[panas] SAH! KERAJAAN SELANGOR HARAMKAN GIBH MASIH AMALKAN AJARAN SESAT!

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 3 окт 2024
  • Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengharamkan pegangan dibawa kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang mengamalkan Aurad Muhammadiah.
    Menurut teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini, agensi itu membangkitkan persoalan sama ada kepercayaan ahli kumpulan terbabit sama seperti apa diamalkan kumpulan al-Arqam dulu atau tidak.
    "Isu GISBH sedang hangat diperkatakan sekarang. Persoalannya GISBH ini adakah sama dengan Al-Arqam dahulu yang telah diharamkan segala fahaman dan ajarannya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor?
    "Adakah buku Aurad Muhammadiah yang diharamkan sebelum ini masih diamalkan oleh pengikut GISBH?
    "Jawapannya adalah sama, fahaman dan ajarannya masih sama antara al-Arqam dan GISBH yang diamalkan oleh ahli-ahli GISBH sekarang.
    "Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah berhati-hati dan dilarang berpegang serta beramal dengan fahaman dan ajaran GISBH ini," katanya.
    Teks itu akan dibaca di semua masjid dan surau Jumaat di seluruh Selangor hari ini.
    Semalam, Bernama melaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan keputusan dicapai menerusi mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISBH.
    Exco Agama dan Pembudayaan Inovasi Selamgor, Mohammad Fahmi Ngah berkata perkara itu mendapat perkenan baginda selepas sembah maklum oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri Prof Madya Anhar Opir di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.
    “(Keputusan Jawatankuasa Fatwa) disembah maklum kepada Sultan Selangor dan baginda telah memberikan perkenan.
    "Insya-Allah esok (hari ini) kita akan maklumkan sedikit sebanyak berhubung keputusan itu menerusi khutbah Jumaat di masjid dan surau Jumaat seluruh Selangor.
    “Tapi fatwa (berkenaan GISBH) itu harus melalui pewartaan terlebih dahulu sebelum kita jadikan hukum dan menjalankan penguatkuasaan,” katanya.
    Khutbah Jumaat Selangor juga menegaskan bahawa Sultan Selangor sebelum ini telah bersetuju dengan pengharaman pertubuhan al-Arqa,.
    "Duli yang maha mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri telah berkenan fatwa mengharamkan fahaman dan ajaran pertubuhan al-Arqam sebelum ini.
    "Pengharaman segala fahaman dan ajarannnya telah diputuskan oleh Jawatankuasa6, Fatwa Negeri Selangor melalui fatwa yang diwartakan pada 4 Februari 1993, 11 Ogos 1994 dan 21 Disember 2006 dan yang terkini fatwa yang telah diperkenan oleh duli yang maha mulia Sultan Selangor pada 3 Oktober 2024 yang sedang dalam proses pewartaan," tambahnya.
    Sumber Berita
    1.
    Join this channel to get access to perks:
    / @oraitnopochannel

Комментарии • 6

  • @zaitonmarican6754
    @zaitonmarican6754 3 часа назад +4

    Daulat.Tuanku info Terbaik LTL

  • @borhanentewr8031
    @borhanentewr8031 3 часа назад +6

    sesat memang macam PAS juga

  • @As_Afandy
    @As_Afandy 47 минут назад +1

    Harap smua negeri, seluruh negara dan dunia mngharamkannya. Aku terjumpa page wordpress auradmuhammadiah yg belum disekat oleh MCMC, Jakim n Pukas, bila diteliti mmg totally lost. Akhir zaman ni, dajjal sedang mengintai mencari pengikutnya terutamanya muslim yg munafik.
    Alhamdulillah terbaik Tuanku .

  • @pkh7557
    @pkh7557 Час назад +1

    Selagi tdk dbenteraskan fahaman arqam hbis2an...akan timbul lg d masa hadapan..Haram shj tidak jadi..perlu pecahkan rangkaian d seluruh negara dn Dunia..pemantauan dn tindakan mesti terus djalankan sbb fahaman itu tidak mati.

  • @AbdulRahim-vu3nh
    @AbdulRahim-vu3nh 43 минуты назад

    Saloma je

  • @mohdamirnordin831
    @mohdamirnordin831 2 часа назад +1

    PAS 2 X 5