MAJLIS KHATAM AL-QURAN KE-45

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • Alhamdulilah , syukur ke hadrat Allah SWT. Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Setelah PKP kini bermula Majlis Khatam Al-Quran setiap 3 bulan dengan semangat yang baru pada 24 September 2022 Sabtu jam 7.30 Pagi bertempat di Masjid Ar-Rahah.
    Jazakumullah khairan katsiran para tetamu-tetamu terhormat yang hadir, para asatizah, ketua-ketua kumpulan dan rombongan, barisan urusetia majlis dan AJK masjid, para penaja, para penginfaq dan para peserta majlis khatam Al-Quran ke-45.
    Jazakumullah khairan katsiran juga atas kesudian turut serta Pengerusi Persatuan Halaqah Al-Quran Al-Fadhilah Ustazah Nawiya Abu, Timbalan Pengerusi Al-Fadil Ustaz Hasbullah Othman, Al-Fadil Ustaz Fazrul Fahmee Ismail, Tuan Haji Mohd Yahya bin Yusop Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masjid Ar Rahah, Al-Fadilah Ustazah Afifah Haji Bachok, Ustazah Siti Esah Abdul Ghani, Ustazah Rokiah Kassim,Puan Zuraini Zurab.
    Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada MASJID AR-RAHAH, MUAFAKAT J-BAQ, MUSRAH, PEMADAM dan DBKL atas kerjasama yang diberikan.
    Semoga bertemu lagi kita, InsyaAllah pada bulan Disember 2022. Sebarang info InsyaAllah bakal dimaklumkan dari masa ke semasa.
    Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama dan menjadikan kita termasuk dalam kalangan ahli al-Quran. Aamiin.
    Jari disusun salam kemaafan dipohon kiranya ada yang kekurangan dan kelemahan kami semasa mengendalikan majlis ini.
    -Admin

Комментарии •