Teknologi Perubahan Iklim

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 26 авг 2024
  • Download Mobile Apps APHD Channel (Google Play dan Apple Store) dan langgan "Membership" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" dari APHD Channel
    Klik link di bawah.
    ► linktr.ee/aphd...
    Anda juga boleh Join APHD Membership di youtube Untuk Dapatkan Akses "Exclusive"
    Klik link di bawah.
    ► / @aphdchannel
    Sokongan "Membership" daripada anda dapat membantu kami menghasilkan lebih banyak video.
    Sebarang pertanyaan boleh email kami di hello@aphdchannel.com.my
    Terima kasih kerana terus menyokong kami.
    --
    Teknologi Perubahan Iklim
    Tidak dinafikan bahawa perubahan iklim adalah salah satu cabaran terbesar pada zaman ini. Ia berlaku apabila gas rumah hijau di atmosfera telah melonjak naik dalam 150 tahun yang lalu, terutamanya karbon dioksida, metana dan nitrous oksida. Gas-gas ini lah yang mempercepatkan perubahan iklim, kerana ia memerangkap haba di atmosfera dan sekali gus menghasilkan peningkatan suhu purata bumi.
    Menurut pakar, masalah alam sekitar kebanyakannya memerlukan tindakan bersama, untuk mencari penyelesaian yang berkesan. Langkah-langkah dasar teknologi sukarela, tidak akan mencukupi untuk menstabilkan paras gas rumah hijau. Dasar pengawalseliaan yang cukup ketat juga, diperlukan untuk mengehadkan pelepasan dan menggalakkan inovasi teknologi.
    Perubahan iklim yang mendadak telah menyebabkan kemarau, ribut, gelombang panas, kenaikan paras air laut, pencairan glasier dalam kadar yang tidak menentu dan sebagainya. Keadaan ini secara tidak langsung membahayakan semua kehidupan di Bumi.
    Jadi, dalam video kali ini, kita akan memahami apakah itu perubahan iklim dan apakah teknologi yang boleh membantu perubahan iklim. Teruskan menonton.

Комментарии • 197

  • @APHDChannel
    @APHDChannel  Год назад

    Join APHD Membership Untuk Dapatkan Akses Awal untuk Semua Video
    ruclips.net/channel/UChpjlRq-Ikx8JRUiRauIAJgjoin
    Video Terbaru Untuk Ahli “Membership”
    ruclips.net/p/UUMOhpjlRq-Ikx8JRUiRauIAJg

  • @ridhwanrajudin1144
    @ridhwanrajudin1144 Год назад +37

    aku start subcribe Aphd channel ni msih 89k sbcriber je. Skarang, Alhamdulillah 450k sbcriber dah. smoga Aphd tembus 1M sub tahun insha Allah 🤲🏻 . smoga terus semangat buat content yg scara tak langsung mmberikan ilmu dan pngetahuan yg mngkin sblum ni org mcm aku tak prnah tahu. terus maju APHD CHANNEL 💪🏻💪🏻

    • @haijason5489
      @haijason5489 Год назад +1

      SY SUB SEJAK 265 SUBS

    • @mohdfaizmazlan2885
      @mohdfaizmazlan2885 Год назад

      Same ler kiter...baguih channel nie yeob...

    • @user-bl5uv8wh8g
      @user-bl5uv8wh8g Год назад

      Channel camni susah nk dpt 1M..kena channel yang tajuk dia
      "AKIF DAPAT AWEK BARU😱😱😱😱"/Tajuk /konten bodoh

    • @musjamal2023
      @musjamal2023 Год назад

      Aamiin

  • @tiKo_Borneo
    @tiKo_Borneo Год назад +45

    Manusia, binatang dan alam saling memerlukan antara satu sama lain.. hebatnya ciptaan Allah..

