Ustaz Don Daniyal Tidak Serik Sebar Hadis Tidak Sahih Lagi? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 29 сен 2024
  • Media sebelum ini melaporkan RTM menamatkan khidmat Ustaz Don sebagai pengacara program Salam Baitullah selepas beliau mengulangi perbuatan ingkar arahan penerbit dan tidak patuh skrip.
    Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dilaporkan berkata, sebagai pengacara, Ustaz Don sepatutnya patuh kepada skrip dan tidak memetik mana-mana kitab atau hadis ketika bersiaran.
    Kemudian, pendakwah selebriti itu memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan di sebuah stesen radio berhubung ibadah berpuasa pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha.
    Baru-baru ini pula ketika ditanya Petugas Media Tabung Haji di Makkah berhubung permohonan maaf terbaharu dibuat pendakwah itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar melahirkan rasa terkilan isu itu masih berlarutan walaupun sebelum ini sudah memberi arahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berbincang dengan Ustaz Don.
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar merasa terkilan isu ini masih berlarutan walaupun sebelum ini sudah memberi arahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berbincang dengan Ustaz Don.
    "Saya terkilan kerana saya sudah bagi arahan kepada Pengarah Jakim untuk berbincang dengan Ustaz Don sendiri. Saya difahamkan bahawa beliau sudah memohon maaf dan mengakui kesilapan tersebut," katanya.
    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permohonan maaf pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid berikutan memberi kenyataan mengelirukan berhubung ibadah berpuasa pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha.
    Beliau berkata, ilmu pengetahuan perlu disampaikan berdasarkan sumber dan rujukan yang diyakini penceramah tersebut kerana setiap agamawan mempunyai pengkhususan tertentu.
    "Nasihat saya apabila mahu menyampaikan ilmu pengetahuan itu, biarlah ia didasarkan kepada sumber-sumber dan rujukan yang kita yakini. Agamawan ini mempunyai pengkhususan, kalau dalam bidang hadis, kita mempunyai agamawan yang pakar hadis," katanya kepada Petugas Media Tabung Haji di sini, baru-baru ini.
    Don Daniyal atau dikenali sebagai Ustaz Don mengakui jawapan yang diberikan di sebuah stesen radio itu menimbulkan salah faham.
    Mengulangi nasihat kepada agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan pandangan dan perlu menyemak rujukan yang sahih.
    Beliau berkata, setiap agamawan perlu berlapang dada untuk mengatakan tidak tahu jika kurang arif dalam menjawab soalan yang bukan bidang mereka.
    "Ini kerana masyarakat sangat memandang tinggi golongan agamawan sehinggakan apa yang diucapkan akan diterima kerana mereka sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.
    "Saya minta kepada agamawan, untuk sentiasa berhati-hati dalam memberi pandangan masing-masing. Pastikan rujukan yang dibuat berdasarkan kepada keyakinan kepada rujukan tersebut. Tak salah untuk mengatakan tidak tahu kerana Imam Malik, Imam Syafie apabila ditanya oleh anak murid, kalau tak tahu, jawab tidak tahu.
    "Kita ini masalahnya kadang-kadang apabila ada soalan, kita nak jawab semua. Sepatutnya perkara yang kita tidak tahu, kita jawab tidak tahu. Ini yang ajarkan oleh ulama terdahulu," katanya lagi.
    Sementara itu, Mohd Naim turut menasihati agensi media supaya memastikan penceramah yang dipilih mempunyai tauliah daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing..
    "Media boleh juga merujuk kepada Jakim mempunyai senarai penceramah tauliah. Sekurang-kurangnya penceramah ini sudah ditapis. Itu harapan saya. Perlu selalu membuat rujukan jika ada sebarang musykil," katanya lagi.
    Sokong Saluran RUclips Kami dengan langganan di bawah ini:
    / @realridzstudio
    Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
    (Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")
    Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: realridzblog.media@gmail.com
    Terima kasih!
    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.
    Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
    CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
    di atas nama Mohamad Ridzuan
    e-melkan bukti pembayaran: realridzblog.media@gmail.com / WA +60124372108.

Комментарии • 30

  • @realridzstudio
    @realridzstudio  2 месяца назад

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Ruangan ini milik anda - tempat anda berkongsi segala kisah dan pandangan. Kami ingin anda menjadi sahabat kami. Selain menjadikan ia mesra pengguna, sedikit garis panduan untuk anda. Kami berhak untuk memadam sebarang post ataupun komen yang melanggar garis panduan ini.
    ▶ Sopan dan berbudi bahasa. Sebarang komen yang mempunyai unsur-unsur diskriminasi, provokasi, menghina, menghasut, mengutuk dan seumpama dengannya akan dipadam. Akses ke saluran ini akan disekat terhadap mana-mana individu yang melanggar garis panduan ini.
    ▶ Perbincangan berdasarkan topik. Dilarang meletakkan komen yang tidak berkaitan dengan isu yang di post kan.
    ▶ Sediakan penjelasan yang jelas berasaskan fakta - link berkaitan, foto ataupun video.
    ▶ Promosi produk adalah dilarang sama sekali
    ▶ Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut dari kami, sila e-melkan bersama butiran anda dengan lengkap agar dapat kami menghubungi anda secepat mungkin ke realridzblog.media@gmail.com
    Terima kasih!

