Rempeyek Kacang SUPER Rangup!

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 24 мар 2024
  • Assalamualaikum, jom tengok Che Nom buat kudap kudapan yang ramai suka makan terutama waktu musim perayaan..waktu raya nanti lah kan? Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis.
    Dulu-dulu selalu makan je tak tau pun macam mana nak buatnya. Ha sekarang Che Nom gigih belajar dan rupanya tak lah susah sangat..cuma agak mencabar nak habiskan goreng aja.
    Adunan mestilah dibancuh dengan biji-biji rempah dan juga bahan lain. Che Nom kisar kasar semuanya sebelum dibancuh dengan campuran tepung. Kita guna acuan yang panas dalam minyak, kemudian tuang & juga susun kacang dan ikan bilis, lepas tu goreng sampai rangup. Ada juga versi kacang dal & kacang hijau.
    Rempeyek yang sedap mestilah tak terlalu tebal, cukup rasa masin, lemak, dan juga ada topping yang cukup. Baru lah sedap!
    //Bahasa Melayu
    -----------------------------------
    Bahan-bahan:
    1 sb ketumbar biji
    1 sb jintan manis
    1 sb jintan putih
    2 ulas bawang putih
    25g ikan bilis
    1/2 sb serbuk seasoning
    1 biji telur
    1/2 cwn santan pekat
    1 sk garam
    1 cwn air (blender)
    1 cwn air (letak sikit-sikit)
    1/2 paket / 250g tepung beras
    1/3 cwn tepung jagung
    1/2 sb air kapur makan
    Kacang tanah
    Ikan bilis
    //English
    ------------------------------------
    Ingredients:
    1 tbsp coriander seeds
    1 tbsp fennel seeds
    1 tbsp cumin
    2 cloves garlic
    25g anchovies
    1/2 tbsp seasoning powder
    1 egg
    1/2 cup thick coconut milk
    1 tsp salt
    1 cup water (blender)
    1 cup water (add gradually)
    1/2 packet / 250g rice flour
    1/3 cup corn starch
    1/2 tbsp limewater
    Peanut
    Anchovies
    Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
    Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
    Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
    Jenama Kuali : chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
    Jenama Pisau: chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
    Model Blender: chenom.my/blender-yang-che-no...
    #resepichenom
  • РазвлеченияРазвлечения

Комментарии • 163

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 4 месяца назад +19

    Sedap Nyaa Che Nom…Nak Pin Che Nom Sekali 😍😍😍

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад +4

      Che Nom pin Wawa dulu, kalau ada info penting untuk video ni Che Nom akan pin balik