  • @bartocastro3672
    @bartocastro3672 Год назад +10

    Program jangka panjang:
    -perubahan diet manusia, ubah ke diet berasaskan tumbuhan, atau lebih ekstrem, serangga.
    -menggantikan tenaga berasaskan petroleum kepada tenaga diperbaharui semula SEPENUHNYA.
    -perubahan mentaliti melalui PENDIDIKAN. Generasi dewasa hari ini sudah tidak mahu berubah. Biar anak anak kita mengubahnya.

  • @user-oz1wb9le4u
    @user-oz1wb9le4u Год назад +6

    Terbaik APHD. btw kalau korang perasan ada satu akaun nama dia saynotodaplimkitsial. ada satu lagi nama suhanjaya lian. dua2 akaun ni orang yang sama. Kerja dia hari2 kutuk, hina dan memfitnah malaysia. dia baru ja komen kat atas tu.

    • @bungatelang8920
      @bungatelang8920 Год назад +2

      Kannn. Dah tau dah perangai dia

    • @fred3952
      @fred3952 Год назад +3

      Haaa... Nak mengaku diri org Sabah la Pahang la APA la tapi Cara penulisan dah tau org mana...

    • @Haikal_-rr2gc
      @Haikal_-rr2gc Год назад +1

      @@fred3952 siapa lagi kalau bukan orang indonesia

    • @abhananabhalim6112
      @abhananabhalim6112 Год назад +1

      Ptut admin stiap channel youtube d malaysia ni block trus mreka ni..makin manjadi2 kebabian dorg.

    • @wtmt.a.k7456
      @wtmt.a.k7456 Год назад

      Mg Si cina indonesia itu sgra blik xkmbali ke ngr aslny

  • @greenyellow1200
    @greenyellow1200 Год назад +8

    ALLAH IS THE BEST PLANNER 💚💙💖

  • @tabashunter7791
    @tabashunter7791 Год назад +14

    Hari ni belanja team APHD tak skip ads..😁😁

  • @akirayoutuber8074
    @akirayoutuber8074 Год назад +4

    harap aphd ada buat baju untuk fans aphd..info berguna pengetahuan am yang terbaik sepatutnya layak dapat anugerah tokoh media terbaik!

  • @musnorazlanmustafa8258
    @musnorazlanmustafa8258 Год назад +4

    walaupun semua fakta, side lembu sendawa melepaskan gas metana tu ak mcm terkejut... xsangka lembu turut menyumbang pada kesan rumah hijau....

  • @saifulmatzin6325
    @saifulmatzin6325 Год назад +19

    Semoga bumi kita terus dipelihara dan terjaga.

  • @mdkil8170
    @mdkil8170 Год назад +16

    Sebenarnya, penduduk dunia ini cuma menyumbang pencemaran yang begitu sedikit berbanding sektor kilang dan perindustrian. Tapi yang salah tetap straw (penyedut minuman), orang awam dan yang bayar cukai.

    • @akmalakif2615
      @akmalakif2615 Год назад

      Salah sebab penduduk pun ye juga. Sebab supply demand . Kalau manusia tak demand, tiada lah industri push produk tersebut. Contohnya macam perabot kayu.

    • @checkin8765
      @checkin8765 Год назад +1

      @@akmalakif2615 Senang citer, caranya manusia hidup semua sama rata. Tiada rumah, tiada pekerjaan, tiada harta sendiri, tiada pembangunan. Itu je caranya nak pulihkan bumi. Manusia makin lama makin ramai. Semua manusia nak rumah, kerja, makan, minum, harta sendiri, setiap negara pun nak jadi negara maju . Mustahil dapat selari dengan alam semula jadi.

    • @akmalakif2615
      @akmalakif2615 Год назад

      @@checkin8765 sebab tu. Hadap jelah. Sebab makhluk yg hidup itu pasti akan mati. Tapi tak salah pun sedaya upaya untuk kurangkan pencemaran. Ada je negara² maju cari jalan untuk pastikan kurangnya pencemaran. Tapi kosnya tinggi.

