Yang aku tak faham kenapalah kat Malaysia ni semua urusan surat menyurat ni nak jugak buat dalam bahasa Inggeris, sedangkan pelanggan majoriti orang Malaysia yang sepatutnya fasih bahasa Melayu, jurujual kereta adalah majoriti orang Malaysia, bank yang diguna juga orang Malaysia... Ni bukan urusan jual beli peringkat international, kenapa tak sahaja guna bahasa Melayu? Pembeli ni bukan semua perlu guna bahasa Inggeris.
tq.... utk hasilkan video berkualiti, sy tak mampu upload stiap hari.... sy lebih rela pilih quality drp kuantiti... huhu... stkat ni smingu 2 kali.. pun dah kelam kabut.. hhuhu
Boleh bertanya? Kalau dgn menipu tu hanyalah cara utk tidak membuka aib org,adakah dikira jahat juga? Jikalau dengan berhadapan dgn hukuman dosa yg org buat walau bukan kita yang buat atas sebab bertimbang rasa dan budi bicara disertakan hormat menghormati,apakah itu? Jikalau berzina itu berdosa,apakah memang tidak boleh membimbing si pendosa utk arah keinsafan? Apakah semua ini perlu dihakimi tanpa mengetahui isi hati seseorang yg menangguh dosa tersebut bersendirian? Dan apakah maksuf riba bank?
Autolife tu saya sarankan wajib amik.bukan apa.takut apa2 jadi.kita meninggal.waris dah tak perlu bayar apa2 pada bank.sekali bayar shj.bukan beribu.baru beberapa ratus shj.berbaloi2
lg 1, selagi kita lom jumpa deal trbaik pada semua salesman yg ada, kita bebas brtnya smpai kita sign loan dgn salesman tu. Kdg2 bertimbang rasa pon kena diambil kira jgk 😊
Alhamdulillah..sy bejumpa dgn seler yg Naik Dan Telus.. credit to yusri Honda PJ. Even xde free gift yg banyak.at lease perkhidmatan beliau amat memuaskn hati sy..Dan sy semak BLK.cara beliau betul dgn tips2 yg disampaikan. Ya Allah berkatilah mereka yg jujur dlm bekerja.
Assalamualaikum kepada semua customer yg ingin membeli kenderaan terpakai. Tiada istilah kereta full loan untuk kenderaan terpakai kecuali used car dealer jual bawah market value bank. Contohnya sebuah nissan almera tahun 2013 V spec harga Body siap OTR RM35k dan value bank boleh bagi pinjam RM40k.. itu namanya full loan akan tetapi cut loan.. contoh submit RM40k dan lulus RM37k.. itu masih dapat full loan dan cash money extra RM2k bg tangan customer..
Bang nas... Mase saye tgk video nihbaru saye tau dulu saya dh kene tipu jugak.. Lepas nih kalau nak beli kereta baru kene tgk video nih lagi la.. Supaya xkena tipu lagi.. Terbaik bang... Video yg bermanfaat...
Pnh kena dkt kipmart masai.. dh beli kereta loan semua dh settle.. time amik kereta dorg bwk kereta g kedai dorg konon nk bg voucher tinted pastu dgn fulltank fuel..sampai kedai dia serah kunci 1 jer.. duplicate key dgn servis book dorg pegang..alasan nk minx kami byr rm2k utk insurans. Pdhal semua dh settle. Waktu tu nego2 kami byr rm50 je alasan nk raya duit xde 😂 tp yg bengang servis book xdpt dia bg manual book dgn duplicate key.. itulh terakhir deal dgn agent.skrg beli direct salesman dkt show room. Xmasuk akal kereta 32k jer insurans sampai 2k..
