Berita STR Fasa 3: Tarikh & Kadar Bayaran Bantuan Tunai [R4]

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 6 июл 2024
  • Subscribe di sini
    ruclips.net/user/fndmusic?su...
    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penonton yang setia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang telah memberikan sokongan dengan menekan tombol subscribe dan loceng untuk mendapatkan kemas kini terkini daripada kami.
    Berita Semakan STR Fasa 3: Tarikh & Kadar Bayaran Bantuan Tunai
    Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh dan kadar bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa-3 untuk tahun 2024. Inisiatif khas STR ini merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini.
    Semakan STR Fasa 3 Tahun 2024
    Kerajaan persekutuan bersetuju untuk melaksanakan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah 2024 secara berperingkat. Pembayaran akan dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu tebus tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pengkreditan ke dalam akaun bank penerima.
    Program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia dengan jumlah kadar bantuan sehingga RM3,700 setahun, meningkat daripada RM3,100 tahun lalu.
    Setakat ini, bayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai disalurkan pada bulan Januari dan April yang melibatkan kategori bujang, isi rumah, dan warga emas. Bagi pembayaran fasa seterusnya, iaitu fasa 3, akan dibayar selewat-lewatnya Ogos tahun ini.
    Semakan Tarikh Bayaran STR Mengikut Fasa
    Berdasarkan makluman daripada Kementerian Kewangan, berikut adalah tarikh bayaran STR 2024 mengikut fasa:
    - Pengagihan STR fasa pertama: Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
    - Pengagihan STR fasa kedua: Bermula 3 April 2024 (Selesai)
    - Pengagihan STR fasa ketiga: Bermula Ogos 2024 (Akan dikemaskini)
    - Pengagihan STR fasa keempat: Bermula November 2024 (Akan dikemaskini)
    Kadar Bayaran STR Fasa 3
    Kerajaan belum memaklumkan kadar bayaran bagi fasa 3 STR tahun ini. Berdasarkan kadar tahun lalu, jumlah bayaran bagi fasa ketiga adalah sehingga RM800. Berikut adalah jumlah keseluruhan bayaran STR bagi sesi tahun 2024 mengikut kategori:
    Kategori Bujang dan Warga Emas
    - Warga emas tiada pasangan: RM600 seorang setahun
    - Belia bujang: RM350 seorang setahun
    Kategori Isi Rumah atau Keluarga (Gaji RM2,500)
    - Tiada anak: RM1,000 setahun
    - 1 hingga 2 Bilangan anak: RM1,500 setahun
    - 3 hingga 4 Bilangan anak: RM2,000 setahun
    - 5 dan keatas Bilangan anak: RM2,500 setahun
    Isi Rumah atau Keluarga (Gaji RM5,000)
    - Tiada anak: RM500 setahun
    - 1 hingga 2 Bilangan anak: RM750 setahun
    - 3 hingga 4 Bilangan anak: RM1,000 setahun
    - 5 dan keatas Bilangan anak: RM1,250 setahun
    Status Pembayaran STR 2024
    Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, anda boleh mengemaskini maklumat dan membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara dalam talian. Untuk rujukan lanjut, sila layari laman rasmi bantuan tunai - STR 2024.
    ---
    #STR2024 #SumbanganTunaiRahmah #BantuanKewangan #KementerianKewangan #BayaranSTR #STRFasa3 #BantuanRakyat #KerajaanMalaysia #EkonomiMalaysia #BantuanTunai #PembayaranSTR #STR2024Fasa3 #BantuanKerajaan #RakyatMalaysia #EkonomiRakyat #BankSimpananNasional #BantuanTunaiRahmah #STRSemakan #STR2024Bayaran #InformasiMalaysia #KewanganMalaysia #UpdateSTR #Fasa3STR #BeritaMalaysia #BantuanKerajaan2024 #BantuanWargaEmas #BantuanIsiRumah #STRBelia #BantuanBujang

Комментарии • 8