Pulau Melaka

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 30 ноя 2024
  • Pulau Jawa pada hari ini dikenali sebagai Pulau Melaka dan ianya terletak di luar pantai Bandar Hilir. Pada hari ini Pulau Jawa kekal dengan namanya sebagai Pulau Melaka. Dalam catatan Portugis, Pulau Melaka ini di sebut dengan nama Ilha Das Pedras. Eredia menggambarkan Pulau Melaka sebagai ‘pulau kapal baru’ kerana kapal-kapal dagang melabuhkan kapal mereka tidak jauh dari pulau ini. Pulau Melaka ini juga pernah menjadi salah sebuah kawasan laluan perdagangan antarabangsa. Kedudukan pulau ini sangat dekat dengan kawasan darat hinggakan Eredia telah menggambarkan jarak pulau tersebut boleh dicapai dengan hanya satu tembakan sahaja dari kawasan darat ke Pulau Melaka.
    Pulau Melaka merupakan pulau yang kaya dengan batu laterit. Oleh kerana jaraknya yang dekat, Portugis mengambil batu laterit dari pulau ini untuk membina bangunan terutamanya kubu pertahanan Portugis. Kesan pembinaan bangunan menggunakan batu laterit ini dapat dilihat pada binaan Pintu Gerbang Santiago (Porta de Santiago) atau lebih dikenali sebagai A' Famosa. Selain daripada itu, bangunan lain milik Portugis yang menggunakan bahan ini juga boleh dilihat pada Gereja St. Paul yang terletak di atas Bukit Melaka. Pada tahun 2013, Pulau Melaka ini telah ditambak bagi mempergiatkan lagi aktiviti perindustrian dan pelancongan di negeri Melaka.

Комментарии • 1