Assalamu’alaikum Naz. Moga sihat dan bersemangat kongsikan info2 yang menarik & bermanfaat buat peminat2 kereta. Nak tanya satu soalan, Naz pakai kereta apa sekarang? Dan apa kelebihan dia kalau boleh kongsi.. 😊
Pernah saya nk beli mereta dekat produa mahsing . Saya tak tahu apa point wakil jualan tu nama dia saya rahsia kan .lon saya kluar tak ckup .apa juru jual tu buat ?. Dia bagi barang kemas dia 1 rantai leher .1 rantai tangan dia suruh saya pegi gadai untik cukip kan kesemua jumlah bayaran yang perlu saya keluar kan ..cerita ni mcm merapu kan ..tapi itu lah yang terjadi pada saya .juru jual tu saya tak kenal kenal pun masa saya berurusan dengan nya untuk keluar kan kereta baru ..barang kemas dia saya pegang dalam 1 mingu jugak lah .lepas saya dah usaha kan untuk dapat kan wang yang tak cukup tu rm5k gagal .saya pulang kan barang kemas dia dan dia ada kata kalau saya batal kan nanti bila nak beli kereta lagi akan jadi maslah .saya cakp tak apa lah cuma saya segan dan hormat pada dia atas kesunguhan dia dan kepercayaan nya serah barang kemas tu untuk saya gadai dah cukup buat saya termenung berfikir ..jika dia terbaca tulisan ni saya nak ucap kan sekali lagi berbanyak terima kasih dan jasa dia takam saya lupa sampai bila2 . (Kisah benar ) persoalan nya kenapa sangup dia buat mcm tu ? Apa pun tips bro nas memang terbaik 👍🏼⭐⭐⭐⭐⭐
Salam bro @Nazz Abdullah. Alhamdulillah terima kasih sebab upload video psl tips ni. boleh terangkan pd saya cara nak kenal pasti situasi elak ditipu penjual waktu beli kereta baru ye, sbg contoh situasi yang macam ni; pembeli kereta ni seorang pencen berumur 60tahun ke atas nak beli sebuah kereta baru berharga dalam julat harga RM150K OTR + Insurans dengan guarantor daripada anak dia dan membayar downpayment sekitar 50K-60K, adakah pembeli tu juga akan terdedah dengan situasi yang macam diterangkan oleh brother Nazz dalam video ni? kalau ada macam mana kita nak spot situasi macam itu dri penjual kereta? sebab boleh jadi ada juga salesman yang kalau boleh dapat TIPU PEMBELI dri segi mcm HANDLING FEES, BAYARAN AMAUN DOWNPAYMENT + ADA DISKAUN, dan AMAUN PINJAMAN YG DAH LULUS untuk ambil kesempatan pembeli untuk dapat lebih untung atas angin gitu walaupun dah byr lebih dri amaun yg ditetapkan oleh dealer dan bank? terima kasih bro.
Saya pernah kena bayar RM400+ dkt Bank untuk insuran pinjaman/dokumen /legal ke apa ntah dkt RHB (dah lupa 2 tahun lepas). Waktu tu tanya sikit je sebab tanya banyak kang loan masalah pulak. So bayar je lah. Lepas video ni baru terfikir balik, bayar apa.
Tak silap aku autolife insurance bagus, andai kate owner meninggal dunia, waris tak perlu pening kepale nak sambung bayar kalau ade loan dalam 2-3tahun.. Pengalaman aku arwah abg ipar punya kereta..
Aq pun pena juga, tp xtau la tipu atau x.. Fmly juga, dia kata kalau org nk beli kreta.. Bgtau dia.. So aku pn bgtau la stiap kali org beli kreta.. Time tu blm tau lg pasal komisen2 ni ada.. Trasa sakit juga beb bila tau dia makan sorang..
Betul abg nazz, saya pon hairan dgn handling fee or sometime processing fee.. saya rasa dulu pon saya dah kene.. huhu tq for the video. Btw saya ada kwan ckp ins pon ptut kita bley amek yg mana kita suka? Btul ka?
Aku pernah kene tipu.. rm300 bhai.. Ak booked iriz dkat PROTON PJ... time booked tu pulak ak leh lupa minta resit yg menandakan ak da bayar deposit as salesman tu ckp if loan ak xlepas, ak leh dpt balik RM300 tu...then a few months berlalu, loan ak x lepas... dan salesman tu terus senyap tanpa berita.. call x angkat, msj xreply (time tu wassap2 ni xwujud lg)....hmmmm 300 tu..
Alhamdulillah bro Nazz !! Kita perlukan lebih ramai jujur macam nie 👍 .. nanti next time boleh laa Nazz tolong jelaskan cane cara kiraan kereta trpakai full loan ..
Rebate tu diskaun. Contoh kereta harga 70k. Loan 90% = 63k. Down payment 10% = 7k. Drpd 7k tu tolak rebate 6k, jadi bayar kt salesman 1k saje utk down payment
@@kamalzaki7968 boleh ke klau byar downpayment lebih dri 10%? Terjejas tk rebate yg penjual bgi? Maksud sy, klau kata kereta rm70k dpt rebate rm6k, tpi kita nak letak downpayment 20% nilai dlm rm14k, rebate tu akan di tolak skali ke? Dan harga kereta tu akan jadi rm50k? Betul tak.
@@syahirvlog3232 Cakap je dgn dealer nk wat loan berapa ribu, nanti dealer akan inform banker. Contoh kete 70k nak wat loan 50k saje. Balance depo 20k tolak rebate 6k, bayar dekat dealer baki deposit 14k sahaja
Mcmna pula kalau beli melalui broker? Tanya pasal kereta, katanya. Takut nnti info tak sama. Boleh pecaya atau tak? Lagi satu nak tanya, broker ni mmg ada lesen atau berdaftar tak? Sbb ada yg suggestkan stu broker ni. Katanya dealer. Tp bila tanya pasal kereta tak dapat jawab. Then call branch company yg dia kata tu. X de pun nma dia. Macamna ek?
@@NazzAbdullah kalau dah lulus loan. Monthly 515 utk saga premium ni. Tapi warna kereta yg kita nak takde lg. Dia mnta kita sign agreement dulu utk tunggu stok tu dalam sebulan. Procedure biasa eh?