    • @checkin8765
      @checkin8765 Год назад +1

      @@akmalakif2615 Betul, bagus dh skrg ada teknologi kurang pencemaran tapi masalahnya pulak penggunaan alat tu pulak makin banyak, cthnya aircond skrg eco tapi hampir semua rumah dan pejabat guna aircond. 1 rumah teres setingkat je dah guna 3 aircond. Kos pambangunan yg tidak kacau alam semulajadi memang tersangat mahal, cthnya flyover. Kenapa highway seperti lebuhraya utara selatan tidak dibuat jenis flyover je dari utara ke selatan? Sebab kosnya mahal sgt, nak tak nak kena tebang hutan sebab kos lagi murah. Hadap jelah.

  • @SarahEve97
    @SarahEve97 Год назад +1

    Allah tarik nikmat sikit je tu. Nikmat besar yang kita tak sedari pun iaitu cuaca dan iklim. Habis effect berbillion manusia,suhu persekitaran,kehidupan organisma,ekonomi.Disebabkan tangan manusia - pelepasan karbon dioksida berlebihan(kesan rumah hijau)
    tapi tetap Allah bagi jalan dan peluang kepada manusia untuk perbaiki nya menjadi lebih baik. Sayangnya Allah SWT kat kita

  • @Nasirnas1016
    @Nasirnas1016 Год назад +13

    Harap kerajaan Malaysia menjaga lebih Alam semula jd di Negara kita, menjaga Hutan Alam sekitar Negara kita adalah dapat menjana ekonomi Pelancongan Negara kita,Hijaukan dgn rumput² yg cantik di sekitarnya jika Membangunkan Pembanggunan, Kita perlu jaga sebaiknya apa yg Allah SWT Anugerahkan Di Negara kita

    • @DHMarkein
      @DHMarkein Год назад

      Selagi menteri dalam Kerajaan masih Mabuk Agama jangan Harap la

  • @zamiryusof8239
    @zamiryusof8239 Год назад +5

    Harap kompeni2 Malaysia ni konsisten amalkan WFH. Tak dapat full time, seminggu beberapa hari pun cukup la. Macam aku full time WFH sekarang, boleh jugak pindah rumah keluar dari bandar... Tak perlu nak bersesak duduk dekat apartment, hadap traffic jam yg cuma jejaskan produktiviti. Nak makan pun, order je dekat foodpanda sebab dah tak perlu bajet untuk transport... Kurang2 bagi peluang kerja untuk mereka. So dekat sini sedikit sebanyak dah menyumbang untuk alam sekitar.
    Cuma WFH ni bosan especially bila melibatkan kompeni oversea yg lain masa n budaya. (Kalau kompeni Malaysia sehabis boleh nak suruh datang ofis) Nak kena cari hobi untuk bersosial so duit habis ke situ pulak.. haha

  • @mohdyusuf5996
    @mohdyusuf5996 Год назад +4

    Kalau boleh nak request untuk buatkan story pasal bank pula. Asal-usul bank. Semoga bermanfaat untuk semua

  • @mahsiseua
    @mahsiseua Год назад +4

    sebut pasal perubahan iklim, baru ja baca berita kebanyakan negara eropah takda aktiviti ski pasal salji turun sikit & sejuk tak macam musim sejuk disebabkan gelombang haba. mungkin musim salji pun makin lambat kalau akan turun pun

  • @Mr_Acat
    @Mr_Acat Год назад +2

    Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)
    Qs.ArRum.Ayat 041

  • @haziq2124
    @haziq2124 Год назад +6

    Sangat bermanfaat

  • @ariemaz99
    @ariemaz99 Год назад +8

    Hadir. Terima kasih diatas maklumat yg di terjemahkan

  • @AzrinSunbae
    @AzrinSunbae Год назад +9

    Salam APHD Channel. "antara perkara baik COVID19"
    saya cadangkan guna "antara kesan positif COVID19"

    • @superiorsc5046
      @superiorsc5046 Год назад +1

      Antara kesan positif covid19 :
      Batuk²
      Selsema
      Demam
      Hilang deria rasa

    • @AzrinSunbae
      @AzrinSunbae Год назад

      @@superiorsc5046 hahahaha, betul juga 😅

  • @kamarulkhairibella2597
    @kamarulkhairibella2597 Год назад +1

    Dengan izin Allah juga..

