Pemeriksaan Kenderaan Puspakom Akan Dilanjut Kepada Enam Bulan

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2017
  • Pemeriksaan Kenderaan Puspakom Akan Dilanjut Kepada Enam Bulan
    Tempoh sah laku pemeriksaan kenderaan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, Puspakom akan dilanjutkan daripada 30 hari kepada enam bulan.
    Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu bertujuan memudahkan segala proses dalam urusan pembelian dan penukaran hak milik kenderaan terpakai.
    Secara prinsip, kementerian telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh itu setelah menerima cadangan Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia, FMCCAM.
    Kementeriannya juga akan meneliti perjanjian antara kerajaan dan Puspakom dari aspek undang-undang dan implikasinya dalam melaksanakan perkara berkenaan.
    Menurutnya, perkara itu tidak perlu dirujuk kepada kabinet kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

Комментарии •