Projek Mitigasi Banjir dijangka Siap Tahun ini

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 16 окт 2024
  • Projek Mitigasi Banjir dijangka Siap Tahun ini
    Laporan/Video: Norshazila Ahmad/Muhd Afiqq Rahman
    SHAH ALAM, 21 Mei (MalaysiaAktif) - Projek mitigasi bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Puchong dijangka siap tahun ini membabitkan peruntukan RM5 juta.
    Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata projek mitigasi banjir melibatkan empat lokasi iaitu di hadapan IOI Mall, Simpang Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Puteri, Puchong Indah dan Kampung Bunga Melor Batu 14, Puchong.
    “Projek mitigasi di kawasan IOI Mall berjalan dengan lancar dan setakat ini telah siap 50 peratus, dijangka selesai hujung tahun ini.”
    “Kesemua projek tersebut dijangka menyelesaikan masalah kekerapan banjir kilat disebabkan hujan lebat di kawasan Puchong,” katanya pada sidang akhbar mengenai penyesaian masalah banjir LDP di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Комментарии •