  • @cmizwan1224
    @cmizwan1224 Год назад +3

    hadir support

  • @theunknown5539
    @theunknown5539 Год назад +2

    Kerjasama daripada semua pihak adalah penting untuk merubah sesuatu

  • @hazrulhisham7421
    @hazrulhisham7421 Год назад +2

    Xdak pihak nk rugi..itu je punca semua masalah ni

  • @sabrisamsofficial
    @sabrisamsofficial Год назад +8

    Ambil inti penyampaian nya dulu sebelum puji memuji & sibuk nak claim siapa yang "first". Jangan macam budak² terencat. Sedar apa yang sedang berlaku disekeliling kita.

  • @jakijipang4769
    @jakijipang4769 Год назад +5

    Apakah manusia mampu mengubah cara alam berkerja dan kitarannya sejak jutaan tahun dahulu. Kitaran alam datang dan pergi cuma dlm tempoh berapa lama itu yg manusia tak pasti. Bumi pernah mengalami musim sejuk dan musim panas yg melampau. Paras air laut jugak pernah mengalami peningkatan zaman dahulu dan ia pernah surut sampailah zaman sekarang. Kepanasan global ciptaan manusia atau kitaran alam semula jadi?

  • @Muhammad-Lorenzo
    @Muhammad-Lorenzo Год назад +5

    Lembu pon di persalahkan..

  • @jomarcello8641
    @jomarcello8641 Год назад +1

    Ini la yang kita bimbangkan..

  • @penegakkebenaran7913
    @penegakkebenaran7913 Год назад +2

    Susah nak bagi kesedaran pada negara yg rakyatnya masih minda kelas ketiga. Contoh malaysia, hentikan penggunaan beg plastik, iphone hentikan bagi charger dan kotak takda wrap dgn plastik pun teruk kena kecam. Tak tau la sama ada rakyat malaysia ni sedar atau saja buat² buta yg bumi ni sebenarnya dah tenat.

  • @saipulrahman6046
    @saipulrahman6046 Год назад +2

    Terbaik

  • @aqilsyahmimusic
    @aqilsyahmimusic Год назад +7

    the best channel 👍🏻

  • @ahmad-9108
    @ahmad-9108 Год назад +1

    Jangan lupa peperangan juga antara punca....

  • @clorensiusunsa
    @clorensiusunsa Год назад

    Antara langkah pencegahan yang boleh kita lakukan adalah;kurangkan penebangan pokok oleh mana-mana syarikat pembalakan, kurangkan juga penggunaan rumah hijau,kawal kadar pelepasan gas karbon dioksida terutama sekali di kilang-kilang terbabit dan program menanam anak pokok perlu diteruskan kerana bukan saja ia melindungi kita dari cuaca panas yang melampau malah,membantu dari terjadinya hakisan tanah/tanah runtuh disamping mampu menyerap air dan sekaligus mengurangkan risiko banjir.

  • @juliestuwan3861
    @juliestuwan3861 Год назад +2

    APHD boleh share ttng kes cartel di Mexico yg dikatakan org yg mewarisi keberanian Pablo Escobar

  • @BudakBelemoih
    @BudakBelemoih Год назад +3

    iklim - suci dalam debu

  • @VonAZ47
    @VonAZ47 Год назад +1

    Selama ni, Allah memelihara makhluk dan ciptaan NYA walaupun secara saintifik, semua nya dalam bahaya.

