CUCUR KERIA - Kerana Terlampau Sedap 😋 Terjebak Buat Kuih Retro Ni. Cuma Orang Lama Tau Kenapa ...

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 фев 2025
  • CUCUR KERIA | KUIH KERIA | COQ KERIA
    .
    Nama-nama di atas tu sinonim dengan kuih yang satu ni, macam donut tapi bukan donut. Cheq Na rasa omputih tiru kuih ni dan namakan dia sebagai donut atau kita tiru depa dan bagi nama lain, kuih keria atau cucur keria.
    .
    Apa-apa pun, coq keria ni rasa dia sedap dan manis. Kepada yang ada penyakit diabetes tu, sila-silalah menjamu mata sahaja. Bukan apa, ubi keledek tu dah cukup untuk menaikkan glucose meter reading tu, ditambah lagi dengan sugar coating dekat luar coq keria tu, kalau glucose meter reading tak naik tu, cari-carilah glucose meter yang lain sebab dia dah rosak 😝
    .
    Kuih ni kuih orang-orang lama. Setahu Cheq Na, orang la ni tak makan dan tak tau nak buat dah resepi ni. Yang appreciate kuih ni mungkin dah berumur 40 tahun dan ke atas. Orang-orang baru la ni lagi suka donut, pizza, kepci, mekdi dan sebagainya, menjadikan kuih keria ni ketinggalan zaman. Jadi, Cheq Na nak revive balik kuih keria ni ... jom kita masak
    .
    Untuk membuat kuih keria ni, kita memerlukan
    a) 1 kilo ubi keledek
    b) 1 cawan tepung gandum
    c) 1 camca besar garam
    d) 1 camca kecil baking powder
    e) Gula pasir untuk 'coating' external layer
    f) Air untuk merebus ubi keledek
    .
    Itu sahaja bahan-bahan dia. Untuk mendapatkan tekstur dan rasa seperti dalam gambar, Cheq Na sarankan tengok video ni sampai habis. Tak boleh skip-skip sebab every step of the way tu very important. Kalau skip, memang tak dapat tekstur dan rasa yang betul seperti dalam video ni.
    .
    Kalau video ni memberi manfaat kepada ramai orang, silalah SHARE, SHARE dan SHARE supaya ramai orang mendapat manfaatnya
    .
    Setakat ini dulu, Cheq Na ucapkan terima kasih kerana menonton video Cheq Na dan kita berjumpa di video yang akan datang In Sha Allah 🤲
    .
    .
    #cheqna
    #cheqnastyle
    #cheqnaresipi
    #cucurkeria
    #kuihkeria

Комментарии • 10

  • @iqbalqushairy8459
    @iqbalqushairy8459 Год назад +2

    Terbaikk la che na..

    • @CheqNa
      @CheqNa  Год назад

      Terima kasih...terima kasih bagi komen yang positif😀

  • @umixnizar7335
    @umixnizar7335 Год назад

    Sedapnyaa

    • @CheqNa
      @CheqNa  Год назад

      Kannnn...memang sedap dan mudah 😋😍

  • @PEACE_HUNTER67
    @PEACE_HUNTER67 Год назад

    Alhamdulillah...nampak senang & simple ramuan. InsyaALLAH nak cuba. Terimakasih kongsi resepi

    • @CheqNa
      @CheqNa  Год назад

      Alhamdulillah..Sama2 ya..Apapun memang senang dan simple sangat cucur keria niii..Jom2 cuba buat..mudah sangat kuih niii.😀

  • @rismacookery11
    @rismacookery11 Год назад

    masyaAllah look so yummy thank you for sharing recipe kakak 😋❤

  • @cheritakamek
    @cheritakamek Год назад

    Minum ptg sambil makan dia dgn tea o sedap.nie❤

    • @CheqNa
      @CheqNa  Год назад +1

      Ya..betul tu..memang sesuai sangat🥰😋

  • @Jaguar10My
    @Jaguar10My 4 месяца назад

    Tak asli... rasa lain kalau mcm ni. Sedap g kalu salut ayaq gula