    • @user-wy7rv7cm3y
      @user-wy7rv7cm3y 4 месяца назад

      Sedap nya..my favourite..😋

    • @ibelievemuhammadqasimdreams
      @ibelievemuhammadqasimdreams 4 месяца назад

      JEMPUTAN KE ERA KE-EMASAN | KEBANGKITAN ISLAM
      SILA COPY DAN PASTE ADDRESS INI KE WEB BROWSER :
      jemputan.me/3649/muhammad-qasim
      بسم الله الرحمن الرحيم
      ALLAH SUBHANAHU WA TAALA DAN MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM DI DALAM MIMPI MUHAMMAD QASIM BIN ABD KARIM
      __
      SISTEM PEMERINTAHAN ISLAMIK SELEPAS IMRAN KHAN
      23 DISEMBER 2018
      -------------
      Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.
      Muhammad Qasim melihat di dalam mimpi bahawa orang-orang berbincang tentang politik Pakistan di dalam sebuah bilik besar bahawa “Jika keadaan menjadi buruk maka pemerintahan Imran Khan akan berakhir dan selepas itu, tentera atau orang lain akan mengambil alih”.
      Aku berkata bahawa, “Jika pemerintahan Imran Khan berakhir, maka akan ada pilihan raya dan orang akan kembali memilih Imran Khan semula kerana dia belum diuji dengan betul.
      Masa Imran Khan memimpin masih kurang dari 30% dan orang-orang belum dapat menilai kerjanya.
      Namun jika setelah 30% pemerintahannya juga belum menampakkan hasil, maka beberapa sistem pemerintahan lain dapat dibentuk.
      Imran Khan adalah pilihan politik terakhir. Setelah itu, sistem pemerintahan presiden yang Islamik dapat dibentuk.
      divinedreams.co
      muhammadqasimpk.com
      KHABAR GEMBIRA
      DEMI ISLAM, DEMI PALESTIN
      الظُّلْمُ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ القِيَامَةِ
      “Kezaliman (akibatnya) kegelapan (pada) hari kiamat.”
      1. Hadith riwayat al-Bukhari no. 2447 dan Muslim no. 2579 daripada Abdullah bin Umar RA. Hadith ini adalah amaran daripada melakukan kezaliman dan ketidakadilan kepada semua makhluk, jiwa dan harta. Dalam teks hadith lain, Rasulullah SAW menyeru umat supaya menjauhi sifat zalim dan kedekut kerana sifat tersebut telah menghancurkan umat terdahulu yang saling berbunuhan dan melakukan perkara haram (Muslim, 2578). Zalim adalah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya, merangkumi penganiayaan, penindasan, kekejaman dan tidak berperikemanusiaan. Zalim adalah syirik dan kegelapan. Lawannya adil, tauhid dan cahaya hidayah. Sejahat-jahat sifat zalim adalah mensyirikkan Allah SWT, mengamalkan maksiat dan meninggalkan syariat. Sebaik-baik sifat adil adalah mengesakan Allah SWT, melakukan kebajikan dan ketaatan (surah al-Nahl, 90).
      2. Hadith ini mengingatkan perbuatan zalim di dunia membawa kesengsaraan dan kepanasan di akhirat tanpa naungan Allah SWT. Di dunia mungkin kita gagah menganiaya, iri dengki dan mengambil hak orang kerana kegelapan hati. Kita buta hati melihat kejahatan sebagai perkara biasa, kebaikan pula seolah-olah tiada apa-apa. Namun di akhirat, kita serba susah dan lemah dengan kegelapan yang berlipat kali ganda. Pahala amalan yang sedikit pula ‘dirampas’ lalu diberikan kepada orang yang kita zalimi. Itulah kegelapan hakiki yang kita alami atas kezaliman semasa di dunia. Justeru, hadith mengajak umat Islam melakukan keadilan dan kebajikan untuk menempah tiket ke pintu syurga. Tidak terlewat zikir dan doa, memohon maaf daripada insan teraniaya serta keampunan daripada yana Maha Memberi Hisab.

    • @5858salena
      @5858salena 4 месяца назад

      Ada sape tau nak beli acuan nie di mana di Johor? Terima kasih

    • @sitisarahkamaruddin54
      @sitisarahkamaruddin54 4 месяца назад

      ​@@5858salena dekat eco 2 ade sis

  • @sk71271
    @sk71271 4 месяца назад +9

    Kalau dulu dulu rempeyek ni dihidangkan semasa majlis keramaian je. Sekarang tak lagi. Boleh makan bila bila je. No. 1 fevret 😋 Terima kasih Cek Nom dgn resepi ni. Selamat berpuasa semua❤

  • @ilhan1352
    @ilhan1352 4 месяца назад +13

    Ni la Kueh yg saya sll gagal. Tapi Sy tak putus asa Sy akan Cuba resepi che nom ni pulak.

  • @user-qb8bj4co1g
    @user-qb8bj4co1g 3 месяца назад +3

    Memang tunggu resipi dr che Nom, sllu buat cara che Nom menjadi terima kasih

  • @kalistaaqilaputri4867
    @kalistaaqilaputri4867 4 месяца назад +3

    Rempeyek ni kalo di Jawa di gunakan saat hantaran kenduri sebagai undangan tetamu.biasanya nasi kotak tu isian nasi gurih/uduk/lemak,daging masak rendang,mie goreng,sambal goreng kentang,rempeyek.tapi sekarang dah banyak untuk cemilan saat waktu apapun.dan bentuknya kebanyakan memanjang.kalo bulat macam tu jarang sangat.

  • @TRedDot
    @TRedDot 4 месяца назад +4

    Alhamdulillah..terimakasih berkongsi resepi..InshaAllah saya nak cuba buat untuk family di Vietnam.

  • @selfreflection2117
    @selfreflection2117 4 месяца назад +1

    Resipi nampak mudah tapi waktu susun kacang dan ikan bilis tu ambik masa.. Terima kaseh Che Nom berkongsi resipi.