Salam naz..just nk tanya Bulan lepas beli kereta..tp ada cerita disebaliknya. SA submit full loan (wpun hakikat sy nk 90%). Kemudian SA minta byr harga beza sedangkan NCD insurans nk transfer dr kete lama. Sy kurang fhm mcm mana dia nk pulangkan amount lebihan sbb seolah2 paksa byr harga beza sebelum tolak NCD. Persoalannya..adakah dealer akan pulangkan lebihan amount secara tunai? Atau nnti offer utk tambah aksesori utk cover blk lebihan tu.
Yg dislike tu mesti salesman yg menipu customer. 🤣.. Bukan salesman kereta namanya kalau x menipu. Aku dulu pernah hampir kena tipu dgn sales girl. Angin tidak ribut tidak tiba2 pulak nak minta duit utk nombor special. Special kepala bapak dia. Aku x bg arahan suruh book apa2 nombor pun. Dahlah nombor bersepah. Mmg kena makila jawabnya
Nazz nk tnye kereta ape yg baru sebulan lbih kurang rm500-600 je tpi kepuasan memandu x de masalah maintenance handling sdp semua ok la...hehe kereta ape eh nazz? Boleh bgitau x
Bro Nazz, memang x elok ke kalau nak bayar deposit lebih 10%? Kalau x bayar lebih 10%, kita pulak senak nak bayar bulan2.. Macam mana nak buat kalau nak jugak bayar deposit kereta lebih 10%?
@@syedilyas4886 Memang risiko utk ditipu oleh salesman tu lagi besarlahkan kalau nak bayar deposit lebih 10% tapi macam mana nak cam salesman jujur dgn salesman penipu kalau kita nak bayar deposit lebih 10%? 🤔
@@DuShane3120 laa. Kn video ni dah tunjuk mcmana nak kira, rewind balik video ni, letak depo byk mana pon should be no problem kalau faham cara kira tu.. cube try..Huhu
Sama je tuan. Kenalpasti harga OTR je dulu.. Lepastu mintak loan berapa yg kita nak je.(tolak lebih kurang utk jd depo berapa yg nak bayar) Sama mcm formula dlm video ni Mcm kes saya, Cakap dgn banker nak loan 100k je (depo mmg lebih dr 10%) So total OTR tolak loan,baki adalah deposit.setel
Sy nak tanya. Kawan saya aada beli kereta bezza, rm44k lebih termasuk insurans. die letak deposit rm15k untuk kecikkan monthly. Lepas tu, loan lepas, tpi dekat surat bank tu menyatakan die buat loan rm31k lebih. Klau ikot kiraan tolak dengan deposit, rm29k lebih. Dan kereta die tak ada ape2 tambahan aksesori. Betol ke bro? Sy rasa macam ada yg tak kena dengan loan tu. Boleh tak tolong share sikit pandangan otai2 semua.
Apa yang sy tahu, kalau buat loan mmg takkan sama bayaran secara full cash.. sbb loan ni biasa ada riba, jadi memang dia akan markup sikit beberapa percent.. makin rendah loan, makin tinggi percent dia akan ambik..
@@syahirvlog3232 ye, takde kaitan dgn handling fees.. cuma interest rate/kadar bunga yg bank tetapkan.. mcm dalam video ada cakap, handling fees ni pihak bank yang bayar kepada dealer yg jual kereta.. kita sbgai pembeli tak perlu bayar, takde kaitan pun dgn bayaran handling fees.. tapi salesman manipulasikan ayat handling fees ni cakap kita perlu bayar sbb mungkin kita tak tahu apa maksud handling fees tu..
point yg last aku suka nazz, ramai SA suka offer freegift lebih2, padahal freegift kita bagi pun okey dh sebenar, tapi customer suka tgok freegift yg lebih padahal servis kita dh terbaikk
Salam bos nak tanya , setiap selsmen , dia ada minta , $$$, untuk Proceses , pngrusan krta , dn Handlig,$$$ sedang kn ,Lond krta sudh lulus bank, tlong pnglasaan tuan, trma ksi, ,
ruclips.net/video/0HfpvpoLkyU/видео.html 👍🏼🙊
Yang aku tak faham kenapalah kat Malaysia ni semua urusan surat menyurat ni nak jugak buat dalam bahasa Inggeris, sedangkan pelanggan majoriti orang Malaysia yang sepatutnya fasih bahasa Melayu, jurujual kereta adalah majoriti orang Malaysia, bank yang diguna juga orang Malaysia...
Ni bukan urusan jual beli peringkat international, kenapa tak sahaja guna bahasa Melayu? Pembeli ni bukan semua perlu guna bahasa Inggeris.
Nota yang telus dari salesman... Terima Kasih untuk memberi sedikit sebanyak insight ke dalam dunia loan kereta...
tq my bro.. huhu
Terima kasih Nazz. Channel kau cepat naik sebab kau jujur dan padat dgn content yg orang perlu tahu.
Baru plan nk beli keta. Info sangat berkualiti.