  • @mohdkhedzir3996
    @mohdkhedzir3996 3 месяца назад +9

    UDD DAH 14TAHUN DULU PUN BUAT SILAP DAN DAH SEBAR HADITH2 PALSU DAN DALIL2 PALSU SELAMA 14TAHUN TU??INILAH TARAF MENTALITI USTAZ2 PENGLIPUR LARA HADITH2 PALSU DAN DALIL2 PALSU NI???UDD BOLEH KATA!!!TERPULANG,KITAB KAMI KATA SOHIH!!ULAMAK KAMI KATA SOHIH!!INI YG MENYUSAHKAN KAMI SEBAGAI ORG2 AWAM???

  • @Ear_Hear_Wear_Gear
    @Ear_Hear_Wear_Gear 3 месяца назад +10

    👍 ❤

  • @mohdabazidazid4895
    @mohdabazidazid4895 3 месяца назад +30

    Kalau dah 2,3 kali buat silap,memang sengaja lah

  • @zainonmdali3892
    @zainonmdali3892 3 месяца назад +15

    Barakallahu fik ya Dr Danial… sgt bermanfaat

  • @kalsomyahya464
    @kalsomyahya464 3 месяца назад +12

    Setuju
    Alhamdulillah penjelasan yg baik

  • @AbuBakarOthman-c7w
    @AbuBakarOthman-c7w 3 месяца назад +18

    Janganlah degil don takrugi pun kalau minta maaf ja.

  • @fozimtb5530
    @fozimtb5530 3 месяца назад +10

    bg pentaksub yg penting ada jawapan walaupun jawapannya kelaut dalam.

  • @jacksonisdead-123OK-GO
    @jacksonisdead-123OK-GO 3 месяца назад +9

    Terbaik Prof 💪😋👍

  • @kalagondang9503
    @kalagondang9503 3 месяца назад +1

    Tak rase bersalah ke bile riwayat hidup nabi di tokok tambah..pelik le ust don ni.

  • @supaatmohtar2724
    @supaatmohtar2724 3 месяца назад +2

    semuga ust don sentiasa muasabah diri dan menerima teguran dri yg lebih arif.wallahuaklam

  • @tyrionstark380
    @tyrionstark380 3 месяца назад +1

    Suria fm salah satu yang patut dipertanggungjawabkan dalam hal ni

  • @sallehandrews6976
    @sallehandrews6976 3 месяца назад +1

    Klo dah 10 kali silap maksud nya jgn panggil ustaz la..panggil ostak je

  • @saatabu9911
    @saatabu9911 3 месяца назад +1

    Basic hukum fekah fasal qurban pun gagal..apa nak harap lagi..

  • @MohamadZahir-g2c
    @MohamadZahir-g2c 3 месяца назад

    Mereka menunggang agama utk nafsu duniawi mereka

  • @bai7201
    @bai7201 3 месяца назад +3

    Pengajarannya.. jauhi penunggang² agama, penglipurlara dan selibriti agama yg menyampaikan agama secara sembrono dan bersikap kepala batu bila ditegur kesilapannya..

  • @fauziahmohddinmohddin7988
    @fauziahmohddinmohddin7988 3 месяца назад

    Amat sukar utk memaafkan Ustaz yg suka 2 buat hukum hakam sendiri yg paling terkejut boleh puasa Hari Tasyrik .. benda basic umat Islam seluruh dunia tahu tetiba pendakwah Ustaz Don boleh cakap puasa sunat boleh pada Hari Tasyrik . Bab halal dan haram puasa yg basic pun tak tahu cam mana nak dakwah pada org Islam ?

  • @zaitonabdulmajid3716
    @zaitonabdulmajid3716 3 месяца назад

    Sudah sampai masa nya ustaz Don mengundurkan diri dari memberi ceramah nya...beralih kebidang lain...bisnes.lagi lama lagi banyak kecaman dari awam dan bijak pandai...

  • @ArfahMohdIsa
    @ArfahMohdIsa 3 месяца назад

    Inilah jadinya bila juhala' dibenarkan bercakap fasal agama.
    Bagus Dr. Membelasah cara halus dan beradab

  • @rimeice3261
    @rimeice3261 3 месяца назад +2

    Isu sekarang, Don masih tak sedar dia buat salah. dia masih anggap org ramai dan asatizah lain yg tak faham apa yg dia sampaikan.

  • @sharilmokhtar7400
    @sharilmokhtar7400 3 месяца назад

    Seolah olah Kita pakar sgt...mendalam ayatnye

  • @ainiesahnam7861
    @ainiesahnam7861 3 месяца назад

    Dr. DZA is v diplomatik in his comments.

  • @MohamadZahir-g2c
    @MohamadZahir-g2c 3 месяца назад

    KDN mesti gantung lesen Suria FM

  • @rastaman8663
    @rastaman8663 3 месяца назад

    Setuju sangat, Dr. 👍🏽

  • @abgcik7747
    @abgcik7747 3 месяца назад

    Terima kasih Dr.

  • @Iman-iman-iman
    @Iman-iman-iman 3 месяца назад

    setuju dr

  • @rafeahabdulaziz4539
    @rafeahabdulaziz4539 3 месяца назад

    👍👍👍👍😊