  • @norsafishahrin2466
    @norsafishahrin2466 3 месяца назад +3

    nenek saya memang buat rempeyek ni, nenek saya akan asingkan tepung yang dibancuh dlm bekas kecik bila nak masak, pastu dia masukkan kacang sikit sikit juga dlm bekas kecik tu, so waktu masak, kacang pun takkan tertanggal, kalau untuk bilis, letak bilis lepastu gam sikit dengan tepung.. so takkan tanggal juga..

  • @mawarmariana
    @mawarmariana 20 часов назад

    Rempeyek kacang Tanah ❤

  • @user-io6nt1og8x
    @user-io6nt1og8x 3 месяца назад +1

    Asalamualaikum sedap resepi biskut rempeyek kacang 🥜 Che nom nin

  • @faizahmohamedanuar7580
    @faizahmohamedanuar7580 4 месяца назад +1

    Nampak sedap. Teringat arwah suami saya suka sangat rempeyek. Mungkin saya try nanti just for the memories

  • @fadzilahsarip3230
    @fadzilahsarip3230 4 месяца назад +1

    Akhirnya ada jg resepi rempeyek dari Che Nom ❤❤.. Tq Che Nom

  • @ilyanamohamad5031
    @ilyanamohamad5031 4 месяца назад

    Terima kasih byk2 Che Nom...resepi yang ditunggu selama ini...😍😍😍😍

  • @mbahputrikr1335
    @mbahputrikr1335 4 месяца назад

    Masa Alloh rempeyek kacang. Tanah renyah dan gurih ,

  • @LyaIbrahim
    @LyaIbrahim 4 месяца назад

    Terima kasih che nom ... Resipi yg dinanti².❤❤.

  • @nonamenoname2998
    @nonamenoname2998 4 месяца назад +1

    Sedap nya che nom

  • @Ratu-le2fp
    @Ratu-le2fp 4 месяца назад

    Alhamdulillah terima kaseh cik No❤❤❤❤❤

  • @sthuwaibahaslamiahahmadnaj7069
    @sthuwaibahaslamiahahmadnaj7069 4 месяца назад

    Rajinnya che Nom. Effort banyak nak buat tu

  • @maznahmakpol3621
    @maznahmakpol3621 4 месяца назад

    Terima kasih resepinya

  • @rafidahahmad5215
    @rafidahahmad5215 4 месяца назад

    Dulu mak saya rajin buat, masa raya mesti ada rempeyek ni.. kena cuba resepi che nom ni

  • @wahyuninasen2639
    @wahyuninasen2639 4 месяца назад +1

    kriukkk nikmat

  • @DapurBiru
    @DapurBiru 4 месяца назад +2

    Makan rangup2 sedap! 😍

  • @sitisoleha3530
    @sitisoleha3530 3 месяца назад

    Semua resepi che nom klu buat mesti menjadi n sedap, tq share resepi🥰

  • @elinikolaev6611
    @elinikolaev6611 4 месяца назад

    Tq Che Nom...nnti nk buat❤

  • @nickasmah4937
    @nickasmah4937 4 месяца назад

    Senang je nampak cek nom buat,,saya nak cuba lah,,terima kasih❤

  • @iyliazamri672
    @iyliazamri672 4 месяца назад +4

    Dulu nenek sy bniaga rempeyek ni..ada kacg tanah, kcg dhal, kacg hijau..buat smpai 5 tin tong biskut tu..sbb ramai order tuk raya..sempat la sy belajar sikit cara buat sblum nenek bsara buat. Dia kata x larat da..nk tahan lama x bau hapak mmg kena simpan lama dlm tin biskut..tq che nom atas resepi ni..nnt nk cuba la..hihi..

    • @himawari.520
      @himawari.520 3 месяца назад +1

      eh betul lah.. dulu arwah mak cik sy pun buat rempeyek.. klau ayah sy order, ayah bawak tin biskut yg beso tu siap2.. baru ni tau tin biskut tu xnak bg hapak rupanya..

