang berapa. Sis Boleh check di Booking dot com atau Agoda untuk harga terikini. Beberapa tahun lepas pergi, harga sekitar 300 ke atas per malam untuk 1 bilik double bed. Harap dapat membantu !
Kat area Lee Gardens tu boleh tanya/nego on the spot sebab memang banyak tunggu buat servis Tuktuk di situ, apatah lagi situ tempat turunnya penumpang bas dari Malaysia. Lagi untung dapat pemandu yang boleh cakap Melayu. Kami masa tu nego dan bincang terus di situ sahaja. Kebetulan lagi MURAH dari contact yang kami dapat sebelum sampai Hat Yai. Risau juga book awal online berdeposit takut kena scam. Cuma, pemandu kami dia Muslim tapi tak berapa fasih Melayu, macam ayam dan itik bercakap jadi nya tapi seronok la haha. Tapi dia dah ada senarai / tahu tempat yang selalu orang Malaysia nak pergi, so rasanya tak ada masalah sangat 👍🏻 Nanti saya share contact nya di sini , tapi biar saya tanya tuan badan dahulu 😁
Nombor telefon pemandu Tuk Tuk kami : +66 88 828 EnamSembilanLimaKosong (Yusof) Dia Muslim jadi dia aware keperluan makanan m, kedai dan solat kita orang dan boleh cakap Melayu sikit-sikit lah. Recommended dari segi servis dan kejujuran Kalau berminat, boleh contact beliau.
Assalamualaikum...saya dari padang. Rencana mau traveling ke hatyai berdua dengan anak gadis saya. Aman ga klau saya pergi berdua saja (backpacker). Krn saya sudah coba hubungi travel agent di KL tapi slow respon
Bisa aja pergi berdua. Aman . Kalau mau beli tiket bas, gak perlu hubungi travel agent di KL. Langsung Beli secara online atau boleh juga langsung beli di stasiun bas setelah jadual perjalanan bas nya tergantung cocok sama rencana kak 👍🏻
Saya baru balik Hatyai. Review sy.. -- 7E - Byk gak beli burger² dan makanan² frozen tu.. hampir semua sedap² sgt (yg halal).. Tapi rasa tk cukup je beli.. patut beli byk lagi.. Rugi sapa tk beli kat 7E tu.. - Kaitod Decha - Ini mmg terbaik.. 10/10 - Dimsum Chabura - Pd sy yg paling sedap kat sini Gyoza tu je.. Dimsum tu biasa² saje (overated) - Seafood Singhanakorn Hot Pot steamboat rasanya lagi best dari Khlong Hae Steamboat Seafood sbb ketam² byk giler dia letak.. Lg pun boleh naik ferry jika dari Samila beach.
Saya setuju dengan tuan yang 7E banyak makanan frozen yang sedap-sedap dan memang kena beli banyak-banyak 😂 terima kasih atas sharing tips tuan tu, boleh membantu mereka yang nak ke Hat Yai nanti 👍🏻
White card tu… auto dapat dan auto di isi kalau naik bas ekspres. Pastikan bawa passport ya. Operator/Driver bas akan beri pada kita semasa di CTC Changloon / sempadan Malaysia-Thailand sebab kos insuran perseorangan memasuki Thailand dah termasuk dalam harga tiket bas. Mudah sangat, kan 😁
Tak berapa ingat details nya, tapi Lebih kurang begini kos : Transport (bas KL-Hatyai, tuktuk sewa 2 hari ,ktm perlis-KL) + Hotel twin sharing 3d2n = RM350-400 seorang. Kami travel 6 orang. Ini tak termasuk duit makan minum, shopping, tiket bas/van dari Hatyai ke PadangBesar, grab/teksi/tuktuk one-way, tiket entrance ke tempat berbayar dan lain-lain, kalau ada la. Harap dapat membantu ! 😁
Ada banyak kat sana. Tapi yang kami pergi ni, di dalam kawasan stesen minyak PTT, berdekatan / on the way je dengan Masjid Songkhla dan SeaVerse cafe tu. Boleh waze/google “PTT Satun LP-2” untuk lokasi tepat. Harap dapat membantu ! 👍🏻
Tak naik Air Asia ke ? Air Asia ade direct flight ke Hat Yai berapa kali sehari...kalo booking sewaktu ade specials tak mahal pon. Tak pecah tulang, selesa dan makan masa kalo tak salah 1 jam atau 1 jam lebih sedikit aje.... lebih banyak masa lagi untuk tengok2 dan beli belah...