  • @aimanhaikal3965
    @aimanhaikal3965 Год назад +2

    Assalamualaikum admin boleh cerita tentang sejarah batang kali tahun 1948 tak 😊

  • @settings697
    @settings697 Год назад +3

    naik kereta electric tu la yg lagi byk kita bakar arang batu

  • @aimanazizpbrealty
    @aimanazizpbrealty Год назад +1

    Siapa admin APHD ni? Hebatlahh

  • @smartracingautocraft5583
    @smartracingautocraft5583 Год назад +1

    Rasa nk tergelak juga kalau sndawa lembu pun jadi punca...padahal pembakaran enjin jet komersial..pelepasan haba darpd roket2 ke angkasa tu lagi bnyak

    • @mr.yesiam
      @mr.yesiam Год назад +1

      Punca tetap punca bang,walaupun sikit.Lagipun lembu semua negara ternak dan lembu hari hari sendawa.Nak banding jet komersial apatah lagi roket tu berkala ja

  • @puterahonda2776
    @puterahonda2776 Год назад +2

    Boss. Boleh bagi penjelasan tak pasal CBDC tu ape?

    • @miiie6583
      @miiie6583 Год назад

      Central Bank Digital Currency

  • @mim6692
    @mim6692 Год назад +1

    Ke arah green kita

  • @alefvivo2076
    @alefvivo2076 Год назад

    Asalamualaikum dan slm sejahtera APHD

  • @GreenApple-gr8lv
    @GreenApple-gr8lv Год назад +2

    Tq admin…for sharing 😍🤗👍👍

  • @mohdshafie2499
    @mohdshafie2499 Год назад +6

    Sayang channel ni 🥰

  • @muhamad3657
    @muhamad3657 Месяц назад

    Cara nak simpan karbon dioksida adalah pakai kayu sebagai pengganti plastik atau besi sebab kayu simpan karbon dioksida

  • @akmalabubakar849
    @akmalabubakar849 Год назад +2

    Saya ingat iklim dah ada vokalis baru

  • @imleavingnotgod8106
    @imleavingnotgod8106 Год назад +5

    HAARP .

  • @saynotodapigslimkitsial5770
    @saynotodapigslimkitsial5770 Год назад +40

    Sebagai *anak Sabah* kami mau berharap kerjaan si semenanjung memperhatikan kelestarian lingkungan di Sabah Serawak banyak Sekali penebangan pohon di hutan demi meluaskan hawa nafsu si semenanjung.. kami merintih menangis sebagai anak Sabah Padahal Pribumi tanah kami dicuri oleh kekejian semenanjung. Sekarang Sabah tidak hijau lagi... Kami Sabah Serawak sudah selayaknya merdeka keluar dr kekejian semenanjung Apharteid

    • @alifmansor
      @alifmansor Год назад +24

      bukan hanya hutan2 di sabah digondol...hampir kesemua negeri terlibat dengan penebangan hutan...lagi2 di pahang...jangan pukul sama rata dgn menyalahkan semenanjung sahaja....

    • @mr.z2998
      @mr.z2998 Год назад +11

      don jagan menyamar ya gua tau lu sapa baru tadi gua tres

    • @fullmoon7055
      @fullmoon7055 Год назад +3

      @@alifmansor betul

    • @mr.z2998
      @mr.z2998 Год назад

      @@alifmansor orang indon sedag menyamar bro

    • @MYVIDEO.channel
      @MYVIDEO.channel Год назад +23

      Sekejap kau mngatakn kau anak Terengganu, sekejap kau mengatakan anak pahang, sekarang mengaku sebagai anak sabah plk 🤔

  • @izzatzakwanzahari1646
    @izzatzakwanzahari1646 Год назад

    Glacier pn dh byk cair skrang

  • @hazrilultraxp5125
    @hazrilultraxp5125 Год назад +1

    penang dah start jaga bumi...beg platic RM1

    • @mr.yesiam
      @mr.yesiam Год назад

      Lama dah kan.Sebelum negeri lain buat kita buat dlu.Aku dulu hairan sat sbb semua pakat dok bising plastik kena charge rm1.🤣🤣dok pikiaq ''bukan lama dah ka?".Rupanya yang dah lama tu kita (penang) depa baru ja nak start

    • @haijason5489
      @haijason5489 Год назад

      speedmart 99 hari sbtu plastic 20sen, mgkin boleh di naikkan rm20 utk jaga alam ini..