    • @iyliazamri672
      @iyliazamri672 3 месяца назад

      @@himawari.520 tips ni pun sy belajar dr org2 lama..klau perasan pegi beli biskut timbang x penah pun biskut tu hapak..jgn simpan dlm bekas plastik penutup merah yg bole kemik2 tu..dia mmg masih rangup tp rasa rempeyek tu akn hilang..klau nk pkai gak make sure abiskn cepat..😉

  • @chenorsiah3233
    @chenorsiah3233 4 месяца назад

    t.kasih beri resepi rempeyek sedap dan krup krap.ter bsik puan Nom

  • @RinaYuli-rp5tx
    @RinaYuli-rp5tx 4 месяца назад

    Assalamualaikum che nom makasih ya resep nya mantap lah

  • @fatinsyahirah_
    @fatinsyahirah_ 3 месяца назад +1

    Terima kasih che nom, tahu2 je saya nak buat terus muncul video ni 😂

  • @mcuwne2011
    @mcuwne2011 4 месяца назад +2

    baru tahu buat rempeyek niii.. dpt buat sndiri and adjust sendiri bilis n kacang tu sedap

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад +1

      Best letak kacang banyak-banyak

  • @fadilahidris898
    @fadilahidris898 4 месяца назад +1

    Waalaikummusalam...

  • @noahrosland
    @noahrosland 2 месяца назад

    Suka sangat tengok che nom. Cara penyampaian pun tenanggggg je. Sayang che nom ! ❤

  • @hihihihi5664
    @hihihihi5664 3 месяца назад +1

    Sedap ❤

  • @CCLG168
    @CCLG168 4 месяца назад

    Oh my favorite hometown snack! Thx q Cik 😍

  • @Liza-tu9qc
    @Liza-tu9qc 4 месяца назад

    Tambah cili api .seriusss sodap ..try nti ya..

  • @yatimatjisil5382
    @yatimatjisil5382 2 месяца назад

    Terima kasih Che Nom.

  • @MawikanKenes
    @MawikanKenes 4 месяца назад

    cetakan rempeyek nya unik.. 😊

  • @sumayyahzahir7686
    @sumayyahzahir7686 4 месяца назад +23

    Lepas tengok cara buat ni, saya decide untuk beli je la😅 patutla rempenyek harga dia agak mahal. Baru faham kenapa🫠

    • @imahazmi1162
      @imahazmi1162 3 месяца назад +2

      Ye 50 kpg rm17

    • @selfreflection2117
      @selfreflection2117 3 месяца назад +3

      Kalau ikut cara Indo mereka siram adunan tu kat tepi kuali je.

    • @Nurainanatasha
      @Nurainanatasha 3 месяца назад +2

      ​@@selfreflection2117kat Malaysia Pon sme😂org dlu2 guna tepi kuali je..cume skrg nk nmpk corak tu cantik tu yg pakai acu bulat tu

    • @mashkurmuhamad7008
      @mashkurmuhamad7008 3 месяца назад +1

      Betul weyyy aku pun fikir yg sama.hahhahha..qenyah betul.

    • @azreenklose7976
      @azreenklose7976 3 месяца назад +1

      ​@@Nurainanatashatu bukan yg pakai kacang hijau tu ke ???...

  • @MIRAHCOOK73
    @MIRAHCOOK73 4 месяца назад +2

    Rempeyek kacang teri pasti rasanya enak gurih dan renyah ...mantap

  • @StarzRebel
    @StarzRebel 4 месяца назад

    Sy dgn arwah mak dulu buat time lepas sahur smpi tgh hari. Gilir2 goreng, buat sekilo tepung tuu. Ya rabbi renyah rsnya. Tp sedapppp!!!

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      Banyaknya sekilo 😊

  • @norzah5047
    @norzah5047 4 месяца назад

    Nyamm² msti sedap

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад +1

      Insyallah sedap

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 4 месяца назад

    Nk cuba thn ni guna resepi Che Nom nmpk sdp,1balang x ckup ni sambil lyn tv😀

  • @sifuliem6172
    @sifuliem6172 3 месяца назад

    I suka ikan bilis

  • @dadarmwn
    @dadarmwn 4 месяца назад +2

    kalau aku suka letak daun limau, diiris halus. sedappp 😋

    • @mizzue8988
      @mizzue8988 3 месяца назад

      Betul sgt sedap lain dr lain non stop kunyah

  • @bjfeerus
    @bjfeerus 4 месяца назад

    👍🏻👍🏻👍🏻 Alhamdulillah ❤❤❤ ... .. ...