Ini anggarannya : KL-BKH : 10malam-5pagi (bas kami berhenti banyak stesen di Selangor dan Perak, ada juga bas yang terus ke BKH dari KL) BKH-Sadao : 6pagi-8pagi / 5-7pagi (waktu Malaysia/waktu Thailand) kat sini bergantung pada trafik di Imigresen/Kastam kedua-dua belah negara Sadao-HatYai : 7pagi-8pagi (waktu Thailand) Harap dapat membantu 👌🏻
@@syai878 1) sim card saya tak beli disana sebab saya lebih senang pakai nombor asal + roaming je sebab taknak tukar-tukar simcard dalam phone 😂. Nak beli di sana pun boleh, dengar kata murah juga tapi tak pasti berapa RM. Tak silap lepas turun bas, memang ada orang / kedai jual sim card thailand. Di CTC changloon dan di KTM Padang Besar pun ada jual juga 👌🏻 saya rekomen bawa phone spare kalau nak pakai simcard thailand supaya takperlu nak tukar-tukar simcard dan boleh buat personal hotspot dari simcard thailand tu untuk akses internet. Satu lagi option, kalau pakai umobile prepaid , ada pakej roaming yang murah juga untuk kawasan ASEAN. Mungkin boleh cuba cek yang tu juga. 2) urusan tukar duit pon, saya selesaikan di malaysia saja. Strategi saya, pakai credit card untuk Kebanyakan bayaran di hotel dan kedai2 yang moden disana seperti 7eleven, foodcourt Greenway Market, restoran yang established. Tapi Cash pakai untuk bayar tuktuk, makan di restoran yang tak terima kad, dan juga masa shopping beli barang kering runcit macam kekacang, coklat m, pasar malam dan lain-lain. Tapi kalau kecemasan perlu tukar duit, rasanya hotel boleh terima duit RM juga dan mereka boleh bantu beritahu kat mana money exchanger terdekat.
Tahukah anda admin Songkla ialah asalnya tanah melayu yg bernama Singgora ,Singgora di masukkan secara paksa ke Thailand pd tahun 1909 melalui perjanjian bangkok 1909
Saya tak berapa ingat nama hotel nya tapi hotel nya agak jauh dari tengah bandar 😅 nanti saya cuba check semula dengan kawan-kawan yang lain dan update di sini.
Hi..assalamualaikum. saya dai kota padang indonesia. Saya berencana nau ke hatyai dengan anak saya. Apakah aman klau saya naik bus dr KL ke hatyai tanpa guide? Saya sudah coba hubungi travel agent di KL tp slow respon
Salam, masa kami ke sana, sewa 1 tuktuk / kereta / van , dan memang siap dengan driver. Kalau tuktuk ni, biasa nya boleh muat lebih kurang 6 orang saiz dewasa. Masa kami pergi, sewa tuktuk ni sekitar 3000-4000 baht untuk sepanjang 2hari (pagi sampai malam). Kalau nak besar , selesa atau mewah lagi, boleh consider sewa van juga kalau nak selesa bila travel jauh-jauh, contohnya perjalanan Hat Yai ke Songkhla. Jadi untuk 3D2N tu, boleh minta sebutharga dulu dari tuan punya tuktuk dahulu. Assuming hari ke 3 tu adalah hari berlepas pulang, apa yang kami buat last time ialah kami sewa tuktuk 2 hari sahaja dan hari ke 3 kami minta hotel arrangekan kenderaan lain untuk urusan hari terakhir sebab hari akhir tu kami tak pakai tuktuk sepenuhnya. Ataupun, Kalau tinggal di tengah bandar pada hari terakhir, banyak jer tuktuk yang jenis boleh ambil dan hantar kita ke mana-mana on the spot, kira macam taxi di malaysia. Harap dapat membantu. 😁 Ada soalan, bole tanya lagi 👍🏻
@@sitihajar5392 kalau bertiga, tengok juga destinasi nak ke mana. Kalau dekat-dekat, boleh je naik tuktuk yang jenis tahan on the spot macam teksi 😆 tapi kalau dah ada itinerary nya untuk sepanjang hari dan malam, mungkin consider boleh sewa kereta kecil ala2 vios / city (sebab bertiga je kan, dapat aircond juga) atau tuktuk (kalau nak naik ramai-ramai) atau van (kalau ramai + nak aircond) dan kalau sewa pastikan siap dengan driver nya supaya takperlu fikirkan arah jalan dan urusan parking tempatan 😁
Pada saya, Tukar siap-siap di malaysia lebih baik. Tapi, kalau nak lebih mudah, kat sana pakai credit card je di sana, yang tak boleh bayar pakai elektronik, baru lah pakai cash. Harap dapat membantu 😁👌🏻
@@kakimelancong4290 masa tengah reply ini, rasanya duit Thai Baht macam lebih kurang rate masa kami pergi tempoh hari. 😁 Tapi nampak macam nak makin mahal Thai Baht lepas ni ..kann 🫣😅
Salam … Kami guna 1 tuktuk untuk whole trip (2 hari) tu. Hari last masa dari hotel nak ke stesen van, kami order tuk tuk dari hotel je. Harap dapat membantu !