Terima kasih berkongsi tips2
baik content ni saya sebagai penjual kereta baru pun belajar dari video ini
Dlam kajian saya, ini channel review kreta yg paling BESTTTT.. Trus kan usaha broo nazz.. Kalau boleh, upload lah setiap hari😁😁
tq.... utk hasilkan video berkualiti, sy tak mampu upload stiap hari.... sy lebih rela pilih quality drp kuantiti... huhu... stkat ni smingu 2 kali.. pun dah kelam kabut.. hhuhu
keluar notification terus click , terbaik abg naz 😊👍
Sama la kite
@@tyzdz & hafiz.. 🥰🙏🏽🙏🏽🙏🏽
Kalau rsa diri Islam..menipu akn membawa kpd ketidakberkatan rezeki. Kalau dia rsa dgn menipu akn mberi keberkatan kpd rezeki dia. Teruskan.. Tetapi ingat, stiap yg msok dlm perut (makanan) kita, ia akn mjdi daging & mbentuk hati seseorang. Pilihlah mengikut kewarasan akal manusia. Bukan mengikut akal binatang. Yg baek dtg dr Allah swt. Yg buruk dtg dr kelemahan sy sendiri.. 😢😢
Main riba bank...dosa mcm zina dah...tambah la pakej 1 lagi..menipu
Boleh bertanya? Kalau dgn menipu tu hanyalah cara utk tidak membuka aib org,adakah dikira jahat juga? Jikalau dengan berhadapan dgn hukuman dosa yg org buat walau bukan kita yang buat atas sebab bertimbang rasa dan budi bicara disertakan hormat menghormati,apakah itu? Jikalau berzina itu berdosa,apakah memang tidak boleh membimbing si pendosa utk arah keinsafan? Apakah semua ini perlu dihakimi tanpa mengetahui isi hati seseorang yg menangguh dosa tersebut bersendirian? Dan apakah maksuf riba bank?
susah nak dapat salesman yg amanah , masing2 nak copet duit , dia tak tau yg kita pun sengkek
Terbaik nazz 😊
Just in time for this video before I get my car , thank you Nazz
Autolife tu saya sarankan wajib amik.bukan apa.takut apa2 jadi.kita meninggal.waris dah tak perlu bayar apa2 pada bank.sekali bayar shj.bukan beribu.baru beberapa ratus shj.berbaloi2
Ni memang sangat useful :)
Sry lambat bang tadi sembahyang
Still great video cam biasa
🥰🥰🥰🥰
Wahh... Terbaik lah bang... Dapat selamatkan serba sedikit org yg tak tahu tu..
lg 1, selagi kita lom jumpa deal trbaik pada semua salesman yg ada, kita bebas brtnya smpai kita sign loan dgn salesman tu. Kdg2 bertimbang rasa pon kena diambil kira jgk 😊
Terbaik bro nazz👍trima kasih, info bermanfaat
Mantap bang, strady lah 👍🏼👍🏼👍🏼😁
Another useful content👍👍👍👍
Great tips nazz... Nak beli kete nanti akak bawak nazz sekali.. 😎
Nk ikot kak
@@fadhilrahmat4762 ikut p mana? Nak p makan ni.. Nak ikut jugak ke? Hahaha
@@lmk744 p makan nak ikut kak, lapaq ni 😅
@@KakiKomen.. korang ni komen kat akak, korang ada dalam group nazz jugak ke? 😌😌😌
@@lmk744 ada kak, jeng jeng jeng 😆
Alhamdulillah..sy bejumpa dgn seler yg Naik Dan Telus.. credit to yusri Honda PJ. Even xde free gift yg banyak.at lease perkhidmatan beliau amat memuaskn hati sy..Dan sy semak BLK.cara beliau betul dgn tips2 yg disampaikan. Ya Allah berkatilah mereka yg jujur dlm bekerja.
Amiinn
content terbaik ..
Assalamualaikum kepada semua customer yg ingin membeli kenderaan terpakai. Tiada istilah kereta full loan untuk kenderaan terpakai kecuali used car dealer jual bawah market value bank. Contohnya sebuah nissan almera tahun 2013 V spec harga Body siap OTR RM35k dan value bank boleh bagi pinjam RM40k.. itu namanya full loan akan tetapi cut loan.. contoh submit RM40k dan lulus RM37k.. itu masih dapat full loan dan cash money extra RM2k bg tangan customer..
Info yang amat berguna bagi kami..terus sukses bro nazz
tqq........ huhu
Baru baca tajuk terus like...
Tv3 boleh lah terbitkan rancangan ON THE ROAD with nazz
sape sokong.. hhuuhuuu
Sy sokong👍
@@nurzafirdz saya Pon sokong
@@nurzafirdz pp...........................penyimpan lalu kip. Proton panas p
Terbaik bang. 👊🏻👌🎉
Hehehe...first time salesman buka pekung di dada...semoga dimurahkan rezeki saudara nazz...👍
Bukan semua salesman tu menipu. Ada jgk jenis jujur.
@@lemanaik-ter793 kalau sumer salesman penipu, takder aa saudara nass buat video ni...ada jugak salesman yg bagi komisen pada introduser...
