Sandwich Telur Mayonis

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • Resepi sandwich yang mudah dan lazat. Selamat mencuba!
    #eggsandwich #sandwichtelur
    * SUBSCRIBE:
    bit.ly/2s0yv1o
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah sandwich telur rebus dengan mayonis yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Sangat mudah disediakan dengan hanya beberapa bahan yang mudah. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur!
    Untuk 4 sandwich kita perlukan 4 biji telur. 8 keping roti sandwich. 1 sudu besar mayonis. 60g mentega, 1 sudu besar, 1 sudu besar lada putih Aji Shio dan hirisan tomato dan timun jika anda suka.
    Supaya kulit telur mudah dikupas selepas direbus, masukkan telur kedalam air pada suhu bilik, jangan nyalakan api dahulu. Satu lagi petua, masukkan 1/2 sudu kecil garam ke dalam air. Ini juga akan memudahkan telur dikupas. Sekarang , nyalakan api , bila air sudah mendidih, rubuskan telur untuk 8 minit lagi. Selepas 8 minit keluarkan telur dan kupas kulitnya.
    Tambahkan mentega, mayonis dan serbuk lada putih. Lecekkan bahan-bahan sehingga sebati. Saya gunakan pelecek kentang, tetapi guna garpu pun boleh juga. Begini rupanya bila sudah siap, tidak terlalu halus dan lembab sedikit.
    Sapukan campuran telur pada roti dengan rata. Letakkan hirisan tomato , dan timun. Terpulang berapa banyak yang anda suka, boleh tambah atau kurangkan. Nak letak telur sahaja pun boleh. Tutupkan sandwich dengan satu lagi keping roti dan tekankan dengan perlahan. Saya suka potong menyerong untuk dapatkan sandwich berbentuk 3 segi seperti ini. Ada orang suka potong kulit roti di tepi, tapi rasanya sayang dibuang kerana roti pun mahal sekarang.
    Sandwich roti siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Комментарии • 7

  • @aminahramzi5894
    @aminahramzi5894 2 года назад +2

    👍👍👍 Thank you Chef. Baik untuk children.

  • @tokeykwong
    @tokeykwong 2 года назад

    Mantap sandwich bersama telor ni teman

  • @wahyuImannudin
    @wahyuImannudin 2 года назад +1

    Ehm enak banget sandwich telur

  • @ismilea2027
    @ismilea2027 2 года назад

    Sedap dah nampak menarik tq Chef

  • @Nafeez356
    @Nafeez356 2 года назад

    Thank you chef for another recipe!!

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 2 года назад

    Bang naser kito pon euuko juap l lah sekeping