Tu dia aih,makan kat Kaitod Decha, sampai penuh meja, ha,ha,Rozells pernah menginap kat Hotel Aloha 3-Star, paling hampir dengan HaadYai Junction SRT Train Station, memang betul Enjoy kat HatYai ni💖👍🇲🇾🌈
Kannn, best betul Hatyai ni kalau bab makan-makan 😁 terima kasih kongsi lokasi tempat tinggal berdekatan disitu. Maklumat berguna untuk mereka2 yang merancang nak ke sana 👍🏻
@@helloAbangJohn boleh minta no abg tuk tuk tu?
@@dayangmazura586 ada nombor fon nya kat salah satu komen di video ni. Try cari. Semoga enjoy trip ke sana 👍🏻
@@helloAbangJohnThank you! 🥳
@@dayangmazura586 sama-sama! Enjoy your trip! 👍🏻
Terbaik review…Next year,bulan 1 baru pergi hatyai dgn geng2 opis..
Wow bestnya jalan ramai2 👍🏻
Camera picturesque very sharp and clear well taken shots .😀😀😀❤❤❤
Thank you for the compliments, sir! Thanks for watching 🙏🏻👍🏻
trip kami ke hatyai..pergi naik flight...4D 3N...best giler...stay di 3 hotel...balik naik train hatyai - padang besar...then ETS ke KL..then commuter ke Seremban. inshaAllah nak bercuti lagi ke Hatyai . tengok vlog korang teringat la ....thumbs up guys. Next trip...cer try ke Seoul, Korea..pun best jugak.
Terima kasih tuan. Yang ke Seoul tu, dulu dah pergi 2-3 kali sekitar tahun 2010-2014 😅 tapi masa tu tak record pula video nya hehe. Kalau ada rezeki lagi, boleh la kami Seoul lagi, Ameen 😁👍🏻
Wah…bestnya terbaik
Terima kasih ! ❤
Need to visit these places absolutely.
You bet! 👍🏻
Nice video..sma cam planning yg sya nk prgi htyai next time..prgi guna bas n blik guna ets..prgi mlm jumaat blik pg isnin🫡
Terima kasih. Nanti pergi sana, have fun dan kalau sempat, share kan pengalaman ye 😁👍🏻
Patutnya Hakak Danok lah 🤣 Padu padu padu 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 Saya bagi 5 HA untuk vid nii! 🙌🏻🌟
Hakak Changloooooooon pun boleh jugak 😆😂👍🏻
Best la vlog ni.
Terima kasih 🙏🏻
Elok lah pergi Patani pula..boleh naik tren dari Hat Yai ke Patani 1 1/2 jam sahaja masa perjalanan.
Terima kasih atas cadangan! Boleh la kami consider untuk next trip ke sana 😁
Welcome.
Thank you!
Saya baru balik Hatyai.
Review sy..
-- 7E - Byk gak beli burger² dan makanan² frozen tu.. hampir semua sedap² sgt (yg halal).. Tapi rasa tk cukup je beli.. patut beli byk lagi.. Rugi sapa tk beli kat 7E tu.. minta sos mayonis n chili.. sedap.. naik ets panas kat atas train je..