Waiting patiently tips beli kereta second hand dari u bro ..ilmu mahal tuu
Terima kasih Abg Nazz,, dgn info yg sgt m'bantu 😍👍
sangat berguna.. terima kasih abg naz
Terima kasih,tips :)
Lama tak singgah tgok video bro,last singgah time tu belas-belas ribu ja subscriber,,sekarang dah 100 lebih,,slmat maju jaya.,
tq bro
Terbaikk bro!!!!
Bang nas... Mase saye tgk video nihbaru saye tau dulu saya dh kene tipu jugak.. Lepas nih kalau nak beli kereta baru kene tgk video nih lagi la.. Supaya xkena tipu lagi.. Terbaik bang... Video yg bermanfaat...
tips yg sgt berguna..terbaik kongsi ilmu
Wah terima kasih sekarang dah tau
Thanks bro..info sgt berguna..byk org x tahu benda² ni terutama part yg hidden charges..ada cust yg jnis byr je jnji keta kluar kedai
Statement pd minit 8:50 tu mmg padu. Buka minda sewajarnya. Terima kasih bro Nazz!
Boss. Nanti buat video tips beli kereta recon. Inspect, loan, dan lain2 pasal recon. Terima kasih.
Bang cuba try review moto pulak😅
Kalau boleh review la modenas Dominar D400 tiuu😋
Pnh kena dkt kipmart masai.. dh beli kereta loan semua dh settle.. time amik kereta dorg bwk kereta g kedai dorg konon nk bg voucher tinted pastu dgn fulltank fuel..sampai kedai dia serah kunci 1 jer.. duplicate key dgn servis book dorg pegang..alasan nk minx kami byr rm2k utk insurans. Pdhal semua dh settle. Waktu tu nego2 kami byr rm50 je alasan nk raya duit xde 😂 tp yg bengang servis book xdpt dia bg manual book dgn duplicate key.. itulh terakhir deal dgn agent.skrg beli direct salesman dkt show room. Xmasuk akal kereta 32k jer insurans sampai 2k..
Kipmart masai lah paling terkenal buat mcm ni.. Haha
@@NazzAbdullahdan smart pandan sama lh modus dia..
@@NazzAbdullah keta baru ka? Seken pun sama jgk ka?
Assalamu’alaikum Naz. Moga sihat dan bersemangat kongsikan info2 yang menarik & bermanfaat buat peminat2 kereta. Nak tanya satu soalan, Naz pakai kereta apa sekarang? Dan apa kelebihan dia kalau boleh kongsi.. 😊
civic fc... segmen C paling murah huhu
Nazz Abdullah terbaik. Semoga terus success dengan kerjaya akhi yang banyak membuka mata pengguna kereta di tanah air 🇲🇾 tercinta ini. 👍🏻
@@KhuwaidimHaramain tuan org mersing ke?
Saya orang jempol Naz, n9 😊
knpa chnnel naz cpt naik dri chnnel kereta yg lain.sbb stu sngt jelas x simpn2 dn review sngt padat ringkas dn jelas dn content2 sngt diluar jangkaan,dn sentiasa dpt membuatkn kmi trtnggu2 video setrusnya
syabas bro anda mmg layak trima subs yg lebh lgi✌️✌️✌️
😊🙏🏽🙏🏽🙏🏽
Sebenarnya ramai yg tak faham dengan term HARGA ATAS JALAN @ OTR PRICE.
Pernah saya nk beli mereta dekat produa mahsing .
Saya tak tahu apa point wakil jualan tu nama dia saya rahsia kan .lon saya kluar tak ckup .apa juru jual tu buat ?.
Dia bagi barang kemas dia 1 rantai leher .1 rantai tangan dia suruh saya pegi gadai untik cukip kan kesemua jumlah bayaran yang perlu saya keluar kan ..cerita ni mcm merapu kan ..tapi itu lah yang terjadi pada saya .juru jual tu saya tak kenal
kenal pun masa saya berurusan dengan nya untuk keluar kan kereta baru ..barang kemas dia saya pegang dalam 1 mingu jugak lah .lepas saya dah usaha kan untuk dapat kan wang yang tak cukup tu rm5k gagal .saya pulang kan barang kemas dia dan dia ada kata kalau saya batal kan nanti bila nak beli kereta lagi akan jadi maslah .saya cakp tak apa lah cuma saya segan dan hormat pada dia atas kesunguhan dia dan kepercayaan nya serah barang kemas tu untuk saya gadai dah cukup buat saya termenung berfikir ..jika dia terbaca tulisan ni saya nak ucap kan sekali lagi berbanyak terima kasih dan jasa dia takam saya lupa sampai bila2 .
(Kisah benar ) persoalan nya kenapa sangup dia buat mcm tu ?
