KWAP dan UMK Tandatangani MoU untuk Memacu Integrasi Kecerdasan Buatan (AI)[HD]

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • KWAP dan Universiti Malaysia Kelantan Tandatangani MoU untuk Memacu Integrasi Kecerdasan Buatan (AI)
    KOTA BHARU , 26 Jun 2024 I Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk memacu penggunaan Kecerdasan Buatan (AI), selaras dengan Rangka Kerja MADANI, Pelan Hala Tuju AI 2021-2025 (AI-RMAP) dan Program Penerimaan AI dalaman KWAP 2023-2025.
    Program Penerimagunaan AI 2023-2025 berfungsi bagi memberi sokongan terhadap strategi transformasi digital dalam memacu kecemerlangan digital.
    Menerusi MoU ini, KWAP akan meneroka beberapa bidang kerjasama, termasuk geran penyelidikan untuk membangunkan model bahasa besar (large language models [LLM]) yang menyokong bahasa kebangsaan serta penubuhan Rangka Kerja dan Etika Tadbir Urus AI.
    KWAP juga sedang mengkaji pertukaran pengetahuan dan nasihat untuk membantu membangunkan kes penggunaan AI, Proof of Concept (PoC) dan Sandboxing serta menubuhkan Makmal Gen-AI KWAP. Bidang-bidang lain termasuk kerjasama dalam jurnal penyelidikan, penganjuran acara bersama dan kursus pembelajaran, serta memudahkan penempatan industri untuk pelajar-pelajar universiti di KWAP.
    Selain memacu transformasi digital, MoU ini juga bertujuan untuk meluaskan pengalaman digital pelanggan melalui interaksi digital dan pengetahuan yang dibantu AI. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan analitik data perkhidmatan pelaburan dan persaraan, serta meningkatkan produktiviti pekerja melalui penggunaan alatan AI.
    Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, berkata, sebagai dana pencen sektor awam terbesar di Malaysia, KWAP mengiktiraf kepentingan penerapan AI dalam mengemudi transformasi negara kita dalam menuju negara tua. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami, KWAP menyasarkan untuk mempercepatkan transformasi digital, terutamanya dalam ketahanan siber, tadbir urus digital, sistem perniagaan, platform teknologi, serta pengurusan data. Ini bertujuan untuk mewujudkan asas yang kukuh ke arah penerokaan dan penggunaan AI. MoU ini berperanan penting dalam memajukan kedudukan KWAP sebagai teman persaraan untuk pihak berkepentingannya.
    “Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kepakaran UMK, dan kami menjangkakan bahawa kerjasama ini bukan sahaja akan membantu kami dalam mencapai objektif bersama dalam penggunaan AI tetapi juga memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara dalam bidang penting ini. Ia bagi memastikan kejayaan dan memberi manfaat untuk semua pihak berkepentingan yang terlibat,” tambahnya.
    Sementara itu, Profesor Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) UMK berkata, kolaborasi antara UMK melalui Institut Kecerdasan Buatan dan Data Raya (AIBIG) dan KWAP dilihat sebagai satu langkah yang baik dalam meningkatkan pembangunan dan penyelidikan AI yang bertanggungjawab. Ia sekaligus memberi impak positif yang besar kepada pertumbuhan ekonomi dan teknologi di Malaysia.
    Katanya, kerjasama ini amat penting kepada UMK dalam melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan sebagai rakan kerjasama bagi menyokong pembangunan negara dengan memberikan manfaat yang mampan secara inovatif dalam bidang AI dan data raya.
    "Skop kerjasama ini merangkumi penyelidikan dan perkongsian maklumat, penerbitan bersama di dalam jurnal penyelidikan, penganjuran bersama acara seperti Ideathon dan Hackathon dengan memanfaatkan kepakaran dan infrastruktur universiti untuk pelaksanaan penggunaan AI. Selain itu, kerjasama ini merangkumi pertukaran maklumat mengenai inovasi penyelidikan dan pembangunan pelajar dan program penempatan/latihan industri untuk pelajar dan kakitangan universiti,” katanya.
    Bagi KWAP, MoU ini melibatkan usaha penyelidikan dan pembangunan yang penting, serta projek eksperimentasi dan perintis dengan Generative AI. Dengan MoU ini, ia akan menjadi pemangkin dan memacu KWAP ke peringkat seterusnya sekaligus meningkatkan operasinya.
    Seiring dengan inisiatif ini, KWAP komited dalam memajukan pendigitalan dengan pihak berkepentingannya. Usaha utama termasuk pelaksanaan Robotic Process Automation (RPA) untuk menggantikan proses berulang dan proses tenaga kerja intensif bagi meningkatkan kecekapan. Selain itu, KWAP telah melaksanakan integrasi peranti biometrik di 50 pusat hemodialisis dengan rancangan untuk memperluaskan integrasi ini di seluruh negara dan memperkenalkan portal baharu Semakan Pesara di 146 hospital kerajaan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
    #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity
    #MalaysiaMadani
    Kita #BinaLegasiUMK Bersama
    #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream
    *Like Facebook Rasmi UMKTV :
    / umktv.umk
    *Subscribe RUclips Chanel UMKTV:
    / umktvumk

Комментарии •