- Kaitod Decha - Ini mmg terbaik.. 10/10
- Dimsum Chabura - Pd sy yg paling sedap kat sini Gyoza tu je.. Dimsum tu biasa² saje (overated)
- Seafood Singhanakorn Hot Pot steamboat rasanya lagi best dari Khlong Hae Steamboat Seafood sbb ketam² byk giler dia letak.. Lg pun boleh naik ferry jika dari Samila beach.
Terima kasih atas review tuan 👌🏻 boleh memberi idea pada pengunjung yang lain 👍🏻
Bestnya dan good info through this video 👍 abg tuk tuk tu mcmna nak cater atau contct dia ya.. tq
Cara nak contact Abang Tuk Tuk tu, boleh rujuk pada comment saya yang sebelum ini, ada saya kongsi kan cara untuk berhubung dengan beliau. Harap dapat membantu 😁👍🏻
@@helloAbangJohnkat yg nie jugak ke.. saya cari xjumpe
Ada di komen yang lain. Tapi tak apa, saya copy paste dari komen itu ke sini ya
Nombor telefon pemandu Tuk Tuk kami : +66 88 828 EnamSembilanLimaKosong (Yusof)
Smart hotel kan tmpat awak check in?
Ya, betul tu 👍🏻
tomyam yg kt samila tu kedai apa mcm best je dia punya tomyam
Memang best pun, tuan. Murah pulak tu 👍🏻👍🏻 Nama restoran tu “Bung Sem Restaurant”. Kalau ke sana, boleh la tuan cuba dan share pengalaman kat sini hehe 😁
Salam..sis,bape 1 night dekat lee garden
Salam. Tak pasti harga nya sekarang berapa. Sis Boleh check di Booking dot com atau Agoda untuk harga terikini. Beberapa tahun lepas pergi, harga sekitar 300 ke atas per malam untuk 1 bilik double bed. Harap dapat membantu !
Nice video...bulan depan plan ke hatyai. Ada yang boleh share info sewa tuk tuk hatyai
Kat area Lee Gardens tu boleh tanya/nego on the spot sebab memang banyak tunggu buat servis Tuktuk di situ, apatah lagi situ tempat turunnya penumpang bas dari Malaysia. Lagi untung dapat pemandu yang boleh cakap Melayu. Kami masa tu nego dan bincang terus di situ sahaja. Kebetulan lagi MURAH dari contact yang kami dapat sebelum sampai Hat Yai. Risau juga book awal online berdeposit takut kena scam. Cuma, pemandu kami dia Muslim tapi tak berapa fasih Melayu, macam ayam dan itik bercakap jadi nya tapi seronok la haha. Tapi dia dah ada senarai / tahu tempat yang selalu orang Malaysia nak pergi, so rasanya tak ada masalah sangat 👍🏻 Nanti saya share contact nya di sini , tapi biar saya tanya tuan badan dahulu 😁
Nombor telefon pemandu Tuk Tuk kami : +66 88 828 EnamSembilanLimaKosong (Yusof)
Dia Muslim jadi dia aware keperluan makanan m, kedai dan solat kita orang dan boleh cakap Melayu sikit-sikit lah. Recommended dari segi servis dan kejujuran
Kalau berminat, boleh contact beliau.
@@helloAbangJohn wah makasih ya
@@lindaadianto2031 sama sama , kak
@@helloAbangJohn Nak tanya, selama 2 hari sewa tuk tuk pak Yusof ni kena bayar berapa?
hyee...nak t
nya law hatyaii nni slmat x bawa dslr cmera?
Hai! DSLR memang boleh bawa tapi Selamat macam mana tu? Cuba explain sikit. 😁
haha sory2...slh tnya soalan..🙏
@@adikzannahassanhafiz6237 okay, no problem 👌🏻
Assalamualaikum...saya dari padang. Rencana mau traveling ke hatyai berdua dengan anak gadis saya. Aman ga klau saya pergi berdua saja (backpacker). Krn saya sudah coba hubungi travel agent di KL tapi slow respon
Bisa aja pergi berdua. Aman . Kalau mau beli tiket bas, gak perlu hubungi travel agent di KL. Langsung Beli secara online atau boleh juga langsung beli di stasiun bas setelah jadual perjalanan bas nya tergantung cocok sama rencana kak 👍🏻
Saya baru balik Hatyai.