Apa pun tips bro nas memang terbaik 👍🏼⭐⭐⭐⭐⭐
Salam bro @Nazz Abdullah. Alhamdulillah terima kasih sebab upload video psl tips ni. boleh terangkan pd saya cara nak kenal pasti situasi elak ditipu penjual waktu beli kereta baru ye, sbg contoh situasi yang macam ni;
pembeli kereta ni seorang pencen berumur 60tahun ke atas nak beli sebuah kereta baru berharga dalam julat harga RM150K OTR + Insurans dengan guarantor daripada anak dia dan membayar downpayment sekitar 50K-60K, adakah pembeli tu juga akan terdedah dengan situasi yang macam diterangkan oleh brother Nazz dalam video ni? kalau ada macam mana kita nak spot situasi macam itu dri penjual kereta? sebab boleh jadi ada juga salesman yang kalau boleh dapat TIPU PEMBELI dri segi mcm HANDLING FEES, BAYARAN AMAUN DOWNPAYMENT + ADA DISKAUN, dan AMAUN PINJAMAN YG DAH LULUS untuk ambil kesempatan pembeli untuk dapat lebih untung atas angin gitu walaupun dah byr lebih dri amaun yg ditetapkan oleh dealer dan bank?
terima kasih bro.
Marah la salesmen yg menipu tu, hahaha, tq Nazz, baru nak beli kete jgk ni
اَلْحَمْدُلِلّهِ info yg sgt berguna, saya rasa dlu kena tipu jgk ngn salesman sbb byk charges di sebalik yg dibincg
Good infomation bro..
Saya pernah kena bayar RM400+ dkt Bank untuk insuran pinjaman/dokumen /legal ke apa ntah dkt RHB (dah lupa 2 tahun lepas). Waktu tu tanya sikit je sebab tanya banyak kang loan masalah pulak. So bayar je lah. Lepas video ni baru terfikir balik, bayar apa.
Tima kasih en nazz atas perkongsian...terbaekk👍👍👍
dah sihat ke bro? terbaikk!
belum bro... masa balik shooting video ni yg demam.. tkena hujan bro.. haha..
@@NazzAbdullah oh yeke.. Allahuakbar.. moga segera sembuh,bro.. anak2 sy pun tgh dlm demam dah.. moga kita semua baik2 aje..
Jarang orang kene kelepet bli keta baru..tp klu 2nd hand tu slalu..papepon vdo info y bagus
Info yg menarik 👍
Tak silap aku autolife insurance bagus, andai kate owner meninggal dunia, waris tak perlu pening kepale nak sambung bayar kalau ade loan dalam 2-3tahun.. Pengalaman aku arwah abg ipar punya kereta..
Info ni sangat bermanfaat tq abang nazz
Aq pun pena juga, tp xtau la tipu atau x.. Fmly juga, dia kata kalau org nk beli kreta.. Bgtau dia.. So aku pn bgtau la stiap kali org beli kreta.. Time tu blm tau lg pasal komisen2 ni ada.. Trasa sakit juga beb bila tau dia makan sorang..
tu bukan menipu.. komisen tu gaji dia.. dia bekerja
@@NazzAbdullah owh tp napa bila kat proton kita ble dpt komisen bila bawa org beli proton.. Ka lain tmpt lain cara..
ty bro nas.. alhamdulillah
Luckily, my uncle n my brother are car's salesman.. Apa2, inform dia org kalau nk beli..
Saya nie jenis susah percaya org.. Thanks for the tips
Bos downpayment nak bayar dekat siap? salesman kita ke bank yg bg kita pinjam loan tu ?
Betul abg nazz, saya pon hairan dgn handling fee or sometime processing fee.. saya rasa dulu pon saya dah kene.. huhu tq for the video. Btw saya ada kwan ckp ins pon ptut kita bley amek yg mana kita suka? Btul ka?
Terima kasih untuk info... 👍👍👍
Aku pernah kene tipu.. rm300 bhai..
Ak booked iriz dkat PROTON PJ... time booked tu pulak ak leh lupa minta resit yg menandakan ak da bayar deposit as salesman tu ckp if loan ak xlepas, ak leh dpt balik RM300 tu...then a few months berlalu, loan ak x lepas... dan salesman tu terus senyap tanpa berita.. call x angkat, msj xreply (time tu wassap2 ni xwujud lg)....hmmmm 300 tu..
Xp proton tu balik ka bro
@@nickmanhensem7603 dah pi, tapi setiap kali pi msti dia xde... lgpn resit pn xde nk dijadikan bukti masa tu
@@jemimychannel7893 xpala bro, halalkan saja.. Nnti ada benda jauh lebih baik akan ko dpt..
@@nickmanhensem7603 2tahun lepas tu ak tetap beli iriz hahaha
@@jemimychannel7893after 2 tahun penggunaan iriz.. Macam mana dgn servis after sales proton bro??