  • @kabmj8492
    @kabmj8492 Год назад

    Percemaran alam sekitar berpunca perancangan kerajaan ( korap)yg salah iaitu membenarkan penerbangan besar besaran pokok2 balak oleh penguasa2 kayu tamak akhirnya merosakkan Malaysia sendiri selagi kerajaan korap ini ada selagi tu kita terus menerus hadapi "cuaca melampau" ini seumur hidup kita

  • @Lerafdi
    @Lerafdi Год назад

    Bagai mana kita blh atasi perubahan iklim ,yg utama kenderaan sebaiknya menggunakan elektrik ,sekiranya mlys tetapkan kuata adakah negara2 lain blh ikuti sdgkn dlm kawalan pergerakan covid manusia langgar peraturan maka pencemaran pn berlaku,, ,,😂 harap kerajaan kita harus kuatkan undang2 kebakaran terbuka sblm cuaca kritikal demi masa depan negara mly

  • @mohdhadapi6333
    @mohdhadapi6333 Год назад

    Masalah besar punca enviroimental punca perlepasan gas ke ruang udara gas baik dan gas jahat punca ruang udara terbakar dengan kerosakan matahari

  • @auz2828
    @auz2828 Год назад

    makhluk perosak sebenar ialah 'Manusia' itu sendiri

  • @SarahEve97
    @SarahEve97 Год назад

    Nak tanya.. mcm mana mencerahkan awan tu boleh mengurangkan kecairan glasiers di Kutub?

    • @adzrenbinalden6248
      @adzrenbinalden6248 Год назад

      mungkin bila awan tebal sinaran matahari yang panas boleh di kurangkan terpancar di tempat itu,dia mcm kau tambah 1 lapisan langsir dlm blik,so blik kau makin gelap,ini kepalatau aku hahaha

    • @SarahEve97
      @SarahEve97 Год назад

      @@adzrenbinalden6248 teori aku pula... awan yang lebih cerah,bermaksud awan tu lebih putih. Warna putih adalah satu-satunya warna yang boleh memantulkan cahaya Matahari,bila cahaya Matahari dipantulkan dalam skala besar,so semakin kurang kadar kemasukan cahaya matahari menembusi awan untuk sampai ke glasier.
      Btw,aku musykil.. apa kaitan mencerahkan awan dengan awan jadi tebal mcm kau mention tu? Nak cerahkan awan adalah dengan tebalkan awan ke? 🗿

  • @mohdhadapi6333
    @mohdhadapi6333 Год назад

    Boleh ke solar di komersial kan product kewangan seluruh dunia dalam siasatan mohd hadapi

  • @MohammadIqbal-ph3hi
    @MohammadIqbal-ph3hi Год назад +1

    Kenapa nama " rumah hijau "

    • @zamiryusof8239
      @zamiryusof8239 Год назад

      Sebab istilah tu diambil dari "rumah hijau"
      Kalau tak tau rumah hijau tu apa, boleh Google. Kalau tak nak Google, rupa dia macam rumah besar lutsinar yg dalamnya ada sayur2 untuk kekalkan haba dalam cuaca sejuk. Ni kat Cameron biasa nampak.

    • @haijason5489
      @haijason5489 Год назад

      sbb rumah hijau ramai lari laju tu yg menang sukan sekolah dulu.

  • @mohamadazani24
    @mohamadazani24 Год назад +2

    First

  • @wali2152
    @wali2152 Год назад

    Tangan manusia sendiri yang merosakkan bumi

  • @MAHAMADAMAHAMADA-wb2ep
    @MAHAMADAMAHAMADA-wb2ep Год назад +1

    IKLIM AKHIR ZAMAN TIDAK MENENTU

  • @fuadkassim5105
    @fuadkassim5105 Год назад +2

    first

  • @Tai_long33
    @Tai_long33 Год назад +1

    Kurangkan isap rokok

  • @deeh9338
    @deeh9338 Год назад +2

    itu sebab RXZ x kluar...muahahahha

  • @DHMarkein
    @DHMarkein Год назад +2

    Dunia sudah bertambah teruk bukannya membuat perubahan demi Bumi, manusia sekarang sembang pulak Akhir zaman akhir zaman. Manusia sekarang sudah sesat, bodoh dan mabuk agama.