Review sy..
-- 7E - Byk gak beli burger² dan makanan² frozen tu.. hampir semua sedap² sgt (yg halal).. Tapi rasa tk cukup je beli.. patut beli byk lagi.. Rugi sapa tk beli kat 7E tu..
- Kaitod Decha - Ini mmg terbaik.. 10/10
- Dimsum Chabura - Pd sy yg paling sedap kat sini Gyoza tu je.. Dimsum tu biasa² saje (overated)
- Seafood Singhanakorn Hot Pot steamboat rasanya lagi best dari Khlong Hae Steamboat Seafood sbb ketam² byk giler dia letak.. Lg pun boleh naik ferry jika dari Samila beach.
Saya setuju dengan tuan yang 7E banyak makanan frozen yang sedap-sedap dan memang kena beli banyak-banyak 😂 terima kasih atas sharing tips tuan tu, boleh membantu mereka yang nak ke Hat Yai nanti 👍🏻
Thank you sharing info..tgh plan nak pergi hatyai😊
White card tu nak dpt kt mana ye?hotel kena booking siap2 ke?
White card tu… auto dapat dan auto di isi kalau naik bas ekspres. Pastikan bawa passport ya. Operator/Driver bas akan beri pada kita semasa di CTC Changloon / sempadan Malaysia-Thailand sebab kos insuran perseorangan memasuki Thailand dah termasuk dalam harga tiket bas. Mudah sangat, kan 😁
Berapa kos yea utk trip 3d2n ni?
Tak berapa ingat details nya, tapi Lebih kurang begini kos :
Transport (bas KL-Hatyai, tuktuk sewa 2 hari ,ktm perlis-KL) + Hotel twin sharing 3d2n = RM350-400 seorang. Kami travel 6 orang.
Ini tak termasuk duit makan minum, shopping, tiket bas/van dari Hatyai ke PadangBesar, grab/teksi/tuktuk one-way, tiket entrance ke tempat berbayar dan lain-lain, kalau ada la.
Harap dapat membantu ! 😁
naik bas ke hatyai turun dekat mana??
Kat Hat Yai, bas akan berhenti di tengah-tengah bandar Hat Yai, berhadapan Lee Gardens Plaza Hotel .
Harap dapat membantu !
Hi nk tanya, cafe amazon tu yg branch mana ye?
Ada banyak kat sana. Tapi yang kami pergi ni, di dalam kawasan stesen minyak PTT, berdekatan / on the way je dengan Masjid Songkhla dan SeaVerse cafe tu. Boleh waze/google “PTT Satun LP-2” untuk lokasi tepat. Harap dapat membantu ! 👍🏻
@@helloAbangJohn okie. Thankyou so much!
@@syahidah9394 no problem. Kalau ada plan ke sana, travel safe dan Enjoy your trip ya! 👍🏻
Tak naik Air Asia ke ? Air Asia ade direct flight ke Hat Yai berapa kali sehari...kalo booking sewaktu ade specials tak mahal pon. Tak pecah tulang, selesa dan makan masa kalo tak salah 1 jam atau 1 jam lebih sedikit aje.... lebih banyak masa lagi untuk tengok2 dan beli belah...
Memang trip ini nak naik bas sebab tak pernah naik bas ke Thailand 👌🏻
@Abang John, bole sy tahu berapa jam perjalanan naik bas?
Ini anggarannya :
KL-BKH : 10malam-5pagi (bas kami berhenti banyak stesen di Selangor dan Perak, ada juga bas yang terus ke BKH dari KL)
BKH-Sadao : 6pagi-8pagi / 5-7pagi (waktu Malaysia/waktu Thailand) kat sini bergantung pada trafik di Imigresen/Kastam kedua-dua belah negara
Sadao-HatYai : 7pagi-8pagi (waktu Thailand)
Harap dapat membantu 👌🏻
@@helloAbangJohn , terima kasih byk, byk membantu. Klu ada apa2 y sy xpastu, sy tanya lagi ye😂
@@syai878 alhamdulillah dapat membantu. boleh je kalau nak tanya lagi kat sini . Selamat berjalan-jalan 😃
@@helloAbangJohn , sy baru terigat.. , bole recommend Tuan beli simcard n tukar duit di mana bila sampai Hatyai?