Hello.. Hellooooo.... 😅😅😝
Lepas ni tips elakkan diri dari di tipu lelaki yang mungkir janji ek.. Opppsss.. Hahahahaha
OTR with Insurans
- Pinjaman Bank
- NCD % (klu ada)
- Diskaun (klu ada)
= Deposit / Downpayment (jgn lebih drp ni)
ruclips.net/video/7Zgp4Bd1Rwk/видео.html
** Ini TAK masuk mark-up ins, winscreen cover & autolife
@@NazzAbdullah daebak boss.. 😌😌💃💃
Amboi....siapa yg mungkir janji Tu bgtau 😁😁😁😁
@@lanunzahury8868 adalah lelaki tu... 😤
Kesimpulannya abg naz sebagai youtuber automotif kena tahu apa hak dia dan apa yg bukan hak dia. So xde kene mengena😅🤣🤣🤣🤣
Abang nazz mintak lepas ni buat video tips nak beli usecar...🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼
Tq bro nazz..perkongsian yg baik
@Nazz Abdullah kalau beli kereta baru beli cash bayar guna Bank Draft macam mana caranya?
sama je mcm beli cash.. byr full lepas dpt stock, sblum register
Alhamdulillah bro Nazz !! Kita perlukan lebih ramai jujur macam nie 👍 .. nanti next time boleh laa Nazz tolong jelaskan cane cara kiraan kereta trpakai full loan ..
Terbaik 👍🏻
kalau deposit lebih drpd 10% accept ker??
Lagi besar deposit lagi bagus sebab bulan bulan jadi rendah
Dan bank tak suka kamu pinjam small amount, pasti akan kena interest yg tinggi. Hikhik
1. Tahu harga OTR + insurans
2. Tahu jumlah pinjaman yg lulus
Halllo selamat mlm broo saya nak Tanya pasal rebete yang sllu org buat so saya Tak faham apa itu rebete contoh smpi 6k th?
Sy pon nak tahu juga
Rebate tu diskaun. Contoh kereta harga 70k. Loan 90% = 63k. Down payment 10% = 7k. Drpd 7k tu tolak rebate 6k, jadi bayar kt salesman 1k saje utk down payment
@@kamalzaki7968 ok tqbro skrg brufaham
@@kamalzaki7968 boleh ke klau byar downpayment lebih dri 10%? Terjejas tk rebate yg penjual bgi? Maksud sy, klau kata kereta rm70k dpt rebate rm6k, tpi kita nak letak downpayment 20% nilai dlm rm14k, rebate tu akan di tolak skali ke? Dan harga kereta tu akan jadi rm50k? Betul tak.
@@syahirvlog3232 Cakap je dgn dealer nk wat loan berapa ribu, nanti dealer akan inform banker. Contoh kete 70k nak wat loan 50k saje. Balance depo 20k tolak rebate 6k, bayar dekat dealer baki deposit 14k sahaja
Mcmna pula kalau beli melalui broker? Tanya pasal kereta, katanya. Takut nnti info tak sama. Boleh pecaya atau tak? Lagi satu nak tanya, broker ni mmg ada lesen atau berdaftar tak? Sbb ada yg suggestkan stu broker ni. Katanya dealer. Tp bila tanya pasal kereta tak dapat jawab. Then call branch company yg dia kata tu. X de pun nma dia. Macamna ek?
Park
ok je... klu nk telus beli drp showroom.
@@NazzAbdullah kalau dah lulus loan. Monthly 515 utk saga premium ni. Tapi warna kereta yg kita nak takde lg. Dia mnta kita sign agreement dulu utk tunggu stok tu dalam sebulan. Procedure biasa eh?
Terbaik bro. Auto subscribe utk lu bro
tq so muchhhhh......
Teerrrbaik bos nazz..
NAZ KEJE DEALER KAN?
KEDAI KERETA MANA?
NANTI KALAU NAK BELI KERETA,BELI KAT TEMPAT NAZ JELAH,SENANG.
TAK KENA TIPU KAN......HIHI
Sokong
Salam naz..just nk tanya
Bulan lepas beli kereta..tp ada cerita disebaliknya. SA submit full loan (wpun hakikat sy nk 90%).
Kemudian SA minta byr harga beza sedangkan NCD insurans nk transfer dr kete lama. Sy kurang fhm mcm mana dia nk pulangkan amount lebihan sbb seolah2 paksa byr harga beza sebelum tolak NCD.
Persoalannya..adakah dealer akan pulangkan lebihan amount secara tunai? Atau nnti offer utk tambah aksesori utk cover blk lebihan tu.
Bagi SA tu formula pada pin comment sy kt atas ni.. Mtk dia explain kiraan dia based on formula tu.. Tunjuk dia video ni
Naz, utk kereta baru, harga semua akan sama ke utk setiap showroom? Ataupn berbeza bgantung pada showroom tu sndr?
Sama
Harga moto je x sama..boleh dikatakan setiap kedai main harga..
Yg dislike tu mesti salesman yg menipu customer. 🤣.. Bukan salesman kereta namanya kalau x menipu. Aku dulu pernah hampir kena tipu dgn sales girl. Angin tidak ribut tidak tiba2 pulak nak minta duit utk nombor special. Special kepala bapak dia. Aku x bg arahan suruh book apa2 nombor pun. Dahlah nombor bersepah. Mmg kena makila jawabnya
Jadi...anda beli atau tidak kereta dgn dia?
