Ep30: Tanam nenas Yankee "Sweet Selangor" di kebun

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 16 сен 2024
  • Ep30: Tanam nenas Yankee "Sweet Selangor" di kebun
    NENAS YANKEE atau 'Varieti Selangor Sweet' merupakan sejenis nanas yang luas ditanam dan popular di Negeri Selangor. Penulis blog membuat tinjauan teknologi ke kebun Wak Baharin berumur 40 tahun di Kampong Sungai Rambai, Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat, Selangor bersama pegawai daripada LPNM Selangor. Nanas (Ananas comosus) daripada keluarga Bromaliaceae mempunyai lebih daripada 70 jenis dimana hanya sebanyak 12 varieti sahaja yang telah didaftarkan sebagai nanas yang sesuai untuk dikomersilkan di Malaysia. Nanas Yankee didaftarkan pada tahun 2013 (penulis blog terlibat semasa proses pendaftaran di Jabatan Pertanian) serta berikan nombor daftar AC6 dimana nanas ini adalah daripada kumpulan QUEEN yang mana daunnya berduri. Penulis blog dapati dari segi sejarah nanas Yankee dahulu banyak di tanam di sekitar Simpang Rengam, Johor tetapi benih ini kemudian telah dibawa ke Selangor dan menjadi varieti nanas yang utama ditanam di negeri ini. Nanas Yankee ditanam oleh pekebun-pekebun kecil dan kelompok disekitar Banting, Kelang dan beberapa daerah lain terutama dikawasan tanah gambut. Keluasan keseluruhan penanaman nanas di Selangor pada tahun 2018 adalah seluas 546.04 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 9,560 metrik tan (Sumber: Laporan Tahunan LPNM 2018). Didakwa sekitar 60% daripada varieti nanas tersebut adalah varieti Yankee, 20% nanas MD2 dan bakinya daripada nanas Moris dan lain-lain varieti. Kekangan serta kekurangan kawasan baru untuk bertanam nanas secara monokrop menyebabkan pekebun kecil nanas seperti di Daerah Banting yang menanam nanas Yankee ini secara berintergrasi dengan tanaman kelapa sawit atau kelapa yang dibersihkan untuk tanam semula. Bagaimana pun En Baharin mempunyai 4 lokasi menanam nanas Yankee di Kampung Sg Rambai ini diatas tanah keluarga secara monokrop. Dakwanya sehingga kini beliau belum pernah menghadapi masaalah menjual nanas Yankee kerana beliau menjual terus sendiri digerainya dan ada pemborong yang akan datang memborong semua gred buah nanas yang dihasilkan setiap musim penanaman. Artikel malam ini selepas membuat tinjauan teknoloogi di kebun Baharin saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai prestasi dan teknologi penanaman nanas yenkee untuk bahan rujukan dan bacaan anda semua.
    Artikel dipetik dari animhosnan.blogspot.com
    • Diari Kebun Durian dan...
    #kebundurian #kebunjahawi #nenasyankee #sweetselangor #selangorsweet

Комментарии • 5