  • @salbiahbintikassankpm-guru9742
    @salbiahbintikassankpm-guru9742 4 месяца назад

    TQ Che Nom berkongsi resepi ni. Memang favorite rempeyek ni

  • @mohdzurainimohdnor2903
    @mohdzurainimohdnor2903 4 месяца назад

    Terima kasih cik nom..suka makan ni...makan dengan nasi pun sedap juga

  • @hanessaaurora3901
    @hanessaaurora3901 4 месяца назад

    Masak sotong masak hitam ❤ boleh

  • @tikatbg215
    @tikatbg215 4 месяца назад +4

    Buat bahulu kampung yg lembut che nom🙏🏻😊

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад +1

      Plan nak buat juga tapi rasanya x sempat dah utk Raya Puasa. Raya Haji nanti ok

  • @emildakamaluddin3356
    @emildakamaluddin3356 4 месяца назад

    Che Nom banyak tak dapat adunan sebanyak tu dan berapa lama masa habis nak goreng semua dengan 1 acuan tu saje. Tq Che Nom ❤

  • @Ameera_Imran
    @Ameera_Imran 4 месяца назад

    Tq share resepi che nom ❤ tertunggu2 resepi baru dari che nom

  • @hihihihi5664
    @hihihihi5664 3 месяца назад +1

    👍👍👍

  • @gavanxz
    @gavanxz 4 месяца назад

    ni confirm tak sempat raye udah abeh.. hihi

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 4 месяца назад

    First ❤❤❤

  • @lorenzebizarre2201
    @lorenzebizarre2201 4 месяца назад

    Selalu fail buat ni, lps tu cpt jemu sbb kena tgu nk msk lama kena sabar bnyk. 😅 Tpi kali ni che nom dh ajar wajib cuba sbb slalunya resepi che nom mudah❤ tq che nom

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад +1

      kena banyak sabar masak ni huhu, anggap lah masa untuk terapi minda

  • @ainahbahari7220
    @ainahbahari7220 4 месяца назад

    ❤❤❤❤

  • @purenia92man29
    @purenia92man29 4 месяца назад

    Hylo kak che nom...😊😊😊😊selamat berpuasa di bulan ramadhan.. ...wah....ne favourite sya dgn husbamd kak che nom......setiap gawai msti mak sya bt rempeyek ne....1 fmly suka mkn klau sya bt......1 tin tk smpai 2 mingu nk gawai...selalu mak bt 1 tong putih...anggaran 2 tin lh.....tu pun tk ckup....tq kak che nom sudi share......ada bnyk resepi kak che nom sya dh cba smua sdap2....terima kasih kak chenom sbb sudi share resepi masakan, biskut, kuih karipap favourite sya...blh share resepi biskut ke kak chenom.....tq❤❤❤😊😊😊😅😅😅😅😅✌✌👍👍👍👍👍

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад +1

      Terima kasih ye sudi follow resepi Che Nom. Kalau mak kita yang buat mesti bertambah2 sedap. Nanti ada resepi biskut. Tunggu ye

    • @purenia92man29
      @purenia92man29 4 месяца назад

      Tq kak chenom.......hr tu mak sya cba resepi nasi briyani economi time christmast...tk ckup....bt lgi......sdap....👍👍👍👍👍⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

  • @asdeyana
    @asdeyana 4 месяца назад

    Che nom boleh share resepi red bean puff pastry please

  • @Muhd_Firdaus8
    @Muhd_Firdaus8 4 месяца назад

    Che nom Buat la Resepi satay Daging

  • @ashikinamin9560
    @ashikinamin9560 3 месяца назад

    Cik nom buat cornflek madu lah sy nk buat kuih raya ni😊😅

  • @thefamily296
    @thefamily296 4 месяца назад

    Assalamualaikum Che Nom. Terima kasih kongsikan resipi fav sukaan ramai.
    Boleh saya tanya serbuk seasoning tu ada specific brand dan sukatan cawan tu rasanya agak agak beratnya berapa gram kerana size cawan semuanya saya takut berbeza.

  • @sandralydia5392
    @sandralydia5392 4 месяца назад

    Che Nom, boleh Che Nom kongsi cara menyediakan roti john ala pasar malam?