Memang ramai yg menipu..tak takut ke mkn duit haram bg ank bini makan..adeh
Nazz nk tnye kereta ape yg baru sebulan lbih kurang rm500-600 je tpi kepuasan memandu x de masalah maintenance handling sdp semua ok la...hehe kereta ape eh nazz? Boleh bgitau x
Persona kot,try tgok video lpas
Mmg la Proton bosku..
Test drive
Bandingkn..
Ok tq guys
Persona bro. Puas hati dengan harga yg dibayar
Tq bnyak2 nazz di atas info ni
Bro Nazz, memang x elok ke kalau nak bayar deposit lebih 10%? Kalau x bayar lebih 10%, kita pulak senak nak bayar bulan2.. Macam mana nak buat kalau nak jugak bayar deposit kereta lebih 10%?
dia crita nak kenal pasti penipuan salesman dan bank... Btw xde masalah dan elok bayar depo tggi supaya bulan2x rendah. Tq
@@syedilyas4886 Memang risiko utk ditipu oleh salesman tu lagi besarlahkan kalau nak bayar deposit lebih 10% tapi macam mana nak cam salesman jujur dgn salesman penipu kalau kita nak bayar deposit lebih 10%? 🤔
@@DuShane3120 laa. Kn video ni dah tunjuk mcmana nak kira, rewind balik video ni, letak depo byk mana pon should be no problem kalau faham cara kira tu.. cube try..Huhu
@@syedilyas4886 Baik. Terima kasih. 👍☺
Sama je tuan.
Kenalpasti harga OTR je dulu..
Lepastu mintak loan berapa yg kita nak je.(tolak lebih kurang utk jd depo berapa yg nak bayar)
Sama mcm formula dlm video ni
Mcm kes saya,
Cakap dgn banker nak loan 100k je (depo mmg lebih dr 10%)
So total OTR tolak loan,baki adalah deposit.setel
Mcm mana y nak buat full loan?? Ada kiraan dia ke??
Bang Nazz . Buat review Suprima S . " Is it worth Suprima S in 2020" haaa gitcheww..
Sy nak tanya. Kawan saya aada beli kereta bezza, rm44k lebih termasuk insurans. die letak deposit rm15k untuk kecikkan monthly. Lepas tu, loan lepas, tpi dekat surat bank tu menyatakan die buat loan rm31k lebih. Klau ikot kiraan tolak dengan deposit, rm29k lebih. Dan kereta die tak ada ape2 tambahan aksesori. Betol ke bro? Sy rasa macam ada yg tak kena dengan loan tu. Boleh tak tolong share sikit pandangan otai2 semua.
Apa yang sy tahu, kalau buat loan mmg takkan sama bayaran secara full cash.. sbb loan ni biasa ada riba, jadi memang dia akan markup sikit beberapa percent.. makin rendah loan, makin tinggi percent dia akan ambik..
@@mzul2630 owh. Yeke. So dlm isu ni, tak de kaitan dgn handling fee? Ada ke handling fee yg di bayar lebih? Brpe peratus handling fee ni dikenakan?
@@syahirvlog3232 ye, takde kaitan dgn handling fees.. cuma interest rate/kadar bunga yg bank tetapkan.. mcm dalam video ada cakap, handling fees ni pihak bank yang bayar kepada dealer yg jual kereta.. kita sbgai pembeli tak perlu bayar, takde kaitan pun dgn bayaran handling fees.. tapi salesman manipulasikan ayat handling fees ni cakap kita perlu bayar sbb mungkin kita tak tahu apa maksud handling fees tu..
@@mzul2630 bermakna xperlu lh letak deposit byk.. sbb still byrn dia lbh kurang.. sbb kemarin pn Ada kira2 juga beza full loan dgn yg bg deposit xbyk beza pn 😅
Tq atas ilmu yg dikongsikan,amat2 berguna..
Patut highlight kan sikit bab "JANGAN MINTAK YANG BUKAN HAK KITA" hihihi
Terbaik Tips ni
Abg nas boleh bagi pendapat tak? Apa kelebihan dan keburukkan kereta baru secara cash
boleh tonton di sini : ruclips.net/video/vJbAbZ0NydE/видео.html
point yg last aku suka nazz, ramai SA suka offer freegift lebih2, padahal freegift kita bagi pun okey dh sebenar, tapi customer suka tgok freegift yg lebih padahal servis kita dh terbaikk
Tq nazz abdullah explain psl markup loan.
Salam bos nak tanya , setiap selsmen , dia ada minta , $$$, untuk Proceses , pngrusan krta , dn Handlig,$$$ sedang kn ,Lond krta sudh lulus bank, tlong pnglasaan tuan, trma ksi, ,
Terima Kasih bro Nazz.. baru hari ni terjumpa youtube ni terus tgk 3 video berturut² dan sudah like dan subscribe.. Terbaik
Nazz dealer kete brand ape n kat mne?
smua brand... sy kt JB... klang pon ada...
Sebelum start video dah like 👍 ❤
😉🙏🏽🙏🏽
Terbaik perkongsian bro Nazz
Bang utk pembelian kereta perlu..memang perlu byr caj stamp Dan pemprosesan kpd bank ke??satu lg byr pula secara cash kpd salesman