@@syai878 1) sim card saya tak beli disana sebab saya lebih senang pakai nombor asal + roaming je sebab taknak tukar-tukar simcard dalam phone 😂. Nak beli di sana pun boleh, dengar kata murah juga tapi tak pasti berapa RM. Tak silap lepas turun bas, memang ada orang / kedai jual sim card thailand. Di CTC changloon dan di KTM Padang Besar pun ada jual juga 👌🏻 saya rekomen bawa phone spare kalau nak pakai simcard thailand supaya takperlu nak tukar-tukar simcard dan boleh buat personal hotspot dari simcard thailand tu untuk akses internet. Satu lagi option, kalau pakai umobile prepaid , ada pakej roaming yang murah juga untuk kawasan ASEAN. Mungkin boleh cuba cek yang tu juga.
2) urusan tukar duit pon, saya selesaikan di malaysia saja. Strategi saya, pakai credit card untuk Kebanyakan bayaran di hotel dan kedai2 yang moden disana seperti 7eleven, foodcourt Greenway Market, restoran yang established. Tapi Cash pakai untuk bayar tuktuk, makan di restoran yang tak terima kad, dan juga masa shopping beli barang kering runcit macam kekacang, coklat m, pasar malam dan lain-lain. Tapi kalau kecemasan perlu tukar duit, rasanya hotel boleh terima duit RM juga dan mereka boleh bantu beritahu kat mana money exchanger terdekat.
Tahukah anda admin Songkla ialah asalnya tanah melayu yg bernama Singgora ,Singgora di masukkan secara paksa ke Thailand pd tahun 1909 melalui perjanjian bangkok 1909
Terima kasih atas perkongsian maklumat ini 👍🏻
Nak tanya, tinggal di hotel mana?
Saya tak berapa ingat nama hotel nya tapi hotel nya agak jauh dari tengah bandar 😅 nanti saya cuba check semula dengan kawan-kawan yang lain dan update di sini.
@@helloAbangJohn Thanks!
@@wanwan1320 nama hotel : The Smart Hotel
Terima kasih.
Hi..assalamualaikum. saya dai kota padang indonesia. Saya berencana nau ke hatyai dengan anak saya. Apakah aman klau saya naik bus dr KL ke hatyai tanpa guide? Saya sudah coba hubungi travel agent di KL tp slow respon
Wslm. Naik bas tu aman aja dan Bisa aja kalau punya rencana yang komplit. Pastikan kamu udah tahu keperluan visa apabila memasuki Thailand.
transport macamana grab ke
Transport yang mana satu ya ?
kat hatyai..grab ada, teksi ada, tuk tuk pun ada,...yg naik motor tu pun ada...
Makan kat sana ok ke
Okay la juga, sampai terasa nak repeat lagi 😁
Boleh tanya, berapa harga sewa tuk tuk untuk 1 hari?
Tak pasti berapa harga 1 hari kerana kami sewa untuk 2 hari. Untuk anggaran, mungkin sekitar 1800-2000 baht sehari.
@@helloAbangJohnakak naik tuktuk itu sewa dimana?
@sabillaannisa6513 sewa di Hatyai itu sendiri, kak
salam. boleh tahu ke berapa kos tuktuk yang sewa tu? private tuktuk kan?
Ya, private tuktuk. Tak berapa ingat kos sebenar, Tapi anggarannya sewa nya lebih kurang 3500baht untuk 2hari. Harap dapat membantu.
Bole request nombor contact nye?
Boleh rujuk pada komen-komen dalam video ini, ada saya serta kan nombor nya sebelum ini. Harap dapat membantu!
Check vaksinasi x?
Seingat saya, Masa kami pergi, tak ada.
Hotel dia nama apa kak ?
Tak silap saya, nama nya Smart Hotel. Hotel ini agak jauh dari pusat tumpuan. Harap maklum ya 😁
Salam nak tnya . kalu sewa tuktuk ni untuk 3d2n dia kire mcm mne ea ? ikut kepala ke ? dan boleh thu anggaran sorang berapa ?