  • @SalamahAbdWahid-wm2eg
    @SalamahAbdWahid-wm2eg 4 месяца назад

    Share tq

  • @mohdnorizhambakar319
    @mohdnorizhambakar319 4 месяца назад +1

    Kalau orang Jawa Sarawak, tambah cekur mantop!

  • @IsyaIsya4
    @IsyaIsya4 4 месяца назад

    Nak resepi short bread🙏

  • @swxndcg
    @swxndcg 2 месяца назад

    sebab tu susah nk jumpa rempeyek yg sedap sbb process nak buat renyah betul. tapi kitonyo malas masak hahah. nasib baik dah jumpa org yg jual rempeyek sedap hahaha

  • @ctnatasya8601
    @ctnatasya8601 4 месяца назад

    Buat nya berjam2 lagi2 bln puasa ni dgn penat nya..tapi bila mkn tak sampai 5 minit dh clear...tak dan tunggu raya..

  • @fatimahramli8861
    @fatimahramli8861 4 месяца назад

    Mak saya buat kuih ni.. habis diangkutnya dapur tu bawak turun.. bersila kat bawah.. guna dua kuali..sebab memang jenuh nak berdiri lama😂

  • @effiputra9733
    @effiputra9733 4 месяца назад

    Lagi sedap kalau kacanh dgn ikan bilis tu di blend rasa lemak dari kacang dan rasa khas ikan bilis tu mmg meningkatkan lagi rempeyek tu😍

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      Biasanya bilis je kisar. Tak pernah pula tengok orang kisar kacang sekali.

    • @effiputra9733
      @effiputra9733 4 месяца назад

      @@CheNom kan tp mak saya punya resepi kacang dia kisar kasar sedap😍

  • @user-ox2ml6hr6p
    @user-ox2ml6hr6p 4 месяца назад

    hihihi sebiji resepi che nom post ni .cm sy buat utk niaga.walaupun mmg sy msuk pjj rempeyek tu.😊

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      😆👍

  • @nikanis9244
    @nikanis9244 4 месяца назад

    Yaallah at last yg di nnti da tiba resepi rempeyek. Tq che nom. Che nom nk resepi rempeyek kacang dhal blh x

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      Insya Allah lain kali versi dal pulak

  • @hayaroy77
    @hayaroy77 4 месяца назад

    Save dlu ..mmg fav ni

  • @salinachala8450
    @salinachala8450 4 месяца назад

    Wahhh, feberet to

  • @munirahmahyudin5770
    @munirahmahyudin5770 3 месяца назад

    Terima kasih che Nom, sy dah buat semalam. Menjadi! Cuma nak tanya nape ye bila saya letak air kapur adunan jadi kuning? Bila gelap warna jadi gelap skit. Tapi rasa memang sedap dan rangup.

  • @samattv24
    @samattv24 4 месяца назад

    Kalau letak buah keras lagi sedap

  • @normahjalil2458
    @normahjalil2458 4 месяца назад +1

    Mmg kena bnyk sabar Cik Nom penat berdiri😂

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад +1

      😂 habis sakit urat

  • @roslinda9395
    @roslinda9395 3 месяца назад

    Assalam che nom..semoga sentiasa sihat..kacang tu gore g dulu ke

  • @selfreflection2117
    @selfreflection2117 3 месяца назад

    Terima kaseh akan dicoba untuk hidangan di hari raya nanti cuma saya akan goreng ikut stail Indo di mana adunan dituang tepi kuali. Tak larat nak guna acuan. 😅

    • @CheNom
      @CheNom  3 месяца назад +1

      Terima kasih banyak. Kalau dituang tepi kuali pekat kan sedikit adunan dengan tambah tepung ya..Selamat Mencuba 😊

  • @imahazmi1162
    @imahazmi1162 3 месяца назад

    Nk byk sabo sbb mkn masa. Sama dgn koi loyang

  • @awangazizul7999
    @awangazizul7999 4 месяца назад

    Che Nom, nak bertanya sikit... Saya suka rasa ada pedas sikit... Mcm mana nak buat ye?... Letak serbuk cili atau kena blend cili kering?... Terima kasih che nom kalau sudi jawap nnt...

