Kursus Pembangunan Buluh Aplikasi Outdoor dan Landskap Anjuran FIDEC dan MBI
HTML-код
- Опубликовано: 11 фев 2025
- Kursus Pembangunan Buluh untuk Aplikasi luaran dan landskap ini dianjurkan dengan usahama diantara Majlis Perbandaran Ipoh dan Malaysian Timber Industry Board di bawah Pusat Biokomposit Dan Gentian (FIDEC) pada 24-26hb Julai 2023 bertempat di FIDEC, Olak Lempit, Banting, Selangor.
Turut terlibat adalah Pegawai Penyelidikan dari FRIM Tuan Amir Saaiffudin Kassim, yang memberi pendedahan cara mengenal jenis-jenis buluh yang terdapat pelbagai species di hutan tropika. Industry buluh di Malaysia ini adalah sangat-sangat baru berbanding dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara.
Sebagai peserta , kursus ini memberi pendedahan berkaitan buluh dari segi teori dan praktikal. Pendedahan secara teori jenis-jenis buluh, cara buluh-buluh ini diawet, diproses untuk penyediaaan kegunaan buluh-buluh seterusnya adalah satu ilmu yang sangat berharga.
Kami diberi tempoh satu setengah hari bagi menyiapkan gazebo dari buluh secara team work bagi memahami rentak, ragam, sifat buluh untuk digunakan sebagai satu binaan luaran yang terdedah kepada cuaca dan ancaman-ancaman serangga atau ulat yang menjadi musuh bagi buluh-buluh ini.
#Buluh #bamboo #malayatube