Salam, masa kami ke sana, sewa 1 tuktuk / kereta / van , dan memang siap dengan driver. Kalau tuktuk ni, biasa nya boleh muat lebih kurang 6 orang saiz dewasa. Masa kami pergi, sewa tuktuk ni sekitar 3000-4000 baht untuk sepanjang 2hari (pagi sampai malam).
Kalau nak besar , selesa atau mewah lagi, boleh consider sewa van juga kalau nak selesa bila travel jauh-jauh, contohnya perjalanan Hat Yai ke Songkhla.
Jadi untuk 3D2N tu, boleh minta sebutharga dulu dari tuan punya tuktuk dahulu. Assuming hari ke 3 tu adalah hari berlepas pulang, apa yang kami buat last time ialah kami sewa tuktuk 2 hari sahaja dan hari ke 3 kami minta hotel arrangekan kenderaan lain untuk urusan hari terakhir sebab hari akhir tu kami tak pakai tuktuk sepenuhnya.
Ataupun, Kalau tinggal di tengah bandar pada hari terakhir, banyak jer tuktuk yang jenis boleh ambil dan hantar kita ke mana-mana on the spot, kira macam taxi di malaysia.
Harap dapat membantu. 😁
Ada soalan, bole tanya lagi 👍🏻
MasyaAllah. terima kasih kerana respon komen . 😊 okay phm .. 😊
kalau saya pergi mungkin ber3 skali ngn anak laa. tu tgh servey naik apa sesuai heheh grab ke atau mcmne hehehe
@@sitihajar5392 kalau bertiga, tengok juga destinasi nak ke mana. Kalau dekat-dekat, boleh je naik tuktuk yang jenis tahan on the spot macam teksi 😆 tapi kalau dah ada itinerary nya untuk sepanjang hari dan malam, mungkin consider boleh sewa kereta kecil ala2 vios / city (sebab bertiga je kan, dapat aircond juga) atau tuktuk (kalau nak naik ramai-ramai) atau van (kalau ramai + nak aircond) dan kalau sewa pastikan siap dengan driver nya supaya takperlu fikirkan arah jalan dan urusan parking tempatan 😁
@@helloAbangJohnnak sewa tu ke ne cari kat area mana.. biasa sewa sehari berapa
Mna lagi sesuai nak tukar duit malaysia ni dekat thai ke or malaysia
Pada saya, Tukar siap-siap di malaysia lebih baik. Tapi, kalau nak lebih mudah, kat sana pakai credit card je di sana, yang tak boleh bayar pakai elektronik, baru lah pakai cash.
Harap dapat membantu 😁👌🏻
@@helloAbangJohn owh ok ok buat masa ni mana lagi tinggi duit thai or malaysia hihi
@@kakimelancong4290 masa tengah reply ini, rasanya duit Thai Baht macam lebih kurang rate masa kami pergi tempoh hari. 😁 Tapi nampak macam nak makin mahal Thai Baht lepas ni ..kann 🫣😅
@@helloAbangJohn owh ok ok tq tq infoya
@@kakimelancong4290 sama-sama. Selamat berjalan-jalan ! 😄
Salam..nk tnya..tuktuk ni korang guna tuktuk yg sama dri mula2 smpai hatyai ke..atau setiap location tukar2 tuktuk?
Salam …
Kami guna 1 tuktuk untuk whole trip (2 hari) tu. Hari last masa dari hotel nak ke stesen van, kami order tuk tuk dari hotel je. Harap dapat membantu !
Salam boleh saya dpt no contact tuk tuk tu?
@@ezzuonedaniel1441 untuk nombor tuktuk, boleh rujuk di bahagian komen saya yang sebelum ini. 👌🏻
@@helloAbangJohn ok tq. Best btl tgk vlog uosll
@@ezzuonedaniel1441 terima kasih sebab suka 👍🏻 saya pun happy bila tuan suka 😁
Abang John..boleh share contact number Tuktuk Abg Yusof? Tq in advance 😀
Boleh. Ada saya share di salah satu komen kat video ini. Tuan boleh rujuk disitu 👍🏻
Ikmalf. hey. top footage~
Thanks for the kind words ❤️