  • @saifulazmyabdulazim4987
    @saifulazmyabdulazim4987 Год назад

    semua hutan dikondolnye manusia

  • @mohdshofian9525
    @mohdshofian9525 Год назад

    🇲🇾🤝👍👌

  • @raznanrazmi7893
    @raznanrazmi7893 Год назад +2

    l

  • @muhammadnaieem2753
    @muhammadnaieem2753 Год назад +1

    HAARP

    • @haijason5489
      @haijason5489 Год назад

      HAHAHARP PRAPP PRAPPP ILUMINATI KONSPIKARI AYAM

  • @rahmatmaon1076
    @rahmatmaon1076 Год назад +1

    tiada climate change.
    yg ada weather change.
    cuaca sejuk melampau yg kini berlaku di Amerika Utara yg di war2kan angkara climate change,tapi sebenarnya adalah pusingan cuaca alam.
    pelepasan metana ole lembu adalah tipu daya elit global utk mengenakan climate lockdown.
    lembu,spt juga haiwan2 lain,telah hidup lebih lama dari manusia dan kita di zaman dulu,zaman Firaun,Babylon, tak pernah pun terkesan dgn perubahan iklim.
    Daerah Oxfordshire di UK antara lokasi paling awal akan di kenakan climate lockdown dan elit2 global akan meneruskan cara ini di seluruh dunia dgn alasan,mengurang pelepasan carbon.
    apa yg di gembar gemburkan oleh PBB dan media2 arus perdana (elit global memiliki,menguasai semua media2 utama dunia termasuk PBB) adalah scam terbesar abad ini.
    bole rujuk chanel Redacted,Russel Brand,Jake Tran,Kim Iverson,Fox bersama Tucker Carlson dan ada byk lagi chanel u tube yg berani bongkar usaha2 busuk elit global.
    tapi chanel2 melayu,hampir semua merujuk media2 elit & PBB.

    • @kitaboleh9378
      @kitaboleh9378 Год назад

      Sesetengah org sanggup buat apa saja utk jadi anti mainstream. Setiap perkataan dlm komen kau yg panjang2 ni hanya buatkan kau nampak bodoh. Not worth of a debate

    • @rahmatmaon1076
      @rahmatmaon1076 Год назад

      @@kitaboleh9378 org spt anda amat2 di sukai ole politikus taik kucing & toke2 vaksin/yahudi elit..
      climate change,pandemic,opr/interest,tu semua diorg punya agenda.
      spesis hidup malas cari info/membaca.klau baca pun sbb nak exam.x pun bacaan ko tu hanya "skandal artis/dato',berita2 bapak rogol anak" .tu je la level info ko.
      dah brp dos cucuk vaksin tu bro??
      klau booster rasa x cukup,balun lg sampai 10 dos.biar cepat kojol.

  • @dream4062
    @dream4062 Год назад

    nk kiamat dh

  • @mohdadzhar3431
    @mohdadzhar3431 Год назад +1

    Aik lembu pon jadi penyumbang. Jugak ????

    • @mr.yesiam
      @mr.yesiam Год назад +1

      Yup.Tapi orang pandang rendah kan bab ni.

    • @TengkorakBerpusing-du7oo
      @TengkorakBerpusing-du7oo Год назад

      Kentut lembu boleh dijadikan pencemaran udara dan bau...kalau tak silap akulah

    • @mohdadzhar3431
      @mohdadzhar3431 Год назад

      @@mr.yesiam sukar nak percaya

    • @mohdadzhar3431
      @mohdadzhar3431 Год назад

      @@TengkorakBerpusing-du7oo ada lembu 🐮 sahaja yang bersalah binatang lain plak macam mana ?

  • @izzatothman4532
    @izzatothman4532 Год назад +2

    Freemason