10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 6 окт 2024
  • ➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: bit.ly/BingBaha... ⬅️
    10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
    00:00 Rumah
    Bing, Sula, Coco dan Charlie sedang bermain Serigala Besar Jahat hari ini! Bing minta untuk jadi serigala! Serigala Besar Bing kemudian meniup rumah jerami Sula. Dan Serigala Besar Bing telah meniup rumah kayu Coco juga. Jadi Coco, Sula, Charlie & Flop semua bersembunyi di dalam rumah batu. Tetapi apakah yang akan terjadi apabila Bing tidak didibenarkan masuk ke dalam rumah batu?
    06:23 Boo!
    Coco dan Bing saling mengejutkan satu sama lain dengan bunyi boo yang sangat kuat. Mereka kemudian boo Flop kuat-kuat sehingga dia terjatuhkan puzzle ke merata tempat. Bing kemudian nampak Charlie tidur di kerusi bayinya lalu dia berikan Boo yang kuat pada Charlie. Tetapi Charlie benar-benar tak suka pada Boo yang kuat….
    12:46 Parti Mainan
    Bing dan Hoppity, Pando dan Bullabaloo, semuanya sedang menghadiri jamuan teh Sula dan Hippoty hari ini! Tetapi apabila Sula beri lebih kek kepada Bullabaloo berbanding Hoppity, Bing rasa itu tidak adil dan Sula kemudiannya letak Hoppity ke dalam kotak mainan. Apakah yang akan terjadi apabila Bing berasa marah lalu menolak Sula.
    19:09 Sesuatu Buat Sula
    Bing sedang buatkan Sula sekeping kad dengan barang-barang kesukaan Sula setelah dia terima kad daripada Sula melalui pos. Bing hiaskan halaman kad tersebut dengan lukisan yang cantik, hiasan berkilau dan bulu-bulu, namun ketika dia ingin menampal satu lagi permata, gam telah tersembur ke seluruh gambar! Adakah ini akan merosakkan hasil kerja keras Bing, atau sebenarnya kad tersebut belum siap lagi….
    25:32 Ucapkan Selamat Tinggal
    Bing dan Sula tidak mahu saling mengucapkan selamat tinggal apabila Amma tiba untuk membawa Sula pulang, jadi mereka putuskan untuk sembunyikan kasut berkilau Sula supaya dia tidak dapat pulang. Bing telah sembunyikan salah satu kasut Sula di dalam mangkuk tandas sehingga basah kuyup, dan ini telah buat Sula jadi marah sehingga dia ubah perkataan ‘selamat tinggal’ menjadi ‘tak selamat tinggal’. Dapatkah Bing mencari jalan untuk mengubah perkataan ‘tak selamat tinggal’ kembali kepada ‘selamat tinggal’.
    31:55 Sorok- Sorok
    Bing sedang bermain sorok-sorok di tempat jagaan bersama Sula, Pando dan Coco. Semua kanak-kanak berhenti bermain untuk menaiki kereta api tandas, tetapi Bing memutuskan untuk menahannya, dengan harapan dapat memenangi permainan tersebut. Permainan dimulakan semula dan semua bersembunyi tetapi adakah Bing dapat menahan dari membuang air atau dia akan menghentikan permainan untuk kereta api tandas…
    38:18 Ais Loli
    Hari yang panas! Bing dan Flop sedang mengisi air di dalam kolam di halaman rumah.
    44:41 Selimut
    Bing sedang bersiap-siap untuk tidur dan dia menjadikan selimutnya yang lembut sebagai baju terbang seperti yang dipakai oleh Hoppity Voosh.
    51:04 Talkie Taxi
    Bing dan Sula terjumpa ‘Talkie Taxi’-, iaitu kereta mainan yang boleh bercakap yang selama ini tersembunyi di tempat Amma.
    57:27 Kasut Berloceng
    Hari ini Bing bermain dengan Coco dan Charlie dan mereka sedang menari! Charlie berdiri dan cuba berjalan sendiri dan dengan bantuan kasut bayi berloceng Bing, dia dapat mengambil beberapa langkah pertamanya!
    *****
    Tonton lebih banyak daripada Bing:
    ▶️ Bing: Episod Terbaik: bit.ly/BingEpi...
    ▶️ Bing: Episod Penuh: bit.ly/BingEpis...
    ▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: bit.ly/BingKomp...
    ▶️ Bing: Bit Terbaik: bit.ly/BingBitT...
    ▶️ Bing: Episod Double: bit.ly/BingEpis...
    #bingMelayu
    #bingEpisod
    *****
    🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) onelink.to/bing...
    *****
    RUclips rasmi Bing Bahasa Melayu - tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.
    Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.
    Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan - ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!
    ➡️ Laman web: www.bingbunny.com
    ➡️ Instagram: / bingbunny
    ➡️ Facebook: / bingbunny
    © ACAMAR FILMS LIMITED

Комментарии •