  • @hasann820
    @hasann820 3 месяца назад

    Bila nak soap tu

  • @Kin_Li
    @Kin_Li 4 месяца назад +1

    Selamat berpuasa & selamat berbuka puasa maghrib nanti hehehe.

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      Terima kasih ☺️

  • @muztardius
    @muztardius 4 месяца назад

    Daripada dulu saya punya favourite. Kesian sekarang ada gout, tak boleh makan kacang2.😢

  • @fatimahhusni1809
    @fatimahhusni1809 4 месяца назад

    Lawa acuan beli dimana cek nom😂

  • @rabiatuladawiyah-qz6fi
    @rabiatuladawiyah-qz6fi 4 месяца назад

    Che nom lau dh buat ni brapa lama bole btahan dlm balang ye?lah buat berniaga than lama x che nom

  • @M_Daniel7777
    @M_Daniel7777 4 месяца назад +1

    Walaupun sy alergik kacang tanah.. klu rempeyek dpn mata sy mkn je😂😂😂😂

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      😂 susah nak tahan dugaan

  • @nurulizzati9794
    @nurulizzati9794 4 месяца назад

    Terima kasih che nom dah lama saya cari resepi ni ❤ kalau guna kacang dhal kena rendam dulu ke?

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      aah kena rendam lebih kurang satu jam

  • @ithink_widz
    @ithink_widz 4 месяца назад

    Cik Nom tepung beras tu mesti yang 3 gajah kah ? Kalau brand Teratai ?

  • @ain_has
    @ain_has 4 месяца назад +1

    Dpt brapa biji ?

  • @nurismahatikah3455
    @nurismahatikah3455 4 месяца назад

    Hi che nom , saya nak request 1 resepi. Nak minta che nom tunjuk ajar , cara buat kuih sepit @ kapit

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      InsyaAllah, masuk senarai dulu ye

  • @geethapillai1706
    @geethapillai1706 4 месяца назад

    Thank you Cik Nom❤Tak guna ikan bilis OK ke...RAMADAN MUBARAK

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      boleh ganti udang kering. Tapi kalau tak letak langsung apa2 nnti kurang sedap pula

  • @arniabdullah2337
    @arniabdullah2337 4 месяца назад +1

    Kacang tanah tu kena basuh dulu ke.. Lepas tu kena sangai x

  • @muhammadasri3860
    @muhammadasri3860 Месяц назад

    Mcm mana nk bg minyak tak melekat kt rempeyek lepas goreng ? saya da jemur smpai sejuk masih ada minyak lagi

  • @naquiah88
    @naquiah88 4 месяца назад

    Saya first ke komen? 😂❤🎉

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      😂👍

  • @vaurera
    @vaurera 4 месяца назад

    Che Nom. kalau tak buh santan jadi ke jugak? sy first time nk buat utk raya ni

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      Jadi je..

  • @AinaAfifah-ij2dh
    @AinaAfifah-ij2dh 4 месяца назад

    Assalamualaikum che nom guna santan asli atau santan kotak

  • @nairaalisa458
    @nairaalisa458 4 месяца назад

    Che nom saya pernah bt tapi selalu lembik lepas sejuk apa rahsia nk bg ranggup

  • @ishitasrisai7387
    @ishitasrisai7387 4 месяца назад

    Cik sangat sedap , boleh Tahu di mana beli ya itu acuan cik❤

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад +1

      Saya beli dari Shopee. Boleh cari ‘acuan rempeyek’

    • @ishitasrisai7387
      @ishitasrisai7387 4 месяца назад

      Banyak terima kasih cik❤️

  • @user-rs7mk3wp7m
    @user-rs7mk3wp7m 2 месяца назад

    Kacang itu digoreng dulu atau tak kak?

  • @fazyusmohdyusof6086
    @fazyusmohdyusof6086 4 месяца назад

    Acuan tu cuma panaskan je dlm minyak panas ya Che Nom? Tak perlu nak basuh2 dgn air asam ke untuk elak melekat?

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      Mula2 guna boleh basuh dan gosok span dulu. Tapi yg paling penting, acuan kena betul2 panas sebelum tuang adunan.

    • @fazyusmohdyusof6086
      @fazyusmohdyusof6086 4 месяца назад

      @@CheNom terima kasih